VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 15 March 2014

Wartawan asing kena tolak selepas bertanya soalan kepada PM Najib. PM Najib tak dapat jawab. Memalukan! - ABC news report!

Sidang media teknikal MH370 bagi menjawab sebarang soalan berkenaan penjelasan perdana menteri tengahari tadi dibatalkan kerana pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti soalan-soalan yang dikemukakan wartawan secara bertulis.

Seorang jurucakap sekretariat media dari Jabatan Penerangan, Jagjit Singh memaklumkan perkara itu kepada wartawan sekitar jam 5.10 petang tadi.

Selepas sidang media awal tengahari tadi, wartawan yang ingin mengajukan soalan diminta mengemukakannya secara bertulis di atas kertas kajang bersaiz A4 yang disediakan Jabatan Penerangan.

Wartawan meja bahasa Inggeris Malaysiakini, Koh Jun Lin sendiri mengemukakan enam soalan untuk dijawab.

Sekretariat media memaklumkan pihak berkuasa akan menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dalam sidang media pada jam 5.30 petang esok.

"Mereka (pihak berkuasa) sedang menelitinya," kata Jagjit. Difahamkan 10 helai kertas soalan diserahkan kepada sekretariat daripada lebih 200 organisasi media yang membuat liputan kehilangan ini.
Hari ini merupakan hari kelapan pesawat MH370 hilang selepas gagal dikesan menara kawalan pada Sabtu lalu.RM

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Propaganda Kaitkan Anwar Ibrahim Dalam Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370 Oleh Ikon Pemfitnah Malaysia

Blogger pemfitnah tersohor udah memulakan propaganda...

Semua salah Anwar Ibrahim dari dulu...kah kah kah...

Begitu lah kisah pejuangan,masakan geng perompak suka...

Kita tengok dan tunggu episod seterusnya.


Posted via Blogaway

Episod Pesawat MAS MH370 Hilang Mula Tertumpu Kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah Penyokong Pakatan Rakyat!

Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.     

Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.    

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.    

Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.    

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.     

Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok.    

"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok.    

"Diharap media boleh menunggu," katanya. - Bernama


Posted via Blogaway

Apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap, kata waris penumpang pesawat

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan kelaurga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.

"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.

"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.

Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

"Tiada yang menjerit tetapi saya dapat melihat raut wajah mereka. Malah saya dan anggota keluarga lain cuba yang terbaik untuk bersabar. Ibu meminta kami untuk tidak membuat hal. Jadi kita menghormati permintaannya itu," kata Zulkifli .

Beliau tiba di sini dengan nenek Muhammad Razahan dua malam lalu untuk memberi sokongan moral kepada abang dan kakak iparnya.

Turut bersetuju sentimen yang sama adalah waris warga Ukraine, Chustrak Oleg Ukraine, 45, dan Deineka Sergii Ukraine, 45.

Lelaki yang enggan namanya disiarkan berkata, apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap.

"Kami mahu lebih. Ia tidak lengkap," katanya.

Warga Ukraine, Muhammad Razahan dan isteri adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal adalah antara penumpang yang ditakdirkan untuk berada dalam pesawat malang  MH370 itu.

Lebih 100 ahli keluarga penumpang MH370 ditempatkan di  Hotel Everly sementara menanti perkembangan terkini mengenai pesawat yang hilang.

Daripada 239 orang penumpang, 38 daripada mereka adalah warga Malaysia, 159 warga China dan selebihnya dari 12 negara lain termasuk Indonesia dan India.

Najib awal hari ini berkata pencarian pesawat MH370 akan diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan di luar Indonesia di selatan selepas bukti menunjukkan hubungan terakhir adalah pada jam 8:11 di utara Selat Melaka.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan hubungan komunikasi dimatikan adalah disengajakan tetapi tidak mengatakan ia satu rampasan pesawat .

Penyiasat mengesahkan pesawat dikesan radar tentera adalah pesawat milik MAS MH370, selepas komunikasi mungkin dimatikan sebelum ia sampai di pantai timur Malaysia seminggu lalu, Reuters memetik Najib sebagai berkata.

"Walaupun laporan media mengatakan pesawat itu dirampas, saya ingin menegaskan, kami masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 tersasar daripada laluan asal," kata Najib, membaca kenyataan bertulisnya di sidang akhbar yang dipenuhi  pengamal media.

