VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 21 December 2013

KEPADA RAKYAT PULAU PINANG YANG MAHU MEMILIKI RUMAH MAI TENGOK SINI

Aku minta maaf sebab lambat bagitau hangpa semua.. Sebab sebelum nie di komtar.. Diadakan majlis penyerahan borang kepada semua pemohon.. Kadar kehadiran orang melayu sangat menyedihkan.. Tapi tak pa walaupon hangpa tak dapat p komtar ambik borang.. Aku ada cara untuk hangpa mendapatkan secara online.. Kepada yang ada internet kat rumah.. Tolong2 la daftarkan kepada jiran2 yang kurang berkemampuan..

Jangan lupa untuk hebahkan kepada semua orang.. Nanti umno kata kita Pakatan Rakyat tak buat rumah untuk rakyat pulak..

Setakat nie saja aku mampu tolong.. Mau tak mau tu atas hangpa sendiri..

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH / SEDERHANA RENDAH / MAMPU MILIK di pautan
                                                                                                 http://www.penang.gov.my/index.php/pengumuman/2781-muat-turun-borang-permohonan-untuk-satu-unit-rumah-kos-rendah-sederhana-rendah-mampu-milik



Peraturan Perumahan Baru Pulau Pinang Berkuatkuasa Pada 1 Februari 2014

Peraturan Perumahan Baru Pulau Pinang bermula 1 Februari 2014 dirancang untuk melindungi Pulau Pinang daripada terjejas akibat gelembung hartanah dan memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli oleh pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Peraturan perumahan baru yang diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2014 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri dan cadangan berkuatkuasa bermula 1 Februari 2014 dirancang untuk melindungi Pulau Pinang daripada terjejas akibat gelembung hartanah dan memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli oleh pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Perumahan awam adalah rumah kos rendah yang berharga sehingga RM42, 000 dan rumah kos sederhana rendah yang berharga dari RM72, 500 hingga RM400, 000 di kawasan Pulau dan berharga dari RM72, 500 hingga RM250, 000 di kawasan Seberang.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kekal membangun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam mana-mana gelembung hartanah yang kelak akan menjejaskan dan merosakkan ekonomi. Jepun adalah satu contoh terbaik mengenai bahayanya gelembung hartanah. Peraturan-peraturan perumahan ini telah dibincangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang amanah terutamanya dari industri hartanah yang membantah cadangan ini.

Kerajaan Negeri telah menubuhkan Dana Perumahan Awam dan Mampu Milik berjumlah RM500 juta untuk membina 20,000 unit perumahan awam dan perumahan mampu milik meliputi kesemua 5 daerah di Pulau Pinang. Ini adalah peruntukan terbesar yang ditubuhkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri dalam sejarah Malaysia untuk membina perumahan awam yang mampu milik. Secara dasarnya, peraturan baru ini dilihat perlu memandangkan Kerajaan Negeri amat prihatin sekiranya pembelian rumah pertama tidak diberi peluang untuk membeli rumah dan bagi mengurangkan eksploitasi meraut keuntungan.

-104 unit di bawah Skim Milikan Bersama atau “Shared Ownership Scheme” (SOS) dan 51 unit di bawah Skim Sewa dan Beli atau “Rent-Buy Scheme”

Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Skim Milikan Bersama atau “Shared Ownership Scheme” (SOS) yang julung kali dilaksanakan di Malaysia – inisiatif bersejarah pembelian bersama antara Kerajaan Negeri dan Pembeli Kurang Berkemampuan yang telah terlepas daripada mendapatkan 90% atau 100% pinjaman bank dengan menawarkan 30% pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Negeri manakala baki pinjaman 70% adalah daripada pihak bank berbanding 90% atau 100% pinjaman bank. 104 unit rumah kos rendah di Taman Sungai Duri, Seberang Perai Selatan akan menjadi skim perintis untuk SOS. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Skim Sewa dan Beli atau “Rent-Buy Scheme” di 51 unit di Flat Taman Seruling Emas, Seberang Perai Selatan untuk golongan yang tidak berkemampuan yang tidak layak untuk memperolehi mana-mana pinjaman bank atau bank yang enggan memberi sebarang pinjaman kepada mereka.

Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu mencapai demokrasi perumahan yang membenarkan setiap keluarga yang bekerja memiliki rumah sendiri. Keutamaan adalah bagi memastikan perumahan awam (kos rendah dan kos sederhana rendah) dimiliki oleh mereka yang tidak berkemampuan dan pembeli tulen kali pertama. Kerajaan Negeri komited untuk membantu pembeli kali pertama agar berpeluang untuk membeli rumah mampu milik dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan atau berdepan cabaran undang-undang daripada mereka yang menentang komitmen ini.

EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat semalam telah memperhalusi peraturan perumahan baru ini demi jelas dan pasti seperti di bawah :

A. Perumahan Awam – Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah
Semua rumah kos rendah (sehingga RM42,000) dan rumah kos sederhana rendah (sehingga RM72,500) yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli. Mereka yang ingin menjualnya dalam tempoh 10 tahun pertama perlu membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan hanya boleh dijual kepada pembeli tersenarai atau “listed buyers”. Harga niaga tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi akan diberikan kepada pembeli berkemampuan, kesediaan pembeli atau “willing buyer, willing seller” oleh kedua-dua pembeli tersenarai dan penjual. Pembeli yang disenaraikan adalah mereka yang telah berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri dan disahkan sebagai golongan berpendapatan rendah yang layak untuk membeli rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Peraturan 10 tahun ini akan meliputi semua belian yang lepas dan akan datang. Cabutan rumah akan tertakluk kepada pegawasan oleh sebuah firma audit – pertama kali dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia.

B. Perumahan Mampu Milik
Perumahan Mampu Milik diklasifikasikan sebagai rumah yang pada mulanya dibeli dengan harga di bawah RM400,000 di dalam Pulau dan RM250,000 di Seberang Perai. Perumahan mampu milik yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli. Mereka yang ingin menjual dalam tempoh 5 tahun pertama perlu membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan hanya akan dijual kepada “pembeli tersenarai”. Harga rumah tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi akan diberikan kepada “willing buyer, willing seller” oleh kedua-dua pembeli tersenerai dan penjual. Pembeli yang tersenarai adalah mereka yang telah berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri dan disahkan sebagai kumpulan berpendapatan pertengahan yang berkelayakan untuk membeli perumahan mampu milik. Peraturan 5 tahun ini meliputi rumah yang diniagakan pada atau selepas 1 Februari 2014. Dengan erti kata lain, ia tidak akan dibelakangkirakan(retrospektif) tetapi akan hanya ke atas Perjanjian Jual dan Beli yang ditandatangani pada atau selepas 1 Februari 2014.

C. Pembelian oleh Bukan Warganegara
Bukan warganegara hanya boleh membeli hartanah di Pulau Pinang yang melebihi RM1juta dan bagi tanah dan bangunan di Pulau mesti melebihi RM2 juta. Semua pembelian hartanah oleh bukan pemastautin akan dikenakan fi kebenaran 3% atas harga transaksi untuk Perjanjian Jual dan Beli yang telah ditandatangai pada atau selepas 1 Februari 2014. Pengecualian diberikan kepada pembelian bagi tujuan industri atau tujuan untuk menggalakkan peluang pekerjaan, pendidikan, bakat manusia atau mempromosikan Pulau Pinang sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar.

D. Fi kebenaran 2% untuk Hartanah yang dibeli selepas 1.2.2014 dijual dalam tempoh 3 tahun pertama
Fi kebenaran 2% akan dikenakan ke atas penjual untuk semua hartanah yang dijual dalam tempoh 3 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli (SPA) yang ditandatangani pada 1 Februari 2014. Dalam erti kata lain, ini tidak retrospektif. Hartanah yang dibeli di mana SPA ditandatagani sebelum 1 Februari 2014 tidak akan dikenakan fi kebenaran ini. Hanya hartanah yang dibeli dengan SPA pada atau selepas 1 Februari 2014 akan dikenakan fi kebenaran 2% jika dijual dalam tempoh 3 tahun. Fi kebenaran 2% ini tidak terpakai untuk perumahan mampu milik.

