VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 19 July 2014

Laporan Susulan, Penyebaran IC Untuk Tujuan Jahat




Baca laporan pertama sebelum baca laporan susulan

Laporan Polis Berkenaan Fitnah Ugutan Bunuh Najib Razak Melalui "FAKE FB" - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/07/laporan-polis-berkenaan-fitnah-ugutan.html

Selepas membuat laporan polis pertama, berlaku satu kejadian yang tidak di ingini iaitu IC milik mangsa telah di ambil gambar oleh pihak tidak bertanggung jawab..

Menurut mangsa beliau mengesyaki kejadian ini semasa membuat laporan pertama.. Mengesyaki latar belakang IC, mirip meja semasa beliau membuat report..

Mangsa juga berharap pihak polis dapat periksa CCTV semasa beliau membuat report.. Untuk mengenal pasti individu yang berniat jahat ini.. Untuk dapat hukuman yang setimpal..

Harap penyiasatan ini diteruskan bukan hanya berhenti sekadar laporan polis tanpa penyiasatan, yang cukup mudah di lalukan oleh pihak polis kerana kejadian berlaku didalam premis mereka..

Aku yang mendengar kisah mangsa turut simpati selepas fitnah dibuat dah IC mangsa mula tersebar sehinggakan memberi kesan kepada mangsa dan keluarga..

Kepada yang bersimpati dengan sahabat kita mohon viralkan supaya dapat memberi tekanan kepada sipelaku..

Laporan Susulan, Penyebaran IC Untuk Tujuan Jahat




Baca laporan pertama sebelum baca laporan susulan

*Laporan Polis Berkenaan Fitnah Ugutan Bunuh Najib Razak Melalui "FAKE FB"* - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/07/laporan-polis-berkenaan-fitnah-ugutan.html

Selepas membuat laporan polis pertama, berlaku satu kejadian yang tidak di ingini iaitu IC milik mangsa telah di ambil gambar oleh pihak tidak bertanggung jawab..

Menurut mangsa beliau mengesyaki kejadian ini semasa membuat laporan pertama.. Mengesyaki latar belakang IC, mirip meja semasa beliau membuat report..

Mangsa juga berharap pihak polis dapat periksa CCTV semasa beliau membuat report.. Untuk mengenal pasti individu yang berniat jahat ini.. Untuk dapat hukuman yang setimpal..

Harap penyiasatan ini diteruskan bukan hanya berhenti sekadar laporan polis tanpa penyiasatan, yang cukup mudah di lalukan oleh pihak polis kerana kejadian berlaku didalam premis mereka..

Aku yang mendengar kisah mangsa turut simpati selepas fitnah dibuat dah IC mangsa mula tersebar sehinggakan memberi kesan kepada mangsa dan keluarga..

Kepada yang bersimpati dengan sahabat kita mohon viralkan supaya dapat memberi tekanan kepada sipelaku..

Jangan Jadikan Si Miskin Pengemis Di Pejabat Zakat




Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Iklan-iklan kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja?

Ada pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat.

Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur mengemis zakat setiap tahun.

Kata Saidina ‘Umar r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Dr.MAZA.com

Friday 18 July 2014

MH17: Negara Asia Tidak Terbang Merentasi Ukraine, Tetapi Malaysia..


Beberapa negara Asia berhenti menggunakan laluan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.

Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.

"Kami berhenti terbang merentasi Ukraine atas faktor keselamatan," kata jurucakap Asiana Lee Hyo-Min yang dipetik daripada agensi berita, Agence France-Presse (AFP).

Thursday 17 July 2014

Laporan Polis Berkenaan Fitnah Ugutan Bunuh Najib Razak Melalui "FAKE FB"


Laporan polis yang di buat oleh Ahli Fikir orang yang di fitnah..

Gerak kerja orang yang melakukan kerja jahat nie tidak lah sebijak mana pon.. Kalau kita nilai dengan akal yang di kurnia kan.. Jika betul orang yang di fitnah nie buat ugutan kepada najib.. Apakah bodoh meletak kan gambar laki bini.. Dengan ayat yang memakan diri.. Serupa sua kepala dalam tali gantung..

Polis yg siasat kes ini pon akan tergelak dengan gelagat orang yang belagak bijak.. Tapi bodoh di hujungnya..

Nie adalah jerat supaya.. Orang ramai akan marah pemilik fb asal..

Mari kita bandingkan FB Ori dengan Fake FB.. Url yang digunakan pon berbeza.. Tapi malang sekali fake fb sudah di report supaya di tutup utk mengelak dari difitnah berterusan..



Fokus pada url kedua-dua FB.. Yang ori pantun warisan dan fake ramlie3000.. Boleh paham mana satu ori dan fake fb?