Beliau berkata, satelit mengatakan pesawat Boeing 777- 200ER (9M- MRO) berada di salah satu daripada dua koridor: di bahagian utara Thailand hingga ke Kazakhstan, atau di bahagian selatan, dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa laporan sebelum ini memetik kenyataan seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan sebagai mengesahkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dirampas. – 15 Mac, 2014 .


Posted via Blogaway

Isu Pesawat MAS MH370, Betapa Pentingnya Kejujuran

BETAPA MUSTAHAKNYA KEJUJURAN

Saya semakin tertarik kepada tiga pemimpin kita yang sejak seminggu lepas seiring bersama memberikan sidang media.

Mereka ialah Dato Seri Hishamuddin Hussein, Dato Ahmad Jauhari Yahya dan Dato Azharuddin Abdul Rahman.

Pada hari pertama, saya nampak mereka kaku dan seperti menyembunyikan sesuatu.

Selepas itu, saya lihat beberapa kenyataan yang bercanggah. Sedih dan kecewa saya kerana ini melibatkan soal negara.

Tetapi sekarang, setelah melihat beban yang mereka tanggung dan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan 'misteri' ini, saya kagum sekali. Saya faham kekangan mereka dalam hal ini.

Menariknya, dengan tekanan yang dihadapi, tiga pemimpin kita ini semakin mantap.

Keyakinan, kesungguhan dan kejujuran mereka dalam memberikan maklumat yang tepat terserlah. Saya berubah menjadi penyokong tegar mereka.

Lalu, hati saya berkata, jikalah muncul lagi isu negara dan pemimpin kita boleh menjawab sebaik ini, alangkah bagusnya.

Yakinlah, apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong.

Tulisan Mohammad Agus Yusoff

Penuh berlapik ayat yang di susun oleh Prof. Agus


Posted via Blogaway

MALAYSIA Sahkan Kapal Terbang di Rampas, Laporan AP

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Sementara itu, AFP memetik seorang pegawai kanan tentera Malaysia sebagai berkata, penyiasat percaya pesawat itu dirampas dan dipandu oleh seorang yang "mahir, cekap" yang memandunya beberapa jam.

"Ia mesti seorang yang mahir, cekap dan seorang juruterbang semasa," kata pegawai itu.

"Dia tahu bagaimana untuk mengelakkan radar awam. Dia nampaknya sudah mengkaji bagaimana untuk mengelakkan radar,” katanya.

Bagaimanapun, akhbar British The Daily Telegraph melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, menafikan pesawat itu dirampas.

"Ia belum sah. Saya mengetuai siasatan ini dan tiada siapa yang mengatakannya. Ia tidak benar. Kami meninjau  pelbagai kemungkinan, kita melihat semua kemungkinan. Kami melakukan profil setiap penumpang dan anak kapal tetapi tidak ada bukti yang sahih setakat ini," katanya kepada Telegraph.

Perkembangan baru mengejutkan ini datang selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan pesawat yang hilang itu dikesan ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, memetik kenyataan seorang penganalisis.

Menurut laporan itu, laluan dari Malaysia ke laut di luar pantai Australia akan melalui perjalanan sejauh 3,000 batu - jarak maksimum MH370 boleh diterbangkan dengan bahan api yang ada.

Bloomberg juga melaporkan penyiasat mendapati seseorang di dalam kokpit MH370 memprogramkan pesawat itu untuk berpaling dari jalan asalnya ke Beijing, kata sumber daripada kerajaan Amerika Syarikat yang biasa dengan penyiasatan itu.

Laporan itu memetik jurucakap Awam Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Australia, Peter Gibson, sebagai berkata dia tidak sedar maklumat baru yang meletakkan MH370 berhampiran Perth.

Bagaimanapun, katanya, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia mempunyai bidang kuasa untuk membuat penggeledahan jika maklumat itu benar.

Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Difahamkan, Najib hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan daripada media, lapor Sinar Harian Online.

The Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.


Posted via Blogaway

KJ Kata Satu Malaysia Mahu Tampar Bomoh Umno Satu Malaysia, Ibrahim Mat Zin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" mahu menampar Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ekoran perbuatannya yang "memalukan" negara.   

