VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 13 July 2016

Lagi Kes Tembak , Mudah Memiliki Pistol, Adakah Malaysia Negara Koboi?


Kenyataan SAMM P.Pinang

*Lagi Kes Tembak , Mudah Memiliki Pistol, Adakah Malaysia Negara Koboi?*

13 Julai 2016

Berkaitan kes tembakan sekerluarga 4 beranak termasuk seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang berlaku pagi ini di Batu Maung Bayan Baru, Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang bersama Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru merakamkan ucapan takziah dan mengutuk keras perilakunya kerana bertindak membuta tuli tanpa mengira mangsa.

Persoalan semakin bermain di setiap fikiran rakyat bagaimana senjata api begitu mudah di miliki dan bagaimana pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan bagi menjamin keselamatan rakyat sedangkan pelbagai modul dan sistem yang kononya telah dinaiktaraf di hebahkan setiap hari di corong-corong radio dan televisyen.

Memetik kenyataan sebuah blog,Hasil carian dalam arkib laman-laman berita menyaksikan dalam tempoh enam bulan pertama 2016 ini terdapat 12 laporan kes tembak dicatatkan dengan bulan Jun 2016 mencatatkan kekerapan yang paling tinggi. Angka ini adalah berkadaran dengan statistik enam bulan terakhir 2015 seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Ditambah pula dengan satu kes melibatkan bahan letupan, dan enam berita pelbagai kes jenayah yang melibatkan senjata api, menjadikan jumlah insiden jenayah melibatkan penggunaan senjata api adalah sebanyak 19 kes dalam tempoh enam bulan pertama ini. (Rujuk Nota Kaki Untuk Senarai dan Pautan Berita Tersebut).

Trend jenayah menggunakan senjata api yang berlaku ini sememangnya menggusarkan masyarakat awam. Walaupun dalam kebanyakan kes, pembunuh hanya mensasarkan kepada individu tertentu sahaja dan bukan tembakan rambang, tetapi dalam kes letupan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong pada 28 Jun 2016, ia juga melibatkan kecederaan terhadap pengunjung lain.

Sama ada kejadian terbaru ini berlaku disebabkan dendam khianat, pergaduhan antara geng ataupun tindakan pengganas, itu adalah tugas pasukan Polis untuk menyiasatnya. Cuma yang perlu kita fikir dan bahaskan adalah peningkatan kes atau insiden jenayah yang melibatkan senjata api dan bahan letupan ini.

Kes demi kes yang berlaku hari ini turut menimbulkan persoalan apakah benar kadar jenayah negara yang diumumkan setiap tahun turun? Ini tidak termasuk jenayah-jenayah lain seperti rompakan, ragut, pecah rumah, dan lain-lain. Apakah Malaysia sekarang ini sudah menjadi negara koboi?

Tidak kira apapun motif dan tujuan berlakunya kes tembak ini, orang awam tetap risau dengan keadaan keselamatan mereka. Bagaimana jika selepas ini berlaku lagi insiden letupan bom tangan atau tembakan rambang pula berlaku di kawasan tumpuan orang ramai?

Satu lagi perkara yang perlu dibincangkan adalah bagaimana penjenayah-penjenayah ini dapat memperoleh senjata api dengan begitu mudah. Bukan setakat pistol malah bom tangan juga kelihatan mudah didapati. Tidak seperti Amerika Syarikat dimana senjata api boleh dibeli di kedai-kedai terbuka, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang ketat dalam aspek pemilikan senjata api.

Tanpa menolak kemungkinan seorang penjenayah atau penembak upahan akan melakukan apa sahaja untuk mencari pistol atau senapang atau bom tangan. Akan tetapi, tiada siapa dapat menafikan kemungkinan senjata api ini diseludup masuk dari negara jiran. Lalu, ini menimbulkan persoalan lain pula. Bagaimanakah kawalan pintu sempadan negara kita ini?