Aku tertarik dengan sesorang yang bersungguh-sungguh mempromosikan fitnah ini.. Apakah dia terlibat?

GADIS STERENG LOCK DAN PENCEROBOHAN MAKLUMAT


Isu Kiki gadis stereng lock menggemparkan Malaysia. Walau isu itu asalnya berbau sedikit perkauman, mujurnya ia tidak merebak kepada perkauman. Ia dilebihkan kepada nilai dan budi pekerti yang bermasalah.

Plotnya mudah, perempuan berang dan pakcik budiman. Bak kata pepatah, hanya air yang mampu menyejuk dan memadam api.

Seringkali saya tersenyum sendirian bila mengingatkan tentang negara ini. Najib ditroll isu kangkung, bini Mat Yoe isu parking dan beratus lagi kes yang pelbagai.

Seolah rakyat Malaysia hidup dengan Troll. Ia menjadi lumrah baru rakyat Malaysia. Mungkin ia sebagai hiburan meredakan kesusahan akibat peningkatan harga barang.

Tinggalkan sekejap tentang isu-isu di atas. Saya ingin menarik perhatian anda kepada satu perkara yang berlaku di Malaysia sekarang, PENCEROBOHAN MAKLUMAT PERIBADI.

Bila video Kiki di mainkan di internet dan menjadi viral, saya memerhatikan tidak sampai 2 jam, semua maklumat tentang perempuan itu terpapar di internet. Nama perempuan itu, no ic, alamat, malah segala benda tentang perempuan itu di ketahui umum.

Paling perit ialah gambar kereta perempuan itu diambil di hadapan rumahnya di mana kereta nya terletak di belakang ampaian kain.

Apakah makna semua ini? Adakah ini bermakna rakyat negara kita sangat pandai menyiasat? Kita paling update? Atau kamu jangan buat jahat, kami mampu menjejaki kamu?

Saya melihat perkara ini sebagai satu pencerobohan maklumat. Sedikit kebaikannya namun berjuta ketidakbaikannya.

Bayangkan betapa mudahnya maklumat kita dicerobohi sedemikian. Kenapa ini terjadi. Siapa yang menjadi dalang dalam hal ini.

Pernahkah anda dihubungi oleh syarikat yang ingin menjual kepada anda pelbagai barangan, kad kredit dan insurans melalui telefon.

Saya rasa semua orang pernah kena begini.

Terfikirkah kita di mana mereka mendapat no telefon kita berserta dengan ic serta kad kredit jenis apa yang kita ada?

Seringkali saya memikirkan adakah mereka juga tahu saiz seluar saya dan seluar dalam saya berwarna apa.

Kita sudah tidak selamat. Dikatakan maklumat Kiki diperolehi hanya melalui carian di JPJ. Apakah menjadi dasar JPJ membiarkan sesiapa sahaja mencari maklumat semudah itu?

Untuk panggilan telefon, saya dikhabarkan nombor telefon kita diketahui melalui bank yang menjual maklumat peribadi kepada syarikat terbabit. Ada juga katanya dijual oleh syarikat telekomunikasi.

Jika ini satu kebenaran, ia adalah sangat merbahaya. Ia benar benar menjadikan kita berada dalam keadaan yang sangat tidak selamat.

Saya merayu kepada kerajaan supaya memerhatikan perkara ini lantas menghentikannya.

Saya yakin, jika ia dibiarkan kejadian yang lebih buruk bakal melanda rakyat Malaysia.

Cukup-cukuplah menjadikan rakyat penanggung kesengsaraan yang ada di Malaysia ini.

Sekian.

Hj Osama Penyelaras SAMM Kelantan.

Wednesday 16 July 2014

Soal Jawab Tentang Puasa (Ustaz Azhar Idrus)


1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?

Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?

Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?

Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?

Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?

Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?

Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?

Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.

Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?

Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?

Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?

Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.

12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?

Masjid.

13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?

Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.

14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?

Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.

15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?

Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.

16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?

Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?

Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.

18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?

Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?

19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?

Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.

20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?

Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.

21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?

Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?

Kena niat puasa ganti baru dikira.

23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?

Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.

24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?

Harus dan dapat pahala.

25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?

Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?

Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.

27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?

Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.

28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.

Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.

29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?

Paling sedikit 8 rakaat.

30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?

Tak batal.

31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?

Tak batal.

32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?

Qadha puasa sahaja.

33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?

Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.

34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?

Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.

36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?

Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.

37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?

Tak batal melainkan ditelannya baru batal.

38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?

Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?

Boleh buat.

40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?

Boleh.

41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?

Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?

Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..

43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?

Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.

44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?

Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.

45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?

Makruh.

46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?

Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?

tidak benar.

48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?

Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.

49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?

Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.

50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?

Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?

Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.

52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?

Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?

Berbuka.

54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?

Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.

55.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?

Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.

56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?

Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.

57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?

Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.

Harga Lesen Meningkat, Memberi Tekanan Kepada Rakyat


Kenaikan Harga Lesen Memandu Tidak Masuk Akal

Kenaikkan harga lesen dari memandu kereta ke tahap RM2000 dan Motorsikal ke tahap RM1000 adalah sangat tidak masuk akal. Kenaikkan mendadak ini juga mendatangkan reaksi negetif dari pelbagai pihak khususnya anak muda.

SAMM Pulau Pinang dengan ini menggesa pihak berwajib supaya kenaikkan ini dibatalkan segera. Pihak kerajaan yang dipimpin Umno Bn juga harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.

Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu? 

Pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM3 juta ringgit. Ketika yang sama anak muda lain pula dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan.

SAMM P.Pinang membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai bentuk aksi. 

Sekian

Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang

Harga Lesen Meningkat, Memberi Tekanan Kepada Rakyat


Harga lesen meningkat dimalaysia

Kerajaan pemerintah yg dikawal oleh UMNO BN di malaysia terus memberi tekanan pada rakyat

Pada 14 julai 2014 harga lesen akan dinaikkan secara mendadak. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak bersetuju dengan sekeras-kerasnya pada kadar harga baru yg meningkat.

Dengan keadaan tahap ekonomi negara yg semakin meningkat sekarang juga membebankan rakyat. Bagaimana pula generasi anak muda akan bertaruh masa depan mereka ke arah yg lebih baik pada masa akan datang.

Timbul persoalan mengapa pihak kerajaan tidak dapat mempertimbangkan kadar harga tersebut yg akan diluluskan pada 14 julai 2014.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak pihak kerajaan yg diperintah oleh UMNO BN untuk mengkaji semula dan tidak menaikkan kadar harga ini.

SAMM juga melihat kelemahan pihak kerajaan menangani isu ini.

Afzanizam bin Hashim

Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pulau Pinang

CDM 25: Awek Stereng Lock Penyokong Tegar BN?




Memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.

Tak sangka pulak warga media sosial selidik hingga jumpa gambar ini.. Bahawa perempuan ini penyokong BN? Apa komen Najib Razak bilamana ahli parti berkelakuan sebergini rupa?

CDM 25: Kenapa DiGi Mahu Membayar Kos Baik Pulih Kedua-dua Kenderaan?


Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.

Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber.

Pertahankan Status Geopark UNESCO Pulau Langkawi


Segerakan Tindakan Afirmatif Pertahan Status Geopark UNESCO Pulau Langkawi

Menurut laporan media, Langkawi ketika ini berdepan dengan risiko kehilangan status Geopark daripada pihak UNESCO ekoran daripada kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan yang ditetapkan badan dunia itu. Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara di mana keseluruhan Langkawi diberikan status Geopark tunggal tidak seperti tapak UNESCO lain maka, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Langkawi amat memandang serius isu “Kad Kuning” ini.

Sebagai sebuah pulau peranginan terkenal bukan sahaja di peringkat domestik malahan sehingga ke peringkat antarabangsa, pengiktirafan dan penarafan UNESCO ini telah memberikan satu nilai tambah yang baik dalam memacu Langkawi sebagai antara lokasi tumpuan pelancongan dunia.

Ketika negara sedang menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014, adalah sangat dikesali apabila Langkawi menerima amaran kad kuning tersebut. SAMM langkawi menggesa isu ini diberi perhatian.

LADA, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu segera mengambil langkah-langkah afirmatif bagi memastikan Langkawi tidak kehilangan status tersebut sebelum pemeriksaan UNESCO pada pertengahan tahun depan. Usaha bertahun-tahun untuk meletakkan Langkawi di persada dunia dan menerima pengiktirafan yang pertama tidak harus dibazirkan dengan sikap sambil lewa dan tidak komited untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan itu.

Tambah mengecewakan Laporan Pemeriksaan Dua Pegawai UNESCO pada 2011 yang telah mendedahkan 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan atas pelbagai sebab namun nampaknya tindakan yang sangat perlahan diambil oleh pihak berkuasa walaupun telah 3 tahun berlalu dan kini hanya tinggal setahun sahaja lagi sebelum pasukan pemeriksaan UNESCO mula menjalankan penilaian mereka.

SAMM Langkawi menyeru agar Kerajaan Negeri Kedah mendesak Kerajaan Persekutuan dan LADA supaya menyegerakan tindakan penambahbaikan kelemahan-kelemahan seperti yang telah disenaraikan.

Kesilapan seperti di dalam aspek pemuliharaan Candi Lembah Bujang harus menjadi iktibar. Kerajaan Negeri perlu lebih peka dan sensitif terhadap aspek penjagaan warisan, kebudayaan dan alam sekitar untuk tatapan generasi akan datang.

