VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 11 April 2017

AMANAH KAWASAN SIK TERUS MELEBARKAN PENGARUH WALAUPON ADA MUSUH POLITIK MEMBUAT PROVOKASI DAN MELEMPARKAN FITNAH



Parti Amanah Negara Kawasan Sik yang diketuai oleh Sdr Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan.Amanah Sik tetap meneruskan menyantuni dan menaikkan isu rakyat dikawasan tersebut walaupun ada segelintir pihak yang cuba memburuk burukkan nama ketuanya bagi mengurangkan pengaruh dan meraih sokongan.

Setelah mendengar pelbagai tohmahan dari pihak musuh yang cuba memecah belahkan Amanah Sik ,penulis telah menghubungi sendiri ketuanya untuk mendapat maklumat yang jelas.Menurut sdr Leman ," Pihak yang yang cuba membuat fitnah dan ingin menjatuhkan nama baik Amanah Sik itu dianggap sebagai golongan yang iri hati dan mempunyai sifat tidak senang duduk dengan gerak kerja dan peningkatan Amanah Sik. Dalam politik adalah perkara biasa apabila musuh mula membuat provokasi bagi menjatuhkan kita .Selaku Ketua Kawasan mungkin kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan bukan semua pihak sukakan kita .ini adalah lumrah kehidupan dalam mengerakkan parti politik.Memandangkan Amanah masih baru ,banyak yang perlu di perbaiki dan diharungi walaupon yang datang itu adalah berisiko yang tinggi ".Katanya.

Menurutnya lagi ",Dalam apa jua keadaan kita harus tegas dalam kelembutan tentang sesuatu perkara untuk melancarkan perjalanan parti tanpa menghiraukan kata2 nista ,tohmahan ,fitnah ,cacian ,kritikan dan sebagainya .Pimpinan Amanah Sik juga tidak takut dan menghiraukan apa jua ugutan yang datang untuk menggangu gerak kerja Amanah Kawasan Sik.".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.