Kawalan keselamatan di pintu sempadan adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan secara amnya. Kawalan keselamatan yang lemah memungkinkan kegiatan penyeludupan mudah dilakukan. Sama ada senjata api, dadah, pemerdagangan manusia dan barang keperluan bersubsidi serta lain-lain mudah dibawa keluar dan masuk ke negara ini.

Masih ingat lagi penemuan kubur besar mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian penghujung tahun 2015? Ini menunjukkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan masih lagi menjadi satu isu yang menggamit perhatian.

Pada tahun 2013, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) PDRM, Datuk Mazlan Mansor pernah dipetik sebagai berkata,

“analisis yang diperoleh PDRM baru-baru ini mendedahkan sebanyak 573 senjata api dirampas termasuk 212 pistol jenis semi-automatik, 134 pistol buatan sendiri, 80 revolver, 15 butir bom tangan, 15 pump-gun dan 71 pistol angin yang diseludup melalui negara jiran”.

Beliau juga menyatakan faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan menjadi punca kegiatan penyeludupan mudah dilakukan kumpulan penjenayah ini. Ini terjadi kerana di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, pemeriksaan hanya dijalankan secara rawak lantas membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup masuk senjata api dengan mudah, selain daripada faktor kewujudan banyak lorong-lorong tikus di kawasan tersebut.

Kerajaan Persekutuan sepatutnya menguatkuasakan polisi pemeriksaan kawalan keselamatan sempadan yang ketat. Kawasan sempadan adalah merupakan pintu keluar masuk pertama bagi sesebuah negara.

Akta Senjata Api

Di Malaysia, terdapat dua akta berkaitan pemilikan senjata secara haram iaitu Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Satu lagi akta adalah Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Jika dibuat perbandingan dengan lain-lain negara jiran di Asia Tenggara, hukuman terhadap pemilikan senjata api secara haram di Malaysia adalah antara yang paling ketat dan berat.

Hukuman bagi kesalahan yang sama di negara jiran lain adalah seperti berikut :

Singapura – Penjara sehingga 10 tahun dan 6 sebatan

Indonesia – Penjara 20 tahun hingga seumur hidup atau dihukum mati

Myanmar – Penjara 3 hingga 7 tahun

Filipina – Penjara 10 tahun

Brunei – Penjara 5 hingga 15 tahun dan 3 hingga 12 sebatan

Thailand – Penjara 1 hingga 10 tahun

Timor Leste – Penjara setahun dan/atau denda sebanyak USD 10,000

Berdasarkan kepada perbandingan ini, saya merasakan adalah jelas bahawa negara kita sememangnya mempunyai undang-undang yang ketat dan hukuman berat ke atas kesalahan memiliki senjata api secara haram. Apa yang penting adalah penguatkuasaan, pemeriksaan dan kawalan sempadan yang ketat perlu dilaksanakan untuk mengekang penyeludupan senjata api.

Kerajaan Persekutuan perlu melihat semula dimanakah kelemahan kita sehinggakan terdapat peningkatan dalam kes dan insiden jenayah yang melibatkan senjata api ini.

SITI NOR HAFIZA BINTI AZMI

*PENYELARAS WANITA MUDA SAMM PULAU PINANG*

Nota Kaki – Pautan Rujukan

1. 29 Jun 2016 – Berita Harian – Eksekutif parah kena 5 das tembakan
http://www.bharian.com.my/node/169507

2. 28 Jun 2016 – Berita Harian – Premis hiburan dibaling bahan letupan, pengunjung cedera
http://www.bharian.com.my/node/169072

3. 23 Jun 2016 – Utusan Malaysia – Lagi kes tembak di Sarawak
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lagi-kes-tembak-di-sarawak-1.346029

4. 21 Jun 2016 – Berita Harian – Lelaki parah ditembak
http://www.bharian.com.my/node/166817

5. 21 Jun 2016 – Berita Harian – Setiausaha PKR Miri ditembak mati
http://www.bharian.com.my/node/166737

