VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 5 September 2014

Jasa Anwar Ibrahim kepada PAS sepanjang karier beliau sebagai Ketua Pembangkang Malaysia


" Jasa Anwar Ibrahim kepada PAS sepanjang karier beliau sebagai Ketua Pembangkang Malaysia "
1) Bantu PAS menang Terengganu 1999 dan menang gemilang di Kelantan 1999 .
2) Bantu PAS menang kerusi pertama di Pantai Barat di luar Perlis/Kedah.
3) Naikkan bilangan ahli PAS sampai berlipat2 kali ganda dan majoriti golongan muda.
4) Menukar PAS dari parti pinggiran kepada parti arus perdana.
5) Menukar selera pengundi bukan Islam dari UMNO kepada PAS buat pertama kali dlm sejarah Malaysia.
6) Membantu PAS merasa duduk dlm kerajaan Selangor dan Penang.
7) Memberi laluan PAS merasa jadi pemerintah negeri Kedah dan Perak.

p/s : Jika ada segelintir pemimpin mahupun pendokong PAS yang mengatakan Anwar Ibrahim langsung tiada jasa kepada PAS, sila pertimbangkan fakta di atas.

Copy Dari Group Lain

POLIS Malaysia Bayar Saman RM318,326 Kepada Mangsa Tembak


Seorang suri rumah yang ditembak polis di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) pada 2009 mendapat pampasan berjumlah RM318,326 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan samannya terhadap pihak polis dan kerajaan hari ini.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng turut memerintahkan kesemua defendan membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Norizan Salleh, 34.

Norizan, yang merupakan ibu kepada dua anak, diberi pampasan sebanyak RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM50,000 bagi serangan dan kecederaan;

RM18,326 sebagai ganti rugi khas dan RM200,000 sebagai ganti rugi teladan. Hue berkata jumlah ganti rugi teladan itu diberi bagi memastikan badan awam berkenaan tidak lagi mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Pada 15 Okt 2012, Norizan menamakan seorang anggota polis yang bertugas di
Balai Polis Sentul Koperal Mohd Firdaus Rosli, Ketua Polis Sentul, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.

Sumbangan Segera #Solidariti4SafwanAnang


Sumbangan Segera #Solidariti4SafwanAnang

9 September 2014 :Terkini, Safwan Anang dijatuhkan hukuman PENJARA 10 BULAN di bawah Akta Hasutan! Ikat jamin untuk rayuan dinaikkan dari RM5k kepada RM15k!

Bank In ke Akaun CIMB Masturah Abu Bakar(isteri) : 7051549421
No Tel : 0139532361

Ucapan yang telah dikenakan oleh Akta Hasutan "Pertembungan hari ini bukanlah pertembungan antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, tapi pertembungan hari ni adalah antara rakyat dengan regim yang zalim!" pada malam Forum 13 Mei 2013.

Budak Melayu Kutuk UiTM Kaw-Kaw, Perkasa Jom Demo




Menerusi laman Twitter peribadinya, mahasiswa yang dikenali sebagai @mieruuzairis itu mencemuh minggu orientasi UiTM dengan kata-kata kesat selain memperlekehkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dengan mengatakan anak-anaknya tidak akan menjadikan UiTM sebagai pilihan pada masa hadapan.

"Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i'll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!," katanya dalam tweet berkenaan.

Struktur Organisasi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.


Struktur Organisasi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato’ Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Thursday 4 September 2014

Malam Halau Unit Amal Buat Rondaan, Pagi Seorang Mangsa Kena Tetak & Samun




Polis bertindak menyuraikan sekumpulan lebih 20 orang anggota Unit Amal PAS di kawasan sekitar Stesen LRT Pandan Indah pada malam tadi yang merancang untuk menjalankan rondaan keselamatan.

Laporan Berita Harian menyebut, polis menghalang usaha tersebut kerana Unit Amal PAS tiada kuasa untuk membuat operasi terbabit.

Laporan itu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad yang mengeluarkan arahan terbabit di lokasi tersebut.

“Selepas mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan itu beredar dengan cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar dalam tempoh 15 minit.

