VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 8 March 2014

Anwar Ibrahim Tolak Jemputan Yang Dipertuan Agung


Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung bagi menyatakan pendiriannya untuktidakmenghadiri majlis jamuan diraja selepas pembukaan parlimen Isnin depan.

Keputusan tidak menghadiri majlis tersebut sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah rayuan,yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah II, semalam.

Ini kerana jamuan berkenaan akan turut dihadiri ketua hakim negara,selain perdana menteri dan barisan menteri kabinet yang dilihat campur tangan dalam keputusan mahkamah.

“Buat apa nak senyum hipokrit dengan orang yang zalim dan takbur? Buat apa nak hormat ketua hakim negara yang tak hormat perlembagaan dan undang-undang yang menjadi alat perkakas pemimpin?” soalnya dalam ucapan penggulungannya di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun katanya lagi, beliau hanya akan menghadirkan diri dalam ucapan Yang Dipertuan Agung, sebaliknya beliau dan pimpinan Pakatan rakyat tidakakan bersama dengan ahli parlimen BN dalam upacara perbarisan 10 Mac ini.

“Saya dan pimpinan bersedia dan setia akan menghadap Yang Dipertuan Agung bila-bila masa walaupun tanpa jamuan,” katanya.

Bapa Saiful Bukhari Mohon Maaf Pada Anwar Ibrahim, Dakwa Jubur Saiful di Perguna






Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."
Zamri telah menafikan dakwaan tersebut dan Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya.

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

Walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. 

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

Reformasi 2.0: Deretan Kenderaan FRU Menghala ke Kuala Lumpur






Adakah deretan kenderaan FRU ekoran Azmin Ali bertanya kepada hadirin di Tapak Ceramah semalam sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan,dan mereka bersorak tanda bersetuju.

“Walaupun kita menang dengan 52 peratus undi,tapi mereka masih berkuasa,”katanya.

Azmin berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membuat keputusan esoksama ada untuk turun ke jalanan.

“Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?”tanya Azmin dengan disambut oleh hadirin seperti dilapor Malaysiakini.

Tok Guru Pondok Menyelar Tindakan Mahkamah Menjatuhkan Hukuman Kepada Anwar Ibrahim


Ustaz Mutalib seorang guru pondok terkenal di Pulau Pinang, Yayasan An-Nahdhoh, Bukit Mertajam turut menyelar badan kehakiman di Malaysia di dalam laman sosial Facebooknya dengan kenyataan pedas yang ditujukan tepat kepada mereka

" Itulah hakikat negara kita ..musuh politik mereka yg tak bersalah pun mereka berusha sedaya upaya bg salah..jika kroni mereka terang terang salah pun mereka berusha jadi tak salah....malu jadi rakyat Malaysia..."

Keputusan yang sama sekali tidak dijangka. Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari yang mana ketika dalam perbicaraan dia memberitahu kepada mahkamah dan barisan peguam bahawanya ;

1. Sebelum diliwat, dia tukar seluar sendiri salin kepada tuala, 

2. Selepas diliwat dia sempat makan karipap dan minum air kopi,

3. Dia juga pernah tinggalkan spender dia kat rumah bekas tunang, yang mana spender basah dia jadi saksi dia pernah diliwat,

4. Tak lupa juga dia masih lagi memakai seluar jeans yang konon2nya si peliwat dia hadiahkan,

5. Dan yang paling gempar sekali bila dia cakap dia dah tahu Anwar nak liwat dia tapi masih lagi tegar hantar dokumen kat Anwar Ibrahim pada hari tersebut,

6. Dia diliwat secara paksa oleh Anwar sebanyak 9 kali,

7. Dan yang paling tak masuk akal, hari neh kena liwat, esok terus bancuh kopi kat pejabat DSAI raikan tetamu2 DSAI.

Kalau ko jadi aku, ko rasa nak percaya ke dengan jalan citer dari si Saiful malaun tu?

Lue fikirlah sendiri..

Selamat Hari Wanita Sedunia, Tabahkan Hati Mu


Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia (8 Mac 2014) Buat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Seorang Wanita Yang Tabah Mengharungi Pelbagai Dugaan Dan Cabaran Bersama Suami Tercinta...

