VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 20 October 2018

#REFORMASI20TAHUN MENANG BERGAYA DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi KEADILAN di Negeri Sembilan dan Melaka yang keluar mengundi pada hari ini. Saya juga melahirkan rasa terhutang budi saya kepada keseluruhan sukarelawan kempen saya yang membantu berkempen di Negeri Sembilan dan Melaka, dalam serba kekurangan.

Keputusan rasmi hanya akan keluar lewat malam ini kerana masalah internet yang menyebabkan banyak undi belum dihantar ke pelayan (server). Oleh itu, keputusan di cabang-cabang tertentu di Negeri Sembilan (iaitu Rembau, Teluk Kemang dan Jelebu) belum lagi keluar dan hanya boleh disahkan malam ini.

Begitu juga di Melaka, keputusan di cabang-cabang Kota Melaka, Jasin dan Tangga Batu hanya boleh diketahui lewat malam ini.

Pun begitu, keputusan rasmi di cabang-cabang lain dan di cabang-cabang ini (yang terkesan dengan masalah internet) menunjukkan #Reformasi20Tahun telah menang di Negeri Sembilan dan Melaka. Setakat keputusan awal petang tadi, menunjukkan saya mendahului di Rembau, Jelebu dan Tangga Batu, sementara di cabang-cabang Teluk Kemang, Kota Melaka dan Jasin adalah sengit.

Keputusan pada malam ini menunjukkan #Reformasi20Tahun telah menang di 6 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka), sementara saingan saya Sdr Azmin Ali hanya menang di Pulau Pinang dan Johor.

Saya menyeru seberapa ramai anggota KEADILAN (di 8 cabang di Selangor dan Perlis) keluar mengundi esok. Sertai gelombang perubahan yang isyaratnya semakin jelas – 6 negeri sekarang telah menyatakan sokongan kepada agenda reformasi dalaman yang kita bawakan.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

Melaka: RR (55%), AA (45%)
Negeri Sembilan: RR (52%), AA (48%)

Jumlah keseluruhan:

8 negeri + Selangor I: RR (50%), AA (50%), berbeza ~180 undi dari 66,000 undi
Negeri: RR menang 6 negeri, AA menang 2 negeri

Terima kasih dan terus tumpu bawa agenda reformasi dalaman.

Rafizi Ramli

Hukuman Tidak Setimpal Kepada Perlakuan Langar Lari


Penjelasan Peguam Nor Zabetha yang baik

Suspek Wan Amirah, mangsa kes langgar lari di Cyberjaya telah ditangkap. Soalannya bolehkah suspek dihukum gantung sampai mati kerana menyebabkan kematian kepada mangsa kemalangan?

Selalu saya dapat soalan ini, kenapa si pelaku tak boleh dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh akibat perbuatannya. Bukan sahaja si pelaku meragut nyawa tetapi juga menyebabkan kehilangan kepada ahli keluarga.

Kalau yang pernah melihat video kemalangan tersebut pasti tidak puas hati sekiranya si pelaku hanya dihukum penjara sahaja atas perbuatannya menyebabkan kematian. Tambah pula semua berlaku kerana si pelaku marah tidak dapat meletakkan kereta ditempat letak kereta. Hendak menunjukkan rasa marah, dia reverse ke belakang dan dia menekan minyak secara melulu dan merempuh kereta dihadapan serta arwah Wan Amirah Wan Alias. Semuanya hanya kerana kebodohan memuaskan nafus marah. Kemudian melarikan diri, sungguh pengecut.

Jadi kalau ikutkan fakta kes, saya sendiri berpendapat tidak adil dengan hanya hukuman ringan. Melihat video itu, saya rasakan hukuman penjara 2 atau 3 tahun sahaja. Si pelaku perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal! Supaya jadi pengajaran kepada yang lain-lain juga.

Tetapi undang-undang tidak memperuntukkan begitu. Bagi kes-kes kemalangan yang pemandunya tidak mempunyai niat membunuh akan didakwa di bawah seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Tidak mempunyai niat membunuh bermaksud, bukanlah si pemandu dengan niat keluar dari rumah untuk membunuh dengan melanggar seseorang.

Kenapa seksyen 41 APJ dan bukan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu hukuman bunuh bagi kesalahan membunuh? Bukankah si pelaku telah meragut nyawa.