Kata-kata itu lahir dari mulut menteri muda ini sebagai respon kepada Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang mahu menamparnya seperti buaya.   

KJ sebelum itu menyifatkan perbuatan Ibrahim sesuatu yang menjatuhkan maruah dan mencalar imej negara.  

"Dia sorang yang nak tampar saya...tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.  

"Perbuatan dia syirik, khurafat...saya tak nak layan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui sebuah portal.   

Baru-baru ini, KJ telah menyelar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.  

KJ dalam Tweetnya menggesa pihak berwajib untuk menangkap dan menahan bomoh berkenaan.  

Isnin lalu, Ibrahim muncul di tengah kesibukan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing dan batang buluh.  

Keesokan harinya Raja Bomoh berkenaan menggemparkan KLIA sekali lagi dengan menjalankan ritual menggunakan tikar, bakul mengkuang dan dua biji kelapa dalam misi mencari pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga kini.   

Menurut Ibrahim, apa yang dilakukannya berniat baik untuk membantu kerajaan mengesan lokasi pesawat MH370.  

Upacara ritual yang dijalankannya bersama dua lagi pengikutnya itu mendapat kritikan meluas di media-media sosial selain dijadikan parodi.


Posted via Blogaway

Friday, 14 March 2014

UMNO Kajang Lumpuh, Pemimpin Setempat Umum Keluar Parti


Pemimpin Umno dan NGO Melayu Pro-Umno Serah Borang Sertai PR Malam Ini di Stadium Kajang

Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat.

Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai tindakan 'keluar Umno masuk Pakatan' ini akan berterusan dalam skala yang lebih besar.

Datuk Seri Wan Azizah dijangka akan menerima serahan lebih 100 borang disaksikan oleh DS Anwar Ibrahim pada sekitar jam 9 malam ini di pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor.

Semua pengamal media termasuk dari media arus perdana dijemput untuk membuat liputan.

SAMM menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sendiri peristiwa yang menjadi satu titik penting dalam meneruskan legasi 'Langkah Kajang'.

Selesai majlis penyerahan borang, acara diteruskan dengan sebuah forum debat 'Wancana AMK' yang menampilkan calon-calon Ketua dan timbalan ketua AMK dengan idea masing-masing.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda SAMM

PERHATIAN!!! Penutupan Jambatan Kedua Pulau Pinang


PEMAKLUMAN PENUTUPAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG / JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH SEMPENA PROGRAM KAYUHAN BASIKAL MERDEKA RIDE @ JAMBATAN KEDUA.

Adalah dimaklumkan bahawa program Kayuhan Merdeka Ride @ Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan diadakan pada hari Ahad 16 Mac 2014.

Seramai 9000 orang akan menyertai Kayuhan Merdeka Ride @ Jambatan Kedua ini dan akan bermula dari Stadium Batu Kawan melalui Jambatan Kedua / Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan kembali semula ke Stadium Batu Kawan .

Upacara pelepasan akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Penutupan ini akan bermula pada hari Ahad jam 4.00 pagi sehingga 1.00 tengahari 16 Mac 2014. Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternative seperti Jambatan Pulau Pinang dan Feri untuk ulang-alik darinPulau ke Seberang.

Sekian Terima Kasih.

Thursday, 13 March 2014

Polis Ambil Keterangan Dari Penganjur Solat Hajat di KLIA




ORANG awam mengadakan solat hajat di perkarangan Anjung Tinjau, KLIA bagi mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 sebentar tadi.

Selapas Solat Hajat Polis mengambil keterangan dari Ketua Pemuda PAS Selangor kerana meneruskan Solat Hajat dan bacaan Yasin di KLIA.....

Info.. Pihak KLIA memang tidak membenarkan Solat Hajat itu diadakan.. tapi pihak penganjur Dewan Ulama PAS meneruskan juga kerana kehadiran umat Islam yang ramai sehingga memenuhi kawasan luar KLIA untuk bersama mendoakan keselamatan penumpang MH370...


Ramai orang yang melihat foto penganjur solat hajat di ambil keterangan tertanya-tanya adakah aktiviti Raja Bomoh 1Malaysia boleh diadakan di KLIA?

