VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 15 January 2017

PARTI AMANAH NEGARA KAWASAN SIK MENYARANKAN SUPAYA RAKYAT TIDAK MENYALAHKAN JABATAN ZAKAT DALAM ISU KEMISKINAN






Sik- Parti Amanah Negara kawasan Sik menyarankan kepada rakyat malaysia supaya tidak menyalahkan Jabatan Zakat dalam soal kemiskinan yang melanda.

Jabatan Zakat bukanlah satu badan dibawah pengaruh mana mana parti politik termasuk Ahli Parlimen atau ADUN kerana jabatan zakat mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan kewangan yang disalurkan terus dari pembayar zakat.

Amanah Kawasan Sik memuji pengurusan Jabatan Zakat Sik yang bertindak cekap dan pantas dalam menguruskan hal ehwal rakyat miskin dan golongan yang kurang berkemampuan. Selama setahun lebih Amanah Sik ditubuhkan disini ,Jabatan Zakat Sik dan Amanah Kawasan Sik bekerjasama dengan baik bagi memastikan semua pihak yang tidak berkemampuan dibantu .

Ketua Amanah Sik Sdr Sulaiman Ibrahim@LemanR yang ditemui siang tadi di pejabatnya berkata 'Ada sesetengah golongan menyalahkan pihak Jabatan Zakat apabila ada berita berkenaan rakyat miskin .Ini tidak betul ',punca kemiskinan bukan masalah dari pihak zakat tetapi berpunca dari Pemerintahan yang korup ,tidak amanah,rasuah ,meneyeleweng wang rakyat dan mengurustadbir ekonomi negara dengan tidak teratur.Kerajaan yang memerintah harus bertindak memperbaiki ekonomi bawahan dan menaikkan hasil pendapatan melalui pertanian dan perindustrian rakyat dengan pelbagai kaedah yang tersusun.

0.002% punca kemiskinan juga adalah berpunca dari faktor masyarakat itu sendiri kerana terlibat dalam gejala negatif terutamanya suami sebagai ketua keluarga itu terlibat dalam pengambilan dadah.

Amanah Kawasan Sik juga memuji jabatan Zakat Kawasan Sik yang bertindak dengan pantas dan cekap dalam menguruskan wang zakat yang disalurkan.Cuma harus mengikut syarat syarat yang harus diikuti dan ditetapkan.

Jabatan Zakat Kawasan Sik juga sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Sik seandainya ada aduan aduan yang melibatkan rakyat miskin disini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.