VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 18 January 2014

Gambar Aksi Flash Mob Bulatan Seberang Jaya Yang Membuatkan Perjuang Pertahankan Najib Panas Hati


Alhamdulilah kejayaan rakyat Pulau Pinang membuat flash mob di bulatan Seberang Jaya dengan jayanya.. Tanpa provikasi tanpa pertumpahan darah..

Matlamat kita tercapai.. Kalau di ikotkan rata2 kenderaan yang melalui bulatan sebarang jaya turut memberikan hon tanda setuju dengan apa yang kami buat.. Sambil hon sambil angkat tangan tanda bagus..

Tak lupa juga kepada segelintir puak yang cuba buat provokasi dengan press minyak, membuat bising dan bawa moto secara loklaq tanda setuju dengan kenaikan harga barang..

Kita mengikut jadual seperti yang di rancang selama satu jam berflash mob bermula selepas asar jam 5.30 sehingga 6.30 petang..

Kehadiran kita turut di bantu oleh abang Polis dua buah motosikal dan sebuah petrol car dan tak lupa kepada abang SB yang memakai baju merah..

Aku harap kejayaan kita buat flash mob di bulatan seberang jaya ini.. Boleh di jadikan sebagai dorongan kepada kawan-kawan kita di negeri lain teruskan berflash mob.. Supaya rakyat tidak mudah lupa dengan kesengsaraan kos sara hidup ini..

Polis bagi buat.. Tapi ingat jangan langgar undang-undang.. Elak provokasi!!!

Dengan gambar di bawah ini aku yakin mesti ramai pejuang kangkung akan hangin.. Hahahah

































Gambar sekitar flash mob semalam di Bayan Baru

















Cara rakyat menunjukan tanda terima kasih kepada Najib

Jalan Kampung Jawa, Bayan Baru, Pulau Pinang
Jam 5.00 petang

Hari ni jangan lupa..

Isu Penutupan Kolej Felda, Mazlan Aliman Jawab


Masadepan FELDA terus malap..............

Kolej Felda dibangunkan untuk memberi peluang anak peneroka dalam bidang vokasional. Ia projek dibawah seliaan Yayasan Felda. Tan Sri Isa Samad adalah Pengerusi Yayasan Felda, manakala Dato' Faizoull Ahmad adalah salah seorang Ahli Lembaganya.

Adalah menghairankan, fokus utama Yayasan Felda terhadap Kebajikan, Latihan&pendidikan dan Kesihatan sejak ditubuhkan pada tahun 1998, dengan visi sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial; bajet terhadap Kolej Felda sekitar RM16 juta setahun di potong hingga tinggal RM5 Juta sahaja!

Beli hotel, apartment, ladang dan berbagai pelaburan bernilai bilion ringgit dibuat dengan cepat, untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira?

Projek usahasama pendidikan dengan Universiti Lim Kok Wing memakan belanja berkali ganda jika dibandingkan dengan Kolej Felda dan tidak pernah disemak sejauh mana kejayaannya, kenapa Kolej Felda yang cuma ada di Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu di ganggu?

Mana dia pembangunan modal insan yang acapkali di sebut oleh Faizoull Ahmad?
Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire & Universiti Chester yang di war2 lanjutan daripada Kolej Felda?

Perkembangan terkini ini mengingatkan saya pada kertas cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia yang menyebut secara jelas; Felda akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan sosial. Hujahnya, FGVH adalah syarikat senaraian awam yang berteraskan perdagangan. Ia bukan lagi terikat kepada perkhidmatan seperti mula2 ditubuhkanl

Saya berpandangan inilah kesan2 yang menjadi malapetaka kepada warga Felda khususnya Anak2 Peneroka yang dahagakan kursus dan latihan kemahiran. Pemotongan bajet terhadap Kolej Felda jika dilaksanakan akan membunuh impian ribuan anak2 peneroka seluruh negara.