Wanita Pertama Di Malaysia Yang Menjadi Ketua Pembangkang Di Parlimen Malaysia...

Semoga Kak Wan Terus Tabah & Diberikan Kekuatan Mengharungi Dugaan Ini...

Dikaulah Wanita;
Dikaulah Isteri;
Dikaulah Ibu;
Dikaulah Teman;
Dikaulah Pemimpin & Dikaulah Wanita Idola Rakyat Malaysia!!!

Rentetan Kes Liwat Anwar Ibrahim Sehingga di Jatuhkan Hukuman Penjara 5 Tahun


Menurut Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch Phil Robertson berkata, ini adalah penghakiman politik.

"Perbicaraan ini bertujuan untuk menendang Anwar keluar dari politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia berlaku.

"Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung dalam karier politiknya, di mana mahkamah telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.

"Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik dimainkan di depan mereka.

"Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi," katanya.

Anwar Ibrahim Layak Bertanding di PRK Kajang?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti peruntukan undang-undang berhubung kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
    
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata memandangkan ia kes pertama seumpamanya berlaku, kajian terperinci harus dilakukan bagi mengelakkan sebarang implikasi.
    
Kajian akan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, katanya kepada Bernama hari ini.
    
Mahkamah Rayuan hari ini mendapati Anwar yang juga Ketua Pembangkang bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
    
Abdul Aziz berkata mengikut undang-undang, sepatutnya jika dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih dari RM2,000, secara automatik hilang kelayakan bertanding.
    
"Namun kita akan mengkaji adakah rayuan Anwar, jika dibuat, untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan boleh diguna pakai untuk beliau bertanding," katanya.

Abdul Aziz berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang SPR mengenai perkara tersebut.
    
Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
    
Penamaan calon bagi PRK DUN Kajang ditetapkan Selasa ini dan pengundian pada 23 Mac.
    
- Bernama

REFORMASI 2.0: Adakah Anda Bersedia Untuk Beraksi Turun ke Jalan Raya?




Beberapa jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan atas tuduhan liwat dan dijatuhkan lima tahun penjara, para penyokongnya berhimpun di Kajang menggesa kejatuhan BN.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

Beliau bertanya kepada hadiran sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan, dan mereka bersorak tanda bersetuju.

"Walaupun kita menang dengan 52 peratus undi, tapi mereka masih berkuasa," katanya.

Azmin berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membuat keputusan esok sama ada untuk turun ke jalanan.

"Jika kita umumkan esok jam 9 malam di Dataran Merdeka, adakah anda bersedia? Jika kita umumkan esok jam 3 petang di Jalan Tuanku Abdul Rahman, adakah anda bersedia?" tanya Azmin dengan disambut oleh hadirin.

Friday 7 March 2014

8 Gambar Semasa Himpunan Rakyat di Kajang Selepas Anwar Ibrahim di Sabitkan Salah Dalam Fitnah Liwat 2.0
















Live bersama Anwar Ibrahim selepas disahkan bersalah dalam Fitnah Liwat II di Sri Sekamat Kajang. Menurut sumber dari kawan Pakatan Rakyat Supporter Kehadiran masih bertambah. Bersedia untuk reformasi 2.0

Satu Lagi Episod Hitam Dalam Negara Kita - Hadi Awang




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
 
“HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA”
 
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.

PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.

PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
 
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
 
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014

Fitnah Liwat II: Anwar Ibrahim Bersalah di Penjara 5 Tahun






Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.

Dengan keputusan ini, mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi.

Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. -awani

Suasana di luar Mahkamah selepas Anwar Ibrahim di Dapati Bersalah


Selepas mahkamah membuat keputusan kelihatan sepasukan polis mengawal luar Mahkamah

Sebelum itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya mampu mengalirkan air mata apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan melakukan liwat pada tahun 2008.

Turut kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ialah anak perempuannya, termasuk MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang hadir ke mahkamah.

