VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 6 January 2014

Selagi Tiada Himpunan Sokong Harga Barang Naik, Himpunan Turun Suara Majoriti, Suara Demokratik

Himpunan Turun suara majoriti, suara demokratik – Muhammad Afiq Awang Bakar



Saya ingin menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir apabila menyifatkan tindakan berhimpun di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai suatu tindakan yang tidak demokratik.

Tindakan kami bersama lebih 50 ribu rakyat Malaysia berkumpul pada 31 Disember 2013 lalu adalah mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Fasal 1 (a), (b) dan (c). Apakah beliau mahu mendakwa bahawa hak berhimpun mengikut undang-undang demokrasi yang diamalkan di negara ini merupakan tindakan tidak demokratik?

Lalu apa yang beliau faham dan belajar mengenai prinsip demokrasi yang diamalkan negara selama ini? Prinsip demokrasi mengikut kefahaman beliau atau prinsip demokrasi mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

Merujuk kepada dakwaan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa tindakan rakyat berhimpun untuk menuntut kos sara hidup diturunkan adalah menafikan hak majoriti yang ingin menyambut sambutan Ambang Tahun Baru 2014, sekali lagi saya ingin menyoal apakah benar rakyat yang hadir menyambut ambang tahun baru 2014 itu merupakan kumpulan majoriti?

Secara asasnya, saya boleh jamin peserta himpunan Turun yang melimpah ruah membanjiri perkarangan Dataran Merdeka lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan pengunjung konsert yang menantikan ambang 2014.

Mahu dikira jumlah luas persegi bilangan peserta himpunan Turun dibanding dengan orang awam yang berkunjung ke Dataran, silakan kira tetapi anda pasti dapat jawapan yang sama. Tidak timbul soal pengunjung konsert adalah majoriti berbanding peserta himpunan Turun.

Saya kira kerajaanlah yang paling tidak demokratik apabila membazirkan kos RM15 juta duit rakyat untuk konsert ambang 2014 tanpa bertanyakan keizinan rakyat majoriti terlebih dahulu yang cukup muak dengan anjuran program-program membazir seperti itu.

Selain itu, lihat sahajalah hasil peratus keluar mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. 51% atau 5.6 juta undi rakyat Malaysia berbanding 5.3 juta undi Umno/BN atau hanya 48% pengundi sudah terang-terang menolak keberadaan kerajaan pimpinan Umno/BN meskipun Umno/BN masih mengekalkan kemenangan disebabkan kelebihan faktor persempadanan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hal ini merupakan isyarat awal penolakan rakyat majoriti terhadap rejim angkuh ini. Belum lagi jika kita tanyakan pula pada rakyat pengundi Umno/BN pasca PRU13 dengan pemungkiran janji gula-gula yang mereka taburkan ketika PRU13 yang lepas.

Saya mempunyai keyakinan yang ampuh dan konkrit, dengan kenaikan kos sara hidup asas rakyat yang melibatkan keperluan harian seperti tarif elektrik, harga minyak, harga gula, kadar tol, tambang bas dan LRT, belum dikira perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan GST pada April 2015 yang menatijahkan keseluruhan harga barang-barang lain turut serta meningkat, 5.3 juta rakyat yang mengundi Umno/BN pada PRU 13 lepas turut terkesan disebabkan turut sama merasai sengsara rakyat.

Sebahagian dari kalangan mereka yang masih mempunyai akal yang waras pasti merasa tertipu malah marah dengan kerajaan Umno/BN.

Lalu saya mahu bertanya kembali, apakah Tun Dr Mahathir masih mahu menganggap 48 peratus sebagai nilai majoriti? Apakah 51% surplus pengundi yang berpaling tadah daripada Umno/BN pasca PRU 13 masih dikira golongan minoriti?

Akhir sekali, mengenai soalan Tun Dr Mahathir apabila beliau sinis bertanya “Demokrasi jenis apakah ini?”, lalu saya mahu jawab,

"Inilah demokrasi mengikut Perlembagaan. Jika tak boleh terima, sila keluar dari Malaysia!" – 6 Januari, 2014.

* Penulis adalah Pengarah Urusan & Integrasi Nasional Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).



Kalau mereka berhimpun untuk menyokong Harga Barang Naik.. Jumlah kehadiran mesti melebihi Jumlah Himpunan Turun..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.