VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 15 February 2014

Program Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 DUN KAJANG [16 – 23 FEBRUARI 2014]


Program Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 DUN KAJANG16 – 23 FEBRUARI 2014

16 FEBRUARI 2014 – AHAD
1) 12.00 Tghari – Ramah Mesra Bersama Komuniti Kristian Kajang Lokasi : Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang

17 FEBRUARI 2014 – ISNIN
1) 5.00 – 7.00 ptg – Sepetang Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Lokasi: Rumah YB Dr Norlela Ariffin, Kg. Sungai Kantan, Kajang
2) 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi: Surau An Nur,, Taman Indah, Sungai Jerlok, Kajang
3) 8.00 – 12.00 – Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan Lokasi: Gelanggang Bola Keranjang, Kg. Sungai Chua, Kajang
4) 9.00 – 12.00 malam – Pelancaran Jentera & Ceramah Lokasi: Saujana Impian, Kajang

19 FEBRUARI 2014 – RABU
1) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan DAP Lokasi : Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras, Kajang
2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan Lokasi : Kg. Sungai Sekamat

21 FEBRUARI 2014 – JUMAAT
1) 1.00 tghari – Solat Jumaat - Surau Saujana Impian, Kajang
2) 9.00 – 12.00 mlm – Pentas AMK Lokasi : Tapak Pasar Malam, Taman Delima, Batu 13 Jalan Cheras, Kajang

22 FEBRUARI 2014 – SABTU
1) 8.00 – 11.00 mlm – Santai Bersama Komuniti India & Pelancaran Jentera Lokasi : Taman Kajang Baru, Sungai Jerlok, Kajang
2) 9.00 – 11.00 mlm – Forum Maulidul Rasul Lokasi: Sekolah Agama Raudhatul Ilmi, Taman Kantan Permai, Kajang
3) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Lokasi: Kg. Sungai Kantan, Kajang 

23 FEBRUARI 2014 – AHAD
1) 10.00 pagi – Kuliah Dhuha – Lokasi: Pondok Zakaria, Kampong Batu 10 Jalan Cheras, Kajang
2) 1.00 – 2.30 ptg – Santai Bersama Komuniti India Lokasi: Bersebelahan Temple Mariamman, Taman Delima, Batu 13 Jalan Cheras, Kajang
3) 5.00 – 7.00 ptg – Santai Bersama Penyokong Bolasepak Selangor Lokasi : Perkarangan Stadium Kajang
4) 7.30 mlm – Solat & Tazkirah MaghribLokasi : Akan di maklumkan kemudian
5) 8.30 -11.00 mlm – Siri Penerangan Bersama Komuniti Tionghua Lokasi: Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang
6) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Lokasi: Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras, Kajang

Friday 14 February 2014

PANAS! Pembeli-pembeli Rumah di Pulau Pinang Ditindas.. Harga RM70k Bayar RM180k


Ini bodoh namanya bila tak kaji isu.. Nak hentam ikot suka hati boleh jadi masalah nie akan melarat kerana kebodohan orang macam nie mainkan isu.. Orang melayu bila baca orang cina tindas melayu mula lah nak naik hangin tanpa usul periksa mana puncanya.. Lain pulak kalau pemimpin melayu sendiri tindas melayu di pulau pinang.. Sanjung sampai ke mati..

Beritu adalah kenyatan dari exco yang terlibat dalam isu ini


Exco panggil pemaju beri tunjuk sebab

Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini.

“Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.

“Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini,” tegas Jagdeep pagi tadi di sini.

Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.

Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.

Semalam, satu laporan media online dipetik memberitahu, pembeli-pembeli rumah terbabit merungut selepas menerima notis daripada pemuju pada 29 November tahun lepas bahawa rumah yang dibeli oleh mereka berharga antara RM160,000 hingga RM180,000.

Mereka menuntut Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sendiri campur tangan mewakili mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemaju.

Pengubahsuaian pada rumah tersebut, tidak termasuk RM28,500 kos lot parkir antara punca pemaju menaikkan harga jualan rumah kos sederhana rendah tersebut.

Pakaq

Gaji pemungut sampah di Jepun pun lagi tinggi dari gaji graduan ijazah. Macam mana tu?