Keputusan mensabitkan Anwar, yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Tinggi Kuala Lumpur, dicapai sebulat suara oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Masalah BR1M: Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya


Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. Bermaksud Manusia dihormati kerana kejujurannya. Tetapi maksud pribahasa ini tidak sesuai kepada orang yang tidak menepati janjinya..

Sebelum ini, selepas duit BR1M mula masuk ke akaun bank pada 22hb Februari lepas.. Ada seorang kawan telah meluahkan rasa kecewa dengan janji yang tidak ditepati kerana beliau di janjikan dengan RM650 akan tetapi beliau cuma mendapat RM450 saja.. Klik sini http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/panas-duit-br1m-terima-tidak-seperti.html

Menurut Sinar Harian hari ini melaporkan beberapa penerima BR1M 3.0 berkumpul kerana tidak puas hati apabila bantuan yang diterima tidak sepertimana yang dijanjikan kerajaan.

Pengadu, Shaipul Bahri Mohamad Nor, 53, dari Padang Temusu mendakwa, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kepala Batas, berpendapatan RM550 sehingga RM750 bergantung kepada elaun bekerja yang tidak menentu.

Dakwanya, pada BR1M pertama dan kedua, bantuan yang diperoleh RM500, tetapi BR1M kali ketiga hanya RM450 sahaja.

“Saya hairan kerana isteri tidak bekerja, saya juga bekas anggota tentera tanpa berpencen dan hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata.

“Walaupun hanya mempunyai seorang anak yang masih dalam tanggungan berusia 14 tahun, saya hairan kerana rakan sekerja lain ada yang menerima RM650.

“Saya agak terkilan apabila menerima baucar RM450 tidak seperti kerajaan umumkan,” katanya.

Selain itu, Morad Harun, 56, dari Taman Teluk Baiduri mendakwa, dia hanya mendapat baucar RM300 untuk BR1M kali ini.

“Saya tidak pasti bagaimana pihak berkenaan membuat penelitian kerana pemberiannya tidak selaras,” katanya.

Morad mendakwa, dia kini menghidap sakit buah pinggang, darah tinggi, jantung dan kencing manis serta menetap di rumah salah seorang anaknya kerana sudah berpisah dengan bekas isteri.

Dakwanya, perbelanjaan terhadap rawatan selain kos ulang-alik ke pusat rawatan juga memerlukan perbelanjaan besar, kerana kini tidak mampu lagi bekerja untuk menyara diri sendiri.

Selain itu, Abd Rani Yahya, 51, dari Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda mendakwa dia baru sahaja berhenti kerja di sebuah kilang pada Januari lalu.

“Kini, saya tidak lagi bekerja dan dua anak berusia 10 dan 16 masih bersekolah, tetapi hanya menerima RM450” katanya.

Dia mendakwa sudah bertanyakan kepada pihak berkenaan tentang perkara itu, tetapi dimaklumkan oleh kakitangan supaya menunggu sehingga tempoh rayuan dibuka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Sosial Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim berkata, tindakan kerajaan memberi BR1M secara tidak selaras dibimbangkan akan menyebabkan berlakunya salah tafsiran oleh rakyat.

“Kita harap pihak pengurusan BR1M atau menteri kewangan dapat memberi penjelasan berhubung perkara ini."

Telefon Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Rampas Polis


Polis merakamkan kenyataan Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin pagi ini berhubung twitnya pada 4 Mac lalu yang didakwa menghina pasukan polis.

Peguam Afif, Izad Buqkhary Mohd Kamri berkata dua pegawai dari ibu pejabat polis Bandar perda menghubungi Afif sewaktu beliau berada dirumahnya pada jam 9 pagi.

"Mereka merakamkan kenyataan dan merampas telefon bimbitnya. Semua proses mengambil masa dua jam," kata Izad kepada Malaysiakini.

"Polis memaklumkan terdapat dua laporan polis terhadap Afif berhubung twitnya. Mereka belum memaklumkan kepada kami, peruntukan undang-undang mana untuk menyiasatnya," kata Izad lagi.

Afif dalam tweetnya menyebut: "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah."

