VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 11 January 2014

Alasan Anwar Gila Nak Jadi PM, Tidak Boleh Diterima Akal


GILA UNTUK JADI PM..

Alasan " Gila untuk jadi PM " tidak boleh diterima akal, jika mengikut sistem Demokrasi dan juga Perlembagaan Negara Malaysia semua rakyat Malaysia yang sah ( tidak termasuk warga asing yang mendapat IC ) berhak dan layak menjadi PM jika mereka mendapat sokongan Majoriti rakyat Malaysia.. 

"ISA Ganti Ikot Cara Islam" -TGNA


ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun. Untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada. ISLAM sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan ; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

Ini yang disyorkan oleh ISLAM. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil. Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

Saya sifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali ISA ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap. Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Holy Water tak akan tukar Muslim jadi Kristian


Ini merupakan holy water yang di katakan di edar sekitar Selangor selepas JAIS serbu gereja baru-baru ini.

Cerita mengenai Holy Water diedarkan secara percuma oleh mubaligh Kristian di beberapa kawasan di Malaysia bukan cerita baru.  Penulis sendiri pernah mendengar mengenainya sejak tahun 90an lagi.  Memang sukar untuk kita percaya bahawa ada ajaran agama yang membenarkan pendakwahnya menambahkan pengikut secara muslihat. Namun, itulah yang kita dengar dan masih kedengaran sehingga ke hari ini. 

Tanggapan bahawa seorang Muslim akan menjadi Kristian jika terkena 'holy water' (air suci penganut Kristian) atau menjejakkan kaki ke dalam gereja adalah karut, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Tidak wujud langsung pergi ke gereja tiba-tiba jadi Kristian. Ini adalah karut.

"Ada yang kata kalau orang Kristian bagi 'holy water' - sekali minum, 'habis'.

"Kita mungkin ketawa, tetapi cuba fikir kembali berapa ramai di luar sana mempercayainya?" katanya dalam satu forum di ibu negara semalam.

Aku bukan suruh hangpa p minum holy water tapi untuk pencerahan dengan isu ini.. Yang berlegar di minda sekian lama..

Harga Telur Ayam Naik dan Cadangan Jawapan Kepada Menteri


Telur dah naik harga.

Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

HANGAT!!! Majlis Daerah Serbu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)


Kejadian "serbuan" pihak berkuasa Majlis Daerah ke sebuah PASTI di daerah Slim River adalah satu kejadian yang amat menyedihkan bagi umat Islam seluruh Malaysia.

KANTOI!!! Kalau Kereta Agong, Mengapa Guna Nama MB Kedah dan No. Plat Tidak Berwarna Kuning


Penjelasan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mengenal isu pembelian kereta jenis Mercedes Benz S300 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong di Langkawi, dipersoalkan oleh pihak pembangkang.

Friday 10 January 2014

Omak Kau Terlantar di Hospital, Dijangkiti Dua Virus


Keadaan Hanisya Abdul Hamid (Omak Kau) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. 
Gambar Ameelia Ameena

Mesej dari Omak semalam

Assalam. ..omak nak mintak ampun dan maaf sekiranya ada pernah mlakukan kesalahan dlm kita bsahabat mahupun bergurau senda. 

Sebentar tadi doktor sahkan omak dijangkiti 2 virus sekaligus..kencing tikus dan denggi...suhu badan tk menentu dan bacaan BP tlalu tinggi...radang hati da mula myerang hati skg ni..skg keadaan sgt lemah...ampun dan maaf dipinta..sudikan la mengirimkan doa agar omak bole sembuh.. 
Daripada Omakkau

PANAS! Surat Arahan Tanggalkan Tulisan Jawi di Sekolah Convent


Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak perlu mematuhi permintaan Sisters of the Infant Jesus Mission supaya membuang tulisan jawi pada papan tanda sekolah itu.

Pengarah Pelajaran Negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata pengetua, yang menerima surat daripada 'mission provincial', boleh "membantah" permintaan itu kerana ia tidak bertentangan dengan sistem pendidikan.