“Juta tidak mahu mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri terhadap jenayah yang berlaku di kawasan ini kerana setiap laporan polis berhubung kejadian jenayah yang berlaku disiasat sewajarnya,” kata Khairuldin seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kumpulan Unit Amal PAS yang menyertai operasi berkenaan diketuai pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.

Mengulas mengenai kejadian itu, Iskandar dalam kenyataannya hari ini berkata Unit Amal PAS Selangor akur dengan arahan tersebut, namun akan terus memantau tahap keselamatan di kawasan terlibat.

"Pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan Indah pada waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang secukupnya oleh pihak polis.

Beliau juga akan mengatur satu pertemuan dengan pihak polis untuk membincangkan "masalah keselamatan" yang berbangkit.

"Kami yakin kerjasama di antara pihak kami, penduduk tempatan dan pihak polis amat penting dalam usaha untuk membanteras jenayah," katanya.

Wednesday 3 September 2014

PPS Tidak Pernah Terima Aduan Bertulis Dari Polis


Kerajaan negeri Pulau Pinang meminta pengesahan berhubung dakwaan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa 11 daripada 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan Ahad
lepas mempunyai rekod jenayah. 
 
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri juga berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat laporan polis atau dakwaan terhadap 11 anggota itu ketika mereka melaksanakan peranan secara sukarela dalam PPS. 
 
"Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tiada anggota PPS akan dilindungi jika mereka melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan tertakluk penuh kepada undang-undang.
 
"Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik yang telah dilakukan PPS khususnya membantu orang ramai dan polis untuk menjalankan kerja sukarela polis komuniti," katanya dalam kenyataan semalam.
 
Beliau berkata kerajaan negeri mengulangi sekali lagi bahawa PPS tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada polis. 
 
Kelmarin, Abdul Rahim berkata 11 daripada 156 anggota PPS Pulau Pinang yang ditahan Ahad lepas mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau iaitu ugutan, samun,curi, membunuh tanpa niat, kesalahan mengikut Akta Kastam dan menjadi anggota kongsi gelap. 
 
Lim berkata sekiranya ada sebarang aduan, ia seharusnya dimaklumkan oleh polis kepada anggota exco negeri yang juga Pengerusi PPS Phee Boon Poh atau beliau sendiri. 
 
Lim dalam kenyataan itu juga berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu sedar bahawa beliau (Khalid) bukan 'maksum' hingga tidak boleh dikritik. 
 
Beliau berkata Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya. 
 

Tuesday 2 September 2014

Respon Ringkas Berkenaan Isu PPS



1.Jika nak bandingkan pembayar cukai kenapa Kerajaan M'sia menafikan 51% pengundi PR yang juga pembayar cukai dengan menggunakan jentera Kerajaan sebagai bahan kempen ketika pilihanraya umum.

2.Lebih kurang 70% sokongan pengundi PR membolehkan terbentuknya Kerajaan PR di P.Pinang dan majoritinya ahli PPS adalah penyokong PR yang beramanah,telus dan berintegriti jadi apa salahnya mereka untuk berkhidmat untuk parti mereka jika nak di bandingkan dengan BTN yang memaksa rakyat m'sia untuk memilih umno/bn.

3.Menurut rekod, PPS tidak pernah ada sebarang rekod laporan polis mengenai PPS penyebab halangan atau kesesakan lalulintas.

Aidil Ibrahim
Penyelaras SAMM Pulau Pinang
Ketua Penerangan Keadilan Cabang Bayan Baru
Penyelaras PPS Bukit Gedung

Adakah Undang-Undang Malaysia Hanya Untuk Pembangkang? - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/09/adakah-undang-undang-malaysia-hanya.html

PPS Dapat Restu Polis Negeri Pulau Pinang, Tetapi Tidak Di Peringkat Pusat - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/09/pps-dapat-restu-polis-negeri-pulau.html

Memorandum, Hentikan Segera Bantuan Ekonomi Dan Perdagangan Antara Malaysia-Israel