6. 19 Jun 2016 – Astro Awani – Polis cari saksi kejadian anjing mati dipercayai ditembak
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-cari-saksi-kejadian-anjing-mati-dipercayai-ditembak-108636

7. 15 Jun 2016 – Berita Harian – Ahli perniagaan mati ditembak ketika memandu
http://www.bharian.com.my/node/164715

8. 15 Jun 2016 – Berita Harian – Polis tahan lelaki acu pistol pada pekerja hotel
http://www.bharian.com.my/node/164704

9. 25 Mei 2016 – Berita Harian – Kontraktor cedera peha kiri ditembak penjenayah
http://www.bharian.com.my/node/157415

10. 25 Mei 2016 – Berita Harian – Pekerja kedai aksesori didakwa miliki pistol, peluru
http://www.bharian.com.my/node/157237

11. 24 Mei 2016 – Berita Harian – Pengusaha pusat peranginan jumpa 114 peluru hidup
http://www.bharian.com.my/node/157064

12. 19 Mei 2016 – Berita Harian – Polis tahan 11 individu, rampas tiga pistol
http://www.bharian.com.my/node/155273

13. 10 Mei 2016 – Berita Harian – Penagih dadah simpan senapang patah
http://www.bharian.com.my/node/152204

14. 4 Mei 2016 – Berita Harian – 7 ditahan kes remaja dirogol, diugut senjata api
http://www.bharian.com.my/node/150236

15. 1 Mei 2016 – Berita Harian – Lelaki cedera terkena tembakan dalam pergaduhan
http://www.bharian.com.my/node/149329

16. 1 April 2016 – Astro Awani – Lelaki lepas 10 das tembakan di Penjara Alor Setar
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-lepas-10-das-tembakan-di-penjara-alor-setar-100663

17. 28 Mac 2016 – Utusan Malaysia – Tiga individu tembak pengawal peribadi ditahan
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-individu-8232-tembak-pengawal-8232-peribadi-ditahan-1.205471

18. 11 Feb 2016 – Utusan Malaysia – Kes bunuh Syed Amen viral di laman sosial
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kes-bunuh-syed-amen-viral-di-laman-sosial-1.189457

19. 10 Januari 2016 – Astro Awani – Tiga suspek ditahan kes tembak ahli perniagaan
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-suspek-ditahan-kes-tembak-ahli-perniagaan-88887

20. 5 November 2013 – Malaysiakini – Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan
https://www.malaysiakini.com/news/245804

21. 26 Mei 2015 – Utusan Malaysia – 139 kubur besar, kecil di Wang Kelian
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/139-kubur-besar-kecil-di-wang-kelian-1.95954

22. Penalty for Illicit Firearm Possession – Comparison
http://www.gunpolicy.org/firearms/compare/110/penalty_for_illicit_firearm_possession/162,83,121,1

posted from Bloggeroid

Monday 11 July 2016

Trajedi Raya: Masalah Kekurangan Bekalan Air SADA Semakin Kritikal


Katanya orang kot belah utara terutama Kedah beraya dengan ayaq paip tak dak? Bukan kata hari raya saja.. katanya ada kot belah pendang, pokok sena, kubang pasu, padang terap (Boleh kata satu Kedah la) bukan dah 2, 3 tahun (Boleh kata tiap2 tahun) tak dak ayaq?

Ada kawasan, ayaq paip xkeluaq, keluaq angin ja, tapi sebulan RM70 bil sampai. SADA meniaga angin ka, meniaga ayaq?

Ada kawasan air pkoi 3 pagi baru ada, tu pun slow yang amat.

Ada kawasan ayaq koi slow...kencing budak umuq sebulan lagi laju kata sorang brader kita dari Kedah..

Ada kawasan air warna air tebu

Depa kata kol SADA sampai ke sut xangkat

Aiii.. empangan banyak, sungai berselirat boleh tak dak ayaq? ibu pejabat kat Jalan Sultan Badlishah tu makin tinggi, makin besaq, tapi mutu pekhidmatan makin teruk..

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.