VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 4 October 2013

Rakyat Beli Susu Anak Dengan Berhutang.. Apakah Pak Menteri Sedar?



SEBAGAI rakyat Malaysia saya pernah menghadapi ;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana  kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh

9. Pinjam telepon kawan kerana tiada top-up

10. .......


Apakah pak-pak menteri sedar?



Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang saya hadapi kerana kekurangan sumber kewangan walaupun kerja macam mahu mati, saya kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.


Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiapkali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka… Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”…

Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku, apakah pak-pak menteri sedar?

Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…


Coretan oleh:
Ahmad N.K

MP berlumba-lumba untuk jadi Menteri.. Bila dah jadi Menteri, minta Jabatan Audit auditkan Kementerian mereka tapi bila Audit keluarkan Laporan.. Pak Menteri kata Audit culas dan bohong! Jadi sapa sebenarnya yang BOHONGKAN rakyat? Fikir-fikirkan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.