Menurutnya, perkataan itu dalam tulisan jawi dan ia sebahagian daripada Bahasa Melayu sementara tulisan pada papan tanda itu bukan ayat Al-Quran tetapi nama sekolah tersebut.

Katanya, tulisan itu tidak perlu dijadikan isu, jika tidak, ia mungkin boleh mencetuskan isu yang lain seperti penggunaan perkataan dalam bahasa Mandarin yang ditemui di sekolah Cina.

Sedangkan, kata Ahmad Tarmizi, bahasa Cina merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di negara ini.

Beliau menambah beliau tidak menerima salinan surat itu tetapi maklum mengenainya sekaligus mengesahkan ia telah dihantar kepada pengetua sekolah menengah itu Che Azizah Ismail pada November tahun lalu.

Wednesday 8 January 2014

Jururawat di Tipu Kerajaan dan Kesal Bantuan Kepada OKU Ditamatkan


Dalam facebook beliau berasa sungguh kesal dan tertipu dengan tindakan kerajaan menamatkan bantuan kepada OKU
"Ya Allah..... ingatkan kerajaan nak naikkan duit kebajikkan msyarakat dr rm300 ker rm500 sbb harga byk yg naik, rupanye ramai org oku yg ditamatkan duit kebajikannyer. Ini kalilah. Xde untung ke kerajaan ni. "

RON97 Naik 5 sen Kepada RM2.80




RUPA-RUPANYA tengah malam tadi harga minyak petrol RON97 telah pun dinaikkan 5 sen kepada RM2.80 berkuatkuasa tengah malam tadi. Adakah ini dilakukan secara senyap-senyap?

Harga RON97 semasa PRU13 ini ialah RM2.70 dan selepas PRU 13 kerajaan telah menaikan 15 sen menjadi RM2.85.

Selepas dua bulan pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia.. Dalam bulan november harga minyak dunia turun dan kerajaan Malaysia secara senyap-senyap menurunkan 10 sen untuk setiap liter kepada RM2.75.



Faktor mengapa, penurunan harga itu dilakukan secara diam-diam ialah bagi mengelakkan para pemandu menangguhkan pengisian minyak mereka.

Jika mereka mengetahui berkenaan penurunan harga itu awal, mereka akan menangguhkan untuk mengisi petrol dan stesen minyak akan menanggung kerugian.

Aku tak kisah dengan kenaikan RON97 kalau di turun bawah RM2.00 lagi bagus..

Bagaimanapun, RON95 kekal pada RM2.10  seliter manakala diesel pada RM2 seliter.

Sekarang petrol dan diesel tiada beza yang ketara.. Adakah kerajaan tidak memikir akan penggunaan diesel bagi pengankutan seperti lori, bas.. Sepatutnya harga diesel tidak patut di naikkan kerana kenderaan berenjin diesel menggunakan minyak yang lebih berbanding kenderaan petrol.. Lihat saja lori berapa piston di gunakan untuk bergerak.. Sudah tentu penggunaan bahan api lebih.. Apabila harga diesel naik, harga barang turut akan naik kerana kos pengangkutan.. Bila geng bas sekolah nak naik kan tambang bas.. Menteri cakap tak boleh naikkan.. Habis macam mana mereka nak menampung kos bahan api dan kos lain yang terlibat..

Bagi RON97 kerajaan tidak menanggung subsidi dan harganya mengikut harga minyak dunia..

Bila pula RON95 akan naik? Bila pula RON92 akan mengantikan RON95?

Semakin lama kita semakin mundur..

Dulu kita guna minyak hijau RON97 dengan harga yang murah.. Selepas tu di naikkan gila2.. Dan di gantikan dengan RON95.. Dengan alasan kereta tidak sesuai dengan RON97.. Tapi sekarang tengok apa sudah jadi dengan penggunaan RON95 kereta mudah terbakar..

Tuesday 7 January 2014

Pelajar Sekolah TURUN ke Jalan Raya Bantah Kenaikan Tambanng Bas Sekolah, Adakah Darah Mereka Juga Halal?