Bagi dihukum bunuh dibawah Sesyen 302 seseorang itu perlu mempunyai niat membunuh dan memenuhi elemen jenayah bunuh. Contoh anda tahu dengan menikam seseorang akan mengakibatkan kematian, jadi dari awal anda susah mula membawa pisau, mengatur rancangan, menikam sehingga mati dan menyembunyikan mayat (atau mungkin tidak sembunyikan mayat, tetapi jelas anda ingin tamatkan nyawa mangsa). Maka cukuplah elemen jenayah tersebut.

Berbeza dengan melanggar seseorang sehingga mati. Anda keluar rumah, niat hendak pergi kerja, kemudian telanggar kanak-kanak melintas sewaktu hendak ke sekolah dan malangnya kanak-kanak tersebut meninggal dunia. Maka itu bukanlah satu jenayah bunuh dibawah Seksyen 320 KK dan ianya adalah kesalahan memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kematian Seksyen 41 APJ yang dihukum minimum penjara 2 tahun dan maksimum 10 tahun DAN denda minimum 5 ribu ringgit dan tidak lebih dari 20 puluh ribu ringgit. WAJIB PENJARA sekurang-kurangnya 2 tahun. Lesen juga akan ditarik dan digantung.

Andai kata masih diteruskan dakwaan terhadap si pelaku dibawah 302 KK. Apa yang akan berlaku? Maka si pelaku akan ke mahkamah diwakili peguamnya dan peguam akan membela si pelaku dengan menyatakan pelaku tidak ada niat membunuh dan dakwaan membunuh adalah tidak berasas. Selepas meneliti segala bukti-bukti dan keterangan, maka mahkamah berpendapat memang tidak ada niat membunuh tetapi pemanduan secara bahaya. Berkemungkinan si pelaku akan dibebaskan kerana tidak sesuai bagi kesalahan membunuh. Lagi tidak adil!!! Sudahlah menyebabkan kematian, bebas pula!

Saya faham, kalau anda kata ini tidak adil. Hukum dunia, undang-undang manusia. Benar! Tidak tergambar perasaan kehilangan yang tersayang. Tetapi setakat di dunia ini, undang-undang manusia inilah yang boleh menyumbat si pesalah yang ini ke dalam penjara kerana dan dihukum dari bebas lepas. Untuk setiap perbuatan jahat, insyallah akan dibalas dengan setimpal 'di sana' kelak. Sama-sama kita doakan si pelaku mendapat balasan di dunia dan akhirat.

Juga kita doakan roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin. Takziah kepada ahli keluarga.

Friday 19 October 2018

Rasuah Dalam Pemilihan Keadilan 2018, Antara Makan Di Hotel dan Kupon Makan Di Bawah Khemah?



Tak perlu terbitkan kupon makan untuk buat jamuan berkempen ratusan RM untuk VVIP dan untuk macai pendedak RM75 satu kepala.

Dari mana datangnya wang sebanyak itu untuk adakan jamuan di Dewan Perdana Felda pada 2 September lalu hanya Allah dan mereka saja yang tahu.

Cegah sebelum parah.

Jika tidak keluarkan kupon sekali pun, tetap mereka akan dapat makan yang disediakan oleh setiap yang bertanding. Anggaran kos satu kepala RM5 ~ RM8 untuk satu kupon.

Wednesday 17 October 2018

Pengorbanan Pengerusi Parti Amanah Negara Pahang Dilupakan Selepas PH Memerintah Malaysia


DR HAMZAH JAAFAR

Pengerusi Parti Amanah Negara Pahang yang dilupakan selepas kemenangan memerintah negara.

Amanah Pahang boleh dikatakan kalah disemua kerusi kecuali kerusi selamat di Parlimen Temerloh yg ditandingi Setiausaha Agung Amanah YB Hj Anuar Tahir (Timbalan Menteri Kerjaraya) yang berasal dari Perlis dan tinggal di KL.

Beliau korbankan kerusi selamat itu demi memberi laluan pada pimpinan pusat.

