VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 7 August 2015

Majlis Dialog dan Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Pimpinan Harapan Baru


Assalamualaikum..
Jemputan ke majlis
Dialog dan Rumah terbuka Aidilfitri bersama pimpinan Harapan Baru Kedah ( Kawasan Sik )
Tarikh :7 Ogos 2015
Hari :Jumaat
Tempat : Kedai Makan Kobe , Kepala Simpang Beris , Berdekatan Bt 5
Jam : 8.30 mlm

Anda semua dijemput hadir beramai2 bagi memeriahkan majlis

Menu....
1.nasi putih.
2.gulai ayam.
3.daging rebus.
3.ayam gereng berempah.
4.Ulam cabai.
5.bihun sup.

Datanglah beramai2 bg merapatkan uhkwah dan menjalinkan silaturahim..

Monday 3 August 2015

Harapan Baru Sik Fokus Membangkitkan Isu Rakyat Marhaen


Harapan Baru Sik Fokus Membangkitkan Isu Rakyat Marhaen

Melihat dari situasi dan faktor tekanan ekonomi dan kesengsaraan hidup rakyat marhaen dipedalaman Sik ,Kami dari harapan Baru kawasan Sik Akan meneruskan memperjuangkan nasib rakyat dengan membangkitkan isu-isu yg tak dipedulikan oleh pihak yg bertanggungjawab menyelesaikan masalah setempat.

Sik mempunyai potensi untuk berdaya saing dengan kawasan-kawasan yg lebih membangun bg membantu rakyat pedalaman kawasan ini mengeluarkan mereka dari terumbu kemiskinan tegar yg masih memerlukan pemerhatian penuh.

Harapan Baru Sik percaya ada kaedah yg boleh diselesaikan dengan cara bijak untuk menarik pelancong asing datang kekawasan pedalaman ini bg menaiktaraf ekonomi masyarakat setempat.

Agenda memajukan kawasan Sik amatlah dialu2kan tetapi biar sesuatu pembangunan itu dilaksanakan dengan amanah tanpa keuntungan peribadi terutama pemerintah kerajaan negeri kedah termasuk wakil rakyat yg diangkat.

Kawasan pelancongan seperti tasik beris dan empangan muda adalah dua tempat yg berpotensi bg menarik pelancong luar dan dalam negeri.Tetapi oleh kerana kelemahan BN gagal menguruskan sektor ini dengan baik ,kita lihat pembangunan dikawasan Sik berjalan dengan begitu lembab.

Harapan Baru Sik merupakan kuasa pembangkang yg ketiga ( Third voice ) yg akan menentang secara lantang seandainya kawasan Sik ini dilacurkan untuk keuntungan peribadi mana2 pihak dengan menggunakan projek rakyat tetapi ada agenda ( Buat duit peribadi) dengan menipu mata rakyat.

Harapan Baru Kawasan Sik akan berusaha menggunakan pelbagai saluran bg menaikkan isu rakyat marhaen diambil peduli hingga keakar umbi pedalaman.

HarapanBaru Kawasan Sik
3 Ogos 2015

Sunday 2 August 2015

SAMM Desak Bebaskan Semua Tahanan Serta Merta!



Kenyataan Media
1 Ogos 2015

Himpunan 1 Ogos: SAMM Desak Bebaskan Semua Tahanan Serta Merta!

Tangkapan seramai hampir 30 orang di perkarangan SOGO hari ini disifatkan sebagai satu tindakkan yang melampau oleh pihak berkuasa.

Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan dengan aman, malah pihak berkuasa seharusnya memastikan keselamatan para peserta demo, bukan menangkap dan melokap mereka.

Sudah berkali-kali ditegaskan bahawa hak untuk rakyat berhimpun itu termaktub dalam perlembagaan negara. Apakah mereka yang berhimpun itu merompak wang negara sehingga diberkas umpama penjenayah?

Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan rakus dan mendesak pihak berkuasa membebaskan segera semua tahanan yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.

Dalam perkembangan sama, SAMM akan melangsungkan "Rapat Kebangsaan 02/2015" pada 8-9 Ogos ini bertempat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) di Seremban. Segala keputusan keterlibatan SAMM akan ditentukan dalam rapat kali ini.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.