VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 25 July 2014

Sarung Tangan "Save Gaza", Malaysia Berdepan Hukuman


Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang (gambar)  bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan, lapor CTVNews, laman web dari Kanada.

Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.

Tuesday 22 July 2014

Dunia Nak Kiamat Israel Benar Guna Pelabuhan Hantar Sawit Kepada Palestine


MINYAK SAWIT MENTAH MALAYSIA UNTUK PALESTINE, ATAU ISRAEL?

Banyak pihak yang melenting apabila SAMM secara konsisten mendedahkan bahawa ekonomi Israel telah dibantu dan diperkasa oleh sebuah negara islam munafik bernama Malaysia. Namun sehingga hari ini belum ada dakwaan terhadap SAMM di atas pendedahan yang dibuat.

Jika SAMM membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan bukti, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan undang-undang demi membersihkan nama negara.

Paling menonjol di antara pelbagai pendedahan ialah berkaitan dengan penghantaran minyak sawit mentah ke Israel. Ini kerana kita adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, pengeluar nombor dua ialah Indonesia yang juga sebahagian besarnya dimonopoli oleh syarikat dari Malaysia. Apatah lagi bila memikirkan rangkaian Felda adalah pengeluar utama, konglomerat milik melayu.

Apakah ini bermaksud Felda secara langsung telah menjana ekonomi Israel dengan penghantaran minyak sawit mentah? Tidak! Felda hanya mengeluarkan sawit sahaja, manakala yang berurusniaga hingga ke Ashdod itu adalah syarikat lain namun ia dibenarkan berlaku tanpa sekatan. Itulah sebabnya jika anda menuduh Felda menjual minyak sawit mentah ke Israel, pastinya anda akan disaman. Pokoknya, melayu keluar sawit, akhirnya sampai ke Israel. Tahniah!

Mereka cuba memberi alasan kononnya minyak sawit ini hanya 'tumpang lalu' di pelabuhan Ashdod sebelum dihantar ke Pelestine. Ini diakui sendiri oleh Mukhriz ketika menjadi timbalan menteri MITI melalui akaun twitternya yang berbunyi "Benar kerana minyak sawit yg diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel."

Pertama, apakah dunia nak kiamat apabila Israel begitu baik hati membenarkan pihak Palestine 'share' pelabuhan mereka? Kedua, apakah ada industri sawit besar di Pelestine apabila sawit mentah yang dihantar itu berjumlah satu kapal kontena (lebih 100tan metrik sekali penghantaran) ?

Malah yang terbaru sekali ketika Israel mengebom Gaza, penghantaran minyak sawit mentah dari pelabuhan Tanjung Pelepas pada 3 Julai lalu telah sampai ke Pelabuhan Ashdod tepat pada hari ini (21 Julai) mengikut jadual. Tanpa rasa sensitif urusan dagang diteruskan walaupun Gaza dibedil, ini meniaga cara Malaysia.

Minyak sawit mentah dengan jumlah yang besar ini sebenarnya diperlukan oleh industri Israel. Tidak banyak negara yang berdagang dengan Israel maka mereka perlukan bahan mentah seperti minyak sawit untuk produk keperluan seperti minyak masak, bahan makanan (aditif) pembuatan, bahan kosmetik, ubatan dan vitamin, krimer dan banyak lagi.

Jumlah penghantaran yang kerap ini juga bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit yang telah ditransformasi kepada pelbagai bahan keperluan ke negara serantau seperti mana pengedaran kurma buatan Israel. Ia sekaligus menjana ekonomi Israel untuk membeli peluru yang membelah dada anak Palestine.

Hakikatnya, Israel akan jauh lebih lemah tanpa minyak sawit mentah yang dihantar oleh Malaysia. Sedar atau tidak, kita sudah menghantar nyawa kepada zionis Israel, maka mengapa perlu pergi jauh untuk berjihad?

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger Pengarah Propaganda SAMM

SAMM Pulau Pinang Memberi Sokongan Kepada Ahli Fikir


Solidariti Anak Muda Malaysia P.Pinang tampil sidang Media menyokong Saudara Afzanizam pemilik akaun Facebook Ahli Fikir yang telah difitnah dan akaun facebook nya telah di klon oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memfitnah diri beliau kononya ingin berjihad membunuh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Samm P.Pinang juga menafikan bahawa akaun palsu yang dicipta oleh seseorang yang berniat jahat adalah milik Afzanizam, ini kerana akaun sebenar Ahli Fikir mempunyai senarai rakan bersama page dan akaun facebook Samm Penang manakala akaun palsu Ahli Fikir tidak mempunyai senarai rakan dengan page dan akaun facebook Samm Penang dan di sini jelas permainan kotor pihak tertentu yang kurang senang dengan perjuangan Samm Penang.

Samm Penang akan terus mempertahankan Saudara Afzanizam dan menunutut Pihak PDRM menjalankan siasatan telus dan adil, jangan biarkan fitnah dan mengaibkan orang menjadi trend di laman sosial, Samm Penang juga yakin dengan kewarasan Pihak PDRM untuk menyiasat.