Afif menjawab dakwaan umno bahawa beliau menghina pihak Polis
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/03/menjawab-dakwaan-umno-yang-menuduh-dr.html

Thursday 6 March 2014

Komik Ultraman HARAM! Majalah Mangga HALAL?


Walaupon sebelum ini majalah mangga sudah di haramkan tepi mangga online masih beroperasi di alam maya..

Tetapi hari ini menurut laporan Bernama Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Menjawab Dakwaan UMNO Yang Menuduh Dr. Afif Bahardin Menghina Polis

KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.

Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat. Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:

"Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

Sekian, terima kasih

Dr. Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADUN Seberang Jaya

SAMM Pulau Pinang Mengecam Keras Kejadian Serangan "Salam" Telur Tembelang Oleh Golongan Yang Berkiblatkan Parti Perkauman di Malaysia




Kenyataan Media 

6 Mac 2014

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi. 

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard.

Sebagaimana siri-siri ceramah yang lalu, ceramah penerangan Pakatan Rakyat seringkali diganggu oleh golongan-golongan "barbarian" dalam kencah politik tanah air. 

Ketika YB Teresa Kok selesai berucap, hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau. 

SAMM Penang mengutuk keras kejadian yang melambangkan betapa pihak gerombolan yang konon melaungkan hidup melayu langsung tidak menunjukan adab, tata susila masyarakat timur yang jauh lebih sopan dan bertamadun.

SAMM Penang menegaskan, Umno dan Barisan Nasional wajib ditumbangkan segera kerana telah mengamalkan pembodohan melampau terhadap rakyat. Lelaki malang yang menyerang Teresa Kok ini pastinya tidak mendapat maklumat yang betul mengenai video yang diterbitkan oleh Teresa Kok.

Media kawalan Umno juga bertanggungjawab dalam siri-siri pembodohan bangsa yang berterusan. Malah, Utusan terus memusing berita apabila mengfitnah kejadian malam tadi kononnya Teresa Kok ditampar.




Kini laporan polis telah dibuat, kami menanti apakah hasil siasatan berhubung laporan yang telah dibuat. Semoga slogan "Tegas, Adil & Berhemah" benar-benar terlaksana.

Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama 

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang)

Laporan Langsung Liwat II Anwar Ibrahim

Liwat II: Rayuan terhadap pembebasan Anwar bermula



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar SeriIbrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

Ikuti laporan langsung di sini:
http://malaysiakini.com/news/256189

Utusan Padam Berita Takut Kena Saman Lagi


Utusan yang gemar di kenali sebagai akhbar dan yang popular melalui kes saman yang acap kali kalah dalam perbicaraan.. Menarik balik laporan berita mereka lewat malam semalam..

Apa tujuan utusan tarik balik laporan berita ini adakah untuk elak di saman kerana mengeluarkan berita fitnah yang di rujuk dari blog dan facebook pro umno..?

Kejadian sebenar belaku apabila seorang lelaki di percayai seorang melayu dalam lingkungan 40-an datang dari tepi pentas ceramah lalu menghulurkan salam berisi telur busuk.. Dan lelaki terbabit berjaya di cekup dan terus di bawa ke IPD Bandar Perda, SPT, Pulau Pinang.

Dalam kejadian ini menunjukkan perancangan rapi dari puak-puak ini dari sebelah petang dan sehingga kejadian berlaku.. Lelaki melayu ini tidak berseorangan.. Dari cerita urus setia yang berada di tempat kejadian menampakkan kejadian ini dalam perancangan rapi.. Bermula dari si perlaku, unit media mereka, orang yang berperanan melindung si perlaku dan bawa ke kereta polis..

Dalam laporan media pro umno-bn utusan online melaporkan berita tidak tepat, Teresa Kok ditampar seorang lelaki..

PERMATANG PAUH 5 Mac – Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan ceramahnya sebentar tadi.

Teresa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi ceramah berkenaan manakala lelaki terbabit berjaya melarikan diri. - UTUSAN ONLINE

Dipercayai Seorang Penyokong Perkasa Hilang Telur Sebiji Selepas Salam Dengan Teresa Kok


Ahli Parlimen Seputih, Terasa Kok disalam dengan 'telur busuk' oleh seorang penyokong Perkasa sejurus selesai ceramah di Padang Taman Cermai di sini, malam tadi.

