VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 15 December 2012

KENAPA PIKET 'GANGNAM STYLE' TERHADAP CIMB BANK?


Ketika penyelesaian pertikaian pada tahun 2007, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak pernah memberi jaminan kepada NUBE bahawa beliau dan kumpulan pengurusan bank sentiasa mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip layanan yang adil dan saksama, kejujuran, profesionalisma dalam semua urusan berkaitan pekerja termasuklah menghormati dialog sosial.

Bertindak secara bertentangan dengan jaminan yang telah diberikannya sejak empat (4) tahun lalu, Nazir bersama barisan pengurusannya membuktikan “a leopard can’t change its spots”. Pelbagai penipuan dan pencabulan telah dilakukannya sepertimana di bawah;

1. Pengurus-pengurus (RDs) memanipulasi Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) dan menukar penaksiran penilaian tanpa sebarang justifikasi. Manakala Nazir hanya membiarkan penipuan ini terus bermaharajalela.

2. CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya.

3. Ketua CIMB Auto Finance, Abdul Karim Md Lasim menerima sogokan berbentuk ‘hadiah’ daripada pegawai bawahannya yang membeli ‘hadiah’ tersebut menggunakan wang dana kakitangan. Malangnya, Bro Afandie Md Ali yang mempersoalkan penggunaan dana tersebut pula yang dipecat.

4. Nazir mencabul Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE dengan menggalakkan dan membiarkan barisan pengurusnya terus mengabaikan prosedur aduan rasmi (grievance).

5. Sis Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital. Satu laporan polis telah pun dibuat. 

6. Ketua Kumpulan Sumber Korporat, Hamidah Naziadin secara terbuka mengecil-ngecilkan kesatuan sekerja, mempersenda dan menghentam para pekerja yang berjuang untuk hak-hak pekerja.

7. CIMB Bank bersubahat dengan Maybank untuk mensabotaj Perjanjian Kolektif kita yang mampu memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia.

Pembongkaran ini akan diteruskan; jangan ketinggalan dalam edisi seterusnya...

Nazir bersama barisan pengurusan bank yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan telah memulakan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja; penuh ketidakadilan dan tidak beretika dalam amalan perburuhan.

Tiada toleransi terhadap sikap tidak berperi kemanusiaan seperti ini.

Ahli-ahli NUBE dari seluruh pelusuk negara akan berpiket di CIMB Bank Berhad, Menara MBC, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2012, dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Anda dikehendaki menyertai piket ini demi terus melindungi hak-hak, maruah dan martabat kita. 



Bertindak Segera: BANGKIT UNTUK AHLI DI CIMB BANDAR BARU NILAI

Sis Norlaily Mat Loddin berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan sedang hamil empat (4) bulan. Pada ketika ini, beliau mudah terdedah kepada simptom kehamilan seperti perubahan biologi, loya, sakit kepala yang kerap dan keletihan.

Pada 20 November 2012, jam 9.20 pagi, Norlaily telah diarahkan oleh Pegawai Akaun Simpanan, Halimah untuk melakukan transaksi pengeluaran dari "dana kakitangan". Didapati bahawa terdapat keraguan pada salah satu tandatangan di atas slip pengeluaran. Pengurus Cawangan bank, En. Amiruddin Hanuddin telah menurunkan tandatangan pada slip tersebut sedangkan orang yang sepatutnya menandatangani adalah Penolong Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, En. Helmi.

Sis Norlaily memaklumkan Halimah bahawa slip pengeluaran hendaklah ditandatangani oleh orang yang sepatutnya.

Halimah lantas memberitahu Amiruddin tetapi beliau tetap berkeras agar Norlaily meneruskan transaksi tersebut. Norlaily pula bertegas dengan pendiriannya dan berulangkali menyatakan bahawa transaksi seperti itu adalah menyalahi undang-undang sekiranya slip pengeluaran tidak disahkan oleh orang yang sepatutnya.

Amiruddin lalu memanggil Sis Norlaily ke meja beliau dan menjerit terhadapnya, memarahi dan seterusnya mengancamnya dengan berkata, “apa susah sangat? Sekarang aku suruh kau buat, buat je lah! Kalau tak, aku report orang atas, kau tak buat kerja!”.

Sis Norlaily yang diserang dan diugut di hadapan para pelanggan bank dan rakan-rakan sekerjanya berasa terhina, malu dan takut; semuanya bercampur-baur dalam dirinya. Akibat tekanan dan asakan yang hebat, dia mula jatuh sakit dan akhirnya pengsan di situ. Beliau diusung beberapa orang rakan sekerjanya dan dibawa ke klinik oleh pegawainya.