Saya tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Isa Samad dan Faizoul Ahmad. Saya mengharapkan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu depan, bukan memotong bajet untuk Kolej Felda, tetapi peruntukan ditambah sebanyak mungkin. Bukan itu sahaja, perkembangan pendidikan di Felda yang dulunya ada insentif untuk anak2 yang berjaya masuk ke IPTA, peruntukan tuisyen percuma untuk UPSR/ SPM, pembangunan sekolah berasrama penuh Felda, MRSM Felda di Trolak; ditingkatkan pembiayaannya agar lebih ramai yang beroleh manfaat.

Saya amat berharap Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Felda waras dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. Jangan lupa sejarah panjang bagaimana Felda dibangunkan. Kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya amat dalam...

' Ada kuasa dan pengaruh, biar berjasa. Hidup dikenang orang, diingati khidmat baktinya sepanjang hayat. Jangan dibariskan sebagai petualang dan pengkhianat terhadap bangsanya sendiri ', Nauzubillah.......

Bayar Secawan Kopi Dengan Kangkung


Petikan dari Jason King

"Morning. Salam 1 kopi 1 #‎kangkung ...

Pagi semalam dapat info penerbit parody kangkung remix diburu..

Wah... apakah ini kesalahan?

I dun know. .. tapi ini mengambarkan #‎kemaluan teramat sangat PM yang sebut tampa berfikir semasa ucapan beliau bagi meminta rakyat berterima kasih pada kerajaan sebab ada barang yang #‎turun #‎harga .

#Kangkung turun hargakah?

Tidak.. kangkung tidak turun harga pun. PM Najib #‎mention main petik ikut suka jer sebab #‎tidak #‎ada #‎bendapun yang harga turun beb...!

#‎Kedangkalan inilah yang menjadi parody dan bahan ejekan rakyat dan bila sendiri #‎bodoh dan diejek ejek.. kenapa #‎marahkan rakyat?

Bukankah gaji PM dibayar dari duit #‎pembayar #‎cukai yakni rakyat?"

Friday 17 January 2014

Mat Said Belanja Jutaan Ringgit Berlayar ke Antartika, Rakyat Makan Kangkung


Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja selama 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah ke Antartika.

Lawatan ini sebagai satu pembaziran besar dalam keadaan rakyat di negara ini dipaksa supaya sentiasa berjimat-cermat untuk berdepan krisis ekonomi yang sedang merudum.

Menteri Besar Terengganu mengumumkan “lawatan sambil belajar” ke Antartika.

Fuyoh, belajar buat ais kot.

Rakyat makan kangkung, menteri belanja berjuta ringgit belayar ke Antartika.

Ahmad Said tidak mempunyai kaitan dalam lawatan berkenaan selaku menteri besar dan tidak akan membawa sebarang pelaburan asing.

Beliau bukan Menteri Sains dan Teknologi atau Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Ahmad tidak boleh berkata tujuan ke sana untuk misi pelaburan asing atau menarik pelancong melainkan hanya melihat penguin di sana.

Ahmad juga tidak boleh memberi alasan meragukan seperti bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo ke Disneyland bagi mengkaji taman tema dengan mengunjungi Mickey Mouse dan rakan.

Semalam, Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan mengumumkan lawatan itu dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.

Hal itu kononnya bagi membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang semakin tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Petikan berita selangor kini

Berita Penindasan Rakyat Ini Tidak Akan Masuk TV3 Sebab BN Yang Perintah Negeri


Apa 700 % kenaikan?

Yang Nie Langsung Tak Masuk Media Elektronik. Sebab Apa?...

Sebab Ini Negeri Yang Dipimpin Oleh Barisan Nasional.

Maka Beruntunglah Rakyat Di Negeri Yang Diperintah Oleh PR Kerana Jika Ada Masalah, Masalah Mereka Terus Dapat Liputan Meluas Tak Sampai 24 Jam & Dengan Segera Masalah Dapat Diselesaikan Baik Pemimpin PR Mahupun Pemimpin BN...

Bayangkan Juga Kalau Ini Berlaku Di Pulau Pinang. Mahu Heboh 1Malaysia Kononnya Melayu Ditindas Oleh DAP.

Sekarang Nie Kat Johor; Nak Salahan DAP Jugak Ke?...

Orang Johor, Apa Cerita?...

Aku pernah makan mee bandung kat sini.. Sedap abaq hang.. Sluurrppp..