MEMORANDUM
 
KEPADA:
MENTERI, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
 
DARIPADA:
NGO SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
NGO SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
NGO LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
NGO JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
NGO MAJLIS PERMUAFAKATAN KAMPUNG WARISAN (MUAFAKAT)
NGO ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)
NGO PANGLIMA
NGO ANAK MUDA AKTIVIS (GENG KOTAK)
DAN SEMUA RAKYAT YANG SETUJU HENTIKAN PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL
 
TARIKH: 29 OGOS 2014
 
PERKARA: HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL
 
Selesai sahaja sidang media aksi #PagarMiTi298 “Hentikan Perdagangan Malaysia dengan Israel” yang dikelola oleh SAMM dan sekutu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tampil memberikan penjelasan YANG TIDAK BERFAKTA untuk terus menyorokkan hubungan dagang sedia ada.
 
Sehubungan itu, kami sekali lagi tampil meminta Menteri MITI untuk menjawab penjelasan yang telah beliau berikan tersebut :
 
Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel
 
Dunia mengetahui bahawa serangan rejim Zionis terhadap Gaza Humanitarian Aid Flotilla – Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 sehingga menyebabkan Perdana Menteri Turki ketika itu Tayyip Erdogan telah menghalau keluar kedutaan Israel daripada Turki. Malah beberapa hari lalu, regim Zionis Israel telah pun melancarkan serangan udara menggunakan pesawat F-16 terhadap rombongan misi kemanusiaan Venezuela ke Gaza.
 
Bagaimana Menteri MITI boleh membuat kesimpulan bahawa regim Israel ini begitu suci dan murah hati mereka untuk melepaskan bantuan kemanusiaan masuk dengan mudah ke Palestin ataupun produk-produk yang boleh membantu urusan pembangunan ekonomi di wilayah Palestin? Jika regim Zionis ini begitu mulia hatinya tidak perlu warga Palestin bermurah hati untuk menggali terowong-terowong tikus bagi tujuan menyeludup masuk bekalan makanan, pakaian dan gas ke wilayah mereka.
 
KAMI telah mendedahkan isu perdagangan Malaysia dengan Israel ini semenjak tahun 2010 lagi. MITI sering membisu dalam isu ini dan mengelak untuk menjawap. Dalam Perbahasan Belanjawan 2012, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri telah membawakan isu ini dan Menteri MITI hanya memberikan jawapan bahawa perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa (international supply chain).
 
Namun, apabila KAMI terus membongkarkan dokumen demi dokumen, Menteri berubah nada dan menyatakan bahawa perdagangan ini adalah untuk menyelamatkan Palestin. Mengapa Menteri sering berdolak dalik? Apakah yang sedang dipertahankan oleh MITI dan keseluruhan Kabinet? Adakah MITI sedang mempertahankan kepentingan regim Zionis ataupun Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel?
 
KAMI dengan ini mendesak Kementerian untuk menjelaskan apakah jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin. Adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin.
 
Menteri tidak harus sekadar memberikan jawapan rambang sebaliknya mesti diiringi dengan fakta-fakta sahih. Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin?
 
Jika tidak, Menteri sekali lagi seperti kebiasaan terus kekal berbohong dan memanipulasi fakta untuk berselindung dan menyelamatkan diri semata-mata. Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini?
 
Hubungan Eksport Israel ke Malaysia dan Penglibatan Syarikat Tempatan Dengan Syarikat Berpengkalan di Israel
 
Dalam isu hubungan perdagangan ini, KAMI tidak sekadar menyebut mengenai produk tempatan yang dieksport ke Israel tetapi juga melibatkan statistik eksport Israel ke Malaysia. Produk-produk yang dikeluarkan di Israel atau Made In Israel dan kita membantu untuk membelinya melalui syarikat-syarikat MNC.
 
Adakah MITI juga ingin mengatakan bahawa produk-produk ini berasal atau Country of Origin adalah dari Palestin yang hanya menggunakan pelabuhan-pelabuhan di sekitar Ashdod atau Haifa, Israel? Sejak bila Palestin mempunyai kilang-kilang industri membuat material-material atau komponen produk?
 