Beliau hanya sedar apabila diberikan rawatan di Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Nilai. Laporan perubatan menyatakan bahawa beliau berada di bawah "tekanan tinggi di tempat kerja". Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.

Tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusnya, Norlaily lalu mengemukakan aduan rasmi (grievance) pada 28 November 2012 tetapi Amiruddin menolak untuk mengesahkannya. Hanya selepas laporan polis dibuat, barulah Amiruddin mahu menandatanganinya.

Inilah jenis ketidakadilan yang didukungi oleh CIMB Bank bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Dato 'Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak.

Tiada ahli kita yang layak untuk diperlakukan seperti ini.

SUMBER: NUBE Malaysia

Ayuh...marilah kita bersama-sama menyebarkan kenyataan ini, sebuah bank yang diketuai oleh adik kepada Perdana Menteri kita. Melalui piket ini, kita akan memberikan mesej yang jelas kepada Nazir sekaligus Perdana Menteri kita.




Adik Najib Mungkir Janji, Gambar & Video Pekerja CIMB Berdemo Di Hadapan SOGO

SEBARKAN KEPADA RAKYAT













Klik Sini:

KENAPA PIKET 'GANGNAM STYLE' TERHADAP CIMB BANK?




Friday 14 December 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perlis (HKR Perlis)

SEBARKAN KEPADA RAKYAT



Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat akan meneruskan momentumnya bagi peringkat negeri Perlis pada 17 Disember ini.

Himpunan peringkat negeri Perlis ini akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok dekat sini.

Program bermula dengan penampilan selebriti Aby Abadi yang akan bersama para peminatnya dalam program Santai Wanita pada jam 5.00 petang.

Kemuncak program Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat akan bermula jam 9.00 malam dengan persembahan kebudayaan melibatkan kesemua kaum utama seperti Hadrah, gendang Cina, gendang India serta gendang kaum Thai.

Ini diikuti dengan pidato yang bakal disampaikan oleh pimpinan termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Setiausaha Agung KeADILAn, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.



*Sampai sekarang aku masih mencari poster berwarna.. tapi malang masih belum aku jumpa.. kalau ada tolong bagi kat aku..

Thursday 13 December 2012

10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Anda Mesti Ketahui



Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi.

Sunday 9 December 2012

Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang, Adnan Yaakob Rela Potong Telinga

SEBARKAN KEPADA RAKYAT


Skrg di R&R temerloh....konvoi ke kerdau....himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri pahang...."ubah sekarang, selamatkan pahang"....

Baru sampai ke tapak program himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri pahang....skrg di spg masuk sudah mula sibuk...

suasana di tapak program kebangkitan rakyat peringkat negeri pahang di kerdau, temerloh mulai dipenuhi walaupun acara kemuncak bermula mlm ini.....

 himpunan kebangkitan rakyat di kerdau, temerloh....masih awal...tp ruang mulai penuh...skrg ketua pemuda pas pusat, us nasruddin tantawi sdg berucap....kemuncaknya mlm ini....ayuhhh...

Keadaan di pentas skrg, program berhenti rehat utk solat asar....

Di kerdau, temerloh skrg himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri pahang. SAMM Pahang sentiasa membawa isu lynas ke mana2...org ramai semakin memenuhi tapak program di darul hikmah...

Program ptg diteruskan setelah rehat sebentar utk solat asar. Skrg sesi bicara santai petang bsama sdr bob lokman, ali XPDC dan dayangku intan... 

Di kerdau, hujan lebat baru berhenti..ruang kembali penuh. Himpunan kebangkitan rakyat pahang skrg....ayuhhh...mlm ini kemuncak...

Acara kemuncak himpunan kebangkitan rakyat pahang belum pun bermula, tapi beginilah suasana di tapak ceramah di darul hikmah, kerdau, temerloh.... Kpd yg menonton bola mlm ini msia lwn thailand tu...tolong update result ok....kami akan update acara di sini....janji umno/bn berkubur....

Pembuka tirai, himpunan kebangkitan rakyat negeri pahang di kerdau skrg...penubuhan "R" menuntut royalti....oleh kumpulan menuntut royalti "R"....lihat ada batu nisan dan kubur...untuk sape? Umno KO...umno KO....

Nyanyian lagu kebangsaan berkumandang di dataran darul hikmah, kerdau mlm ini dlm himpunan kebangkitan rakyat negeri pahang

esuruhjaya pas pahang, dato us tuan ibrahim tuan man sdg berucap

Timbalan presiden pas, tuan hj muhamad sabu sdg berucap



Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang.Perarakan motosikal pemuda 500 buah ke perhimpunan. Malam ini perhimpunan ini di jangkakan di hadiri oleh 30,000 orang.Majlis bermula jam 2.30 ptg dan akan berakhir jam 12 mlm dgn ucapan DSAI.