Belum sempat melarikan diri, hadirin rata-rata Melayu mengepung serta memberkas lelaki misteri itu demi mencegah provokasi lanjut di sini.

Pasukan Skuad Keadilan Malaysia (SKUAD) lantas segera membawa keluar Terasa dari lokasi kejadian.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan melampau itu bertentangan dengan adat Melayu serta maksud al-Quran.

"Pernah Islam ajar bagi 'telur temelang' kepada bukan Islam kalau kita nak bukan Islam hormat mereka, kononnya untuk pertahan maruah Melayu," tanya Muhammad Nizar dalam nada yang tegas.

Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan ayat 8 dari Surah Al-Maidah.

Nas itu bermaksud, "...Dan janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum  mendorong kamu supaya tidak berlaku adil berlaku  adillah  kerana  ianya lebih dekatdengan taqwa."

Sebelum itu, Timbalan Ketua MenteriI, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Steven Sim Che Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) masing-masing mengkritik politik perkauman yang diceritakan oleh penyokong Umno Perkasa belakangan ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Teresa Kok di Serang "Salam" Telur Tembelang di Permatang Pauh




Serang "salam" telur tembelang keatas Teresa Kok membuktikan ajaran mereka ialah membenci masyarakat bukan melayu..

Kejadian bermula selepas Teresa kok menyampaikan ceramah dan penerangan video yang sedang di fitnah kepadanya..

Kelihatan seorang lelaki berbangsa melayu yang keluar dari kalangan pendengar ceramah dan terus ke Teresa Kok dan menghulurkan tangan bersama sebiji telur tembelang..

Selepas dari itu pengawal keselamatan berjaya menangkap lelaki terbabit dan serahkan kepada pihak Polis..

Aku sendiri percaya kejadian ini berpunca dari satu status facebook ini.. Harap ada siasatan dari pihak yang bertanggungjawab..

Wednesday 5 March 2014

Tidak Bertamadun: FAM Atau Ultras Malaya?


Tindakan kumpulan Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Filipina di Stadium Selayang Sabtu lalu mengundang pelbagai komentar dari banyak pihak.

Antara yang mencuri perhatian ialah kenyataan pengurus pasukan kebangsaan sendiri, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyifatkan perbuatan Ultras Malaya sebagai samseng dan tidak bertamadun.

Sebagai kumpulan anak muda yang mencintai sukan bolasepak tanahair, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menganggap Subahan tidak peka dengan metafora kejadian yang berlaku. Apakah FAM itu cukup bertamadun mengekalkan Presiden FAM selama 30 tahun yang menyaksikan prestasi bolasepak kebangsaan menjunam sejak itu?

Setia hadir dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan Ultras Malaya untuk menarik perhatian betapa sesuatu perlu diperbetulkan. Perkara paling jelas dituntut ialah Presiden FAM harus melepaskan jawatan.

Mengambil pasukan Filipina sebagai contoh terbaik, sebuah pasukan yang berguru dengan Malaysia suatu ketika dulu. Malaysia pernah mengejutkan dunia dengan kemenangan 15-1 menentang Filipina di Sukan Asia 1962. Dalam kejohanan yang sama, Malaysia dinobatkan pasukan nombor 3 asia setelah menggenggam pingat gangsa.

Kini pasukan Filipina telah jauh meninggalkan kita di tangga 127 dunia, dan pasukan kebangsaan masih terkial-kial untuk mencapai kedudukan 150 terbaik ranking FIFA.

Di atas fakta ini, apakah tindakan Ultras Malaya itu keterlaluan? Setiap rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kewujudan sekumpulan anak muda yang memperjuangkan nasib sukan nombor satu negara. SAMM tanpa berselindung berbangga dengan keterampilan dan keberanian Ultras Malaya.