Pelajar seolah turun ke Jalan Raya membantah kenaikan tambang bas sekolah, menurut sumber lokasi sekolah ini terletak di Jalang Pekan Sungai Dulang, Bagan Datoh. Di bawah parlimen siapa? 

BANTAH KENAIKAN: Sg. Dulang- Sebahagian pengguna bas sekolah di pekan kecil di sini mengadakan demonstrasi bantahan kenaikan bayaran tambang bas sekolah. Ini berikutan ketidakpuasan hati para ibubapa dan pelajar ke atas kenaikan mendadak dan melampau bayaran tambang oleh pengusaha bas berkenaan.

Cakap-cakap Mengatakan Pulau Pinang Akan Cuti Hari Jumaat, Setuju?


Status ini telah di nafikan oleh pemilik account facebook berkenaan..

Ini merepakan status penafian beliau lebih kurang sejam tadi.


Melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dilihat mampu memberi kelebihan khususnya kepada umat Islam.

Jumaat adalah hari cuti buat umat Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini kerana Jumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam. Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalani tanggungjawab sebagai Muslim.

Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya.

Sebagai negara Islam, perkara ini seharusnya menjadi keutamaan sama seperti negara Islam lain di dunia.

Bercuti pada Sabtu dan Ahad adalah merupakan hari cuti yang diwarisi daripada penjajah di negara ini.

Kalau penjajah boleh buat cuti pada dua hari ini, kenapa kita sebagai negara Islam tidak boleh buat cuti pada Jumaat?

Beberapa negara Islam seluruh dunia yang  melaksanakan perkara ini perlu dijadikan contoh terbaik.

Saya tidak nampak ada sebarang masalah yang timbul kepada negara Islam lain bila hari cutinya jatuh pada hari Jumaat. Sama juga di Kelantan dan terbaharu di Johor.

Mungkin pada awalnya memang ada penentangan, tapi saya percaya pada akhirnya orang akan mula menerima,” katanya.

Apa pula pandangan orang Pulau Pinang kita? Setuju atau tidak setuju dengan cadangan ini..

Monday 6 January 2014

Sambut Hari Jadi Menteri, Rakyat di Minta Mengetatkan Tali Pinggang



Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.

"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.

"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.

Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.

Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia. – 6 Januari, 2014.

Surat YB Fuziah Kepada Khalifah UAE, Jatuh ke Tangan SB



Ini adalah tulisan YB Fuziah
"Dengarnya surat saya kepada Khalifah UAE ini sudah sampai ke tangan SB. Dengar khabar juga mereka tengah pening kepala. Pihak Red Cross akan turun bantu mengagihkan. Tapi bila sampai kawasan mereka nak hubungi siapa? Jkkk ke?

MP dah tawarkan diri untuk bantu.
Kita tunggu dan lihat. Apa yg saya mahu lihat pengagihan yang adil dan saksama."

Aku harap pengagihan bantuan ini tidak di anak tirikan kepada penyokong pembangkang seperti mana yang kita selalu dengar dan alami sendiri..

Lagi pun bantuan ini dari pihak UAE.. Jangan lebih sudu dari kuah sudah lah..

Selagi Tiada Himpunan Sokong Harga Barang Naik, Himpunan Turun Suara Majoriti, Suara Demokratik

Himpunan Turun suara majoriti, suara demokratik – Muhammad Afiq Awang Bakar



Saya ingin menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir apabila menyifatkan tindakan berhimpun di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai suatu tindakan yang tidak demokratik.

Tindakan kami bersama lebih 50 ribu rakyat Malaysia berkumpul pada 31 Disember 2013 lalu adalah mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Fasal 1 (a), (b) dan (c). Apakah beliau mahu mendakwa bahawa hak berhimpun mengikut undang-undang demokrasi yang diamalkan di negara ini merupakan tindakan tidak demokratik?