Penggubah Lagu Popular Kangkung Remix di Tahan Polis





Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa dakwa komposer Yuri Wong yang compose lagu Kangkung Remix ditahan polis.

Persoalannya :
1. Adakah lagu tersebut boleh menyebabkan ke"AMAN"an Malaysia tergugat?

2. Adakah lagu tersebut boleh menyebabkan kadar jenayah meningkat?

3. Adakah lagu tersebut boleh mengancam ekonomi negara sebagaimana buruknya impak rasuah pada negara???

4. Atas Akta apa komposer tersebut ditahan???

Isu Kangkung Buatkan Najib Popular di Media Indonesia Selepas BBC



Tak sangka kerana ucapan Kangkung dah turun harga oleh Perdana Menteri, boleh tersebar dalam media dunia.

Selain di BBC, ianya juga dilaporkan media beberapa negara lain seperti Indonesia.

Jika ini cara nama Malaysia untuk lebih dikenali.

Ini sangatlah mendukacitakan.

Laporan berita di BBC boleh dibaca di http://www.bbc.co.uk/news/blogs-trending-25730815

Gambar kredit, Suara Rakyat.

Thursday 16 January 2014

Pemuda Kangkung Beri Amaran Kepada Tukang Sumbat Kangkung Dalam Mulut Najib


Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.

Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.

Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.

Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.

"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup.

"Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita," kata beliau. – 16 Januari, 2014. -TMI

Wednesday 15 January 2014

Isu Giat Mara Selangor, Khalid Ibrahim Kata Tiada Penutupan


Sidang Media Khalid Ibrahim

Pusat Giat MARA Selayang perlu memperbaiki struktur bangunannya dalam masa setahun dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya mempunyai dana mencukupi untuk operasi pusat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Pusat Giat MARA itu tidak mahu meneruskan operasi, mereka boleh mengosongkan premis dan Kerajaan Negeri akan memberi peluang kepada syarikat lain bagi mewujudkan pusat latihan industri penerbangan.

Isu Penutupan Giat Mara Selangor, Khalid Ibrahim Jawab


Khalid Jawab Petang Ini

Sekarang baca sikit cerita dari Orenji

... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yang dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. Tak kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yang tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah..

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadi tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je..

ADA FAHAM??!!! -FB orenji

Apa pon jangan risau Khalid Ibrahim dah janji nak jawab petang nie.. Kita tunggu jawapan dia.. Boleh?

Update
Khalid Ibrahim jawab kat sini kawan-kawan
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/isu-giat-mara-selangor-khalid-ibrahim.html

Tuesday 14 January 2014

Fahami Maksud Sebenar Ungku Aziz Kepada Najib Razak


Fahami maksudnya. UMNO BN sangat lemah. bukan kukuh seperti pokok yang mengakar teguh di bumi.

Akarnya lemah, seperti akar kangkung, akarnya tidak bertunjang, serabut nipis.

Di dalam air. Sekali air bergelora,hanyut terus.

Itulah yang ingin disampaikan oleh Ungku Aziz. Singkat dan mendalam.

Adakah anda semua bersedia untuk mengocakkan air dan menggegarkan pucuk2 kangkung yang tidak bermaya ini supaya mereka sedar langit tinggi rendah?

Rahsia di Sebalik Kangkung Selepas PM Umunkan Harganya Turun


Kenapa kangkung?
Apa yang lebihnya kangkung?
Mari kita telusuri tumbuhan hebat ini!

Kangkung atau nama saintipiknya Kangunese Kongese adalah tumbuhan ulam yang mudah dijumpai di kawasan2 berair seperti tepi longkang, paya2 dan kolam rawatan air. Berbatang lembut dan berwarna hijau.

Selalunya ia dimakan sebagai sayuran dan ulaman dalam juadah harian.
Tetapi ada lagi kehebatan tumbuhan ini.

Pada akarnya terdapat sejenis bahan bakar yang mesra alam. Minyak hasil ekstrak akarnya mampu menggerakkan kereta sejauh 500km bagi setiap titik jika dicampurkan dengan 100liter ron97.