Sebelum PRU beliau telah difitnah oleh seorang cybertrooper pro PH sendiri mengatakan beliau terima duit UMNO utk lemahkan PH di Pahang sedangkan ramai yg tak tahu beliau terpaksa jual lot kedai yg jadi sumber pendapatanya sedangkan perniagaanya sedang naik maju tetapi demi utk menggerakkan Amanah Pahang beliau terpaksa jual kedai dan berpindah ke lokasi lain yg disewa, juga habis duit simpanannya turut digunakan utk gerakkan Amanah Pahang.

Lepas PRU sekali lagi terpaksa pindah restoran AFCnya bahkan kilang yang diusakannya bertahun2 pula terpaksa dijual kerana mengalami masalah kewangan.

Selepas beberapa pimpinan dilantik jadi Menteri awal2 dulu, adala mereka raikan sahabt2 dan penyokong terdekat makan nasi Arab di restoran AFC, tetapi lepas dari itu Dr Hamzah Jaaffar seperti tidak dipedulikan.

Pernah naik ke satu Kementerian nak jumpa menteri sampai ke akhir tak dapat jumpa mungkin menteri takut beliau datang nak minta jawatan kot 😊

Keperitan beliau dan keluarga seolah2 tidak sampai ke pengetahuan Pimpinan atasan Amanah sehingga tiada langsung desas desus apa2 jawatan utk beliau. Beliau bukan kaki buat bising dan tidak pandai buat bising utk minta jawatan sebab beliau mempunyai nilai akhlak yang tinggi, tapi politik nih kalau kita terlalu naif sgt lagi orang buat tak peduli.

Saya tulis ini sebab saya tahu keadaan Ustaz Dr Hamzah sekarang dan harap ada sesiapa blh sampaikan kpd mereka di atas terutama pimpinan yg "tumpang" bertanding di Pahang dan dilantik jadi Timbalan Menteri... minta tolong peka dgn keadaan Pengerusi Perhubungan Amanah Pahang. Kalau Pengerusi Amanah Kelantan jd Pengerusi LTKN, Pengerusi Amanah Terengganu jadi Timbalan Menteri tp Pengerusi Amanah Pahang?

Ust Dr Hamzah Jaafar yg tidak banyak cakap dan tidak suka meraih populariti, ahli perniagaan hasil dari idea beliau sendiri. Kalau siapa pernah pergi makan di restoranya AFC dulu di Greenwood dapat rasa pelbagai resipi dari hasil kreativiti beliau sendiri memang sedap.

Beliau ada talian darah keluarga dengan Almarhum TGNA dan TITM, masa dalam Pas dulu jawatan terakhir beliau sebagai TPJ dimana TITM sbg PJ Pas Pahang.

Saya tidak tahu sejauh mana Ustaz dan keluarga boleh bersabar namun saya doakan agar Allah permudahkan segalanya untuk Ustaz.

Maaf kalau apa yg saya tuliskan ini tidak menyenangkan Ustaz sbb Ustaz seorang yg tidak mahu raih simpati namun saya dan pejuang2 Amanah yang lain mahu lihat ustaz mendapat perhatian pimpinan atasan.

-Copy Facebook

Tuesday 16 October 2018

Perbezaan Orang Melayu Dan Orang Cina Apabila Dapat Kuasa Memerintah Malaysia



... org cina bila dpt kuasa, mereka perkasakan bangsa mereka...

... org melayu bila dpt kuasa, sibuk duk berebut pangkat DATUK...

Nampak... ???

#KerajaanSepenggal

Monday 15 October 2018

Alhamdulilah.. Tahniah Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sah Menjadi Ahli Parlimen


KUALA LUMPUR, 15 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Upacara itu diadakan pada kira-kira 10 pagi sejurus Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 mula bersidang.

Ini susulan kemenangan Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu lalu dengan majoriti besar 23,560 undi.

Mohamad Ariff ketika mengalu-alukan anggota Parlimen terbaharu itu mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangannya di PRK Port Dickson.

#AnwarKembaliLagi #AnwarIsBackAgain

Baru Sedar Dalam Manifesto PAS Ada Janji Hapus Hutang PTPTN


Yang berjanji mansuh hutang PTPTN dlm manifesto mereka adalah PAS semasa PRU14 yang lalu, bukan PH.. TETAPI sbg parti Islam PAS SANGGUP PUTAR BELIT tuduh PH pula kononnya PH yang berjanji hapus hutang PTPTN..