Ok, sebenarnya..ini ialah sampah dan bukan barang jualan. Di Jepun, mereka guna plastik lutsinar supaya tahu isidalamnya. Jika tidak bertepatan dengan hari pembuangan dan tidak menepati syarat, sampah itu akan kembali ke hadapan rumah pembuangnya. Hari ini, hari plastic dan can. Sebelum dibuang, basuh dahulu botol itu. Untuk tetrapack (air kotak) mereka perlu buka penutup dan asingkan dan kotaknya dibasuh dan dilipat flat sebelum dibungkus untuk dikitarsemula.

Pemungut sampah di Jepun dipanggil "Health Engineer" dan gaji mereka lebih tinggi dari gaji graduan berijazah yang bekerja dengan pakaian kemas bertali leher. Ada 3 golongan yang mendapat gaji premium dalam kerjaya di Jepun. Ia dipanggil "3D" - Dangerous, Dirty & Difficult. Pemungut sampah ini dalam kategori "kerja kotor" dan gajinya sangat tinggi.

Namun, sekalipun dibayar tinggi, pemungut sampah ini ada maruah diri dan tidak mahu maruah mereka dipijak dengan mengutip sampah-sampah yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

SAIFUL NANG
Calon Timbalan Ketua Menteri Sarawak

Thursday 13 February 2014

Indah Water Konsortium Punca Sungai Pinang Tercemar?


ADUN dedah Sg. Pinang pula tercemar, IWK terlibat?

Belumpun reda isu kebocoran saluran air kumbahan Indah Water Konsortium Sdn. bhd. (IWK) yang didakwa sebagai punca utama Sungai Batu Feringghi itu tercemar teruk, didedah pula kes serupa di Sungai Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim semasa melawat lokasi kejadian melahirkan rasa terkejut serta mendesak pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit segera diheret ke muka pengadilan.

"Jika terdapat sebarang kemungkinan pencemaran ini diakibatkan oleh mana-mana pihak, agensi berwajib haruslah membawa mereka ini ke muka pengadilan," tegas wakil rakyat tersebut kepada wartawan.

Siew Khim berkata, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan mengenai isu ini sepertimana kes di Batu Feringghi, dan hasil kajian sepatutnya diumumkan kepada awam.

Terdahulu, paip kumbahan IWK di Sungai Batu Feringghi didedah bocor serta melepaskan air kotor ke sungai berkenaan.

Wakil IWK bagaimanapun menafikan bahawa pihaknya sebagai punca utama pencemaran bakteria E-Coli ke dalam air sungai tersebut, seperti didakwa Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kepada media, sebelum itu.

Tuntas itu, Guan Eng menyeru Putrajaya melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta IWK sebagai syarikat berkaitan Kerajaan Pusat supaya segera memulihara semula air semulajadi sungai terbabit berdasarkan tanggungjawab dalam Senarai Persekutuan, Perlembagaan.

Pakaq

SPR Harus Perinci Kos RM1.6 juta Untuk PRK Kajang


Kenyataan Media 13 Februari 2014

SPR Harus Perinci Kos RM1.6 juta Untuk PRK Kajang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyenarai dengan lebih terperinci jenis-jenis perbelanjaan daripada anggaran kos RM1.6 juta untuk PRK Kajang sepertimana yang diumumkan.

SAMM menyifatkan kos RM1.6 juta agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK DUN Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta, dalam keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut.

Dalam perlaksanaan PRK Kajang, tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas ballot undian. Jadi di manakah kos pilihanraya yang tinggi ini disalur?

SAMM juga tidak menolak kemungkinan modus operandi SPR yang hanya menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi. SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan.

Sekian

che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

[PRIHATIN] Baby Adra Afieya Perlukan Bantuan Anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Berikut adalah perkembangan terbaru baby Adra. Setelah tersedar perut Adra kian membesar dan timbul pula urat di atas permukaan kulit perut yg sangat ketara semenjak 2-3 hari yang lalu, Faiz dan Liz membawa Adra pergi ke hospital PPUM semalam. Setelah 3 jam berada di Peadeatrik Kecemasan, mereka transfer baby Adra untuk berjumpa dgn pakar bedah (Prof Yik) dan kumpulan Gastro ( diketuai oleh Dr. Ng). Pakar bedah mengatakan Adra mengalami Portal Hipertensi (tekanan darah tinggi) , ianya terjadi kerana darah dipaksa melalui saluran alternatif oleh rintangan yang meningkat daripada mengalir melalui sistem vena sistematik dan bukannya melalui sistem portal. Ini adalah kesan daripada Kasai procedure yang dilakukan ke atas bayi yang lebih daripada 120 hari jangka hayatnya.

