VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 19 December 2013

Saman Dalam Kampus Menghantui Pelajar UiTM



Ini lah dilema Pelajar UiTM.. Saman bersepah-sepah.. Kalau tak kena saman pasai tak da pelekat kenderaan boleh jadi saman parking..

Yang aku pelik pulak.. Bila student melayu UiTM.. Islam kot.. Dengan tak tutup aurat.. Rambut merah.. Pakai seluar getah.. Ala yang ketat tu.. Design baju menjolok mata.. Buat para laki-laki tergugat iman.. Tak pulak aku tengok pak guard UiTM nie saman masa budak2 ni masuk ikot pintu gate..

Yang paling aku tak boleh belah dengan pak guard nie.. Masa meronda naik 4x4.. Apa kejadah.. Naik lah motor.. Tugas hang menjaga keselamatan.. Bukan suka-suka ronda.. Suka-suka saman..

Pastu bila kita panggil depa pak guard amboi jeling.. Kononnya terhina lah.. Sebab depa di naik taraf sebagai polis bantuan.. Kena panggil polis bantuan baru depa layan kita..

Nie nak cerita sikit pasai parking kat UiTM.. Parking ada dua darjat.. Satu Parking staf dan Parking student.. Parking staf kat mana2 pon berlambak.. Sana sini.. Tapi parking student terhad sangat.. Kalau salah parking alamatnya mendapat la surat saman.. Tapi bila staf salah parking tak pulak aku tengok ada surat saman kat cermin depan.. Double standard..

Dalam kes budak nie.. Mengikut apa yg ada pada surat saman tu.. Menang tak patut.. Ada ka dalam akta saman menyaman UiTM nie tak boleh lekat sticker ulama? Kalau ada tolong tunjuk kan kat aku.. Aku pon nak tau jugak..

Kalau pasai salah parking tu hang kena terima lah.. Sebab parking kat UiTM ada tempat yg boleh ada yang tak boleh.. Aku sendiri pon hairan kenapa ada undang2 macm tu.. Mungkin kita student..

Nasihat aku.. Kalau hang nak bayar p jumpa pegawai atasan.. Slow talk dengan dia.. Mungkin dia boleh bagi 1 saman bayar RM10..

Aku dah dua tahun ada pelekat TGNA kat kereta dan Sticker SAMM dekat motor.. Buat masa nie.. Belum lagi kena saman.. Alhamdulilah.. Kalau aku kena.. Aku pon akan bising jugak la.. Gila apa.. Bukan aku kacau hangpa pon..

Ada lagi benda yang pelik kat UiTM.. Lecture aku masuk kelas suka cerita benda2 nie..

Ada sedikit cerita di atas aku cedok dari lecture aku dan pengalaman aku sendiri..


6 comments:

  1. agak2 la, tgk stiker pun tau itu bukan kenderaan student & tak mungkin diorg keluar saman pasal hal remeh temeh camni..

    kalo terlalu ghairah cari salah org takut tak perasan kita terfitnah org,
    hati2 kawan2, kita nak jatuhkan kerajaan zalim jgn sampai kita terzalim kat org

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya kalau bukan sticker pelajar warna apa?
      Coklat
      Biru

      Kalau merah sudah pastinya sticker staf..

      UiTM juga ka?
      http://miracikcit.blogspot.com/2013/03/minggu-pertama-degree.html

      Delete
  2. Stiker biru kat Kereta atas tu bukan stiker student, itu stiker pelawat khas.

    Aku bukan staff & bukan jugak student UiTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu bukti kan itu stiker pelawat khas..

      Delete
    2. Selama dok uitm la sampai sekarang.. stiker pelawat warna biru muda.. tp yang nampak kat kereta tu warna unggu dan kat saman tu ada tulis NR.. bermaksud non resident.. budak dok luar kampus..

      kalau masih cakap tu stiker pelawat sila buktikan..

      kalau warna coklat bagi orang yang kerja kontrak dalam uitm.. seperti tukang cuci..

      Delete
  3. suka hati korang la, tapi stiker UiTM atas stiker TGNA tu sama ngan stiker kat kete aku, pelawat khas...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.