Jika tak percaya boleh periksa manifesto masing2 antara PAS atau PH yg mana ada termaktub mansuh hutang PTPTN itu..

#PASdanPutarBelitBerpisahTiada

Ini Janji PAS Tawarkan Dalam Manifesto

HAPUS HUTANG PTPTN

Ini Janji Pakatan Harapan Dalam Manifesto

MENANGGUHKAN HUTANG PTPTN

Baru Sedar Dalam Manifesto PAS Ada Janji Hapus Hutang PTPTN


Yang berjanji mansuh hutang PTPTN dlm manifesto mereka adalah PAS semasa PRU14 yang lalu, bukan PH.. TETAPI sbg parti Islam PAS SANGGUP PUTAR BELIT tuduh PH pula kononnya PH yang berjanji hapus hutang PTPTN..

Jika tak percaya boleh periksa manifesto masing2 antara PAS atau PH yg mana ada termaktub mansuh hutang PTPTN itu..

#PASdanPutarBelitBerpisahTiada

ANWAR LAGI SELANGKAH JADI PM, RAFIZI LAGI MUDAH KALAHKAN AZMIN


Semua orang tahu bahawa arkitek atau perancang yang akhirnya berjaya meletakkan Anwar Ibrahim menang dengan bergaya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson semalam ialah Rafizi Ramli, bekas Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR.

Daripada mendesak Anwar perlu segera berada di Parlimen, memilih masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya, menentukan Port Dickson sebagai kawasan pilihan, menyerahkan surat perletakan jawatan Danyal Balagopal Abdullah ke Parlimen, mengatur sidang media berkaitan dengannya dan hampir segala-galanya adalah dilakukan oleh beliau.

Bersama membantunya dengan penuh semangat dan kesetiaan untuk mengembalikan Anwar sebagai Ahli Parlimen ialah Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung, Johari Abdul, Abdullah Sani serta beberapa yang lain lagi.

Sebelum melakukan semua itu, Rafizi sudah pun mengumumkan keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Azmin Ali.

Sesuai dengan usaha meletakkan semula Anwar sebagai Ahli Parlimen adalah untuk membolehkannya menjadi pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad, Rafizi tanpa berselindung menyatakan hasratnya bertanding jawatan nombor dua dalam PKR juga tidak lain ialah untuk memastikan kerusi Perdana Menteri itu benar-benar dapat diduduki Anwar kali ini.

Anwar yang telah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, menurut keyakinan Rafizi, akan terhalang atau setidak-tidaknya tergugat daripada menjadi Perdana Menteri jika Azmin terus menjadi Timbalan Presiden PKR.

Digambarkan bahawa Azmin yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi kemudian dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, meskipun namanya tidak dicalonkan oleh PKR, adalah pilihan masa depan Tun Mahathir untuk mengambil alih teraju kepimpinan negara ini mendahului Anwar yang telah dijanjikan kedudukan itu.

Di suatu ketika ketika Rafizi mengumumkan Port Dickson sebagai kawasan yang akan ditandingi Anwar, beberapa pemimpin PKR menzahirkan perasan sedikit tidak setuju dengan mengatakan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti dan pelbagai hujah yang lain.

Ada juga yang berhujah dengan melahirkan kebimbangan "Langkah Port Dickson" akan menjadi sama seperti "Langkah Kajang" sebelum ini yang akhirnya menemui kegagalan dan menyebabkan Anwar dipenjara dalam kes liwat kedua.

Tetapi, dengan kejayaan cemerlang serta bergaya yang berjaya dicapai Anwar di Port Dickson ini, nama Rafizi yang sedang bersaing rapat dengan Azmin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, kini secara automatiknya melonjak sama.

Meskipun kemenangan Anwar sebahagian besarnya dicapai kerana usaha gigihnya berkempen dengan mengadakan antara 12 hingga 14 program setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, namun yang memulakan segala-galanya adalah Rafizi.

Daripada enam negeri yang sudah selesai mengadakan pengundian, Rafizi memenangi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan, manakala Azmin menang di Pulau Pinang dan Johor.

Daripada 88 cabang yang telah melalui proses pengundian, 51 daripadanya memihak kepada Rafizi dan 37 menyebelahi Azmin.

