VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 29 April 2016

DEBAT PERDANA: "DEKLARASI - MANA PERGI RAKYAT?"


Kenyataan Media
29 April 2016

DEBAT PERDANA: "DEKLARASI - MANA PERGI RAKYAT?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kini dalam fasa terakhir mempersiapkan sebuah pentas Debat Perdana bertajuk "Deklarasi - Mana Pergi Rakyat?". Debat Perdana ini bakal merungkai persoalan - apakah faedah dan keuntungan rakyat daripada Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada Mac lalu dari perspektif dua pihak yang pro dan kontra kepada penubuhannya.

Debat yang akan dilangsungkan pada 16 Mei 2016 jam 8 malam, bertempat di dewan KLSCAH menampilkan Dato' Ambiga Sreenevasan, Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan dan YB Amiruddin Shaari di pihak pro-deklarasi manakala di pihak kontra-deklarasi pula menyaksikan kehadiran cheGuBard (PKR), Arutchelvan (PSM) dan juga sdr Haris Ibrahim (ABU). Moderator pula diserahkan kepada Pengerusi Kesatuan Mahasiswa, sdr Azzan Adnan.

Setakat ini Dato Ambiga, DS Khairuddin, cheGuBard, Arul, Haris dan Azzan telah mengesahkan kehadiran mereka manakala pihak kami masih menunggu jawapan akhir dari YB Amir.

Dalam menjayakan debat ini, SAMM juga telah menjemput beberapa pimpinan yang mengangkat Deklarasi Rakyat sejak awal penubuhan termasuklah Azmin Ali, YB Tian Chua, YB Dr Afif, namun tiada respon yang positif. Ini kali pertama Deklarasi Rakyat diperdebatkan secara terbuka dengan pertemuan dua pihak yang antonim dengan fundamental masing-masing.

SAMM melihat pembentangan hujah secara matang melalui kaedah dua hala mampu menghasilkan percambahan idea dalam erti sebenar menyelamatkan negara, berbanding forum sehala yang bias dan tepu kepada satu sudut pandangan semata-mata. 

Pertembungan idea ini juga harus diraikan sebagai satu medan buat rakyat menilai secara langsung, malah persoalan yang saling dijawab oleh kedua pihak mampu menjadi pedoman buat rakyat dalam menentukan bagaimana seharusnya tanahair gersang ini diselamatkan.

Kehadiran adalah terbuka buat semua tanpa mengira fahaman kepartian dan pengamal media dijemput untuk membuat liputan secara langsung. 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Tuesday 26 April 2016

Punca Sultan Terengganu Tersinggung Dengan Tindakan Menteri Besar


DAH ABIS BOTAK LICIN TANAH TRX SG BESI , TELAGA MINYAK PULAK NAK GADAI!!??

LETAK JAWATAN SEBAIK-BAIK PILIHAN BAGI MB TERENGGANU

Tanpa diduga dan tidak juga muncul apa-apa tanda sebelumnya, tiba-tiba saja politik Terengganu bergelora dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan bermasalah besar dengan pihak istana sehingga gelaran "Datuk Seri" beliau ditarik serta merta.

Apakah punca masalah itu semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif yang menyentuh Yayasan Mizan yang dikatakan menyinggung Sultan Terengganu sehingga baginda menjadi murka atau sebenarnya ada sebab-sebab lain yang kita tidak ketahui?

Apa pun punca masalahnya, ketegangan itu sudah berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan dalam sekelip mata.

Dalam hal ini apakah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan hubungan kerajaan negeri dan UMNO dengan pihak istana terus bertambah buruk?

Meminta semua pihak bertenang atau Ahmad Razif sendiri berdiam diri serta mengelak daripada bersuara bukanlah cara yang betul untuk merungkaikan kekusutan yang berlaku itu.

Malah, lagi beliau berdiam diri dan mengelak bercakap dengan wartawan, lagi banyak spekulasi yang timbul.

Harus diakui bahawa jika Menteri Besar bermasalah dengan pihak istana sehingga ke tahap semua gelaran sudah ditarik balik, itu tandanya ia sudah terlalu serius dan amat menyinggung perasaan Sultan Terengganu.

Sebagai menghormati kedudukan Sultan dan demi kepentingan rakyat Terengganu, jalan terbaik ialah Ahmad Razif perlu berundur dan menulis surat perletakan jawatannya dengan seberapa segera.

Lupakanlah "cakap besarnya" sebelum ini bahawa beliau pantang dicabar dan darah yang mengalir dalam tubuhnya pula keturunan Bugis kerana jika ingin bertahan juga, bermakna yang dilawannya ialah Sultan sendiri iaitu payung kepada seluruh rakyat Terengganu.

Gunalah sifir macam mana sekali pun, hakikatnya tiada guna beliau bertahan dan tidak berguna juga untuk sesiapa mempertahankannya lagi di kerusi Menteri Besar itu.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=478645855677643&substory_index=0&id=429798750562354

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.