Perbincangan yang berterusan dengan Majlis Peguam, bank-bank, pemaju hartanah di dalam dan di luar Pulau Pinang bersama-sama dengan persatuan-persatuan lain akan terus diadakan bagi memberi penerangan berhubung dengan peraturan perumahan baru yang berkuatkuasa sebaik SPA ditandatangani pada atau selepas 1 Februari 2014, kecuali untuk perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

Friday 20 December 2013

FAKTA BUKAN AUTA!!! DIVIDEN & BONUS ASB SEMASA ANWAR IBRAHIM JADI MENTERI KEWANGAN ADALAH YANG TERTINGGI


Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.70 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2013 berbanding 7.75 sen tahun lepas.

Sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.

Kuasa Rosmah!!! Akhbar Mingguan The Heat digantung Zahid Hamidi

KDN gantung akhbar mingguan The Heat

Kalau fitnah saman.. Apa pulak dok pakai kuasa veto nie..

Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah.

Jangan Terkejut Sebenarnya UMNO Sama Teruk Dengan Syiah


Pada bulan tiga tahun lepas kecoh apabila AYAT AL-QURAN PUN DI 1 MALAYSIA KAN | Tak dapat dipastikan apa tujuan dan motif memaparkan ayat Al-Quran yang turut disertakan sekali dengan logo 1 Malaysia. Huruf Alif dalam Ayat Al-Quran diubah bagi mengantikan Logo 1Malaysia dan tertera pada halaman Surah Al Mulk.

Thursday 19 December 2013

BUKTI!!! DATA PERBANDINGAN PENJUALAN TANAH DI PULAU PINANG, PAKATAN RAKYAT JUAL TANAH LEBIH MAHAL DARI BN


BN jual tanah 36 kali ganda tetapi hasil sedikit - Guan Eng

Barisan Nasional menjual hampir 35 kali ganda tanah di Pulau Pinang berbanding yang dilakukan oleh pentadbirannya sejak enam tahun lepas.

Kerajaan Negeri era Barisan Nasional menjual kira-kira 3,661 ekar tanah dengan hasil keseluruhan berjumlah RM1.0586 bilion, manakala, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekarang menjual 106.1 ekar tanah dengan hasil keseluruhan sebanyak RM1.1102 ekar.

Saman Dalam Kampus Menghantui Pelajar UiTM



Ini lah dilema Pelajar UiTM.. Saman bersepah-sepah.. Kalau tak kena saman pasai tak da pelekat kenderaan boleh jadi saman parking..

Yang aku pelik pulak.. Bila student melayu UiTM.. Islam kot.. Dengan tak tutup aurat.. Rambut merah.. Pakai seluar getah.. Ala yang ketat tu.. Design baju menjolok mata.. Buat para laki-laki tergugat iman.. Tak pulak aku tengok pak guard UiTM nie saman masa budak2 ni masuk ikot pintu gate..

Yang paling aku tak boleh belah dengan pak guard nie.. Masa meronda naik 4x4.. Apa kejadah.. Naik lah motor.. Tugas hang menjaga keselamatan.. Bukan suka-suka ronda.. Suka-suka saman..

Pastu bila kita panggil depa pak guard amboi jeling.. Kononnya terhina lah.. Sebab depa di naik taraf sebagai polis bantuan.. Kena panggil polis bantuan baru depa layan kita..

Nie nak cerita sikit pasai parking kat UiTM.. Parking ada dua darjat.. Satu Parking staf dan Parking student.. Parking staf kat mana2 pon berlambak.. Sana sini.. Tapi parking student terhad sangat.. Kalau salah parking alamatnya mendapat la surat saman.. Tapi bila staf salah parking tak pulak aku tengok ada surat saman kat cermin depan.. Double standard..