Dari segi undi pula, walaupun minggu lalu diumumkan Rafizi mendahului Azmin dengan kelebihan 49 undi, tetapi apabila semakan semula dilakukan, Azmin didapati sedang berada di atas dengan kelebihan satu undi. Undi Azmin setakat ini ialah 19,584 dan Rafizi 19,583.

Proses pengundian di seluruh negara akan berakhir pada pertengahan November dan sembilan daripada 22 cabang di Selangor mengadakan pengundiannya hari ini. Lebihan 13 cabang lagi akan menyusul mengadakan pengundian pada 21 Oktober.

Namun, dengan persaingan yang nampak sama rata antara Azmin dan Rafizi sekarang ini, kemenangan cemerlang dan bergaya Anwar di Port Dickson semalam dengan sendirinya menyebabkan nama bekas Ahli Parlimen Pandan itu melonjak tinggi di hati ahli-ahli PKR yang sejak sekian lama mengimpikan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kemenangan Anwar itu pasti dilihat sebagai strategi bijak yang diatur oleh Rafizi untuk memudahkan lagi laluan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu kemenangan di Port Dickson itu akan diiringi dengan peralihan undi yang lebih banyak memihak kepada Rafizi berbanding Azmin di negeri-negeri seterusnya bagi memudahkan beliau bekerja dan menjadi pendokong yang benar-benar akan berusaha menjadikan kerusi Perdana Menteri dapat diduduki oleh Anwar.

Dalam erti kata lain, kemenangan cemerlang di Port Dickson dengan majoriti 23,560 dan kemampuan meraih 71 peratus undi bukan saja berita gembira yang menjadikan Anwar hanya selangkah lagi menjadi Perdana Menteri, bahkan juga menjadi laluan lebih mudah untuk Rafizi dalam perjuangannya mengenepikan Azmin.

Kegembiraan Port Dickson tidak membuatkan Azmin gembira sebagaimana Rafizi gembira dengannya. (ShahbudinHusin 14/10/2018).

Fitnah Pesta Gay, Kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan Yang Perlu Diperbaiki


Ada baca tak tentang pesta gay kat muzium negara tu? Pengarah muzium dah jawab katanya itu fitnah.

So pemfitnah tu relek je next buat grafik fitnah lain lak. Nak tangkap bawah akhta berita palsu takdenya nak bertindak. Apa benda lah.. masa kita pembangkang dulu benda fakta pon depa dah call pegi balai dah kena jawab. Gajet dirampas..berkali kali sampai pedap la jugak.

Masing2 pakat share grafik pesta gay.. yg damage Kerajaan PH. Tindakan nak sekat sebaran berita palsu takde..

#KerajaanSepenggal

-Man Toba

Sunday 14 October 2018

Halangan Dari Dalam, Bukan Mudah Anwar Ibrahim Menang Di Port Dickson





RAFIZI RAMLI: TERIMA KASIH CABANG-CABANG SELANGOR


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota KEADILAN yang mengundi di 9 cabang pada hari ini (Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kapar, Kota Raja, Subang, Kelana Jaya, Serdang dan Sepang). Lebih kurang 18,000 anggota KEADILAN dari 9 cabang ini keluar mengundi hari ini.

Saya berjaya mendapat 8,562 undi (48%) berbanding Sdr Azmin yang mendapat 9,337 undi (52%). Ini adalah keputusan yang cukup memberangsangkan kepada pasukan #Reformasi20Tahun di seluruh Malaysia kerana umum mengetahui Selangor adalah pusat kuasa Sdr Azmin dan pasukan beliau.

Semua jawatan penting di peringkat akar umbi hingga ke peringkat negeri dan Parlimen dikuasai oleh lantikan-lantikan di kalangan pimpinan parti yang rapat dengan Sdr Azmin dan Sdri Zuraida. Mereka mempunyai pengaruh besar untuk mengeluarkan pengundi di kawasan masing-masing.

Dengan segala kekuasaan yang ada di semua peringkat kerajaan itu, saya dan sahabat-sahabat #Reformasi20Tahun masih berjaya mendapat 48% undi di kubu dan pusat kuasa Sdr Azmin.

Setelah saya mendahului selepas keputusan dari 6 buah negeri, kini Sdr Azmin berada di depan dengan julat undi yang kecil.

