VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 1 March 2014

Khidmat Masyarakat Bantu Cari Orang Hilang


Rayuan seorang ayah mohon bantuan mencaemri anaknya yang hilang

"Saya mohon Jasa baik Tuan Dan Puan untuk mencari kereta myvi sliver BGA 849 kerana anak perempuan sy hilang 4 hari. Tolong minta kerjasama semua anggota pihak berkuasa dimana saja mereka berada. Jika jumpa maklum pada saya Dan lapor pada pihak polis segera. Mohon Tuan Dan puan.

013-9033539 Tuan Azhar

Ikon Pemfitnah Malaysia, PapaGomo Harus Bertaubat dan Memohon Maaf Atas Tindakanya


Ketua Penerangan KEADILAN,Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilikblog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad ketika dihubungi menyatakan,walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya,namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

”Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’kata Muhammad,Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)

“Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya,dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

“Menurut hukum Islam,dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya,” ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)itu lagi.

Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untukmengambil iktibar.

“Alhamdullilah dengan keputusan tersebut.

“Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian,” ujarnya.

Friday 28 February 2014

Alhamdulilah, Akhirnya Terbukti Siapa Yang Benar, Siapa Pemfitnah - Anwar Ibrahim


Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo diarah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurmembayar RM800,000 kepada Ketua Umum KEADILAN,DatukSeri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya hari ini turut mengatakan bahawa Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untukmenghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di laman blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Kekejaman Peronda dan Polis Lebuh Raya Pantai Timur Keatas Seorang Kanak-kanak Berusia Setahun


Seorang pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Mohd Sabri Abd Malek, 55, terkilan dengan sikap peronda lebuh raya dan polis peronda lebuh raya yang didakwanya tidak dapat menghulurkan bantuan sewajarnya ketika dia memerlukan pertolongan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia mendakwa, anggota petugas berkenaan gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak mementingkan keselamatan pengguna.

Sabri berkata, pada 23 Februari lepas dia bersama keluarga dari Melaka menuju ke Kemaman atas urusan keluarga.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Kuantan, kenderaan dipandunya rosak secara tiba-tiba.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan ketika itu cuaca panas terik, sekali gus menimbulkan keadaan yang tidak selesa.

“Malah, cucu saya yang berusia lebih setahun mengalami muntah-muntah kerana kepanasan.

Katanya, ketika itu dia menahan sebuah kereta peronda lebuh raya untuk meminta bantuan menunda kereta yang rosak ke RnR yang hanya berjarak kira-kira 1 kilometer sahaja.

“Ketika saya sedang berbincang dengan peronda LPT, sebuah kereta peronda polis lebuh raya datang dan mereka berbincang sebelum meninggalkan kami di tepi lebuh raya berkenaan.

“Walaupun telah diletak kon atau tanda amaran, keadaan itu masih berbahaya kerana kebanyakan pengguna lebuh raya memandu dalam keadaan laju,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, memandangkan petugas yang sepatutnya enggan membantu, dia terpaksa meminta bantuan orang ramai.

“Kami bernasib baik kerana ada sebuah kereta yang berhenti dan menolong tunda kereta ke kawasan rehat.

“Sepatutnya pihak pengurusan LPT dan pihak berkuasa dapat memastikan anggota mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas pihak pengurusan LPT bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara ini.

Senior Eksekutif, Bahagian Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Hafizah  Mohd Sabri berkata, segala perkhidmatan di LPT mengikut prosedur syarikat yang ditetapkan dan menjadi satu kesalahan
sekiranya ada warga kerja melanggarnya, sekali gus tindakan disiplin boleh dikenakan.

“Kami di ANIH Berhad memohon maaf dan kesal di atas kejadian yang berlaku kepada pengguna tersebut.

“Sekiranya terdapat apa sahaja aduan atau masalah, pengguna boleh menghubungi  LPT-Line di  talian 09-5479111 atau Bahagian Komunikasi Korporat di 03-61951111,” katanya.

