VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 4 October 2013

Laporan Ketua Audit Negara 2012: Siapa Yang Culas?


Ahmad Shabery: Laporan Ketua Audit Negara culas

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas. 
Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN). 
"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan. 
"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini. 

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu. 

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. 

Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut. 
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan. 
Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut. 
Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang. 
"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit. 
"Tetapi dalam isu KBS ianya tidak membazirkan wang rakyat sebaliknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," jelasnya. -SH
***
Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar?


Soalan kenapa wang tajaan mesti dimasukkan ke dalam akaun MSN, pelik bin ajaib. Biasanya tajaan, pihak yang menajalah bayar kenapa nak terlibat dengan akaun MSN, ini kerja bodoh dan bangang. Ketua audit negara adalah betul kerana beliau mengaudit dari akaun MSN, kalau keluar dari akaun MSN kenapa perlu beliau hendak tambah lapuran kononnya wang RM1.6 juta datang dari penaja? Ini bukan kerja ketua audit negara. Perkara ini tak keluar Universiti pun faham. Lihatlah betapa bodohnya si bekas menteri ini. Kata ketua audit culas adalah satu tuduhan keterlaluan sedangkan ketua audit adalah orang yang mesti melapurkan yang benar dan ikut prosedur audit.



.. Siapa yang culas sebenarnya? Nampaknya bekas mentri berkenaan telah terperangkap dengan kenyataannya sendiri.. Semalam KJ menbuat kenyataan Penaja menarik diri menaja K Pop sekarang lain pula kenyataan yang di keluarkan oleh mantan menteri tersebut..

"Tidak kisahlah dari mana pun duit itu...ia tetap membazir...dan yang lagi teruknya, RM1.6 juta digunakan untuk merosakkan anak bangsa, belia dan pemuda pemudi dengan artis seksi dan hiburan melampaui batasan...Islam tidak melarang hiburan, tetapi ada batasnya pak menteri oi..."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.