Keputusan setakat minggu ini (muktamad untuk Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Terengganu) adalah:

Rafizi Ramli – 28,254 atau 49%
Azmin Ali – 29,011 atau 51%
(Sdr Azmin mendahului 757 undi sahaja)

Saya menyeru supaya sahabat-sahabat yang menggerakkan #Reformasi20Tahun menumpukan usaha kepada pemilihan minggu depan.

In Sha Allah dengan keikhlasan dan usaha, kita berjaya merapatkan jurang dengan keputusan memberangsangkan di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan 8 lagi cabang di Selangor minggu depan.

Rafizi Ramli

Kritik Haji Hadi Kerana Seni Politiknya, Bukan Ilmu Agamanya


Kah kah kah.. Hadi.. Hadi.. gua selalu kritik Hadi atas dasar politik beliau yg sentiasa salah. Gua bukan kritik atas ilmu ugama, bukan anti ulama bukan, gua cop Hadi nih agent umno aja.

Hadi agent umno masa tu. Di akhir hayat semenjak pru 11 umno buat strategy baru. Umno pergunakan beliau dan team beliau untuk pecahkan pembangkang konon2 boleh kekal memerintah sampai bila bila.

Kita dah ingatkan banyak kali, ATGNA pun ingatkan banyak kali. Sampai nak ludah individu yg nak satukan Pas dan umno. Malangnya yg menegur Hadi disingkir hingga mereka yg tersingkir mewujudkan parti Amanah.

Berpuluh2 tahun melawan BN akhirnya pembangkang berjaya usir BN dalam pru14. Malang 1000 kali malang bagi pas. Plan konon2 BN menang dapatlah kiranya Hadi kotnya bersama2 BN dalam tampuk pemerintahan. Dapat kiranya menempel kot dilantik jadi menteri agama ke rupanya jauh tersasar!! PH menang bergaya dan BN juga rakan komplotnya pas kalah.

Itulah pas hari ini. Buat silap kerana keluar dari baris Pakatan masuk BN. Itu pon tak sekor yg berani tegur kenapa Hadi pilih keluar dari Pakatan. Kenapa woii ???

-Man Toba

Kenapa PAS Ada Sifat Busuk Hati Kepada Anwar Ibrahim?


"Tak mustahil PAS boleh menang di PRK Port Dickson", PM-Online Hadi Awang (26/9/2018)

"PAS yakin akan menang di PRK Port Dickson", calon PAS Mohd Nazari Mokhtar (2/10/2018)

Krikk.. Krikk.. Krikk..

Langkah PD Melumpuhkan Hidden Machinery Dalam PKR


Langkah Anwar memilih bertanding PRK di PD adalah strategy yang "superior" dan dalam diam-diam rupa-rupanya telah benar-benar melumpuhkan "hidden machinery" yang khabarnya telah lama dipersiapkan oleh "cartel group" di Permatang Pauh dan Pandan.

Kelompok angkatan muda yang berpengaruh dan pernah menegaskan : "ketikanya telah tiba bahawa membebaskan segera Anwar Ibrahim dari penjara BUKAN lagi keutamaan bagi PKR.." memang diyakini sudah bersedia dgn persiapan logistic dan dana di kedua tempat tersebut untk menyekat kembalinya Anwar ke medan politik.

-Mohd Shahri

7 Fakta Menarik PRK P132 Port Dickson



Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim MP baru Port Dickson

7 Fakta Menarik PRK P132 Port Dickson

1. Anwar menang kesemua 5 DUN
2. Anwar menang kesemua daerah mengundi
3. Anwar menang kesemua saluran mengundi
4. Anwar menang undi pos & awal
5. Anwar menang di kawasan Melayu
6. Anwar menang di kawasan Cina
7. Anwar menang di kawasan India

Pesanan ATGNA kepada DSAI

Tuan Guru Dato' Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan kepada Dato' Seri Dr Anwar Ibrahim :

“ Anwar, kamu boleh maafkan orang yang menzalimi kamu, dan orang yang pukul kamu. Tapi kamu kena ingat, ini jadi pengajaran. Esok kalau Allah takdirkan kamu perintah, kamu kena ingat apa erti kezaliman. Apa erti sakit dipukul walaupun kamu tak salah.”