Malahan pula, hati Adra telah menjadi tahap cirrhosis dimana tisu hatinya kian rosak dan mengeras.

Akan tetapi, kumpulan Gastro (diketuai oleh Dr Ng) juga berkata, asalkan Adra seorang yang ceria, active, lalu makan, warna tahi jugak tidak pudar dan berat badan kian naik, keadaannya adalah tidak merisaukan buat masa ini.

Doktor juga menasihatkan agar pembedahan pemindahan hati harus dilakukan segera di Singapura.

Kami memerlukan bantuan anda semua bagi meningkatkan jumlah dana secepat yang mungkin. Bagi sesiapa yang ingin menolong kami dengan tangan yang terbuka, tolong kami dengan re-post segala maklumat yang telah disediakan di page ini kepada rakan anda yang lain-lain. Jika anda juga mempunyai sebarang idea lain bagi meningkatkan jumlah dana yang ingin dikongsikan, itu adalah amat dialu-alukan oleh pihak kami.

Buat masa ini, jumlah dana yang terkumpul masih belum mencukupi bagi baby Adra menampung kos rawatan untuk menjalani pembedahan hati.

Di sini sekali lagi,kami dari pihak admin page Donation For Adra Afieya memohon sumbangan dari semua pihak agar kita bersama-sama mengumpul dana secukupnya untuk mempercepatkan lagi proses transplant untuk baby Adra Afieya.

Amin ya rabbal alamin.

Wednesday 12 February 2014

Service Pos Laju Malaysia Teruk, Terima Kritikan Pedas


Laporan yang diterima; "Salam. Saya minta jasa baik untuk sebarkan pada umum betapa teruk nya servis pos laju malaysia. Saya baru sahaja terkena dengan pos laju dan kerugian lebih dari RM1K. Mungkin sedikit untuk sesetengah orang. Tapi untuk peniaga online kecilan seperti saya, setiap sen tu adalah amat berharga. Barang saya hilang dan pos laju tak mahu bertangunggjawab. Kes saya lebih kurang sama seperti review2 yg saya dapat dari page pos laju sendiri. Saya minta sangat sebarkan supaya orang ramai tak terkena dan pos laju sedar akan kesalahan mereka serta bertanggungjawab!"

Mungkin anda dan saya sendiri banyak kali dah pos barang tak sampai.

Bila ditanya, tendang sini tendang sana macam orang tak ada kerja lain last-last barang pun ghaib.

Mohon Pos Laju bertanggungjawab sikit sebab bukan seorang dua tapi ramai. Perhebatkan sistem anda.

Masalah Penambakan Tanah Haram di Pulau Pinang








Dr. Afif adun Seberang Jaya tinjau masalah penambakan tanah haram di Permatang Nibong. Satu undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksana.

Satu komen yang sangat aku setuju apa bila tanah pertanian di ubah jadi tanah perumahan..

"Tanah pertanian convert jadi tanah perumahan...kemudian mohon di pejabat DO,akhir lulus...kes ini banyak berlaku di seberang sejak zaman BN dan berjangkit zaman DAP/PKR.Kalau tak percaya tanya dato speaker..dia jaga pertanian dulu.?tanah pertanian terutamanya tanah sawah padi semakin kecil .....exco dulu pun tegas,...sejauh mana perlaksanaan undang undang digunapakai khas tambung tanah tanpa izin kerajaan...isu bukit botak pun belum selesai lagi."

Aku rasa undang-undang yang lebih tegas perlu di laksanakan untuk mengekalkan tanah pertanian kerana sekarang pengeluaran makan kita semakin berkurang oleh kerana kerakusan manusia mengubah tanah pertanian kepada tanah perumahan dan perindustrian..

