VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 28 October 2018

Rafizi Ramli Dijangka Kalah 5,000 Undi di Selangor


Rafizi Ramli mengakui pola sokongan anggota PKR di Selangor lebih memihak kepada Azmin.Azmin sedang pertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden manakala Rafizi pula tampil untuk mencabarnya.

Rafizi memang sudah menjangkakan gagal mendapat sokongan majoriti anggota PKR di Selangor.

Rafizi berkata peluang di Selangor ini 55:45. Lima puluh lima peratus untuk Azmin," katanya kepada media di luar pusat pengundian Cabang Pandan hari ini.

Rafizi juga tidak menyangka tertinggal kurang daripada 1,000 undi berbanding Azmin.
"Dalam PKR ramai yang berasakan saya akan kalah kira-kira 5,000 undi diberbandingkan dengan Azmin kerana beliau pengerusi PKR Selangor sejak 1998.

"Beliau juga menteri besar Selangor.

"(Sepatutnya) paling kurang saya dah kalah 5,000 undi di Selangor," katanya.

Justeru Rafizi bersikap positif kerana pola pengundian di negeri lain secara umum memihak kepadanya.

Rafizi juga percaya kegagalannya di Selangor tidak bermakna cubaannya menjadi timbalan presiden PKR sudah berakhir.

"Kalau misalnya (keputusan hari ini) saya (dapat undi) lebih kurang sama dengan Azmin ataupun saya ketinggalan sedikit sahaja, itu akan beri peluang besar di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak dijangka akan lebih cenderung kepada saya sedikit," katanya.

#TeamReformasi20Tahun

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.