Pada batangnya juga terdapat komponen super karbohidrat yang mampu mengenyangkan seorang dewasa hanya dengan satu gigitan. Dikatakan roti lembas buatan elf lord of the rings menggunakan bahan yang sama.

Pada hujung pucuknya pula terdapat chloroplast istimewa yang mampu menukarkan cahaya matahari kepada aurum (emas). Penemuan terbaru ini dikatakan mampu menjadikan kangkung sebagai matawang menggantikan sistem wang kertas dan juga dinar emas. Wow!

Kerana itulah penurunan harga kangkung sebenarnya adalah rahmat dan usaha kerajaan menurunkan harga kangkung harus dipuji dan dipuja. Lebih afdhal jika disembah.

Akhir kata, majulah kangkung untuk negara.

Aku ucapkan sekangkung tahniah kepada Najib Razak PM Kangkung (yang berjuang menurunkan harga kangkung)

Monday 13 January 2014

Isu Kangkung: Zizan Raja Lawak Turut Hentam Najib


Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih.

Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Zizan pon tidak melepaskan peluang memuji najib..

Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.

Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.

Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.

Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Rosmah Keluarkan Wang Tabungnya RM326juta Membantu Anaknya Berjaya Dalam Bidang Perfileman


LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.

Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza akui sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.

"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya.

“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," kata Riza.

DiCaprio dikatakan bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu.

Sunday 12 January 2014

Ketawa Tonton MLM Penawar Duka, Pengubat Sengsara Peningkatan Kos Sara Hidup


Bacaan Umum
11 Januari 2014

Ketawa Penawar Duka, Pengubat Sengsara Peningkatan Kos Sara Hidup

Malam tadi, seperti malam hari jumaat sebelumnya, tercegatlah kami sekeluarga di depan tv menonton Maharajalawak Mega. Hiburan ringan ini sedikit sebanyak melegakan perasaan stress di tempat kerja. Gelak tawa yang terhasil dari persembahan peserta Maharajalawak Mega mampu melampias keletihan sepanjang minggu.

Faktanya, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika kita ketawa, jadi peluang untuk ketawa ini jangan dilepaskan.

Kerana itu juga kita melihat di celah mana-mana sudut dalam laman sosial, 'trolling' sering menjadi trending yang besar. Setiap gambar berangkai yang mengajuk kata-kata menteri dan ahli politik atau fatwa songsang mufti sebagai contohnya, pasti membuatkan anda tersenyum. Malah saya percaya setiap kali kita membuka laman sosial facebook, kita akan ternanti trolling baru merentasi ruangan suapan berita.

Benarlah tawa itu penawar duka. Selain peserta Maharajalawak Mega, para menteri, para pegawai kanan polis, para mufti dan juga termasuk Perdana Menteri dan timbalannya sering mengeluarkan kenyataan yang mempunyai nilai komidi, lebih-lebih lagi Zahid Hamidi.

Di sebalik ajukan yang menggelikan hati, hadir pula komen-komen berani dari anak muda menokok-nambah rencah bahan tawa. Memperlekeh kenyataan menteri menjadi sesuatu yang sangat cool hari ini, menjadi ikutan dan hiburan di laman sosial.

Berbalik kepada hiburan Maharajalawak Mega tadi malam, sesuatu yang agak mengejutkan berlaku. Ingin saya mengaku di sini bahawa sejak sekian lama pelawak bernama Nabil selalu menjadi pilihan dan sokongan pihak saya. Bukan kerana beliau sering mempromosi bahaso nogori yang menjadi bahasa hometown saya, tetapi kerana kehebatan beliau beraksi seorang diri. Tidak mudah menjayakan standing comedy, tetapi Nabil cukup berjaya dengan usaha yang gigih menjadi penghibur tanahair.

Namun bukanlah Nabil yang mengejutkan saya. Kejutan telah dibuat oleh sebuah kumpulan bernama SYJ, mungkin sahaja singkatan dari nama ahli kumpulan tersebut iaitu Syuk, Yassin dan Jihan. SYJ mengejutkan banyak pihak termasuk mendapat sorakan spontan para penonton, komen juri yang memuji tindakan mereka dan seterusnya mengundang pelbagai komen di laman sosial. Semuanya positif, semuanya menyokong SYJ.