Menteri tidak sepatutnya mengecilkan skop seolah-olah hanya barang-barang bantuan kemanusiaan ke Palestin sahaja yang kita hantar selama ini. Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada konglomerat asing oleh Pemerintah ini dalam menghalang produk “Made In Israel” masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.
 
Apakah Malaysia tidak lagi mempunyai kedaulatan sehingga mudah mengikut telunjuk pelabur asing? Mengapa Pemerintah tidak mempunyai keberanian seperti Turki, Chile, dan kebanyakkan negara Kesatuan Eropah yang begitu tegas menghalang perdagangan dengan Israel? Seperti mana ketegasan dan keberanian kita mengikut telunjuk Amerika Syarikat semasa menghentikan dagangan minyak dengan Iran pada tahun 2012 dahulu.
 
Keadaan ini samalah juga dengan sikap kita yang mengagungkan dan menyanjung tinggi Henry Gurney sehingga kini walaupun Henry Gurney ini merupakan watak belakang tabir yang mewujudkan negara Israel dan merampas tanah dan hak warga Palestin sebagai manusia yang bebas dan merdeka di dunia ini.
 
Bagaimana pula dengan syarikat perkapalan Zim yang bebas keluar masuk ke pelabuhan-pelabuhan kita, Syarikat AMDOCS yang digunapakai oleh ASTRO, APCO Worldwide yang menjadi penasihat Kerajaan dan lain-lain, apakah semua syarikat ini tidak berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan. Siapakah pula yang memberikan syarikat-syarikat yang berlatarbelakangkan Zionis Israel ini diberikan lesen perniagaan di Malaysia?
 
Syarikat-syarikat yang diasaskan atau berpengkalan di Israel ini sudah pasti akan membawa balik setiap sen keuntungannya ke Israel. Tidak mungkin Mak Timah di Ulu Choh, Ah Seng di Kuala Kurau, Maniam di Telok Kemang dan jutaan lagi rakyat Malaysia akan menerima laba keuntungan syarikat ini apatah pula rakyat Palestin yang telah lebih 60 tahun menjadi mangsa penghapusan etnik regim zalim Zionis Israel ini.  
 
Alasan bahawa syarikat-syarikat ini didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) juga hanya satu alasan untuk mengaburi pandangan khalayak dan mengelakkan sentimen kempen Boycott, Divestment and Sanction (BDS) yang banyak dilakukan di negara-negara luar terutamanya dalam Kesatuan Eropah.
 
Penutup
 
Melihat kepada respons yang diberikan Menteri adalah merupakan satu cubaan untuk membela diri dengan penjelasan serba kemungkinan tanpa ada sebarang hujah-hujah atau statistik-statistik atau fakta-fakta iringan yang lebih konkrit untuk mewajarkan penjelasan beliau.
 
Beberapa perkara yang sering KAMI bangkitkan dalam isu perdagangan dengan Israel ini masih tidak dapat dijawab dengan tuntas oleh Kementerian. Menteri MITI sekadar memberikan jawapan umpama melepaskan batuk di tangga untuk mewajarkan tindakan Kabinet pada tahun 1996 yang telah memberikan kelulusan untuk perdagangan dengan Israel.
 
Ini hanyalah satu cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak pernah bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan terhadap manusia sejagat. Tetapi malangnya sifat munafiq itu tidak mampu disorok lagi.
 
Maka hari ini kami Solidariti buat Warga Palestin dengan turun beramai-ramai dalam aksi #PagarMiTi298 : HENTIKAN SEGERA BANTUAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA HARAM ISRAEL di hadapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 
Inilah harinya untuk rakyat Malaysia bangkit menyatakan kepedulian kita terhadap kemanusiaan di Gaza yang mendapat perhatian antarabangsa.
 

Kejohanan Futsal Anak Muda Malaysia


'Kejohanan Futsal Anak Muda M'sia' anjuran Parlimen Bayan Baru / Adun Bt Maung- Tarikh kejohanan 27-28hb Sept'14 bertempat di BB Futsal Bt Maung,Yuran Penyertaan Rm150 / terhad 32 pasukan sahaja. Hadiah Keseluruhan Wang Tunai RM4850 / Cabutan bertuah. Tarikh tutup pendaftaran 20hb sept'14. Hubungi untuk maklumat lanjut: 0174760274 Aidil / 0175558204 Amrin / 0125976019 Lee.