“ Anwar, tidak banyak orang lalui seperti kamu. Pemangku Perdana Menteri sudah, bintang di baju dah penuh dah. Kalau Anwar ditakdirkan memimpin, maka Anwar kena pastikan jangan ada seorang pun rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti yang kamu rasa.”

'' Kamu mesti pastikan bila kamu ada kuasa, kamu kenang nasib mereka setiap rakyat ini, kerana tidak ramai orang yang rasa macam apa yang kamu rasa. Jaga mereka seperti anak-anak kamu sendiri. Maka insha'allah kamu akan jadi pemimpin yang baik.”

P/s: rinduku padamu wahai tuan guru belum surut lagi. Sekiranya engkau mampu melihat, doakanlah kami.

Kenapa Rafizi Perlu Menang Dalam Pemilihan Keadilan 2018?


Alhamdulillah Sdr Anwar Ibrahim bakal kembali ke Parlimen hari Isnin ini.

Saya menonton ucapan sulong Sdr Anwar dari bawah pentas, bersama-sama rakyat biasa. Ujar Sdr Anwar - “ya, keluarga saya memang pernah susah. Tetapi susah saya tidak sampai anak-anak saya tidak dapat masuk universiti.”

“Anak-anak keluarga biasa, yang nelayan Melayu, yang peniaga Cina, yang pekerja estet India - mereka susahnya sehingga anak tidak mampu ke universiti.”

Saya selalu ditanya kenapa saya rapat dan setia dengan Anwar Ibrahim.

Sebab saya anak orang susah, dan sepanjang saya kenal Anwar sejak 1994 - beliau betul-betul sayangkan orang susah. Beliau tidak pentingkan tauke atau kroni, tumpuan beliau yang miskin dan susah.

Usia mudanya dihabiskan mengusahakan kelas dewasa untuk anak-anak miskin yang gagal peperiksaan, supaya boleh menduduki kembali peperiksaan melalui Yayasan Anda.

Saya akan terus berada rapat dengan Sdr Anwar, supaya boleh membantu beliau membawa agenda membantu orang-orang biasa dan keluarga yang susah.

Tahniah Sdr Anwar, pikullah amanah ini dengan sebaiknya.

Rafizi Ramli

P/s:
Tahniah buat Rafizi Ramli!

Semoga hasil usaha kemenangan Anwar Ibrahim ini mampu beri impak undian dalam Pemilihan Keadilan 2018 buat Rafizi di Selangor dan Seluruh Malaysia.. inshaAllah.

PAS Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Menggagalkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri


MASIH INGAT TEGAS Setiausaha Agung PAS utk menggagalkan Anwar jadi PM tempohari !!

Setelah Anwar menang PRK Port Dickson kali ini dgn majoriti yang besar, slps ini PAS dan UMNO berjemaah akan lakukan apa saja utk memastikan Anwar dilucutkan kemenangannya itu supaya tidak boleh jadi PM ke-8 nanti..

Dengan cara tu sajalah PAS boleh menang cara mudah di PD sebabnya selama ini kemenangan PAS tertangguh..

Tahniah Anwar Ibrahim Menang Majoriti Bergaya


TAHNIAH DS Anwar Ibrahim di atas kemenangan di PRK Port Dickson dengan majoriti yang lebih besar daripada majoriti terdahulu.

"Welcome back to parliament !!"

TAHNIAH juga kepada PAS kerana terselamat dari #HilangDeposit ..

Antara Alasan Calon PAS Selepas Kekalahan di PRK Port Dickson


Bila dah tahu PAS nak kalah 2 kali BERTURUT-TURUT, tarikh hari mengundi pula nak disalahkannya..

HAR.. HAR.. HAR..

TEPOKK...


Inilah pe'el lebai-lebai PAS bila setiap kali kalah dalam pilihanraya..

HANYA KERAP & BERANI MENYALAHKAN ORANG LAIN SEMATA-MATA..

TEPOKK..

Alhamdulillah.. TAHNIAH PAS !!


Atas kemenangan pilihanraya kali ini ke atas SEMUA calon bebas termasuk Saiful Bukhari..

Ana percaya PAS percaya lebih percaya pada kemenangan tertangguh, kalah dalam menang, kalah bermaruah TETAPI menang di akhirat.... korang sambung la plok.. nk mkn popcorn jap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.