VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 3 November 2018

Fitnah Pembangkang, Elaun Khas Poligami


Inilah MO modus operandi terdesak pembangkang terpaksa guna kepakaran 'edit' sahaja sudah cukup utk menimbulkan satu provokasi penipuan fitnah jahat mereka terhadap rakyat mengenai pembentangan Belanjawan 2019 semalam..

Kenapa KEBANYAKAN hanya pencacai pembangkang yg sebarkan ??!

NURUL IZZAH SERU AHLI-AHLI KEADILAN SABAH DAN SARAWAK MENYOKONG RAFIZI RAMLI DAN FUZIAH SALLEH


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyeru ahli-ahli KEADILAN Sabah termasuk di Sarawak minggu depan untuk menyokong Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden dan Fuziah Salleh sebagai Ketua Wanita serta kumpulan yang bersama membawa obor perjuangan Reformasi 20 Tahun.

Beliau berucap di hadapan ahli-ahli parti dalam satu majlis meraikan pejuang reformasi 20 tahun di Putatan malam tadi.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan kerana negeri ini akan memacu agenda reformasi mengubah nasib rakyat.

Thursday 1 November 2018

TULISAN DATUK KADIR JASIN, BERUNSUR PENGHINAAN KEPADA TUANKU SULTAN SALLEHUDDIN. SULTAN KEDAH


TERKINI..

SIDANG MEDIA DATO' JOHARI BIN ABDUL , AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI.MEMERANGKAP ADUN GURUN

01 NOVEMBER 2018 .
10.00 PAGI
BILIK MEDIA LOBI PARLIMEN

"TULISAN DATUK KADIR JASIN, BERUNSUR PENGHINAAN KEPADA TUANKU SULTAN SALLEHUDDIN .SULTAN KEDAH ."

Saya Dato' Johari Bin Abdul ,Ahli Parlimen Sg Petani memerangkap ADUN Gurun, wakil rakyat dari Kedah merakamkan perasaan kecewa yang amat sangat terhadap tulisan Datuk Kadir Jasin yang viral di media sosial baru baru ini, bertajuk : Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja, yang tersiar pada 30 Oktober 2018

http://kadirjasin.blogspot.com/2018/10/selamat-bertakhta-al-aminul-karim.html?m=1

Sementara Kadir menceritakan apa yang terjadi dihari Pertabalan Tuanku Sultan, bagaimana beliau turut menadah tangan mengaminkan doa, berharap lirik lagu rasmi negeri kedah akan menjadi panduan. tetapi dalam masa yang sama tulisan beliau mengandungi unsur unsur penghinaan terhadap Tuanku Sultan.

Diantaranya :

Ungkapan beliau, " Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah diatas takhta dan tanggungjawab raja adalah memelihara Islam agama Nabi kita,
Tak kata raja kita selamat cari bijih, balak.
Ia tak kata, raja kita selamat dari bilik Lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan belantara."

Tuanku Sallehuddin , seorang yang disayangi rakyat. Seorang yang lemah lembut tetapi tegas. Bekas Pegawai Rejimen Askar Melayu di Raja Malaysia.
Pernah memikul senjata berjuang menentang komunis dihutan belantara tanahair dan pernah dilantik menjadi Pegawai Pemerintah semasa konfrantasi dengan Indonesia.

Saya dengan ini mendesak polis menyiasat Kasir di bawah Akta Hasutan kerana tulisan beliau boleh mencetuskan prasangka buruk seolah olah Tuanku Sultan Sallehuddin seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalah guna kedudukan Tuanku.

Sekian
1hb November 2018

Wednesday 31 October 2018

Pesanan Khas Rafizi Ramli Kepada Rakan-rakan di Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sahabat-sahabat, anggota Parti Keadilan Rakyat [SARAWAK] (PKR)

Mengikut rekod kami, anda adalah anggota berdaftar PKR dan layak untuk mengundi bagi memilih pimpinan PKR di peringkat cabang dan peringkat Pusat pada hari [SABTU] akan datang 10 November 2018.

PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT – NEGERI [SARAWAK]

[SARAWAK, SABTU, 10 NOVEMBER 2018] JAM 9 PAGI KE 5 PETANG

Saya dan sahabat-sahabat menawarkan diri untuk memegang amanah kepimpinan parti kerana kami percaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlukan dokongan padu memperkuatkan parti, sebagai sebahagian dari persediaan beliau menjadi Perdana Menteri ke-8. Saya juga berhasrat untuk menubuhkan koperasi khusus untuk ahli-ahli KEADILAN di seluruh negara untuk membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi sahabat-sahabat di bawah.