Aku dalam bidang perladangan dan pertanian berasa sangat sedih bila rakyat tidak ambil kisah tentang masalah simpanan bekalan makanan negara.. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu ambil serius akan benda ini untuk generasi akan datang..

Gambar Flash Mob di Jambatan Pulau Pinang










Alhamdulilah semalam petang telah berlangsung flashmob aman di Jambatan Pulau Pinang anjuran rakyat Pulau Pinang

Hadir bersama semalam Komrad NGO SAMM, wakil NGO dari Perak dan Wakil NGO Panglima (Leman Raja Lawak)

Tujuan Flash Mob desak hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang, Turunkan Kos Sara Hidup, Anti Rasis dan pelbagai bantahan yang di bawa oleh setiap wakil NGO

Wakil dari pihak polis (SB) turut hadir menjaga keselamatan peserta flash mob kerana sebelum flash mob di khabarkan akan ada provokasi dari pihak tertentu..

PANAS! Laman Web Malaysia di Godam, Hackers Sampaikan Mesej Kepada Najib Razak


[#] Anonymous Malaysia /.

Hacked by AssasIn Crew

+ BlackHat Assasin aka Imam Defacer Tok Imam -- Defacer Phc -- Ze Cor -- Miz Rc EXE DOTMY -- seth erry -- ReaPerz -- Mixz Allien NC -- Richard Servi Gracia -- Silence Attacker -- Dak Mc -- NewBie DF -- Hacker Malaysia Bersatu -- 7code crew -- Kelantan Hacking Crew -- Akiff Rabbani -- Hackers-Hackers Malaysia Bersatu -- DragonForce -- N0T3P4D CR3W -- Tiada Nama -- Cai -- Nigeria Cyber Army -- Pak Cyber Experts +

Mesej untuk admin & pemimpin negara Di Malaysia:

website ini digodam atas sebab-sebab tertentu.
Malaysia merupakan sebuah negara islam , tetapi negara kita merupakan salah satu negara pengeluar arak iaitu "najis" terbesar??.
Inikah yang dikatakan negara kita islam?? tak da rasa malu ka dengan negara islam yang lain?? Kelab2 malam , Pub pun ada ,? kata agama rasmi ISLAM??aduy Najib...
wahai pemimpin negara , terapkan lah undang2 islam di negara kita.. Maksiat amat berleluasa di negara kita, RASUAH , ISU SEKS?? aduy , apa maw jadi suda sama malaysia ni..
Dalam kalangan pemimpin pun ada pertelingkahan , ia menunjukkan kelemahan pentadbiran , kalau pemimpin teruk , negara akan tumbang bha...
wahai pemimpin , sedar la.. ingat la.. tanggungjawab anda sebagai pemimpin negara.. di akhirat kelak , manusia yang akan dihisab dahulu adalah pempimpin..
KES ROGOL , ARAK , ROMPAK , .. hhhmmmpphhh semua ada.. apa punca semua ni?? fikirkan lah dengan rasional. "melentur buluh biar lah dari rebungnya"
X BOLEH KA SEMUA PARTI POLITIK BERSATU?? NI SEMUA NAK MENJATUHKAN SESAMA LAIN.. NAK JADI PEMIMPIN TU , TUNJUKKANLAH CONTOH YANG BAIK ,
MADAM ROSMAH MANSUR , BILA NAK TUTUP RAMBUT?? NAJIB GAGAL PIMPIN KAU KOT.. KALAU X DA ORANG TEGUR KAW , BIAR AKU YANG TEGUR, BIAR KO SEDAR SDKIT, KAU TU LEADER NEGARA!
NAJIB, NAJIB , NAJIB, BE A GOOD LEADER OK, SO RAKYAT PUN BOLEH LA IKUT YANG BAIKNYA JANGAN POLIT JAK LEBIH! BRUNEI BOLEH BUAT ,KITA BILA LAGI KAN?


Anonymous Malaysia | BlackHat AssaSin

Tuesday 11 February 2014

PANAS! Stesen Minyak Kantoi Menipu Sukatan


Stesen minyak kantoi menipu

http://www.sinarharian.com.my/stesen-minyak-kantoi-menipu-1.216515

Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 95.238 Liter

Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.

Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!

Sebarkan!

Guan Eng Minta Penjelasan Daripada Kerajaan Persekutuan Berhubung Pembinaan Tapak Pengkalan TUDM Bernilai RM13Bilion


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, hari ini meminta penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan berhubung kenyataan yang disiarkan The Edge Financial Daily, pada 6 Februari lalu.

Dalam artikel 'TSR Capital in land swap with govt. Plans to build RM3b new air force base, RM10b mixed-use project' dinyatakan bahawa pemaju hartanah, TSR Capital Bhd. (TSR) bersama-sama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd. (PBT) akan memajukan semula tapak pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) seluas 1,007 ekar di Butterworth dengan melibatkan nilai RM13 bilion.

"Kerajaan Negeri ingin meminta penjelasan daripada Kerajaan Pusat berhubungan perkara ini. Hal ini kerana, Kerajaan Negeri tidak langsung dimaklumkan," ujar beliau tadi.

Tegasnya, pemajuan tersebut bukan sahaja melibatkan tanah di Pulau Pinang malah turut melibatkan kawasan beliau, Parlimen Bagan.

"Tiada kegagalan komunikasi, kerana memang tiada komunikasi langsung. Kita (Kerajaan Negeri) berharap Kerajaan Pusat dapat memaklumkan kepada kita tentang pemajuan ini," kata beliau ketika diajukan soalan sama ada wujud kegagalan komunikasi (communication breakdown) antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin turut serta dalam sidang media di sini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Petani






Satu kebakaran telah  berlaku di Kampung Petani , Penanti & mengakibatkan keluarga mangsa tinggal sehelai sepinggan kerana semua harta benda habis musnah dijilat api .

Dr. Afif Bahardin bersama TKM1, YB Lim Hock Seng dan YB Datuk Salleh Man - melawat mangsa kebakaran di Kg Petani. Bantuan segera disampaikan kepada mangsa.

BN Mulakan Kempen PRK Kajang, Tapi Anwar Ibrahim Yang di Tuduh


Dulu kempen bagi kain batik dengan note RM50, sekarang payung pulak. OK la tu, ada peningkatan dari UMNO-BN.. Terdesak sangat diorang ni sampai guna IKLAS (Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia) buat kempen kat Kajang? Jadi lepas dah dapat payung sorang satu boleh la pacak mana2 start berniaga? Kebaal gitu.. Wah senangnya... IKHLAS apanya kalo kasi payung pun bermotif politik

Laaa.. Setakat bagi payung ja ka? Ingatkan satay kajang sekali one off pakage.. Ambik Mohd Ridzuan Abdullah ni ja la jadi calon senang.. Sebab dia dah pun jelas berkempen bila buat sidang media disitu dengan menyebut "...pampasan sewajarnya juga akan diberikan kepada gerai peniaga-peniaga yang dirobohkan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan".. Mesti korang konfius (makan popcorn and fius) kan sebab kat payung tu ada logo 1Malaysia dan ayat Rakyat Didahulukan.. Aku lg konpius sbb kejap slogan ni guna utk kerajaan, kejap slogan ni guna untuk parti.. Yang mana satu betul ni? Samalah ngan logo 1Malaysia tuh. Sapa tak reti undang-undang jangan mencelah, aku buat tawaran utk tampar macai #‎kangkung karang..

Anwar pulak kempen celah mana? Penamaan calon belum start, anwar ke mana mana ceramah kira kempen? Abih tu yg Muhyiddin Yassin ari tu, Najib Razak ngan menteri lain siap disambut jentera BN pakai baju BN tak nak kira kempen ke? Anwar Ibrahim g ke Johor ahad semalam, takkan kira kempen gak kat sana? Kaah kaah kaaaaaaaaaaaahh!!

Aku baru nak sebut popular ek dia ni sekarang. Masa TURUN itu hari, siap ugut lagi kat Buletin Utama. Mengalahkan Melayu betul mamak tak sedar diri sorang ni. Melayu UMNO mana? Melayu setakat taraf sembelih dan lumur darah ayam jer lah. Bapak2 sapa la tu bengap sangat, harap2 anak2 diorang cerdik la sikit.