Pulau Langkawi adalah satu anugerah besar buat tanahair, harapan SAMM Langkawi agar pulau pelancongan ini dipelihara dengan tatacara terbaik mengikut piawaian dunia.

Saifol Adli Azizan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Zon Langkawi

Tuesday 15 July 2014

Hipokrasi Malaysia, Jual Minyak Sawit Kepada Israel


Malaysia Terus Perkukuh Ekonomi Israel, SAMM Gesa Kerajaan Terus Terang

Pada Februari 2012 lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah mendedahkan hubungan kerjasama Malaysia-Israel khususnya dalam soal perdagangan minyak sawit. Beberapa dokumen bukti telah didedahkan kepada umum melalui pelbagai media.

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat, malah SAMM juga sebelum itu mendedahkan bagaimana komponen buatan Israel telah dihantar ke negara ini untuk dipasang menjadi barangan 'Made in Malaysia', kerana pasaran untuk barangan 'made in Israel' adalah sangat terhad.

SAMM juga telah memunculkan jadual kapal perdagangan di antara pelabuhan terkemuka tanahair dan juga pelabuhan di Israel, selain itu didedahkan juga bagaimana sebuah syarikat berkaitan zionis diberi peranan dalam kerajaan termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga di dalam sebuah syarikat kewangan di bawah adik Najib Razak. Semua ini didedahkan oleh SAMM sejak sekian lama dengan fakta dan bukti.

Kemuncaknya adalah isu minyak sawit yang dihantar ke Israel untuk perkukuh ekonomi di sana. Perkara ini membawa kepada pengakuan menteri bertanggungjawab Mukhriz Mahathir yang menulis di laman twitternya berbunyi;

"@MukhrizMahathir: Benar kerana minyak sawit yg diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod, Israel."

Persoalan lanjutan yang tidak pernah dijawab ialah, sedangkan kapal bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan pun pernah diserang oleh regim zionis - bagaimana zionis ini boleh membenarkan pelabuhan mereka digunakan bagi pihak Pelestine untuk minyak kelapa sawit?

Faktanya, pada bulan Mei 2010 menyaksikan tentera marin Israel telah menyerang kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmala yang mengorbankan 15 sukarelawan. Pada Mei 2011, kapal bantuan kemanusiaan MV Spirit of Rachel Corrie ditembak sebaik sahaja memasuki zon keselamatan Palestin.

Dengan fakta di atas, adalah amat meragukan jika Israel begitu baik hati membenarkan pelabuhan Ashdod dan Haifa diguna sebagai transit minyak sawit ke Pelestin. Melainkan ini satu pembohongan besar Umno terhadap rakyat Malaysia, betapa sebenarnya minyak sawit tersebut adalah untuk kegunaan negara Israel.

Malah hari ini, ketika Gaza dihujani letupan bom dan rakyat Pelestin terbunuh setiap hari sepanjang Ramadhan, Malaysia telah meneruskan perdagangan dengan Israel, khususnya membekalkan keperluan asas seperti minyak masak kelapa sawit.

Disertakan juga kepilan sebuah keratan dari dokumen yang menunjukkan negara ini menjadikan ekonomi Israel terus berkembang pesat, di saat anak Pelestin mati bergelimpangan.

Tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan, SAMM hanya menuntut supaya kerajaan berterus terang kepada rakyat bahawa negara ini sebenarnya pro-Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah. Masalah palestin tidak akan selesai selagi kerajaan Islam munafik terus wujud seperti Malaysia.

SAMM seluruh negara juga dengan ini sebulat suara mengutuk perbuatan hipokrasi kerajaan Umno Barisan Nasional, zionis glokal.

Sekian

che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kuasa Menyesatkan Politik, Nasib Rakyat Bukan Lagi Keutamaan


KRISIS KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Saya mengambil masa lama untuk meneliti faktor yang menyebabkan berlakunya krisis dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Metodologi saya mudah. Saya menemu bual tokoh-tokoh politik tempatan dan nasional, mendengar cerita dari ahli parti, berbincang dengan rakan wartawan dan juga rakan sejawatan.

Rumusan penelitian saya adalah: Teruknya perebutan kuasa dalam politik, semakin pincangnya politik PKR, rapuhnya kerjasama dalam PR, kacaunya politik bila terlalu banyak campur tangan, dan politik ini penuh dengan opurtunis yang menunggu untuk mengambil peluang.

Lalu saya terfikir. Mananya perjuangan untuk membela nasib rakyat dan menegakkan hak rakyat? Nampaknya membela nasib rakyat bukan lagi keutamaan pemimpin politik. Kegilaan mereka ialah berebut kuasa dan mengekalkan kuasa. 

Sesat politik macam ini.

-Agus Yusuf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.