VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 12 May 2015

Antara Pencapaian Kerajaan Malaysia di Bawah Pemerintahan Mahathir-Najib



BERIKUT ADALAH PENCAPAIAN KERAJAAN BN . DAN INI HANYALAH SEBAHAGIAN PUNCA SEGALA MASALAH YANG MELIBATKAN KEHILANGAN WANG DAN HARTA NEGARA SEJAK UMNO/BN BERKUASA LEBIH SETENGAH ABAD YANG LALU UNTUK RENUNGAN RAKYAT TERUTAMA DI ZAMAN TUN MADDEY DAN BERTERUSAN HINGGA KE ERA PEMERINTAHAN NAJIB.

1. Skandal PKFZ yg melibatkan duit rakyat sebanyak RM 12.7 billion.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM 500 juta.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM 1.6 billion.

4. Menanggung kerugian (bail out) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir
Sebanyak RM 1.7 billion.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM 88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM 546 juta.

7. Perjanjian pembelaian Eurocopter sebanyak RM 1.67 billion .

8. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak 70 juta

9. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM 1.5 juta.

10. Lebihan bayaran Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM 8.4juta.

11. Perbelanjaan Kompleks Sukan diLondon yg menjadi projek gajah putih sebanyak Rm 70 juta.
L
12. Baikpulih Bangunan MALTRADE sebanyak RM 120 juta

13. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM 2OO juta.

14. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM 257 juta.

15. Kerugian dalam urus niaga penjualan Augusta sebanyak RM 510 juta.

16. Nilai kehilangan pendapatan Kerajaan daripada approved permit (AP) yg dikeluarkan bagi
tempoh setahun sebanyak RM 1.8 billion.

17. Senggaraan kapal kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ( akan dijadikan
artifak Muzium Negara) sebanyak RM 4.1 billion.

18. Dua skandal Bank Bumiputera pada awal 1980 an sebanyak US$ 1 billion dengan anggaran
nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM 3.2 billion.

19. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980 an
dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$ 500 juta. ( RM 1.6 billion).

20. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$ 800 juta (RM 2.56 billion).

21. Menggunakan dana awan sebanyak RM 10 billion dalam operasi valuecap Sdn Bhd untuk
melonjakkan nilai harga pasaran saham.

22. Skandal kewangan Bank Islam yg melibatkan kerugian RM 700 juta.

23. Penjualan M V Augusta dengan harga 1EURO yg mengakibatkan kerugian sebanyak RM 348 juta.

24. Semenjak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yg lalu, ia telah
menelan perbelanjaan sebanyak RM 500 juta.

25. Komisen yg telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yg mengendalikan pembelian
kapal selam Scorpene iaitu Perimekar Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM 910 juta.

26. Kerajaan membuat bayaran RM 300 juta sebagai ganti rugi yg dibayar kepada Gerbang Perdana
kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yg bernilai RM 1.1 billion.

27. Program Angkasawan Negara yg menelan belanja RM 40 juta .

28. Program Latihan Khidmat Negara menelam belanja lebih RM 500 juta setiap tahun tetapi tidak banyak
memberi manfaat sebaliknya masalah sosial remaja semakin mencemaskan.

29. Menanggung kerugian Eye of Malaysia - RM 30 juta dan 5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket.

30. Kerajaan dua kali menanggung kerugian ( bailout) syarikag Malaysia Airline System (MAS)
yg berjumlah sebanyak RM 7.9 billion.

31. Dan yg terbaru scandal 1MDB dengan hutangnya mencecah RM 42 billion.

32. Isu pembelian jet yg melibatkan sejumlah besar wang rakyat RM hampir 1/2 billion disaat negara terbeban dgn hutang yg cukup besar dan kemerosotan nilai ringgit yg kritikal.

Monday 11 May 2015

Anwar Ibrahim Juga Menyokong Mahathir Tetapi Tidak Mengungkit Seperti Najib


PM Najib kata dulu dia sokong Tun M masa krisis UMNO.

Sekarang Tun M kena sokong dia.

Masalahnya, dulu Tun M dicabar kepimpinan beliau kerana pemilihan parti.

PM Najib pula disuruh undur kerana skandal wang hilang dan tak boleh jelaskan ke mana wang itu pergi.

Ada beza sokong kepimpinan yang dicabar kerana amalan demokratik dengan suruh sokong pemimpin yang hilangkan wang.

Lagi satu, sebab sokongan Tun M lah, Najib jadi PM.

Tun M pun dah sokong Najib selama 6 tahun sebagai PM sehinggakan turun berkempen dan sebagainya.

Ingat, 1MDB bukan baru ditubuhkan bulan lepas.

Anwar Ibrahim juga menyokong Tun M masa krsis kepimpinan UMNO dahulu. Tetapi tak pernah pula dengar dia ungkit hal ini bila didesak.

Sunday 10 May 2015

Berhenti Politik Jika Leman Raja Lawak Ingin Kembali Dunia Seni Hiburan










LEMAN RAJA LAWAK BOLEH BERADA DALAM DUNIA HIBURAN SEMULA DENGAN SYARAT MEMBUAT KENYATAAN RASMI BERHENTI BERPOLITIK MENYOKONG PEMBANGKANG

Kuala Lumpur -10 Mei 2015
Bekas peserta raja lawak 5 saudara Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim ,34 boleh berlakon dan membuat persembahan semula dengan syarat beliau berhenti dari memberi ceramah dan mengeluarkan isu rakyat membangkang pentadbiran kerajaan.Kenyataan rasmi perlu dibuat oleh beliau sendiri untuk tidak bersama dengan PAKATAN RAKYAT.

Pihak produksi sedia membantu dengan memberikan tapak semula kepada beliau memandangkan kepetahannya diatas pentas .Melihat dari keberanian dan bakat yg ada ,kita boleh diketengahkan sehingga keperingkat nasional.Memandangkan beliau yg lahir dari bukan golongan berada ,kami dari syarikat produksi boleh membantu jika beliau setuju dengan syarat syarat yg telah ditetapkan.pihak kami juga telah berjumpa dengan keluarga beliau baru baru ini bagi meninjau keadaan dan gaya hidup keluarga beliau yg masih lg dalam keadaan daif.

Kami membuka ruang seluas luasnya kpd beliau untuk menerima tawaran yg pihak kami sediakan.Leman Raja Lawak harus fikirkan masa depan dengan kebolehannya .Dengan kebolehan yg ada ,beliau tersilap langkah dengan memilih politik pembangkang tanpa apa apa bayaran . Pihak kami berpendapat ,Leman mempersiakan kelebihan yg ada hidupnya,sepatutnya beliau gunakan bakat yg ada untuk membuat wang bukan dengan melawan kerajaan.

Leman Raja Lawak telah mengukir nama yg kuat dipersada politik terutama peringkat perkampungan dan pedalaman. Nama beliau lebih dikenali berbanding artis yg lain kerana kebanyakan penduduk kampung kurang melihat media hiburan.Peluang untuk Leman Raja Lawak bersama dengan produksi kami amatlah dialu alukan.

Cerita Artis tempatan 2015

Mahathir Selar Tindakan Memufliskan & Mengeledah Rumah Pihak Yang Melapor Isu Tabung Haji-1MDB


Mahathir Ulas Isu Tabung Haji

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.