Himpunan rakyat jam 9mlm 9/12/12

Tetamu utama himpunan kebangkitan rakyat,Dsai,sdr.muhammad sabu dan Lim kiat siang pd.9/12/12

Suasana di kerdau, temerloh skrg himpunan kebangkitan rakyat pahang. Majlis belum pun bermula, kawasan sudah dipenuhi org ramai wlaupun ptg td hujan lebat dan mlm ini pula ada live bsepak msia lwn thailand....namun semangat utk tumbangkan umno/bn lebih tinggi....

Giliran Dato Seri Anwar Ibrahim berucap !!!


Ribuan hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang di Kerdau.
Walaupun hujan pada permulaan program di sebelah petang, dalam masa sama berlangsung perlawanan bola sepak piala Suzuki AFF Asia antara Malaysia dengan Thailand, namun rakyat Pahang menunjukkan iltizam perubahan politik yang kuat dengan bukti kehadiran.
Ribuan yang hadir juga membuktikan tsunami perubahan semakin bertiup kencang di negeri yang  sebelum ini dikenali sebagai kubu Umno-Barisan Nasional.
Selain itu, wakil NGO Bersih, Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan ‘R’, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan Himpunan Hijau turut naik ke pentas menyampaikan ucapan.
Orang ramai berpusu-pusu hadir mengambil peluang sempena musim cuti sekolah dan awal bulan membawa keluarga, menjadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti pesta.




Aksi Syaitan Gombak Berkerambit Sempat di Rakam Oleh Lensa Kamera

SEBARKAN KEPADA RAKYAT


Lihat, kesan tikaman samseng Umno. Politik apa yang Umno bawa? Bangsat!

Suspek yang menikam ahli PR pada Jelajah Merdeka dikenalpasti! Sudah saksikan video pendedahan keganasan puak umno terhadap penyokong PR? ANDA NAMPAK APA YANG KAMI NAMPAK? 

Seorang SB yang berjaya kami rakam. Berperwatakan Islamis tapi mahu buat kacau.
Sebelum hangpa tengok video kat bawah nie, aku nak hangpa perati (tengok) betoi2 muka pakcik nie.. aku harap dia boleh jadi saksi pada video bawah nie.. dan dia seorang SB.. boleh saja dia tangkap syaitan nie.. 


Video menunjukkan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah petugas Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang petugas Pakatan Rakyat menggunakan kerambit kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO

Sudah saksikan video pendedahan keganasan puak umno terhadap penyokong PR? ANDA NAMPAK APA YANG KAMI NAMPAK?
Pendedahan Video : Menunjukkan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO



Gerombolan Samseng Upahan Semakin Membuat Kacau Dan Mengganggu Ceramah Pakatan Rakyat Di Gombak

Bendera PAS di sambut ulang tahun Hamas ke-25 (unedited version..)

Kepada siapa yang tak percaya, atau yang kata saya reka, inilah buktinya, bendera PAS memang ada berkibar di Gaza, malah berkibar dari atas puncak bangunan yang boleh dilihat di seluruh Gaza... Allahu Ahad..


Gambar Sekitar Perjalanan Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka Yang Penuh Rintangan dan Dugaan

SEBARKAN KEPADA RAKYAT


Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka Penuh Rintangan
HKR Melaka berjaya tingkatkan kebencian orang Melaka kepadaAli Rustam. Tuan tanah pertama mampu bertahan 3 hari, tuan tanah kedua 1.5 hari. Tuan tanah ke 3 adalah rakyat Melaka. HKR Melaka. 8 Disember 2012, Lorong Pandan.

Hamas sambut ulang tahun ke-25, Malaysia Iktiraf Hamas Belum?


GAZA CITY - Puluhan ribu penduduk Palestin berhimpun dekat sini bagi meraikan ulang tahun pergerakan Islam, Hamas ke-25, hari ini.
Keadaan hujan renyai sejak awal pagi tidak menghalang penduduk Gaza yang setia dengan Hamas untuk berarak sebelum acara utama bermulanya acara utama di kompleks Al-Qatiba, barat Bandar Gaza.
Pemimpin Hamas, Khaled Mashaal yang bertahun-tahun hidup dalam buangan selepas kebangkitan rakyat Palestin atau Intifada menentang kekejaman Israel pada Disember 1987 menyertai perhimpunan bersejarah itu.
Beliau pulang ke Gaza semalam.
Menurut pegawai, Mashaal dijadual menyampaikan ucapan mengenai perkembangan Hamas dalam dunia Arab serta perdamaian bersama pesaing politik sekularnya, Fatah.
"Ucapan Khaled akan menggariskan keutamaan pergerakan Hamas di masa depan dan pelaksanaan proses damai dengan Fatah," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.