Statement ringkas Angkatan Muda Keadilan P.Pinang


Keadilan AMK P.Pinang kesal dan mengutuk tindakan PDRM yang membuat  tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.Ini juga mengugat keharmonian ketika hari kemerdekaan sedang dinikmati semua rakyat.

AMK P.Pinang juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies.

Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM jangan hanya menjadi agen pada UMNO/BN ketika kegagalan JKKKP tidak dapat mengambil hati masyarakat setempat. PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Justeru itu Angkatan Muda Keadilan P.Pinang mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.

Aidil Ibrahim
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan P.Pinang

Zahid Hamidi Dicabar Tangkap Suhaizan Kayat


Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama.

"Tindakan yang sama juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal, yang telah beroperasi selama beberapa dekad dan membantu dalam pengawalan orang ramai semasa protes pembangkang dan juga acara-acara amal PAS.

Ahmad Zahid mempertahankan tindakan polis menangkap anggota PPS pada hari sambutan Kemerdekaan semalam dan menyalahkannya ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
 
Katanya, Lim mencabar Ketua Polis Negara (IGP) untuk mengambil tindakan, maka IGP mengambil tindakan.
 
Oleh itu, Zahid berkata apakah ianya salah IGP mengambil tindakan tersebut apabila beliau dicabar oleh seorang pemimpin dari negeri itu.

Monday 1 September 2014

Ugutan Terhadap Unit Amal, Zahid Hamidi Lebih Sudu Dari Kuah


ISU PENAHANAN ANGGOTA PPS DAN "UGUTAN" TERHADAP JABATAN AMAL

Saya membaca liputan di Malaysiakini berkenaan dengan kenyataan YB Menteri 1Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa "Unit Amal PAS bakal berdepan tindakan sama" (merujuk kepada penahanan anggota PPS di Pulau Pinang).

Saya selaku Setiausaha Lajnah Undang2 & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat ingin menyatakan bahawa "SELURUH PEGUAM PAS BERSEDIA UNTUK KE BALAI & MAHKAMAH BAGI MEMBELA AHLI JABATAN AMAL" jika ditahan @ ditangkap.

Tangkap dan/atau dakwalah kesemua Ahli Jabatan Amal di seluruh pelosok tanahair, biar mahkamah menentukan sama ada ia salah @ tidak di sisi undang2. Jangan YB Datuk Menteri terlebih sudu dari kuah di dalam membuat "jatuh hukum" bagi pihak Mahkamah.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan YB Datuk bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan dan negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama, bukan milik BN @ Menterinya sehingga boleh membuat kenyataan yang "seolah-olah" memperlihatkan kurang cerdiknya tahap pemikiran Menteri di 1Malaysia.


~ ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
Ajk PAS Pusat merangkap SU LUHAM

Unit amal tak pernah melakukan apa2 tugas seperti kawalan keselamatan kampung atau bandar, tak pernah melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin, operasi cegah jenayah,

Unit amal hanya melakukan kawalan lalulintas untuk program parti dan ceramah agama, memberi bantuan kepada mangsa bencana, bentara rumah kenduri, melakukan gotong royong.

Tahanan Pertama PPS Di Bebaskan



Seramai lebih dari 156 orang dab seorang YB di tahan sejak dari semalam. Baru sebentar tadi jam 5.50 petang, tahanan PPS pertama dibebaskan dari IPD Timur Laut.

Dalam pada itu Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri merehatkan anggota PPS di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung status pertubuhan sukarelawan itu.

Namun kata Guan Eng orang ramai di negeri ini masih boleh menggantikan peranan PPS dengan membantu pihak polis meneruskan langkah kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah.

Unit Amal Bakal Terima Nasib Seperti PPS



Unit Amal dan PPS selalu membantu pihak berkuasa menjalankan tugas seperti di kawasan Ceramah, Pakir Ceramah, Kenduri Rakyat, Lalu lintas dan Pelbagai lagi kerja yang membantu masyarakat.