Tulisan Orenji

Sunday 9 February 2014

Rakyat Hidup Melarat di Negeri Najib Razak Memerlukan Bantuan




Bilamana pemimpin terang-terang mengumpul harta kekayaan tanpa ada sebarang siasatan. Politik hanya sebuah satira kehidupan.

Dikala marhaen terus terhimpit tidak berani bangkit lantaran mudah disogok wang ringgit. Kehidupan adalah sebuah satira politik.

Rumah sebuah keluarga. Income tak menentu. Anak 8. Seorang oku. Atap boleh mengintai bulan. Bagaimana harus dibantu. Bila melayu itu sendiri tidak mahu bergerak maju...

Untuk membantu keluarga ini boleh hubungi Ismail bin daud 600405035631 Roshaiza bin Aziz 720728035704

Di alamat E 1920 kg jawa 25100 Kuantan. 013 9091112 no tel kak noraini.

PANAS! Program #BantahAstro SAMM Selangor di Serang Jurujual Astro


Booth #‎bantahastro di shah alam diserang oleh ajen jualan promosi astro pagi tadi.. Dia lupa dia berdepan dengan rakyat.. Patut pergi bising dekat pengurusan astro.. Tapi dia takut sorruuu Miss...

"Mai serang booth bantah astro SAMM... Kesian la lu brother.. Yang lu bayar Bill Astro yang tggi pun cari makan nak bayar bil dan bayar gaji lu.. Lu berdepan dengan rakyat tau.. Bukan dengan kami saja.. "kata dua dari azhar Achil

Akhirnya Agen Jualan Astro yang datang dengan mulanya marah-marah & maki hamun mula cool setelah diterangkan motif # BantahASTRO.. Lagi ngam bila mereka turut tandatangan & isi petisyen untuk bantah astro..

SAMM Pahang Kesal Stadium Jadi Medan Pergaduhan




Kenyataan Terbuka
9 Februari 2014

SAMM Pahang Kesal Stadium Jadi Medan Pergaduhan

Perlawanan bolasepak antara pasukan Pahang dan Johor di Stadium Darul Makmur pada Jumaat lalu menjadi kecoh selepas beberapa penyokong melakukan provokasi.Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku.Perkara ini terjadi disebabkan campurtangan oleh orang yang tidak sepatutnya.

FAM sendiri tidak berani atau bacul untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada orang-orang ini.SAMM Pahang kesal dengan apa yang terjadi dan menyelar tindakan FAM yang hanya menutup sebelah mata terhadap kejadian-kejadian sebegini sehinggakan tercetusnya pergaduhan hingga memaksa pihak polis memanggil FRU untuk menyuraikan keadaan.

Apa yang diharapkan,tidak lagi berlaku perkara-perkara seperti ini.SAMM Pahang menyeru kepada semua penyokong-penyokong bolasepak agar tidak taksub atau bertindak diluar kawalan terhadap pasukan yang mereka sokong kerana ini adalah adat permainan.Ada yang kalah dan ada yang menang.

Amirul Syazwan
Penyelaras SAMM Pahang

SAMM Pulau Pinang Menyelar Tindakan Kurang Cerdik NGO Pro-umno Serang Rafizi Dalam Ceramah di Bukit Gedung, Pulau Pinang






SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik individu (pro umno) membuat provokasi kecoh dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang.

Program Penerangan Isu Semasa Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/program-penerangan-isu-semasa-rafizi-di.html

Dalam kekecohan semalam terdapat tindakan kurang cerdik dari puak-puak terdesak untuk mencipta isu.

Dalam kancah politik Malaysia belum pernah kita lihat tindakan ganas dan kurang cerdik seperti ini dari Rakyat Pro Pakatan Rakyat.

Antara persoalan yang bermain dalam fikiran setiap Rakyat yang hadir di program berkenaan.

1. Siapa sebenarnya yang serang siapa dulu dengan membuat provokasi dan di program siapa?

2. Apa kaitan dengan penyerahan notis roboh rumah di Waterfall Pulau Pinang kepada YB Rafizi Ahli Parlimen Pandan?

3. SAMM Pulau Pinang mengutuk keras tindakkan melulu beberapa individu yang membuat kecoh di tempat ceramah semalam tidak profesional dengan menjerit-menjerit memaki hamun Penceramah yang hadir semalam.