[VIDEO] Tok Guru Pondok RM2 Juta di Saman JPJ Kerana Lesen dan Roadtax Tamat Tempoh


Minta jangan saman saya, saya pun orang kerajaan...kah..kah..kah..
Hj Samah pondok genting, yang selalu mengkritik TGNA dan pas,
Dia yang keluarkan kenyataan haram undi Pas..sedang merayu..kat JPJ supaya jangan saman beliau atas kesalahan roadtax dan lesen tamat tempuh......

Pondok dia ni dipilih untuk menerima bantuan sebanyak RM2 juta oleh UMNO dimana replika cek disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mana pitih RM2 juta?
Takkan nak rayu juga he he

NASIB BAIK TIDAK DIRASUAHNYA JPJ
SEKADAR BODEK MERAYU AJE!!

http://youtube.com/watch?v=X4QKSB_-9hI

Kapal Selam Scorpene Malaysia Sedia Untuk Beroperasi Dalam Misi Search and Rescue (SAR)




MH370: Status Sebenar Keupayaan Scorpene Menjadi Persoalan

Misi pencarian dan penyelamat bagi penerbangan MH370 masih lagi menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari yang kelima. Namun sehingga hari ini hasrat rakyat untuk melihat armada laut terbaik negara iaitu sepasang kapal selam scorpene beraksi dalam misi ini masih tidak kesampaian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Namun SAMM tetap bertegas bahawa mencari sesuatu yang 'tidak kena' itu bukan bermaksud tidak menghormati sensitiviti.

Ketika negara lain berlumba-lumba mengerah kepakaran dalam misi mencari dan menyelamat, termasuklah menghantar kapal kelas perang, kerajaan Malaysia melalui kementerian bertanggungjawab mengelak dari menggunakan kapal selam Scorpene.

Berikut adalah jawapan dari Dato' Seri Hishamuddin dalam sebuah twit yang berbunyi;

"Our (Msian) Submarines are not designed for this operation. Its not the role for a submarines for Search & Resque #MH370"

Jawapan menteri ini telah menimbulkan lebih banyak polemik malah mencetus kemarahan orang ramai. Umumnya, tidak perlu belajar hingga ke Oxford untuk mengetahui sistem kelengkapan sonar yang terdapat dalam mana-mana kapal selam mampu mengesan dan menjejak objek di permukaan dan dasar laut.

Malah, satu laporan berita AFP bertarikh 3 September 2009 dengan jelas menyebut antara kemampuan kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sedia untuk beroperasi dalam misi 'Search & Rescue'.

Antara keratannya berbunyi;

"Naval officials said the submarine would be based in Sabah state, on Borneo island, where it will undergo fine-tuning before it is deployed in SEARCH and RESCUE"

Justeru, apakah Hishamuddin Hussin sebagai seorang menteri telah menipu rakyat Malaysia? Atau apakah kapal selam bernilai RM 7 bilion itu mempunyai masalah untuk beroperasi?

SAMM bukan sahaja menggesa persoalan ini dijawab segera oleh menteri, malah turut menuntut supaya dua kapal selam negara yang meragut wang rakyat hampir RM1bilion setahun untuk penyelenggaraan itu memulakan misi pencarian khususnya di dasar laut.

Segalanya masih belum terlambat kerana jika diimbas kembali, penerbangan Air France yang terhempas di lautan atlantik pada tahun 2009 hanya ditemui 5 hari selepas dilaporkan hilang. Maka Malaysia harus segera menghantar Scorpene, atau benarlah seperti yang dikhabarkan -Malaysia telah membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Sekian, SAMM mendoakan agar MH370 ditemui dalam keadaan selamat, inshaAllah.

EDY NOOR REDUAN Aktivis Blogger Pengarah Propaganda SAMM

Wednesday, 12 March 2014

[VIDEO] Ahli Parlimen Adik Beradik Bertikam Lidah Kerana Anwar Ibrahim


Dua ahli parlimen adik beradik dari Pakatan Rakyat dan BN - Datuk Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) - mencuri perhatian dewan pada sesi perdebatan petang ini apabila rancak berdebat dan bertikam lidah di antara satu sama lain selama kira-kira 15 minit. Drama bermula apabila Khalid dalam ucapan menjunjung titahnya menyindir abangnya yang berucap selama hampir tiga jam semalam, sewaktu ahli parlimen pembangkang tidak hadir kerana memprotes campurtangan eksekutif dalam badan kehakiman.