Lalu apa yang beliau faham dan belajar mengenai prinsip demokrasi yang diamalkan negara selama ini? Prinsip demokrasi mengikut kefahaman beliau atau prinsip demokrasi mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

Merujuk kepada dakwaan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa tindakan rakyat berhimpun untuk menuntut kos sara hidup diturunkan adalah menafikan hak majoriti yang ingin menyambut sambutan Ambang Tahun Baru 2014, sekali lagi saya ingin menyoal apakah benar rakyat yang hadir menyambut ambang tahun baru 2014 itu merupakan kumpulan majoriti?

Secara asasnya, saya boleh jamin peserta himpunan Turun yang melimpah ruah membanjiri perkarangan Dataran Merdeka lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan pengunjung konsert yang menantikan ambang 2014.

Mahu dikira jumlah luas persegi bilangan peserta himpunan Turun dibanding dengan orang awam yang berkunjung ke Dataran, silakan kira tetapi anda pasti dapat jawapan yang sama. Tidak timbul soal pengunjung konsert adalah majoriti berbanding peserta himpunan Turun.

Saya kira kerajaanlah yang paling tidak demokratik apabila membazirkan kos RM15 juta duit rakyat untuk konsert ambang 2014 tanpa bertanyakan keizinan rakyat majoriti terlebih dahulu yang cukup muak dengan anjuran program-program membazir seperti itu.

Selain itu, lihat sahajalah hasil peratus keluar mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. 51% atau 5.6 juta undi rakyat Malaysia berbanding 5.3 juta undi Umno/BN atau hanya 48% pengundi sudah terang-terang menolak keberadaan kerajaan pimpinan Umno/BN meskipun Umno/BN masih mengekalkan kemenangan disebabkan kelebihan faktor persempadanan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hal ini merupakan isyarat awal penolakan rakyat majoriti terhadap rejim angkuh ini. Belum lagi jika kita tanyakan pula pada rakyat pengundi Umno/BN pasca PRU13 dengan pemungkiran janji gula-gula yang mereka taburkan ketika PRU13 yang lepas.

Saya mempunyai keyakinan yang ampuh dan konkrit, dengan kenaikan kos sara hidup asas rakyat yang melibatkan keperluan harian seperti tarif elektrik, harga minyak, harga gula, kadar tol, tambang bas dan LRT, belum dikira perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan GST pada April 2015 yang menatijahkan keseluruhan harga barang-barang lain turut serta meningkat, 5.3 juta rakyat yang mengundi Umno/BN pada PRU 13 lepas turut terkesan disebabkan turut sama merasai sengsara rakyat.

Sebahagian dari kalangan mereka yang masih mempunyai akal yang waras pasti merasa tertipu malah marah dengan kerajaan Umno/BN.

Lalu saya mahu bertanya kembali, apakah Tun Dr Mahathir masih mahu menganggap 48 peratus sebagai nilai majoriti? Apakah 51% surplus pengundi yang berpaling tadah daripada Umno/BN pasca PRU 13 masih dikira golongan minoriti?

Akhir sekali, mengenai soalan Tun Dr Mahathir apabila beliau sinis bertanya “Demokrasi jenis apakah ini?”, lalu saya mahu jawab,

"Inilah demokrasi mengikut Perlembagaan. Jika tak boleh terima, sila keluar dari Malaysia!" – 6 Januari, 2014.

* Penulis adalah Pengarah Urusan & Integrasi Nasional Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).



Kalau mereka berhimpun untuk menyokong Harga Barang Naik.. Jumlah kehadiran mesti melebihi Jumlah Himpunan Turun..

Kereta Kerajaan Kedah Beli Baru Tak Sampai 5 Tahun, Mukhriz Tukar Baru.. Pembaziran Nie Media Umno Tutup Mata



Kereta ini hak Kerajaan negeri...sapa perintah nanti dia gunalah...kata-kata Almarhum Ustaz Azizan dulu bila diserang oleh blogger UMNO & Tan Keng Liang KP Gerakan Kedah..

Baru ni pulak Lim Guan Eng pun kena jugak macam tu...

