VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 11 February 2014

Guan Eng Minta Penjelasan Daripada Kerajaan Persekutuan Berhubung Pembinaan Tapak Pengkalan TUDM Bernilai RM13Bilion


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, hari ini meminta penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan berhubung kenyataan yang disiarkan The Edge Financial Daily, pada 6 Februari lalu.

Dalam artikel 'TSR Capital in land swap with govt. Plans to build RM3b new air force base, RM10b mixed-use project' dinyatakan bahawa pemaju hartanah, TSR Capital Bhd. (TSR) bersama-sama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn. Bhd. (PBT) akan memajukan semula tapak pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) seluas 1,007 ekar di Butterworth dengan melibatkan nilai RM13 bilion.

"Kerajaan Negeri ingin meminta penjelasan daripada Kerajaan Pusat berhubungan perkara ini. Hal ini kerana, Kerajaan Negeri tidak langsung dimaklumkan," ujar beliau tadi.

Tegasnya, pemajuan tersebut bukan sahaja melibatkan tanah di Pulau Pinang malah turut melibatkan kawasan beliau, Parlimen Bagan.

"Tiada kegagalan komunikasi, kerana memang tiada komunikasi langsung. Kita (Kerajaan Negeri) berharap Kerajaan Pusat dapat memaklumkan kepada kita tentang pemajuan ini," kata beliau ketika diajukan soalan sama ada wujud kegagalan komunikasi (communication breakdown) antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin turut serta dalam sidang media di sini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.