http://m.kinitv.com/video/4709O74

Punca Sebenar Tersebarnya Khabar Angin Pesawat MAS MH370 Hilang

Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati menyebarkan khabar angin melampau mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

"Jangan bertindak sesuka hati, berfikir dahulu sebelum bercakap. Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga penumpang penerbangan tersebut, jika penumpang itu ahli keluarga kita sanggupkah kita buat tindakan tidak wajar pada masa kita sepatutnya berdoa," kata Khalid Abu Bakar

Dalam laporan utusan telah mencabar pihak polis dengan menyebar spekulasi yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa Pesawat MAS MH370



Apa perasaan keluarga juruterbang #MH370 jika membaca laporan ini?

Adakah wajar juruterbang beragama Islam dianggap membunuh diri sekaligus sebagai penyebab kepada kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370‎?

Bukankah orang ramai dilarang keras menimbulkan sebarang spekulasi liar yang akan mengguris perasaan keluarga penumpang, selain menyusahkan kerja-kerja menyelamat?

A‎dakah larangan keras itu terkecuali kepada akhbar kawalan pemerintah seperti Utusan Malaysia?

Tuesday, 11 March 2014

Prosedur Keselamatan Pintu Masuk di KLIA di Pertikai






MH370 - Apa Jadi Dengan Prosedur Keselamatan Pintu Masuk Di KLIA?

Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar turut merasa amat dukacita dan bersedih di atas kehilangan penuh misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak Sabtu lepas.

SAMM Muar juga berkongsi kesedihan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370. SAMM Muar sentiasa mendoakan agar keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa dipelihara Yang Maha Esa dan mengharapkan agar petunjuk-petunjuk yang dapat menyelesaikan krisis ini segera diperolehi. SAMM Muar juga berkongsi kesedihan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370.

Sambil menghargai usaha dan tindakan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan juga agensi-agensi lain dari dalam Negara dan antarabangsa, SAMM Muar juga ingin menarik persoalan bagaimana keadaan sistem pintu masuk sempadan Negara masih mudah dibolosi.

Bukanlah satu rahsia lagi, dalam krisis MH370 ini dua passport yang telah dilaporkan hilang oleh warga Itali dan Austria dapat membolosi dan menaiki pesawat malang tersebut. SAMM Muar menolak untuk mengaitkan sebarang spekulasi atau membuat rumusan awal mengenai teori mengapa dua individu tidak beridentiti ini menggunakan passport tersebut tetapi lebih kepada menarik perhatian mengenai tahap keselamatan kawalan pintu masuk sempadan Negara.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat bagaimana mudahnya pintu sempadan Negara ditembusi sama ada oleh individu, senjata api, dadah atau juga sindiket pemerdagangan manusia dan lain-lain.

SAMM Muar pernah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 5 Ogos 2013 yang menekankan betapa perlunya Kerajaan Pemerintah mengambil berat dan memandang serius mengenai tahap keselamatan dan kebocoran yang berlaku di pintu-pintu masuk sempadan Negara.

SAMM Muar juga mengambil maklum bahawa Yang Berhormat Saudara Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri pernah cuba untuk membawa usul berhubung kawalan pintu sempadan Negara pada 15 Jun 2011 sewaktu kejadian warga Singapura yang ditahan sewaktu cuba memasuki kembali Negara mereka selepas menjamu selera di Bandaraya Johor Bahru ketika itu.

Kes itu telah menunjukkan secara jelas bagaimana tahap keselamatan pintu sempadan Negara sehinggakan dua wanita tersebut boleh memasuki Negara kita tanpa dicop passport mereka oleh Imigresen.

Kerajaan Pemerintah tidak pernah mengambil berat dan serius berhubung perkara ini. Seharusnya apabila terjadi kejadian seperti kes warga Singapura dan juga penyeludupan dadah dan senjata api, Kerajaan Pemerintah lebih peka dan menilai semula tahap keselamatan pintu sempadan. Tambahan lagi, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Dan kini, Perdana Menteri baru tersedar dari mimpi apabila terjadinya krisis malang ini dan baru hendak mengarahkan protocol keselamatan di KLIA disemak semula. Ia seharusnya dilakukan secara berkala semenjak daripada terjadi kes 2 warga Singapura itu.