Kini unit amal jugak bakal terima nasib seperti PPS..

Bermula dengan kita sesama Pakatan Rakyat mula bercakaran, huru hara.. Mereka mula ambil kesempatan atas kelemahan kita..

Bermula dengan PPS
Tak lama lagi Unit Amal
Dan hari lainnya NGO yang menyokong PR

Kalau kita terus lemah meraka mudah masuk jarum dan kita bercakaran, dan rancangan sulit mereka berjalan.. dan mereka berjaya..

Teruskan bercakaran atau kita menutup semula kelemahan kita

PPS Dapat Restu Polis Negeri Pulau Pinang, Tetapi Tidak Di Peringkat Pusat


Kenyataan Akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang Pada 1.9.2014. 

Dalam satu mesyuarat EXCO tergempar hari ini yang disokong oleh semua 30 ADUN PR daripada DAP, PAS dan PKR, 8 usul berikut telah dicapai. 

Mengecam dengan sekeras-kerasnya arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan tangkapan besar-besaran 156 peserta Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang(PPS) yang tidak bersalah semasa mereka menghadiri perarakan tahunan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2014 di Padang Kota Lama, termasuk Ahli EXCO Kebajikan Masyarakat dan Alam Sekitar YB Phee Boon Poh, yang telah pun dipertanggungjawabkan oleh EXCO Pulau Pinang untuk menguruskan hal ehwal PPS.

Menganggap semua 156 peserta PPS yang ditahan adalah wira masyarakat Pulau Pinang kerana ditahan bukan kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi melakukan kerja-kerja amal yang baik.

Menegaskan bahawa PPS adalah badan yang sah diluluskan oleh kerajaan negeri menerusi mesyuarat EXCO pada 8 April 2009. Cara PPS diluluskan adalah sama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ataupun JKKK(P) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum 2008. Matlamat PPS adalah untuk membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis jika diperlukan. Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Kini peserta-peserta PPS yang berbilang kaum merangkumi 9,002 orang yang terdiri daripada 2,970 orang Melayu(33%), 5,123 Cina(57%) dan 873 India(10%). Sejak kelulusan itu PPS telahpun menjalankan tugas mereka dengan baik dengan restu pihak polis. Selama 4 tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis kecuali satu dua insiden yang telahpun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah. Perlu ditekankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana perlakuan tidak berdisiplin atau yang bersifat jenayah oleh peserta PPS.

Mengecam kenyataan menghasut Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa PPS adalah pertubuhan haram dan fitnah jahat beliau bahawa peserta PPS adalah samseng. Menyokong penuh saranan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mencabar Ketua Polis Negara berbahas tentang perkara ini untuk menentukan kebenaran.

Menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 ahli PPS dan YB Phee yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah. Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan. Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS.

Memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS. Melahirkan harapan bahawa masyarakat setempat di Pulau Pinang boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh PPS selama ini dengan membantu pihak polis menjalankan kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah demi mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang paling selamat di Malaysia.

Mendesak bahawa kesemua 135 peserta PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi 1 September 2014.

Mengutuk perbuatan khianat dan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang melontarkan “Molotov cocktail” ke dalam kediaman YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang jelas bertujuan untuk mencederakan dan mengugut beliau untuk niat jahat yang belum dikenalpasti. Meminta pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan keselamatan peribadi dan kediaman YAB Ketua Menteri serta menangkap penjenayah-penjenayah tersebut.

Diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi pihak EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Adakah Undang-Undang Malaysia Hanya Untuk Pembangkang?


JKKKP terang-terang bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri dan pembaziran wang rakyat yang hanya untuk kepentingan politik UMNO ..

Kenapa pekara ini dibenarkan oleh pihak berkuasa di negara ini?

ADAKAH UNDANG DI NEGARA KITA 'HANYA' TERKENA PADA PEMBANGKANG???

20 Senarai KEGAGALAN Kerajaan UMNO Kedah Yang Dipimpin Mukhriz Mahathir


TAHNIAH DS Mukhriz dan barisan Exco sempena setahun memimpin pentadbiran negeri. Semoga Kedah lebih aman dan makmur.

Senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.

2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.

3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.

4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.

5. GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.

6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

7. GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.

8. GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.

9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.

10. GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.

11. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.

12. GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?

13. GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.

14. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.

15. GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.

16. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.

17. GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.

18. GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.

19. GAGAL menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.

20. GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.

Isu PPS, Pimpinan Dan Rakyat Turun Bersolidariti




Sempena hadiah Merdeka 57 tahun 2014, kerajaan hadiahkan satu isu yang rakyat tunggu untuk merdeka ini, kerana merdeka sebelum ini ada isu yang tersendiri. Sebelum ini rakyat tertanya apa isu merdeka tahun ini, dan inilah jawapannya. Cuma pada merdeka tahun ini jalan cerita lain sikit iaitu penangkapan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Saya yang berada di IPD Timur Laut dalam 2 jam untuk bersolidariti bersama rakyat. Bermacam cerita yang saya dengar seperti tahanan PPS tidak di beri makan dan minum sehinggakan YB sendiri yang beri makan kepada mereka, ada tahanan yang terpaksa di kejarkan ke hospital kerana sakit dan bermacam lagi.

Berapa lama lagi mereka ini perlu ditahan? Ada yang mengatakan pagi ini mereka di keluarkan. Ada yang mengatakan setengah tahanan telah di pindahkan ke lokap yang lain.

Apa biadap sangat semasa sambutan dan perarakan kemerdekaan polis menahan anggota PPS? Apa salah mereka? Apa mereka buat? Kalau setakat hal peribadi baik selesai di kedai kopi lah..

Kalau mereka kata PPS biadap, Biadap lagi golongan pendesak melayu. Mana ada tangkapan macam ini.

Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies. Mereka membantu rakyat dalam pelbagai aktiviti seperti mengawal traffik, membantu mangsa kemalangan, meronda menjaga keselamatan komuniti. Ini semangat sumbangan kepada masyarakat dan negara yang harus dipupuk pada hari kemerdekaan.

Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Justeru itu, mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.

Sunday 31 August 2014

Seorang YB Dan Semua Ahli PPS Ditahan Polis



From rayer :
[31/08 7:10 PM] YB Rayer: CM has given his statement but will not be arrested
[31/08 7:10 PM] YB Rayer: Me still giving my statement
[31/08 7:11 PM] YB Rayer: All PPS members will confirm will be arrested

Jahatnya UMNO, Halang Muktamar PAS ke 60?


Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri danj Ketua-ketua Dewan.

Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.

1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua kemudahan khemah telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga. Johor memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh UMNO/BN akan membawa kemusnahan kepada mereka

5. Dewan Muslimat harap segera hubungi ana untuk final lokasi ini.

Hanya untuk dalaman saja. Pengumuman rasmi perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.
JAWAPAN YB PJ JOHOR

TERKINI! Isu PPS, Polis Cuma Uji Air Kencing


Menurut sumber, Terkini polis tak tahu nak caj apa tahanan Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Cuma ambil test air kencing. Makanan tak dapat hantar. Cuma dapat hantar minuman.

PPS Ditahan Semasa Perarakan Merdeka Di Pulau Pinang










Persatuan Peronda Sukarela Pulau Pinang, semua kena tahan dekat Balai Lebuh Pantai lepas perarakan merdeka.

Tiada tangkapan lagi tetapi untuk siasatan lanjut di IPD. Tidak pasti apa yang akan berlaku seterusnya.

Rumah Lim Guan Eng Diserang Bom Buatan Sendiri


Rumah Guan Eng dilempar bahan letupan buatan sendiri

PULAU PINANG 31 Ogos - Kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pin Horn dekat sini dilempar bom buatan sendiri yang meletup dalam kejadian kira- kira pukul 11.45 malam tadi.

Ketika kejadian difahamkan Guan Eng dan ahli keluarganya berada di dalam rumah dan tiada yang tercedera kerana bom molotov koktail yang dilempar meletup di kawasan parkir kereta.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, penelitian terhadap kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah Guan Eng dan bertindak melempar bahan letupan itu sebelum melarikan diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.