VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 12 September 2015

Desak Kerajaan Tetapkan Harga Lantai Kelapa Sawit








Himpunan Aman isu kejatuhan harga komoditi kelapa sawit di Pekan Parit Sulong, Johor pagi ini. Bagi pekebun kecil Sawit di kampung, harga BTS tinggal RM 250 setan. Di tolak dengan upah, baja, racun dan GST; berapa sangat yang tinggal...

Kos sara hidup yang tinggi tidak seimbang antara pendapatan dengan perbelanjaan. Sebelum ini memo kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi telah disampaikan.

Antara tuntutan terhadap Kerajaan :

1. Ditetapkan harga lantai sekurang kurangnya RM450 setan
2. Di tubuhkan Tabung Kebajikan Pekebun Kecil bagi memberi bantuan dan insentif khas kepada mereka yang amat memerlukan
3. Menyediakan subsidi baja dan racun kepada pekebun kecil
4. Menghapuskan cukai GST ke atas hasil sawit

Memang kejatuhan harga komoditi bukan perkara baru. Namun, kesungguhan kerajaan menanganinya yang dipersoalkan. Ia melibatkan hampir 2 juta masyarakat pekebun kecil seluruh negara. Majoritinya adalah melayu. Jurang kehidupan antara pemimpin dengan rakyat kian melebar. Keselesaan hidup pemimpin dan kesengsaraan rakyat begitu ketara.

Esok, wakil2 Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat akan menyerahkan memorandum kepada Pegawai Daerah Batu Pahat. Saya telah cadangkan jika rintihan pekebun kecil ini tidak di dengar, buat himpunan besar di pintu masuk Parlimen sempena sidang bulan oktober ini. Longgokkan buah sawit sebagai tanda protes atas kelemahan Kerajaan dalam menangani isu yang begitu penting ini.

Moga usaha kita diberkati Allah.

Catatan Mazlan Aliman

posted from Bloggeroid

Wednesday 9 September 2015

31 Fakta 31 Tahun FAM Masih Tidur




1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.

31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

posted from Bloggeroid

Tuesday 8 September 2015

Panglima Malaysia Bersama Harapan Baru (Parti Amanah Negara)


KENYATAAN RASMI PANGLIMA MALAYSIA

Melihat dari perkembangan dan situasi politik semasa , PANGLIMA MALAYSIA terpanggil untuk membuat satu kenyataan rasmi bg berjalan bersama peredaran kehendak rakyat mengikut persetujuan bersama.

Setelah susunan ahli jawatan kuasa yg baru PANGLIMA MALAYSIA disusun setelah pertelingkahan dalaman politik PAS dan perselisihan faham dalam organisasi maka kami dengan ini sebulat suara menyokong penuh penuh penubuhan Parti Amanah Negara berteraskan Harapan Baru bg bersama dengan suara rakyat.

Umum telah ketahui bahawa setiap perjuangan itu harus berlandaskan islam dan islam itu sendiri mengatakan perlu bersama dengan hak rakyat mengikut arus islam yg telah termaktub dan sedia ada.

PANGLIMA MALAYSIA akan memberi sokongan penuh kpd Parti Amanah Negara dan akan membantu segala amanah rakyat untuk suara rakyat itu dipedulikan semua pihak.

Segala isu2 rakyat yg akan dibangkitkan oleh PANGLIMA MALAYSIA selepas ini dengan secara tidak langsung kerjasama terus untuk membantu HARAPAN BARU @ Parti Amanah Negara.

Dengan itu , kami mengalukan2 sesiapa sahaja yg berminat bersama ngo PANGLIMA MALAYSIA bg memudahkan urusan mengeluarkan isu2 bg kepentingan rakyat.


Muain Ahmad Syukri
Tim Presiden
PANGLIMA MALAYSIA
Pertubuhan Angkatan Amilin Malaysia

DEMI ISLAM ☆ DEMI RAKYAT ☆DEMI MASA DEPAN

posted from Bloggeroid

Monday 7 September 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0?


Tulisan Umum
7 September 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 ?

Secara peribadi, saya amat menyokong desakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mencadangkan supaya komposisi baru Pakatan Rakyat 2.0 tidak disertai oleh parti PAS.

Sampai bilakah harapan rakyat terus dikhianati hanya kerana kerakusan segelintir yang bergelar ulama diberi peluang dan amanat yang akhirnya disia-siakan? Sedangkan pilihanraya umum ke-13 telah mengajar kita erti sebuah pengkhianatan. Apakah kita ingin mengulangi kesilapan yang sama dalam PRU akan datang?

PRU-13 dianggap sebuah peperangan paling sengit merebut demokrasi menyelamatkan negara walaupun di padang yang tidak rata, di antara kuasa dunia terhadap kuasa rakyat. Ketika di suatu pihak penuh dengan kelengkapan insfrastruktur peperangan termasuk hak penyiaran 100%, dan ketika di sebuah pihak lagi bertungkus-lumus bergolok gadai bermodalkan harapan rakyat untuk perubahan. Masihkah kalian lupa bagaimana peperangan ini dimenangkan kepada penyandangnya?

Paling yang kita tidak patut lupa, bagaimana Presideng parti itu sanggup menuduh calon Pakatan Rakyat lain sebagai penjual pil kuda, penyembah karl marx dan pendokong ajaran komunisma, tuduhan bak howitzer yang menembak tanpa sasaran yang mengena. Tuduhan tanpa sebarang bukti ini dilakukan secara terbuka beberapa hari selepas tempoh kempen berjalan hanya kerana ingin menutup kesilapan mengeluarkan watikah yang menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi penting. 