Pemeriksaan mengejut terhadap pegawai-pegawai yang menjaga pintu sempadan Negara ini harus dilaksanakan untuk memastikan mereka tidak cuai dan lalai hingga terjadi perkara-perkara seperti ini. Membolosi pintu sempadan Negara dengan mudah tidak memberikan reputasi baik kepada Negara apatah lagi kita sekarang berada di dalam Tahun Melawat Malaysia 2014.

Segala peruntukan dan perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan bagi memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan menjadi sia-sia sekiranya tahap keselamatan pintu sempadan Negara kita masih menjadi persoalan. Siapa yang ingin memperjudikan nyawa dan nasib mereka dengan menaiki pesawat daripada sebuah Negara yang mudah lolos seperti ini?

SAMM Muar masih terus berdoa dan mengharapkan agar pesawat MH370 ini tidak diancam oleh pengganas atau sebarang unsur-unsur seperti itu. SAMM Muar masih mengharapkan krisis ini akan berakhir dengan baik tanpa ada satu isu keselamatan antarabangsa yang akan menghakis potensi kita dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Namun, persoalan tahap keselamatan pintu sempadan negara perlu diberi perhatian yang serius.

Sekian,

Saiden Muslimin Ismail

Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar

Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK DUN Kajang




















7.45 pagi: Jalan menuju ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi pada pagi ini sangat sesak. 

8.00 pagi: Penyokong PKR mula bergerak dengan mengiringi beberapa pemimpin PKR, menuju pusat penamaan PRK Dun Kajang di Stadium MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. 

8.30 pagi: Pemimpin PR seperti Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty masih menunggu calon PKR tiba yang tersangkut di bulatan berhampiran pusat penamaan calon. 

8.45 pagi: Di seberang jalan, kelihatan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datus Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengiring calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun ke pusat penamaan calon. 

8.49 pagi: Kelihatan penyokong membawa sepanduk tertera wajah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil membawa seikat kangkung. 

8.50 pagi: Pengarah Pilihan Raya PKR Dun Kajang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula kelihatan bersama penyokong yang berkumpul berdekatan Stadium MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. 

8.52 pagi: Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin  tiba di pusat penamaan calon. 

8.55 pagi: Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penamaan calon. 

9.05 pagi: Wan Azizah tiba di pekarangan Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) namun setiap petugas media dan wakil calon perlu menunjukkan pas SPR dan kad pengenalan sebelum dibenarkan masuk. 

9.15 pagi: Di pusat penamaan calon hanya menerima jurufoto dan juruvideo dibenarkan masuk ke dalam dewan sementara wartawan tidak dibenarkan masuk. Kertas penamaan calon dibuka sekarang sehingga jam 10 pagi ini.

Bomoh Cari Pesawat MAS MH370 Jadi Bahan Lawak Rakyat Malaysia




Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "satu kerja bodoh", Asri berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Calon PKR Adun Kajang Antara Pelajar Terbaik di Royal College of Surgeon, Ireland




Pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri Kajang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Presiden KEADILAN DatukSeri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dengan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN.

SEKADAR berkongsi maklumat yang gua dapat di twitter sebentar tadi. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datin Seri Wan Azizah merupakan pelajar perubatan terbaik (Gold Medal) Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977.

Nama beliau ada tercatat di salah sebuah dinding kolej tersebut dan gambarnya dikongsikan oleh salah seorang sahabat kita yang berada di sana melalui Twitter. Sesuatu yang membanggakan, di kalangan nama-nama Mat Salleh yang tercatat sebagai pelajar terbaik, ada juga nama rakyat Malaysia di situ. 

Monday, 10 March 2014

#Fakta: Kedua-dua Calon PRK Adalah Berbangsa Cina, Siapa Pilihan Pengundi Adun Kajang?


Kedua-dua calon PRK KAJANG INI ADALAH BERBANGSA CINA!

Bezanya seorang muslim dan berkeluarga, dan seorang lagi non muslim serta tidak berkeluarga..

Dari sudut kemanusiaan, manusia yang sempurna kehidupannya adalah manusia yang memilih jalan hidup yang memenuhi nilai kepimpinan,lengkap melengkapi, memenuhi naluri kerohanian dan memenuhi tuntutan agama seterusnya berada di landasan yang benar..