SAMM yakin tindakan Ultras Malaya bukan ditujukan kepada pasukan kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee. Ia menifestasi dari 'kesamsengan' FAM yang tidak berganjak dari kepimpinan sedia ada khususnya jawatan utama. SAMM juga menasihatkan Datuk Seri Subahan agar lebih berpandangan terbuka dan mengkaji secara menyeluruh di atas kejadian yang telah berlaku.

SAMM sentiasa berada di belakang Ultras Malaya dan menyokong sebarang usaha untuk menukar-ganti Presiden FAM kepada sosok yang lebih berkaliber demi sukan bolasepak tanahair. Cukup-cukuplah 30 tahun berada di tahta.

Percayalah bahawa tiada lagi suar dan bom asap yang akan dilontarkan oleh Ultras Malaya ke dalam padang sekiranya presiden FAM benar-benar meletakkan jawatan.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday 4 March 2014

Masalah Jerebu, Harga Makanan Melampau Mahal


Dari aduan yang diterima. Daging masak lemak + nasi putih = Rm 17.50. Mahalnya... Adakah ini disebabkan oleh masalah jerebu atau Air?

Kejadian Pelik Berlaku di Kajang, Anjing Berebut Bendera BN


Malam ini kejadian pelik berlaku di Kajang..
Beberapa ekor Hanjeng telah berebut-berebut bendera BN.

Kalau mengikut kepercayaan orang-orang melayu yang beragama hindu kuno pada zaman Parameswara, anjing melambangkan kekuatan dan keagungan.

Maka apakah firasat Melayu Islam di era moden ini tentang peristiwa Hanjeng berebut benda BN di Kajang ini?

Teuku Zacharyah Iskandar

Monday 3 March 2014

Baru Sekarang Mahathir Paham BR1M Membebankan Kerajaan


Dulu masa Pembangkang Bersuara tentang BR1M membebankan Kerajaan, ramai penyokong Mahathir dan pemimpin BN hentam kaw-kaw Pembangkang..

Tapi sekarang bila Mahathir keluarkan kenyataan macam nie.. Apa pulak golongan yang pernah hentam pembangkang dahulu akan menyokong kenyataan mahathir?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya membebankan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.

“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion.

“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat,” katanya dalam entri di blognya, semalam.

Menurut beliau, pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat.

Oleh itu, kerajaan perlu mencari mekanisme lain untuk mendapatkan sokongan.

“Jika rakyat tidak memberi sokongan, bermakna mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu walaupun mendapat BR1M. Jadi, cari sebab mengapa rakyat tidak berpuas hati dan anda (kerajaan) akan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya penyokong kerajaan. Tetapi kurang bersetuju dengan beberapa perkara yang kerajaan lakukan,” katanya.

Katanya, sebahagian daripada rakyat menganggap BR1M sebagai usaha kerajaan untuk mendapatkan sokongan, terutama menjelang pilihan raya.

“Ia tidak menggambarkan sentimen sebenar mereka. Sebaliknya, lebih baik dinyatakan melalui undi yang menunjukkan kematangan mereka.

“Kegagalan untuk memahami sentimen masyarakat akan membawa bencana kepada ahli politik,” katanya.

Khalid Ibrahim Boleh Naik Kapal Terbang Tambang Murah.. Najib Razak?


Seusai menandatangani MOU bersama Kerajaan Negeri Kelantan, beliau pulang semula ke KL. Dengan hanya menaiki kapal terbang tambang murah firefly. Itulah dia Menteri Besar sebuah negeri terkaya di Malaysia.

Bau Getah Skrap! Lori Bawa Muatan Getah Hangus Terbakar






Sebuah lori kontena yang membawa muatan getah dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terbakar sebaik tiba di Kilometer 284 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori kontena berkenaan dari arah selatan membawa muatan getah itu untuk dieksport. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.07 pagi dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian untuk memadamkam kebakaran. 

Beliau berkata, operasi membabitkan lima jentera termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Nilai dan Bangi serta sebuah kenderaan membawa 12 tong buih dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan dan siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.

FITNAH Gambar Melayu Murtad Dalam Gereja di Sangkal Pemilik Gambar


Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan,telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTACjadi gereja!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.