Aman Makmoq punya pasai..

Mai tang anak Mahathir beli...

Sapa sekoq pon tak hingaq!! Bughah betui..

-Penerangan Pas Kedah

Matluthfi Sahut Cabaran Benz Ali




Ini yang di tulis oleh mat
"Jumpa dan bincang elok-elok. Hujah lawan hujah

Maki-maki dan menghukum is not the way to move forward people.

Selamat pagi!"

Langkah bijak buat mereka yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

Tugas kita untuk berdakwah, membetulkan apa yang salah dan cuba sedaya upaya membawa manusia ke jalan yang benar.

Maki-maki ini sampai bila tidak ada kesudahan, malah merugikan kerana mencipta jaringan musuh.

Syabas buat saudara Matluthfi90

Kalau harussani aku tak tau nak kata apa dah.. Mungkin cerdik pandai boleh berhujah dengan dia..

[Kepada Yang Prihatin] Bantuan Kepada Pelajar Yang Membayar Yuran Sekolah Dengan Duit Syiling



Rentetan kisah yuran dari duit syiling, saya terima banyak pertanyaan bagaimana bantuan dapat disalurkan. Para dermawan yang budiman boleh menghubungi terus pihak sekolah atau pun ustazah Khadijah yang memulakan usaha mencari sedikit sumbangan untuk pelajar - pelajar tersebut.

Boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.


Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah ;1.Nurkhatijah bt. Abdullah,2.Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah .

No Akaun Ustazah :158024762835

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah - tengah masyarakat. Rezeki anak - anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.


p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu - alukan.

Perasaan saya : tersentuh juga bila diceritakan Nurkhatijah asyik bercerita keseronokan membeli barang keperluan sekolah tempoh hari. "Ada pensel warna, ada beg ...."

Allah, berbahagialah orang - orang yang menggembirakan anak yatim,kerana mereka bakal menjadi penghalang dirimu dari api neraka. -copy & paste

***
Bantulah selagi kita mampu.. Kalau kita tidak mampu bantu dari segi kewangan, cukup sekadar SHAREkan berita ini..

Sunday 5 January 2014

Kisah Sedih Sehingga Menitis Air Mata, Bayar Yuran Sekolah Dengan Duit Syiling

[MUHASABAH: Yuran Duit Syiling]



Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.



Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

Copy & Paste

Fitnah Anwar Ibrahim Dapat Jambu Baru.. Mangsa Buat Laporan Polis







KENYATAAN..
Assalam.. semalam pada pukul 11 lebih, 1 report polis ke atas 1 page politik yg bernama 'Anti Semua Salah UMNO-ASSU' telah dibuat berikutan 1 post nya yg mengambil gambar sy bersama DSAI tanpa izin dan dgn niat yg jahat memfitnah sy sebagai 'anak ikan' kpd DSAI..

Sy merasa kn tuduhan yg dilemparkan sgt tidak berasas dan memalukan diri sy, keluarga dan secara khusus nya untuk memalukan DSAI..

Tindakan susulan akan diambil sebagai langkah menyekat kebiadaban ADMIN page tersebut..

Apa yg terjadi ialah, ketika saya bertugas di KLIA 3 bulan yg lepas,ketika sy ingin keluar berehat dgn seorang lagi kawan sy, kami terserempak dgn DSAI dan pembantu peribadinya, secara spOntan sy mminta kbnaran untk bergambr bersama beliau, selepas bergambar kami membawa haluan masing2..

Gambar tersebut yg sy muat naik di twitter 2 hari lepas terus disalah erti, dan di fitnah dgn knyataan2 yg keji..

Gambar yg di print scree di page tersebut juga telah diedit dgn komen nya yg bertulis "tq teman kan sy semalam" sedangkan komen asal hanya bertulis "tq" dari DSAI..

Sehubungan dgn itu bagi membersihkan kembali nma sy, kmi masih lagi dlm perbincangan bersama pihak peguam untk mgambil tindakan yg selanjutnya..