Berjaya memimpin diri sendiri dan berupaya mendidik keluarga menjadi cemerlang adalah asas dan latihan agar mampu menjadi pemimpin rakyat dan seantero dunia..

JADI SIAPAKAH LEBIH LAYAK DAN SIAPA PILIHAN ANDA?

Solat Istisqa' dan Solat Hajat di Sungai Petani








Solat istisqa' dan solat hajat yang dilangsungkan di perkarangan Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani sebentar tadi bg memohon belas kasihan dan hujan rahmat, serta keselamatan bg para penumpang MH370..drpd Allah swt yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani akan hamba dan makhluk ciptaanNya. Ameen ya Allah ya Rabbal 'lamiin..

TERGEMPAR! Najib Dapat Beli Ayam Dengan Harga RM1.00, Rakyat Kena Pandai Tawar Menawar


"Saya beli ayam hari ini RM1 seekor, ada 999 ekor lagi. Anda kena bijak".

Inilah simbolik yang cuba disampaikan PM kepada rakyat Malaysia agar bijak berbelanja dan usah merungut sahaja dengan kenaikan harga barang.
Nak beli apa-apa, perlulah pandai tawar menawar..

Dulu kangkung sekarang ayam..

Pesawat MAS MH370, Adakah Malaysia Sudah Hilang Keberkatan?


Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?

Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.

Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.

Tidak seperti semalam, perlawanan separuh akhir menentang permata baru Korea Selatan menyaksikan Lee Chong Wei hampir dikejutkan. Namun pengalaman sebagai pemain nombor satu dunia sejak sekian lama memberi kelebihan kepada beliau mara ke final.

Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Malaysia dirundum kesedihan meratapi kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hampir 48jam yang lalu - hilang secara misteri. Pelbagai spekulasi memenuhi ruang suapan berita di facebook dan twitter sehingga SKMM terpanggil mengeluarkan amaran dengan harapan menyekat khabar angin.

Khabar angin yang menular terbahagi kepada beberapa bentuk berita. Antaranya yang terawal mengatakan MH370 selamat mendarat di lapangan terbang Nanning China, ternyata ia tidak benar. Lagi teori mengatakan MH370 terhempas disaksikan oleh pekerja offshore pelantar minyak, ternyata tidak sahih setakat ini. Lagi teori MH370 meletup di udara sebelum terhempas, atas alasan tiada isyarat kecemasan.

Lagi teori kononnya MH370 berpatah balik ke KLIA tetapi menuju ke Pulau Pinang, maka operasi pencarian diluaskan ke selat Melaka. Teori patah balik ini hadir dari team radar TUDM, tetapi apabila ditanya mengapa objek besar ini tidak mampu dikesan melintasi banjaran titiwangsa, ia tidak terjawab. Ini menimbulkan soal yang lebih bahawa apabila memikirkan apakah ruang udara kita sebenarnya bebas dimasuki objek sebesar Boing 737 tanpa dikesan?

Akhir sekali yang terbaru setakat ini ialah pasukan penyelamat Filipina telah menemui bangkai MH370 dan mangsa terselamat dengan kasualiti minima dari jangkaan - ini tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak salah mendoakan keajaiban.

Misi pencarian juga merungkap pelbagai perdebatan. Ketika banyak negara berlumba-lumba menghantar bantuan kepakaran dalam misi pencarian, kita masih berkira-kira untuk menghantar sepenuh kekuatan. Bila ada pihak yang merasakan inilah masanya kapal selam scorpene menunjukkan aksi seraya mengusulkan misi pertama kapal selam negara, dijawab pula oleh menteri kononnya Scorpene adalah kegunaan untuk berperang, bukan misi penyelamat.

Ya benar pak menteri, Scorpene itu kapal selam untuk perang, tapi jangan lupa bahawa lori askar untuk logistik perang juga diguna untuk hantar anak-anak anggota tentera ke sekolah. Apakah menteri tidak tahu kemampuan terbaik kapal selam ialah mengesan dan menjejak objek samada di permukaan laut mahupun di dasar laut melalui sistem kelengkapan sonar.

Negara seperti China dan Vietnam juga menghantar kapal kelas perang ke medan pencarian, mengapa kita berkira untuk menghantar Scorpene? Apakah Scorpene bernilai 7 bilion itu tidak cukup fit untuk beraksi? Atau tidak mampu menyelam?