Thursday 27 February 2014

Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Berteraskan urustadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), sejak tahun 2008, kerajaan mempunyai pencapaian ekonomi yang cermerlang dan bersih, dan seterusnya melaksanakan pelbagai Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk warga emas, ibu tunggal, pelajar sekolah, bayi, Orang Kurang Upaya dan Suri Rumah

PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS
1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas.
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Waris.


PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.
4) Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
5) Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
6) Tidak berkahwin semula.
7) Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Sijil Kelahiran semua anak.
- Salinan Kad Pengenalan semua anak.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.


PROGRAM BANTUAN OKU
1) Warganegara Malaysia.
2) Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pendaftaran OKU.
- Salinan muka hadapan buku bank.


PROGRAM ANAK EMAS
1) Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3) Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4) Tarikh kelayakan mulai Januari 2011.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
- Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.


PROGRAM SKIM PELAJAR EMAS
1) Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Terdiri daripada murid Darjah 1 & 4 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 & 4 bagi pelajar Sekolah Menengah yang bersekolah di Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Sijil Kelahiran anak.
- Salinan MYKID.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.
- Pengesahan sekolah menyatakan pelajar bersekolah di sekolah yang dinyatakan seperti dalam Borang Permohonan.


PROGRAM BANTUAN IBU EMAS
1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.
4) Wanita telah berumahtangga dan tiada berpendapatan tetap.
5) Berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.

* DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Suami.
- Salinan Sijil Perkahwinan.
- Salinan Sijil Kelahiran Salah Seorang Anak.


Borang permohonan boleh di dapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang Paras 45, KOMTAR.

Kejadian Berlaku di Negerk Jajahan BN, Kalau di Negeri Pakatan Rakyat, 7 hari 7 Malam Tak Habis Putar di Media Pro Umno


Seorang ibu tunggal terkejut apabila rumah yang didudukinya bersama anak-anak selama 40 tahun kini menjadi milik orang lain sejak 2001 tanpa pengetahuan mereka.

A Valliamah, 45, tinggal di Kampung Baru Air Tawar, Sitiawan bersama lima anaknya dan dua daripadanya masih bersekolah.

Anak sulungnya, M Mogan, 22, berkata, mereka tidak menyangka kejadian itu berlaku kepada keluarganya sedangkan sebelum ini ibunya pernah memohon menduduki tanah lot itu pada 1985 dan 2007.

Menurutnya, bagaimanapun permohonan mereka ditolak dan kali terakhir permohonan dibuat pada tahun lalu namun terkejut apabila tanah yang dimohon itu telah diberikan hak milik kepada seorang individu lain pada 2001.

“Kami tidak pernah diberikan notis dan Pejabat Tanah tidak menjalankan siasatan kedudukan  tanah tersebut sebelum meluluskan kepada pihak lain.

“Pada 12 Disember 2013 kami turut membawa perkara ini untuk tindakan Pegawai Khas kepada Menteri Besar, V Elango tetapi tiada maklum balas diberikan,” katanya.

Valliamah ditemui media selepas mengadakan demonstrasi aman bersama Parti Sosialis Malaysia di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Hadir sama pada demonstrasi itu, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy

Beliau berkata, hidup mereka kini dalam kebimbangan kerana pemilik tanah itu telah mengambil tindakan mahkamah untuk mengusir  mereka sekeluarga.

Katanya, selepas dua kali penangguhan pendengaran kes pengusiran ke atas keluarga mereka, kes akan didengar semula hari ini di mahkamah.

“Kami sekeluarga sangat berharap menteri besar dapat menggunakan kuasa budi bicara dan campur tangan kerajaan negeri untuk membela nasib kami.

“Kami juga memohon agar pemilik tanah menarik semula kes itu dari mahkamah dan diberikan tapak baru agar kami dapat terus tinggal di situ,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Elango, G Sarevanan berkata, mereka telah menerima memorandum daripada keluarga Valliamah dengan bantuan Sarasvathy dan akan meneliti hal berkenaan.

“Satu perbincangan akan dilakukan bersama dengan keluarga berkenaan dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mereka sekeluarga,” katanya.

