VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 18 April 2016

RAJA LAWAK SETAHUN JAGUNG BIJAK DALAM PERMAINAN POLITIK


RAJA LAWAK SETAHUN JAGUNG BIJAK DALAM PERMAINAN POLITIK

Senario isu semasa negara yg belaku di negara menyebabkan tekanan ekonomi kpd rakyat dan suara rungutan rakyat bawahan telah diangkat menjadi keutamaan rintihan rakyat.Leman Raja Lawak@Leman Raja Lawan nama di facebooknya telah membuat caturan politik cukup tepat dengan isu yg menyentuh hati rakyat.

Isu getah ,tanah dan isu2 yg dekat dihati rakyat telah dibangkitkan hinggakan mengoncang parti lawan yg berdiri teguh dikawasan Sik.

Isu tanah , kemiskinan dan masalah kejatuhan getah telah berjaya dilonjak menyebabkan parti pas dan umno bergerak mengikut rentak idea beliau.
Beliau yg mewakili Parti Amanah Negara daerah Sik dan merupakan ketua pimpinan parti amanah kawasan itu berjaya mengoncangkan pihak lawan dengan strategi yg cukup unik dan teratur.

Terdahulu semasa dizaman beliau berada dalam parti Pas ,beliau pernah bersuara 3 kali terhadap Lembaga Getah Malaysia peringkat tertinggi supaya meletakkan harga lantai RM4.00 ,tetapi sekarang beliau yg mewakili Parti Amanah melontarkan suara yg lantang dengan permintaan harga lantai getah RM3.50 .Pembangkang dari blok ketiga iaitu PAS cuba membuat perkara yg sama tetapi mengikut permintaan yg lama RM4.00. Disini menunjukan PAS ingin mengeluarkan isu seperti Amanah lontarkan untuk menarik hati rakyat ,tapi sayang mereka tidak mengkaji data lengkap kiraan tepat sebelum bertarung.Ini menyebabkan PAS diherdik sinis oleh pelbagai pihak yg intelek dalam isu tersebut kerana tidak mengkaji sebelum menyerang.

Leman Raja Lawan bijak mengatur strategi politik dan seperti boleh membaca pergerakan yg akan dibuat oleh parti lawan.Memang terbukti , parti PAS dan UMNO telah mengikut rentak mereka ( AMANAH ) dalam menurunkan sumbangan kepada penoreh getah dikala tiada berlakunya pilihanraya dan Amanah telah berjaya melakar sejarah buat kali pertama dimana sebelum ini tidak pernah ada bantuan kpd penoreh getah dikala harga getah merudum.Parti Amanah Negara telah memulakannya dan diikuti oleh parti lawannya PAS dan UMNO supaya rakyat melihat mereka juga turun padang membantu demi meraih sokongan rakyat.

Apa yg dilihat ,hasil dari perbualan kami bersama sahabat yg memberi maklumat dalaman dari Lembaga Getah Malaysia ,Leman Raja Lawak/lawan tidak menggunakan kesemua isu yg ada padanya berkenaan data penuh perihal getah asia,seperti ada yg belum selesai dan menyimpan peluru untuk keperingkat seterusnya.Gerak politiknya sukar dibaca oleh pihak lawan.

Kerja kuat yg ditonjolkan oleh beliau dikawasan Sik telah membuka mata pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan masyarakat , Jabatan zakat dan Ngo yg terdiri dari penyokong parti Amanah atau bebas.

Artikel ini ditulis supaya ramai lagi aktivis ,artis dan semua peringkat supaya bangkit seperti sdr Leman Raja Lawak/lawan untuk melawan penindasan dibaluti keihklasan diri .Kami rakan bloger dan aktivis berbangga melihat kegigihan beliau dalam memperjuangkan rakyat terutamanya masalah kemiskinan dm ekonomi rakyat.

Gambar dari Facebook Leman Raja Lawan .

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.