Lebih malang apabila Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri dilaporkan bersantai di kem ILMU Janda Baik. Ini bukan khabar angin, laporan bergambar ini berpunca dari seorang menteri melalui update di laman sosialnya. Apalah nasib rakyat, dapat pemimpin serupa tidak berkat.

Ayuh kita imbas kembali, muhasabah diri. Apa yang sebenarnya sedang melanda negara hari ini?

Saya berhenti sejenak menulis selepas menjadi saksi kemenangan Lee Chong Wei sebentar tadi. Mujurlah tiada bik mama di sekitar. Lee Chong Wei menang straight set dan ini kejuaraan All England kali ketiga berturut-turut mengikut kata Hasbullah Awang. Saya agak kurang yakin dengan pengulas legenda ini, rasanya tahun lepas kejuaraan All-England perseorangan dimenang oleh Chen Long.

Saya pergi ke laman rumah untuk sesi berasap, tetapi belum pun dinyalakan api rokok, telah terhidu udara berjerebu yang berbau asap. Suasana begini masuk hampir sebulan, semakin teruk kualiti udara di hampir semua kawasan sejak akhir-akhir ini.

Jerebu, kemarau panjang, statistik kematian penyakit denggi yang menggila dan sebelum itu banjir besar melanda, adalah pakej musibah yang cukup besar. Ditambah pula tragedi MH370 di tarikh '703'. Apakah kita semua tidak sedar? Bala... Bala...

Boleh jadi, negara ini sudah hilang keberkatan apabila kita membiarkan kezaliman berlaku, juga apabila kita menghalalkan penipuan. Jangan kita sesekali lupa bahawa pemerintahan tanahair kita pada hari ini adalah berdasarkan kemenangan yang penuh dengan penipuan - menang dengan demokrasi yang digelapkan.

Maka, jangan kita hairan apabila bala ditumpahkan ke bumi ini sambung-menyambung selagi rakyatnya tidak bangkit membetulkan yang salah. Selagi kita berkompromi dengan penafian demokrasi lalu, mungkin selagi itu musibah akan berterusan.

Rumusannya, selagi kita terus berserah menerima pemerintahan yang ada hari ini, selagi kita bersetuju dengan kemenangan mereka yang kita tahu penuh penipuan itu, kita sebenarnya telah bersubahat.

Justeru itu, bangkitlah merebut semula hak kita, agar dikembalikan keberkatan dalam kenegaraan. Bangkitlah dengan berani, risiko harus diambil demi menamatkan kesengsaraan. Janganlah hanya berserah, apatah lagi bersubahat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Sekian, Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi MH370.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

Anwar Ibrahim Disambut Dengan Laungan 'Alluhu Akhbar', 'Reformasi', dan 'Turun Najib' Oleh Rakyat Pulau Pinang


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas Permatang Pauh ke Kajang dekat Seberang Jaya malam tadi disambut dengan laungan 'Allahu Akbar', 'reformasi' dan 'turun Najib' oleh hampir 5,000 penyokongnya, digambarkan mengulangi detik pemulaan Reformasi'98 semasa pemimpin utama pembangkang itu dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Anwar secara tegas meminta rakyat berbuat perhitungan akhir terhadap pentadbiran Umno BN yang didakwa mencabul sistem kehakiman negara.

Sambungan...
http://faqar.blogspot.com/2014/03/siap-sedia-reformasi-putrajaya-tegas.html

Ceramah Bersama Anwar Ibrahim Dapat Sambutan Luar Biasa Rakyat Pulau Pinang














Jika di perhatikan akan sambutan dan mood rakyat di ceramah yang dihadiri Anwar Ibrahim, Guan Eng dan juga Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu malam tadi 9hb Mac 2014 di Seberang Jaya Pulau Pinang, sungguh amat jelas bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman DSAI bersalah meliwat Saiful Bukhari dengan hukuman penjara 5 tahun tidak diterima dengan baik.

Walaupun mood rakyat tertumpu kepada Pesawat MAS MH370 tetapi hadirin yang datang menyatakan solidariti dan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim lebih daripada mood PRU 13 lepas.

Turut berucap semalam di atas pentas wakil-wakil NGO dan Pemimpin Pakatan Rakyat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.