4. Selepas selesai insiden di ceramah bukit gedong kelihatan individu yang menganggu dan yang ingin serahkan notis tersebut bersama tkm1 berbincang tentang pekara tersebut di Nasi Kandar Kassim Mustapa, ada cara mudah utk berjumpa tapi kenapa pada awalnya perlu membuat kecoh di tempat ceramah?

Sebenarnya mereka terdesak untuk mencari isu untuk menyerang Pakatan Rakyat.. Mereka menggunakan media massa pro kerajaan yang hadir semalam untuk memanipulasi isu dan bertujuan menyerang Pakatan Rakyat.. Tetapi mereka tersilap langkah, kerana kami tidak berminat melayan provokasi yang cuba di timbulkan.. Kerana kita dari Pakatan Rakyat tidak mudah termakan provokasi..

Turut hadir semalam lebih kurang 6 orang Pengawai Keselamatan (SB) tetapi mereka berjaya mengawal keadaan.. Penyokong Pakatan Rakyat juga berjaya menenangkan keadaan untuk mengelakan daripada berlaku insiden yang lebih buruk..

Solidariti Anak Muda Malaysia (Pulau Pinang)

KANTOI! Pencuri Milo di Sebuah Pasar Raya Seorang Anggota Unit Amal Bukan Penyokong BN


Semalam, sekeping gambar seorang remaja berpakaian 1Malaysia/BN ditangkap kerana mencuri beberapa bungkus milo di sebuah pasar raya telah dimuatkan di blog milosuam.

Hari ini, di dalam satu facebook Cybertrooper UMNO, gambar tersebut telah diedit dan pakaian remaja yang berbaju 1Malaysia/BN itu ditukarkan kepada pakaian merah tua berlambangkan Unit Amal (PAS).

Kononnya dikatakan bahawa milosuam mengfitnah BN dan "fitnah" itu pula berjaya dipatahkan oleh cybertrooper UMNO.

Perhatikan:

1- Lambang Unit Amal begitu tegak di baju merah tua berkenaan walaupun baju belipat.
2- Efek warna biru masih kelihatan di bahu kiri (baju merah).

Dan hasil kerja pengeditan itu telah dikesani oleh ramai facebooker yang lain dan dikecam hebat kerana mengfitnah Unit Amal.

“UMNO dan Fitnah, berpisah tiada. Bila kantoi, melolong sini sana”

Hahahahaha...KANTOI! EDIT!

Kisah Balai Polis Bukit Tengah di Letupkan






KM lawat Balai Polis Bkt. Tengah dengar respons kes balingan bahan letupan

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng petang tadi melawat Balai Polis Bukit Tengah bagi mendapatkan maklum balas lanjut berhubung insiden balingan bahan letupan di sini.

"Kita (Kerajaan Negeri) tentulah akan memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kerana insiden seumpama ini pertama kali berlaku di negeri ini," ujar Guan Eng kepada media.

Guan Eng yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, ACP Nasir Salleh dan ACP Azman Abd. Lah (Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah).

Hadir sama, Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Ng Wei Aik (Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan) dan Ong Chin Wen (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Bercakap pada sidang media yang sama, Nasir Salleh berkata, pihaknya masih belum mempunyai sebarang petunjuk berhubung kes terbaru itu.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis akan meneruskan siasatan serta menggandakan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan berwajib demi mengekalkan ketenteraman di negeri ini.

"Kita berharap orang awam tampil jika ada maklumat kerana kita tidak boleh menahan mana-mana pihak tanpa sebab.

"Ini kes jenayah terpencil...tiada kaitan dengan (balingan bahan letupan buat sendiri) 'molotov cocktail' di gereja (dekat Jalan Farquhar, George Town) sebelum ini," jelas Nasir Salleh kepada media.

Semalam, beberapa suspek tidak dikenali sekitar jam 4.20 pagi membaling bahan letupan jenis mercun ke perkarangan Balai Polis Bukit Tengah.

Bagaimanapun, empat anggota polis yang bertugas tidak tercedera dek perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

~Pakaq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.