Dalam kes budak nie.. Mengikut apa yg ada pada surat saman tu.. Menang tak patut.. Ada ka dalam akta saman menyaman UiTM nie tak boleh lekat sticker ulama? Kalau ada tolong tunjuk kan kat aku.. Aku pon nak tau jugak..

Kalau pasai salah parking tu hang kena terima lah.. Sebab parking kat UiTM ada tempat yg boleh ada yang tak boleh.. Aku sendiri pon hairan kenapa ada undang2 macm tu.. Mungkin kita student..

Nasihat aku.. Kalau hang nak bayar p jumpa pegawai atasan.. Slow talk dengan dia.. Mungkin dia boleh bagi 1 saman bayar RM10..

Aku dah dua tahun ada pelekat TGNA kat kereta dan Sticker SAMM dekat motor.. Buat masa nie.. Belum lagi kena saman.. Alhamdulilah.. Kalau aku kena.. Aku pon akan bising jugak la.. Gila apa.. Bukan aku kacau hangpa pon..

Ada lagi benda yang pelik kat UiTM.. Lecture aku masuk kelas suka cerita benda2 nie..

Ada sedikit cerita di atas aku cedok dari lecture aku dan pengalaman aku sendiri..


Teras Manifesto BN, Benarkah Kos Sara Hidup Semakin Rendah?

Masih kita ingat dengan ungkapan ini
"Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi suatu isu yang amat penting kerana ia melibatkan kehidupan kita secara langsung. Malah, cadangan berkenaan kos sara hidup merupakan antara yang terbanyak disalurkan oleh orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014 baru-baru ini, dan ianya telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya. 
Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi, dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi global." Najib Razak

Pantun DrMAZA Perli Kerakusan Najib Razak

Dua tiga sambal lepat
Udang galah baik disumbat
Dua tiga Syiah melompat
Barang juga naik berlipat

Dua tiga sambal lepat
Tiang bukit tak sepadan
Dua tiga Syiah melompat
Tol & elektrik rakyat dibeban

Dua tiga sambal lepat
Tiga raga ikan sembilang
Dua tiga Syiah melompat
Harta negara makin hilang

Kesian Wahid Omar dipergunakan Untuk Mempertahankan Kerakusan Kerajaan Najib Razak


Maka hari rabu pun kembali la tiba. Maka sekalian menteri2 bangang, bodoh, tolol, bengap pun berkumpul la masing2 untuk bermesyuarat bagi membincangkan apa lagi langkah seterusnya untuk menipu rakyat di negara Jin Bertendang.

Menteri Bengap memulakan bicara.

Wednesday 18 December 2013

Gambar Keadaan Banjir di Kilang LYNAS Belum Terdedah Kepada Rakyat


Sebelum nie ramai yang persoalkan bagaimana Loji Lynas di Gebeng, Kuantan, boleh beroperasi seperti biasa sedangkan wilayah tersebut dilanda banjir yang teruk ekoran hujan monsun. Bagaimana ia boleh beroperasi seperti biasa. Jumlah air yang mereka  salur keluar apabila berfungsi sepenuhnya adalah sangat serius.

Jadi di mana mereka menyimpan air itu sekarang? Mungkin loji tidak berfungsi.

Rakyat Malaysia Masih Ingat Akan Rintihan & Rayuan Najib Sebelum PRU13.. Najib sudah Insaf Berilah Dia Peluang 1000 Tahun Lagi



Masih hangpa ingat lagi dengan berita nie..
Sebelum PRU13 apa yang najib cakap? Dan sekarang apa yang dia buat..

Adakah orang yang memanjangkan pemerintahan najib akan rasa bangga dengan apa yang dia telah lakukan..

Aku masih lagi ingat lagu yang di dendangkan sewaktu ceramah dulu..

"Madu ditangan kanan mu ........, Racun ditangan kirimu ....., Aku dah tahu mana satu pilihan ku.."

