VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 27 February 2014

Kisah Sebenar Mayat Siap Berkafan di Letak Tepi Jalan


Mayat seorang lelaki yang dibungkus sempurna seolah-olah siap dikafan di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak mengejutkan pengguna jalan raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui lelaki yang sedang melalui kawasan terbabit kira-kira jam 8.45 pagi.

“Mayat yang dibungkus cadar warna ungu cair bercorak bunga itu diikat di bahagian kepala dan kaki.

“Keadaan mayat yang tidak berpakaian itu masih sempurna dan mulutnya berbuih namun tidak ada kesan kecederaan yang ditemui berdasarkan pemeriksaan awal,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.Katanya, tidak ada sebarang pengenalan mahupun dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.