VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 14 December 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perlis (HKR Perlis)

SEBARKAN KEPADA RAKYAT



Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat akan meneruskan momentumnya bagi peringkat negeri Perlis pada 17 Disember ini.

Himpunan peringkat negeri Perlis ini akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Kampung Pondok dekat sini.

Program bermula dengan penampilan selebriti Aby Abadi yang akan bersama para peminatnya dalam program Santai Wanita pada jam 5.00 petang.

Kemuncak program Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat akan bermula jam 9.00 malam dengan persembahan kebudayaan melibatkan kesemua kaum utama seperti Hadrah, gendang Cina, gendang India serta gendang kaum Thai.

Ini diikuti dengan pidato yang bakal disampaikan oleh pimpinan termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Setiausaha Agung KeADILAn, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.



*Sampai sekarang aku masih mencari poster berwarna.. tapi malang masih belum aku jumpa.. kalau ada tolong bagi kat aku..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.