Pilihan ditangan sendiri.. Tapi ternyata ada juga yang silap dan salah buat pilihan..

Sesal sekarang pon tak dak guna.. Lepas hangpa semua buat keputusan pada PRU tempoh hari..

Kita semua kena nasib sendiri.. Setelah apa yang mereka buat pada kita..

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak

Kami senyum lihat tuan makin menggalak
Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan

Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan
Tuan jangan lupa

Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula

Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana
Kuasa tuan dari kamiNaiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..

Dataran Merdeka Mu Tunggu Aku Datang 31 December 2013 Jam 10pm



Kenyataan Media
18 Disember 2013

Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka

Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat.

Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau. Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

Inisiatif rakyat ini boleh dilihat melalui sebuah laman FB yang mengumpul kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam tersebut. Usaha ini berhasil apabila lebih seribu pengguna FB mengesahkan kehadiran dalam masa hanya beberapa jam. Laman tersebut adalah seperti di bawah;

Laman: https://www.facebook.com/events/666666776717568
Hashtag: #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #RPDM31D

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyahut cabaran mempromosi protes rakyat ini secara maksima, menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, samada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan.

Antara bebanan yang dimaksudkan ialah kenaikkan harga petrol pada September lalu diikuti kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan tambang bas sekolah, dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 15 lebuhraya. Maka himpunan bantahan ini adalah bertepatan.

Melalui media, SAMM difahamkan sebuah gabungan NGO TURUN turut berhasrat untuk bersama rakyat memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi protes. SAMM menyambut baik keputusan tersebut dan menggalakkan lebih banyak NGO untuk turun protes bersama di Dataran Merdeka.

Dalam perkembangan sama, tidak dinafikan ada pihak / individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan. SAMM menafikan sama sekali sebarang keterlibatan. 

Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri.

Bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata. 

Akhir sekali, SAMM akan kemaskini segala perkembangan memandangkan terdapat banyak pihak yang sudah menghubungi SAMM menyatakan kesediaan untuk bersama rakyat pada malam ambang tahun 2014. Satu gabungan lebih besar mungkin akan direalisasikan.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Menjadi Bualan Panas Menjelang Tahun 2014 dan Rakyat Gelak Terbahak-bahak Sebab Najib Gagal Tunaikan Janji Semasa PRU13 Lalu.. Semua Janji Tinggal Chapati..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan gagal mengotakan janji bahawa tiada kenaikan tol dalam Bajet 2011 lalu.

Ini adalah janji Najib semasa membentangkan Bajet – iaitu tidak akan menaikkan tol dalam masa lima tahun.

Surat Terbuka che'GuBard Kepada Hj. Hadi Awang: ADAKAH HJ HADI SAMA TARAF DENGAN ZAHID HAMIDI? BUKTIKAN ATAU MOHON MAAF!

Bacalah dengan hati yang terbuka.. 

Kenyataan terbuka buat

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hj Hadi Awang.

18 Disember 2013

ADAKAH HJ HADI SAMA TARAF DENGAN ZAHID HAMIDI ? BUKTIKAN ATAU MOHON MAAF !

Bismillahirrahmanirrahim.. dan Assalamualaikum..

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:
 “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Cadangan Wujudkan Jabatan Facebook Negara Shabery Cheek Jadi Perbualan Hangat Warga Facebook.. Maka Rompakan Melalui Media Sosial Akan Bermula

Tak sudah-sudah dengan cadang yang dilemparkan oleh menteri-menteri sebelum nie.. Kini shabery cheek tampil sekali lagi dengan cadangan mewujudkan Jabatan Facebook Negara (JFN) selepas memberi alasan khemah tidak sesuai untuk mangsa banjir..

Perlu ka adakan Jabatan Facebook Negara nie?
Untuk apa.. Dari Azman dia ada menyebut untuk mengenakan bayaran.. Senang-senang saja hangpa nak buat duit dengan rakyat..