Kisah Sebenar Mayat Siap Berkafan di Letak Tepi Jalan


Mayat seorang lelaki yang dibungkus sempurna seolah-olah siap dikafan di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak mengejutkan pengguna jalan raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui lelaki yang sedang melalui kawasan terbabit kira-kira jam 8.45 pagi.

“Mayat yang dibungkus cadar warna ungu cair bercorak bunga itu diikat di bahagian kepala dan kaki.

“Keadaan mayat yang tidak berpakaian itu masih sempurna dan mulutnya berbuih namun tidak ada kesan kecederaan yang ditemui berdasarkan pemeriksaan awal,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.Katanya, tidak ada sebarang pengenalan mahupun dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Monday 24 February 2014

Isu PBS: SGMM Tunggu Jemputan Daripada TPM dan KPM


Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) sedang menunggu JEMPUTAN daripada TPM dan KPM dalam usaha 'memperbaiki' PBS secara menyeluruh.

Jika TPM sudah menyebut nama SGMM bermakna beliau dengan hati terbuka mahu SGMM bersama2 dalam perbincangan 'penambahbaikkan' PBS ini.

SGMM tak mahu 'tangan2 gatal' sekali lagi merosakkan PBS.

Kepada rakan2 guru, cadangan pertama Admin jika KPM mahu laksanakan PBS sebenar ialah nisbah guru dan murid kepada 1:15 dan seorang pembantu guru. Kita tiru seperti PBS di Finland dan Australia.

Bekas Mufti Perlis Dr. MAZA Komen Isu Pendidikan Malaysia




Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru

1.Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SPPBS 2014 sehingga mengakibatkan masalah sistem.

2.Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.

3.Guru-guru mendakwa Data SPPBS 2014 yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012

4.Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas

PANAS! Duit BR1M Terima Tidak Seperti Yang di Janjikan, Siapa Songlap?


Selepas beberapa hari duit BR1M di agih-agihkan kepada seluruh rakyat yang layak melalui akaun bank peribadi.. Mengikut tangga gaji yang ditetapkan..

Syarat BR1M 3
Households(RM650)
1. Household that has income below RM3,000
2. Malaysian Citizen

Households(RM450)
1. Household that has income between RM3,000 to RM4,000
2. Malaysian Citizen
* Additional RM50 Group Takaful Rakyat 1 Malaysia Contribution (i-BR1M)

Individuals(RM300)
1. Total gross monthly income of RM2,000 and below
2. Malaysian Citizen
3. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Does not include students who are receiving the 1Malaysia Book Voucher (BB1M)

Mengikut syarat yang di tetapkan oleh Kerajaan, saudara kita layak menerima RM 650 bukannya RM450 seperti yang beliau beritahu..

Dekat sini kita nampak kelemahan sistem baru yang kononya boleh memudahkan rakyat.. Tapi sebenarnya menyusahkan rakyat.. Mungkin mereka boleh cakap ini sistem baru mungkin ada kelemahan.. Tapi kepada siapa mangsa nak buat aduan?

Adakah duit itu telah di songlap oleh mereka yang tidak amanah?

MAUT! 3 Tikaman di Dada Kerana BR1M


Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.

Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.

Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.

Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.

Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.

Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.

Saya tidak sedap hati lalu bertanya seorang anggota polis di situ dan sangkaan saya ada sesuatu yang tidak baik berlaku tepat apabila majikan ayah menceritakan kejadian itu, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Tikaman kena jantung

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa yang berada seorang diri di stesen minyak ditemui mati di kaunter bayaran dengan tiga kesan tikaman di dada, termasuk satu mengenai jantung.

Penjenayah yang dipercayai memakai topi keledar penutup penuh dan jaket, memasuki kedai serbaneka stesen minyak itu dan berpura-pura mahu membayar air kotak diambilnya.

Bagaimanapun, suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,500 dari mesin juruwang.

Anak sulung mangsa, Rohaizat, 33, nekad tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah yang membunuh bapanya.

Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan berbuat demikian, katanya yang mengetahui kejadian itu jam 10 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.