Pengundian di cabang-cabang [SARAWAK] akan diadakan bermula jam 9 pagi - 5 petang :

SABTU, 10 NOVEMBER 2018 [SARAWAK]

Cabang-Cabang :

MAS GADING - SANTUBONG - PETRA JAYA - BANDAR KUCHING - KOTA SAMARAHAN - MAMBONG - SERIAN - BATANG SADONG - BATANG LUPAR - SRI AMAN - LUBOK ANTU - BETONG - SARATOK - TANJONG MANIS - IGAN - SARIKEI - JULAU - KANOWIT - LANANG - SIBU - MUKAH - SELANGAU - KAPIT - HULU RAJANG - BINTULU - SIBUTI - MIRI - BARAM - LIMBANG - LAWAS

Lokasi dewan pemilihan masih di dalam semakan JPP, saudara boleh layari : https://www.pemilihankeadilan2018.com/pusat-pemilihan-sarawak
untuk ketahui kemaskini terbaru.

Setakat ini, keputusan di 11 negeri dan 90% cabang Selangor yang telah selesai menunjukkan persaingan sengit. Saya menang di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Perak; sementara YB Dato’ Seri Azmin Ali menang di negeri Pulau Pinang, Johor, Kedah dan mendahului di Selangor. Perbezaan undi di antara saya dan beliau adalah sekitar 1,600 undi sahaja setakat ini, yang bermakna persaingan akan kekal sengit sehingga akhir pengundian di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, setiap dari undi anda bakal menentukan kepimpinan KEADILAN kelak.

Ia satu perkembangan yang baik kerana ia membuktikan persaingan demokrasi yang sihat. Ia juga menunjukkan tawaran utama kempen saya, iaitu – (1) untuk mendokong kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, (2) mengekalkan idealisme Reformasi, (3) meneruskan usaha turun ke akar umbi menguatkan parti serta (4) menjaga kebajikan ahli melalui koperasi – mendapat sambutan yang baik di bawah.

Saya mohon anda keluar mengundi hujung minggu ini untuk membantu saya dan pasukan melaksanakan gagasan ini dan mengangkat KEADILAN menjadi parti yang lebih baik untuk berkhidmat kepada rakyat.

Selain saya, sahabat-sahabat pimpinan yang turut berkongsi gagasan ini adalah YB Nurul Izzah (Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dato’ Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani), YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang) dan YB S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput) yang bertanding sebagai Naib Presiden.

Bagi sayap Wanita, barisan kami dipimpin oleh YB Fuziah Salleh (calon Ketua Wanita) dan YB Rodziah Ismail (calon Timbalan Ketua Wanita).

Bagi sayap Angkatan Muda (AMK), barisan kami dipimpin oleh YB Akmal Nasir (calon Ketua AMK) dan Saudara Raymond Ahuar (calon Timbalan Ketua AMK, dari Sabah).

Senarai penuh barisan kepimpinan yang mengangkat gagasan #Reformasi20Tahun disertakan di sini :
http://bit.ly/SenaraiPenuhReformasi20Tahun

anda boleh klik dan simpan di dalam smart phone untuk dibawa ke hari pengundian.

Pada hari pengundian kelak, pastikan anda datang ke khemah kempen saya di luar dewan pengundian untuk mengambil resit keanggotaan, sebelum boleh dibenarkan mengundi.

Untuk membantu urusan logistik di hari pengundian, saya galakkan anda mendaftarkan nama dan nombor telefon dengan klik di sini :
http://bit.ly/DapatkanResitYuranKeanggotaan

Agar pasukan saya boleh menyediakan resit keanggotaan yang secukupnya pada hari pengundian kelak.

Terima kasih dan undi saya, sahabat-sahabat di dalam barisan #Reformasi20Tahun.

Yang Ikhlas

Rafizi Ramli
Mantan Ahli Parlimen Pandan
Calon Timbalan Presiden No. 1

Tuesday 30 October 2018

KEMENANGAN REFORMASI MUDA DI SEMENANJUNG, KINI TUMPU SABAH DAN SARAWAK


30 OKTOBER 2018

KEMENANGAN REFORMASI MUDA DI SEMENANJUNG, KINI TUMPU SABAH DAN SARAWAK

Selepas 5 minggu, pemilihan KEADILAN telahpun selesai di Semenanjung Malaysia.

Keputusan tidak rasmi setakat 28 Oktober 2018 menunjukkan bahawa saya kini mendahului untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia dengan undian sebanyak 11,607 undi diikuti dengan saudara Afif Bahardin sebanyak 11,495 undi.

Ini mengambil kira semua keputusan di setiap negeri di Semenanjung tidak termasuk 7 kawasan yang akan diadakan pemilihan semula (saya sertakan kiraan keputusan di Negeri Sembilan dan Melaka yang masih belum dikemaskini di laman sesawang Pemilihan 2018).

