VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 3 March 2014

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Mendapat Kritikan Pedas




JAWAB TIGA KOMEN HAPUS MENGENAI JAMBATAN KEDUA P.PINANG

3 Februari 2014 | Bayan Lepas

SAYA pagi ini merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Batu Kawan ke Bayan Lepas.

Saya ada tiga komen di sini:-

1. Dua lorong kereta sahaja sekaligus tidak memenuhi spesifikasi lebuh raya, iaitu sekurang-kurangnya tiga lorong; walaupun menggunakan dalih ada satu lagi lorong khas untuk penunggang motosikal.

2. Pembinaan jambatan kedua ini bertentangan dengan logik menaiktaraf Jambatan Pertama Pulau Pinang, iaitu pelebaran dari dua lorong pada tiga lorong seperti di rentasan utama jambatan itu demi menampung kesesakan trafik pada waktu puncak.

3. Langsung tiada tempat berhenti untuk tujuan kecemasan pada jambatan baru ini sebagaimana pada Jambatan Pertama Pulau Pinang, selepas dilihat tidak mesra pengguna.

Mewakili Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS), sekali lagi saya menegaskan pendirian kami membantah Putrajaya melanjutkan tempoh kutipan tol 30 tahun lagi kerana perjanjian konsesi yang dimuktamadkan hampir dua dekad lepas menyebut kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang tamat pada tahun 2018.

Diharap, Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhad (JK2PP) walaupun proksi kepada syarikat China selaku syarikat konsesi memberi respons pada tiga komen yang dibangkitkan ini.

ZAINULFAQAR YAACOB
Jurucakap HAPUS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.