VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 12 July 2014

SAMM Pulau Pinang Jelajah Jejak Asnaf di Kawasan Penanti














SAMM Pulau Pinang Jelajah Imarah Ramadan 1435H akan mendekatkan golongan belia dengan kegiatan sukarelawan, selain menyemarakkan penghayatan bulan mulia ini. Lokasi di Padang Ibu, Penanti (SPT) ini adalah yang ke-2 selepas Sungai Acheh (SPS) pada minggu lepas.

Program setiap hari sabtu bermula 5 Julai akan berakhir 19 Julai ini menyasarkan kumpulan asnaf yang memerlukan bantuan.

Konvoi berkereta ini akan menjelajah ke seluruh Seberang Perai bermula di Seberang Perai Selatan dan berakhir di Seberang Perai Utara pada 19 Julai ini.

Ia akan disertai oleh JKKK kawasan yang terlibat dan di bantu anak muda dari badan NGO SAMM Pulau Pinang.

Konvoi ini juga akan singgah di lokasi yang dikenal pasti untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan.

Golong sasar ialah asnaf seperti fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, anak yatim, orang kelainan upaya serta warga emas.

Jika berminat untuk menghulurkan sumbangan dan bersama-sama, kami amat mengalu-alukan.

Friday 11 July 2014

4000 Bilah Parang Terbang Ke Gaza Selapas Solat Subuh


Bismillah,dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.kami selaku pengamal ilmu kerohanian berjanji kepada ummah dan melayu, selepas solat subuh nanti , kami akan mula menghantar 4000 bilah parang terbang ke gaza . Demikian kami mahu bermohon pada kalian , berdoalah , supaya semuanya berterbangan dengan lancar, dan parang tersebut tidak tersangkut dimana-mana leher anak gaza . amin

Aku tak tau nak percaya atau tak..tidak menolak Kuasa Allah.. TAPI.. Nabi muhammad yang pangkatnya Rasul pon pergi berjihad dgn tubuh badan sendiri di medan.. Ni kita yang tak da apa nih just hantar parang terbang saja?

Hurm...manusia zaman sekarang pelik-pelik banyak..

Wednesday 9 July 2014

BOIKOT Barangan Israel, Boleh Merosakkan Ekonomi Negara?


APA BEZA KERAJAAN UMNO/BN DENGAN ISRAEL???

Inilah yg terjadi dlm negara 'Islam' Malaysia di bawah pemerintahan UMNO-APCO.. Di saat rakyat Palestin diserang Israel Laknatullah KERAjaan UMNO-APCO hentikan boikot. Jika boikot produk AS & Israel EKONOMI NEGARA AKAN ROSAK.. Korang tau tak !!!

Sunday 6 July 2014

SAMM Pulau Pinang Menziarahi Fakir Miskin dan Warga Tua Yang Uzur Sekitar ADUN Sungai Acheh




















Sempena mengimarahkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak, satu majlis sumbangan kepada fakir miskin dan orang sakit telah dianjurkan. Majlis berlangsung pada 5 Julai 2014 dan bertempat di kawasan ADUN Sungai Acheh di bawah Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Seramai 10 penerima bantuan yang terdiri dari fakir miskin, warga tua yang uzur. Sumbangan telah disampaikan oleh Che'gu Bard, JKKK Kawasan serta Komrad SAMM Pulau Pinang.

Antara sumbangan yang diberi adalah berupa Wang Tunai,  Beras - 5kg, Gula - 2kg, Susu - 2 Tin, Minyak Masak, Biskut, Tea serta Kopi.

Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan SAMM Pulau Pinang kepada golongan yang memerlukan terutama semperna bulan Ramadhan.

SAMM Pulau Pinang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, mudah-mudahan Allah akan menerima segala usaha kebaikan yang telah dilakukan dengan sebab meringankan beban dan mengembirakan mereka. Moga-moga Allah akan membalas kebaikan dengan pahala yang setimpal dengannya, Insyallah.

Kami SAMM Pulau Pinang akan meneruskan usaha murni ini di kawasan lain sekitar Pulau Pinang sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk memeriahkan lagi usaha murni ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.