Ironinya, daripada persembahan kumpulan SYJ itu, mereka bukan sahaja terselamat dari tersingkir malah kedudukan dalam carta menunjukkan peningkatan yang mendadak, mereka tidak berada di kedudukan tiga tercorot dalam pertandingan Maharajalawak Mega minggu ke sembilan. Kepada sesiapa yang mengikuti siaran Maharajalawak Mega, pasti sedar kejutan tersebut dan mungkin bersetuju dengan tindakan mereka.

Kumpulan SYJ merupakan satu-satunya kontenden yang sanggup membahayakan kedudukan mereka dalam dunia hiburan apabila menyelitkan jenaka troll kenaikkan harga petrol, dan terus menyindir kerajaan apabila mengumumkan satu-satunya penurunan yang berlaku adalah penurunan dividen ASB (berbanding pelbagai kenaikan yang membeban rakyat).

Difahamkan juga ini bukan kali pertama SYJ menerapkan isu semasa dalam jenaka mereka. Apa yang ditonjolkan oleh kumpulan SYJ malam tadi adalah satu bentuk sokongan kepada rakyat dan gerakan pendesak penurunan kos sara hidup. Harus menjadi kesedaran semua betapa isu kos sara hidup yang melambung adalah isu sebenar, bukan isu pertelingkahan agama. Tindakan SYJ membakar isu ini adalah terpuji dan wajar mendapat sokongan ramai.

Tahniah kumpulan SYJ. Walaupun saya peminat Nabil, namun undi saya selepas ini adalah untuk SYJ dan saya yakin ramai di antara kita yang akan ambil keputusan sama. Undi saya adalah untuk mereka yang bersama rakyat, undi saya ialah untuk mereka yang sanggup membawa isu rakyat walaupun sedar tindakan tersebut mengundang 'gam' pihak berkepentingan. Penguasa ini tidak perlukan alasan untuk menutup periuk nasi orang seni yang tidak memihak kepada mereka, ini pernah berlaku dan terus berlaku.

Kumpulan SYJ menjalankan peranan mereka dengan risikonya tersendiri, maka kita di sini juga harus berperanan menjadi pendesak utama. Jika kita terlepas aksi 50 ribu #‎RPDM31D , berjanjilah bahawa kita tidak akan melepaskan lagi peluang pada masa akan datang, dengan berani menuntut kos sara hidup diturunkan, atau pemerintah zalim itu dihumban!

Semoga kumpulan SYJ menyelitkan lagi isu-isu rakyat dalam jenaka mereka agar ia mampu menyedarkan lebih ramai di luar sana. Saya berdoa agar kumpulan SYJ akan melangkah ke final Maharajalawak Mega dan tidak mustahil menjadi juara. Juara rakyat (peoples champ).

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Aku tak minat Nabil, tak lawak.. Tapi dia totap tak masuk bottom 3..

Mana Bukti Gred A? Tak Habis Isu Syiah Sekarang Naik Balik Isu Kalimah Allah


Selepas isu syiah, kini isu kalimah allah pula. Lepas isu kalimah allah, isu perkauman. Dan terus pusing dan pusing sampai melayu betul2 jadi bangang barulah umno akan selesa.

Sekarang melayu banyak dah ceradik. Bila melayu cerdik, umno akan terancam.. melayu dah tak pecaya dengan parti ketuanan melayu kuat menipu.

Melayu bawahan bermatian matian berjuang untuk agama bangsa negara katanya. pemimpin umno senang lenang makan anggur dalam rumah bungalow.

Melayu bawahan disajikan dengan isu2 sensitif. Tak ker bangang namanya? melayu dari dulu jadi hamba orang melayu sendiri. Itu fakta sejarah..

Jom kita tanya zahid anak indon ni, bila nak tahan mat sabu?
bila nak siasat mat sabu?
bila nak dedah bukti gred A? 

Kalau menteri dalam negeri tak boleh jawab, jom pakat-pakat kita b***kan dia!!!

Di sediakan oleh Jeneral Yakuza Ogawa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.