Secara langsung dan tidak langsung, tindakkan gopoh Presideng parti ini mengundang krisis kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat, pada ketika 'keyakinan dan kepercayaan' itu berada pada tahap keperluan paling optimum sekali. Susuk yang membuat tuduhan tanpa bukti ini bukan ketua cawangan atau yang dipertua kawasan, tetapi presiden parti. Maka sudah pasti ia mempunyai kesan nasional yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Bayangkan, sedang persiapan perang berada pada saat paling kritikal, tiba-tiba salah seorang general mengarahkan pengeboman dibeberapa lokasi 'kem askar sendiri' yang akhirnya melibatkan kasualti agak parah. Siapa boleh beri jaminan perkara yang sama tidak akan berulang? Anwar Ibrahim?

Sudah terlalu banyak sebab sebuah parti ini tidak lagi layak untuk diberi peluang lagi untuk bersama. Watak yang dibawa oleh PAS sangat mengecewakan dan amat berlainan sekali hingga tergamak mengakui kemenangan BN (Najib) adalah di atas demokrasi yang adil. Saya pernah mendesak suatu ketika dulu, jika PAS tidak mahu keluar Pakatan Rakyat, maka PKR dan DAP lah yang harus keluar Pakatan Rakyat meninggalkan PAS. Akhirnya PAS boleh tanding di semua kerusi kerana selama ini memang mereka sering akui semua kerusi asalnya mereka yang tanding.

Tidak perlu saya cerita mengenai tuntutan hudud yang akhirnya membawa kepada kehancuran, sedangkan agama mencerca kita membiarkan kekufuran melanda, tetapi jalan kehancuran ini dipilih dari selambak pilihan yang ada. Tidak perlu saya cerita mengenai bah kuning, yang sehingga hari ini masih ada yang tidur dalam khemah. 

Tidak perlu saya cerita mengenai hilangnya sifat zuhud selepas tidak sampai sepenggal memegang kuasa, Vellfire, Range Rover, Cheyenne, dengan nombor plat super star. Bila ditanya mengapa pilih kemewahan demikian, mereka jual nama nabi, katanya nabi dulu pilih kuda terbaik untuk berjuang. Masalahnya, mereka ini taraf nabi kah? 

Ketika rakyat berkira-kira membeli lauk, duit tak cukup sampai hujung bulan, mereka pula dilihat bermewah-mewahan. Jika mahu bermewah dan meninggalkan sifat zuhud dalam perjuangan, boleh saja dengan syarat buang sahaja nama islam, maka tidak zuhud pun orang tidak berkata apa. 

Saya tidak terkejut bilamana DS Anwar bersuara dari penjara mencadangkan Pakatan Rakyat 2.0 disertai oleh PAS. Ini kerana saya sudah selidik bahwa parti oppurtunis ini akan bergesel semula dengan PAS apabila musim pilihanraya menghampiri. Bergesel untuk mendapatkan konsensus supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru menentang parti pemerintah. Hasrat supaya PAS berada dalam PR 2.0 ini bukan dari Anwar semata, tetapi ianya jelas dari luar penjara.

Hanya perjuangan membebaskan rakyat dari kesengsaraan dan penindasan adalah wadah terbaik untuk diangkat bersama. Sasaran paling tepat ialah perubahan sistem dan polisi tanahair.

Apakah hanya kerana mereka mengaku berjuang atas nama islam, dan nama partinya pun islam, maka kita harus biarkan diri kita dicandu dan terus mempercayai mereka? Wahai teman, pengalaman banyak mengajar kita, betapa dalam politik rakus mempertahankan kuasa ini apa saja boleh dijual. 

Ingin sahaja saya imbas semula pengalaman dalam PRU-13 lalu untuk dijadikan pedoman demi PRU akan datang, melihat bagaimana Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS ketika itu dikalahkan oleh sabotaj dalaman. Begitu juga dengan Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa lagi heavy weight PAS yang sengaja dibiarkan kalah demi kepentingan tertentu yang saya faham - menyekat golongan progressif PAS.

Bayangkan, sesama jemaah dalam PAS yang ketika itu berperang dengan UMNO pun mereka boleh lakukan khianat. Inikan pula sesama Pakatan Rakyat. Saya percaya andai PAS berada dalam PR 2.0 dan walaupun setelah bersetuju konsep satu lawan satu, mereka tergamak memberitahu ahli mereka agar kalahkan semua calon AMANAH, calon PKR dan DAP dalam PRU akan datang, akhirnya presideng mereka menjadi ketua pembangkang dan termasuklah menjadi pembangkang juga di Kelantan dan Selangor.

Malah lebih parah jika PAS ditakdirkan memperolehi jumlah kerusi yang menjadi kuasa penentu sesebuah kerajaan, tidak mustahil kuasa tersebut akan dibenarkan menyebelahi regim penindas, kerana kita tahu betapa bencinya PAS terhadap DAP (hanya kerana prestasi DAP terhadap rakyat jauh lebih baik termasuklah soal penyediaan rumah mangsa banjir di Kelantan)

Masihkah kalian mahu 'mereka' berada dalam Pakatan Rakyat 2.0? Padahal penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 itu adalah kerana kerakusan 'mereka' sendiri. Di mana logiknya?

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger

posted from Bloggeroid

Sunday 6 September 2015

Kereta Terbakar Mungkin Dapat Merungkai Kehilangan Timbalan Pengarah SPRM


Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang sejak semalam.

Berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya

Kevin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan Kevin.

Di sebuah negara YANG MASIH AMAN...

Hutan Melintang: Siasatan awal polis mendapati berlakunya unsur jenayah terancang dalam kes kereta ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, di sini, kira- kira jam 10 pagi semalam.

Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.