Saya berterima kasih dan menghargai sokongan serta semangat sepasukan rakan-rakan AMK Reformasi Muda dalam keadaan kita berkempen untuk memperkuatkan AMK bagi mengangkat dan memimpin suara anak muda di seluruh negara.

Kemenangan saya di semenanjung juga menjadi petanda yang jelas bahawa anak muda tidak mudah tunduk dan longlai kepada habuan, kuasa atau tekanan, sebaliknya mereka memberi kepercayaan kepada usaha untuk memperkukuhkan parti dan jatidiri anak muda.

Selain mendapat sokongan di semenanjung, pasukan Reformasi Muda mengangkat martabat anak muda Sabah di peringkat yang begitu tinggi dengan meletakkan saudara Raymond Ahuar sebagai calon Timbalan Ketua AMK Malaysia.

Beliau merupakan seorang anak muda yang berani dengan menyatakan sokongan penuh secara terbuka kepada saudara Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden KEADILAN bagi mendokong kepimpinan parti yang baharu dipimpin Presiden-elect Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun undi saudara Raymond untuk jawatan Timbalan Ketua AMK ketinggalan selepas keputusan di Semenanjung, kami mengambil risiko untuk mempertahankan pandangan bahawa AMK perlu lebih inklusif, mengekalkan semangat Reformasi yang pelbagai kaum dan latar belakang agar kepimpinan muda KEADILAN ini benar-benar menggambarkan suara anak Malaysia.

Selain daripada saudara Raymond, pasukan Reformasi Muda juga mengemukakan 4 orang calon EXCO AMK yang datang dari negeri Sabah dan Sarawak.

Saya mewakili pasukan Reformasi Muda sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota AMK di peringkat akar umbi di Semenanjung atas sokongan yang diberikan

Kini, saya mengharapkan agar anggota AMK Sabah dan Sarawak dapat mengekalkan kemenangan ini serta memilih dan mengundi sepenuhnya semua calon-calon Reformasi 20 Tahun dan Reformasi Muda.

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru
Calon #1 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

#ReformasiMuda
#Reformasi20Tahun

Sunday 28 October 2018

Pasukan Rafizi Ramli Mendapat Tentangan Hebat di Ampang




Inilah keadaan petugas Rafizi Ramli yang dilarang memasang khemah di Ampang.

Alhamdulillah walaupun dihalau oleh mereka, diikat kaki dan tangan, kami masih mampu memberi 178 undi buat Reformasi 20 Tahun.

Betul-betul tak fair game. Dengan khemah takut. Dengan cai takut. Belakang declare ini wilayah mereka. Kalau fair ni dah jauh Rafizi Ramli lead aku rasa....

Rafizi Ramli Dijangka Kalah 5,000 Undi di Selangor


Rafizi Ramli mengakui pola sokongan anggota PKR di Selangor lebih memihak kepada Azmin.Azmin sedang pertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden manakala Rafizi pula tampil untuk mencabarnya.

Rafizi memang sudah menjangkakan gagal mendapat sokongan majoriti anggota PKR di Selangor.

Rafizi berkata peluang di Selangor ini 55:45. Lima puluh lima peratus untuk Azmin," katanya kepada media di luar pusat pengundian Cabang Pandan hari ini.

Rafizi juga tidak menyangka tertinggal kurang daripada 1,000 undi berbanding Azmin.
"Dalam PKR ramai yang berasakan saya akan kalah kira-kira 5,000 undi diberbandingkan dengan Azmin kerana beliau pengerusi PKR Selangor sejak 1998.

"Beliau juga menteri besar Selangor.

"(Sepatutnya) paling kurang saya dah kalah 5,000 undi di Selangor," katanya.

Justeru Rafizi bersikap positif kerana pola pengundian di negeri lain secara umum memihak kepadanya.

Rafizi juga percaya kegagalannya di Selangor tidak bermakna cubaannya menjadi timbalan presiden PKR sudah berakhir.

"Kalau misalnya (keputusan hari ini) saya (dapat undi) lebih kurang sama dengan Azmin ataupun saya ketinggalan sedikit sahaja, itu akan beri peluang besar di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak dijangka akan lebih cenderung kepada saya sedikit," katanya.

#TeamReformasi20Tahun

Notis Penangguhan Pemilihan Cabang Kuala Selangor


NOTIS PENANGGUHAN

Berdasarkan laporan dari lokasi didapati bahawa pemilihan Cabang Kuala Selangor terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh langsung tiada signal telekomunikasi.

Semua calon telah sebulat suara bersetuju utk menangguhkan pemilihan pada hari ini.

Oleh yang demikian, JPP mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan Cabang Kuala Selangor pada jam 12:00 tengahari.

Sekian.

Dato' Rashid Din
Pengerusi JPP
Parti Keadilan Rakyat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.