VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 27 May 2016

Timbalan Speaker Negeri Kedah Bertumbuk Dengan Pengguna Jalanraya di Hadapan Aman Central




Pada 15/5/2016 Ahad jam lebih kurang 5.45 petang semasa saya keluar dari Aman Central kemudian saya terus membawa kereta saya memasuki lorong tengah di lampu isyarat di hadapan Aman Central tersebut. Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20-An dan di dalam kereta tersebut juga terdapat 2 lelaki melayu berusia 20-An dan 50-An. Pemandu tersebut telah membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu,lampu isyarat berwarna merah. Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata 'Kenapa,kenapa..Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan saya. Tetapi saya enggan turun. Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya. Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut. Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya. Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Tetapi teman wanita saya juga telah di tarik dan di tumbuk di bahagian dada,tangan kanan dan kiri. Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk. Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah. Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP). Sekian

Rakaman CCTV di Sini
https://www.facebook.com/adam.hoonigan.3/posts/128992187517361

Thursday 26 May 2016

TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’


Kenyataan media

26 Mei 2016

TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’

1. Deklarasi Rakyat adakah deklarasi Mahathir kerana diakui secara langsung mahupun tidak langsung oleh banyak pihak termasuk Dato Ambiga dalam Debat Perdana (16 Mei 2016) di K.Lumpur yang menyatakan dia sendiri diberi hanya 4 hari untuk bersetuju dengan teks deklarasi yang telah ditulis lebih awal yang diserahkan kepadanya. Jelas ia ditulis oleh Mahathir dan semua ‘terpaksa’ hanya diberi 4 hari bagi membuat pindaan minima sebelum tandatangan. Memandangkan dari aspek masa da nisi deklarasi yang disusun Mahathir maka ia layak dipanggil Deklarasi Mahathir.

2. Deklarasi ini sendiri hilang arah kerana memberikan persepsi kepada rakyat bahawa perlu kumpul tandatangan bagi diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyingkirkan Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidakkah mereka sedar Mahathir sendiri yang telah mencabut kuasa Raja –Raja Melayu dan bukan sahaja sejuta tandatangan malah 10 juta pun tidak akan mencapai matlamat tersebut.

3. Namun semua itu tidak dipedulikan oleh kumpulan pro Mahathir ini. Mereka mengumumkan akan kumpulkan 1 juta dan dalam pada masa yang singkat tiba – tiba diumumkan oleh anak Mahathir, Mukhriz bahawa dalam masa 2 minggu tandatangan sudah mencapai 1 juta. Beberapa hari kemudian dalam satu sidang media dibuat pula satu sidang media menyatakan sudah mencapai 1.2 juta tandatangan dan bersedia untuk ke Istana.

4. Tentu ramai pelik kerana ketika itu kebanyakan orang politik termasuk aktivis sedang sibuk memberikan perhatian untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan Mahathir sendiri tidak mahu ke Sarawak kerana tidak mahu Bn kalah dalam PRN tersebut. Maka bagai mana boleh dalam masa sangat singkat begitu besar jumlah tandatangan terkumpul. Saya sudah bisikkan kenapa beberapa teman yang ghairah sangat dengan angka tersebut agar berhati – hati kerana mungkin mereka tertipu dengan pasukan Mahathir.

5. Akhirnya beberapa hari lepas muncul beberapa teman muda yang ada antaranya saya pernah kenal walaupun tidak rapat sebelum ini. Mereka menceritakan bagaimana mereka terlibat dalam membekalkan sejuta ‘data base’ dalam tujuan memalsukan tandatangan rakyat Malaysia dalam memorandum Deklarasi Mahathir itu. Mereka dijanjikan sejumlah wang untuk berbuat demikian namun setelah melengkapkan kerja mereka tidak dibayar seperti dijanjikan. Namun setelah beberapa hari meneliti beberapa perkembangan termasuk surat panjang Anwar maka mereka dengan kesedaran bertemu saya dan mahu muncul menyatakan kebenaran.

6. Saya meminta mereka membuktikan mereka serius dengan mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lalukan semalam dan hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.

7. Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.

8. Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.



cheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

** gambar ialah helaian pertama dari 10 helai kenyataan dgn lampiran bukti yang diikrarkan sebagai akuan bersumpah

posted from Bloggeroid

Sunday 22 May 2016

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PAKATAN HARAPAN HADAPI PRK SG.BESAR


Kenyataan Media
22 Mei 2016

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PH HADAPI PRK SG.BESAR

Umum telah ketahui PRK Sg.Besar dan K.Kangsar akan diadakan serentak iaitu 5 Jun untuk penamaan calon dan 18 Jun hari mengundi, berikutan kematian dua ahli parlimen Barisan Nasional yang mewakili kawasan tersebut.

SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sg. Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sg Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

SAMM Selangor juga tanpa berselindung menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Md Sabu (presidenya) bagi bertanding di Parlimen Sg. Besar. Parti Amanah harus menghantar general perang terbaiknya dan sosok Md Sabu adalah pilihan tepat.

Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

Sg. Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sg Besar.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana ini PRK terkahir menjelang PRU akan datang. PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan PH di Sg. Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan PH pada PRU-14.

SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH. Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sg Besar.

Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.