Diharap dengan penjelasan ini, pihak2 orang awam yg tidak mengetahui kejadian sebenar dan mempercayai post page tersebut tanpa usul periksa diharap dapat merenung kembali firman ini : "hai orang2 yg beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yg menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.. " (al-hujurat : 6)

Mohon hebahan untuk menghapuskan fitnah ini..

sekian..

Afiez Saputra

Sedang Johor dan niat Pulau Pinang Mengurangkan Pusat Hiburan, Lain Pulak di Putrajaya Menambah Pusat Hiburan ke Arah Maksiat



Tahniah Johor dan Pulau Pinang dengan niat suci dan murni untuk mengurangkan pusat hiburan yang mengundangkan kepada kemaksiatan..

Siapa pulak yang akan berdemostrasi di Pulau Pinang dengan niat murni ini? Gologan kafir atau umat Melayu.. Umat mana yang lebih ramai di pusat hiburan? Darah sapa yang akan halal selepas ini..

Tapi lain pulak dengan Putrajaya yang akan ada sebuah pusat hiburan yang mengundang perkara maksiat..

Ini adalah macai yang sanggup menjilat selagi boleh..



Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya, tulis Shahbudin Husin.

“Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?” tulis Shahbudin di dalam blognya, semalam sebagaimana di bawah.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.

Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?

Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia bukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras. Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh Che Mat yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi. -Harakah

Semakin Lama Harussani Cakap, Semakin Kearah Memfitnah Para Peserta Demostrasi



SEJAK kenyataannya mengenai peserta demonstrasi malam 31 Disember lalu dikaitkan dalam golongan bughah (pemberontak), Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus menerima pelbagai cemuhan hingga ada desakan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Ada juga yang percaya kenyataannya disalah tafsir beberapa pihak. Wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu berkenaan.

Apakah kenyataan sebenar Tan Sri mengenai demonstrasi baru-baru ini?

Kenyataan asal saya adalah berdasarkan demonstrasi pertama, iaitu ‘guling kerajaan’.

Kumpulan ini berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan, saya kaitkan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; ‘Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’ Nama 'guling kerajaan' itu telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai, dan diganti dengan Turun. Walaupun mereka menukar nama, tetap dengan maksud sama.

Apakah pandangan Tan Sri apabila ada pihak mendakwa kenyataan bughah itu sebagai terlalu berat?

Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.

Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya.

Timbul dakwaan mengatakan Tan Sri tidak bijak dalam mengeluarkan kenyataan kerana demonstrasi itu tidak seperti digambarkan?

Macam-macam orang lempar kenyataan kepada saya, tetapi saya tidak kisah kerana saya bercakap berlandaskan al-Quran. Bukan saya pandai-pandai cakap. -Sinar Harian

Ulasan aku
Semakin lama harussani cakap semakin kearah memfitnah para peserta demostrasi..


Siapa sebenarnya nak guling kerajaan? Siapa yang tukar dari guling kepada turun?

Bukankah dari awal dan asalnya demostrasi tu bertemakan TURUN..

Nyawa sapa dalam keadaan bahaya? Gambar yang polis upload di Facebook kononnya anggota PGA/DBKL cedera tu hanya fitnah semata-mata bukan mangsa di dataran merdeka. Last-last post delete tu.. Bermakna polis percaya bulat-bulat tanpa usul perikasa.. Tanpa rujuk kes itu dari mana.. Semata-mata nak burukan domostrasi aman.. Mustahil Facebook Polis di urus oleh budak-budak..

Pasai parang dah jumpa.. Bom tu dah jumpa ka? Bila? Berita mana yang laporkan.. Kongsi dengan aku.. Nak tengok jugak..

Harussani cakap berdasarkan dakyah kaca tv dan akhbar arus kerajaan barang kali.. Aku paham.. Sebab aku kadang-kadang pon hampir tertewas dengan kaca tv..


Bab bughah tu Dr. Asri dah jawab untuk kita semua kepada Harussani..

Walauapapun kita tetap tolak yang salah, santun harussani..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.