Turut bersama dalam sidang Media ialah Saudara Rizal Tahir Samm Pengarah kewangan Samm Kebangsaan, Saudara Aidil Penyelaras Samm Negeri P.Pinang, Saudara Yusnizan Samm Penyelaras bersama Samm Penang (SPS) Saudara Nawawi Penyelaras bersama Samm Penang (SPU) dan Saudari AyLing Gan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Bayan Baru.

Monday 21 July 2014

Akaun Facebook Palsu Ugut Bunuh Perdana Menteri: Respon SAMM


Kenyataan Media
21 Julai 2014

Akaun Facebook Palsu Ugut Bunuh Perdana Menteri: Respon SAMM

Ekoran beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Afzanizam Hashim penggerak SAMM P.Pinang, kononnya telah membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia melalui sebuah akaun facebook bernama Ahli Fikir, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat klarifikasi;

1. SAMM menegaskan bahawa ugutan terhadap Najib Razak adalah satu fitnah dari status sebuah akaun facebook palsu yang telah diterbit menyerupai akaun sebenar mangsa. Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM.

2. Setelah menyedari kewujudan akaun facebook palsu tersebut, mangsa fitnah telah segera membuat laporan polis pada tarikh 17 Julai 2014 jam 2 petang di Balai Polis Perda (kemudian dipanjangkan ke Balai Bukit Mertajam), Pulau Pinang. Laporan polis ini dibuat lebih awal sebelum laporan-laporan polis terhadap mangsa.

3. Afzanizam juga dipanggil memberi keterangan di IPD Kepala Batas sehari kemudiannya dan beliau telah hadir memberi kerjasama.

4. Penerbitan akaun palsu kini telah menjadi trend dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini bukan kali pertama komrad SAMM menjadi mangsa. Pengasas SAMM, che'GuBard sendiri menjadi mangsa apabila satu akaun 'fan-page' telah sengaja membuat status menghina institusi beraja, dan Young Syefura / Rara SAMM juga menjadi mangsa ketika baru menyertai DAP yang menjadi perhatian media.

5. SAMM bersedia dan mengalu-alukan pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menuntut dengan serius agar semua kes ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat supaya diselesaikan dengan telus. SAMM turut mempersoalkan di manakah hasil siasatan kes ugutan bunuh dari kalangan pro-kerajaan itu? Apakah ia juga berakhir di Lautan Hindi?

6. SAMM kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadap gerakan SAMM ketika negara sedang berduka dengan tragedi MH17, ia seolah mengambil kesempatan dari peristiwa yang berlaku.

7. Benar SAMM adalah gerakan anak muda yang progressif, juga agresif, malah SAMM lahir dari perlawanan jalan raya namun masih ada kewarasan dalam setiap titip kenyataan yang dikeluarkan dari setiap komrad terlatih.

8. Tidak dapat disembunyikan, ramai anak muda yang sangsi dan gusar dengan rentak pemerintah negara dalam mengendalikan isu dunia, merujuk kepada terlalu banyak kelemahan ketika mengendali isu MH370.

9. Akhir sekali, disertakan salinan laporan polis Afzanizam Hashim, Penyelaras Bersama SAMM P.Pinang sebagai rujukan.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday 20 July 2014

Jelajah Jejak Asnaf SAMM Pulau Pinang Ziarah Kubu Kuat UMNO












Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang semalam (19/7/2014) menyerahkan sumbangan zakat Projek Jelajah Jejak Asnaf bersama SAMM menumpukan 3 buah daerah di Pulau Pinang, Bermula di peringkat SPS, SPT dan terakhir bagi ramadhan tahun ini SPU.

Projek Jelajah Jejak Asnaf adalah program tanggungjawab sosial SAMM Pulau Pinang yang akan diadakan sepanjang Ramadan akan datang untuk meringankan beban kewangan golongan fakir dan miskin, ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya membuat persiapan menyambut kedatangan Aidilfitri.

SPU adalah lokasi ketiga dalam siri jelajah pada tahun ini dan setiap seorang asnaf diberi Barangan asas dapur.

SPU merupakan kubu kuat umno yang sukar di gempur oleh PAS setelah sekian lama.. Di sini juga tempat lahirnya Pedana Menteri yang kelima, Abdullah Badawi..

Keadaan menjadi sayu apabila komrad SAMM Pulau Pinang menziarah dari sebuah rumah ke sebuah rumah.. Di SPU hati kami lebih sayu berbanding SPS dan SPT.. Hati tersentuh apabila dapat menyelami hati dan bertemu dengan golongan yang serba kekurangan, memerlukan kerusi roda,ditinggalkan anak-anak dan rumah menunggu rebah..

Kami tertanya-tanya di mana pihak bertanggungjawab adakah tiba PRU baru sibuk mencari golongan ini untuk memancing undi? Fikir-fikirkan lah..

Selepas selesai program ini kami akan memantau golongan memerlukan ini supaya mendapat pembelaan dari pihak bertanggung jawab..

Akhir sekali aku berharap Projek Jelajah Jejak Asnaf ini tidak terhenti di sini.. Bukan hanya di bulan ramadhan saja.. Di bulan-bulan lain juga aku harap ada program-program seperti ini..

Aku mengucapkan terima kasih kepada adik beradik yang menjayakan program ini sampai kepenghujungnya.. Mohon maaf jika ada terkurang, terlajak kata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.