Sedangkan orang yang cipta Facebook pon tidak mengenakan bayaran kepada pengguna account facebook.. Sudah lah rakyat di tindas di himpit dengan segala kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.. Sekarang mahu menanggung beban nie pulak.. Sudah-sudah la menjadi menteri kalau sekadar memberi idea yang menyusahkan kan lagi kehidupan rakyat.. 

Percayalah kita.. dengan cadangan low class yang tiada gred nie.. aku percaya ada juga macai yang akan menyokong tindakkan dan cadangan Shebery nie.. Kerana meraka hanya tahu menjilat saja.. 

Untuk menguatkan lagi daya ingatan kita aku serta kan bersama antara alasan dan cadangan menteri yang mungkin bagi aku tiada class langsung..

Dari kepala sampai ke ekor semuanya dengan idea busuk.. 

UMNO BAB MENYAMUN MEMANG GRED AAA


Umno ni.. bab MENYAMUN nombor satu. 

Tak ada pimpinan dalam umno yang tak mengharapkan LABA dari parti penyamun ni.. waima projek mesen rumput tepi jalan pon mereka sapu habis..

Tau tau.. rumah banglo besar.. kerata tak tau nak parking mana dah..

Semua jadikan umno tempat bergantung..bak kata Najib baru baru ni.. kalau tak join umno. Jadilah miskin papa kedana macam Yeop Pasir yang meraung tak dapat projek haritu. 

Dah dapat projek.. tau tau aja lewww...

Tak gitu? 

-Jason

Tuesday 17 December 2013

Penjilat di Perlukan Ketika Mana Isu Kenaikan Kadar Harga Tol Sedang Rancak Tersebar di Ruang Media Maya


Bagaimana kenaikan kadar tol akan mempengaruhi mereka-mereka yang tidak menggunakan tol?

Kadar tol semasa dinaikkan.

Kenaikan ini akan diserap oleh syarikat-syarikat yang menggunakan laluan darat untuk hantar barang-barang mereka kepada kedai-kedai, kilang dan sebagainya.

Kenaikan ini akan meningkatkan kos operasi mereka.

Dan beban kenaikan ini akan disalurkan kepada pengguna akhir melalui harga barang dan perkhidmatan.

Dan beginila caranya orang2 kampung yang mana jalan dia takde tol pun dipaksa membayar tol secara tidak langsung.


Macam mana boleh ada orang yang berfikiran sempit dan jumud nie.. 

 Iya la, kan aku beli handphone hari-hari macam aku lalu tol.

Jenis-jenis BODOH Menteri Ikot Gred Pilihan Rakyat


"Kalau harga ayam naik, jangan makan ayam."

"Kalau tol mahal, jangan guna tol."

"Kalau harga sayur mahal, tanam sendiri."

"Kalau tak suka sistem pilihanraya malaysia, pindah keluar negara."

"Kalau tak nak hidup susah, bunuh diri."

"Kalau gaji kecik, pergi rompak."

"Kalau benci orang, tembak."

"Kalau BN menang, Rakyat senang!" 

Haha. Negara sarkis oleh BN

Terima Kasih Ronasina

Bukti Gred AAA Macai umno Terdedah.. SAH!!! ANWAR IBRAHIM PENAUNG HIMPUNAN SOKONG GAY



Hahahahaa.. Hahahahaha.. Macai-macai.. Berapa banyak duit hangpa habis buat benda haram jadah nie.. Fitnah orang sana sini..

Yang pelik aku ada jugak orang yang percaya dalam keadaan bodoh.. Di bodohkan oleh geng sendiri.. Adalah benar jenis orang melayu suka mengiakan saja, suka anggok-anggok saja.. apa yang datang dari mulut geng mereka tanpa ada kaji selidik..

Nah nie sebenarnya program tu.. Jangan lupa p pulak.. Phuii..



Jom Turun Ramai-Ramai!!
Pelancaran Kempen Faham GST & Tolak GST!!
Hari Jumaat 20 Disember 2013!!
Masa: 8 Malam - 11 Malam
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur
Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat!!
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
YB Tuan Lim Kit Siang
YB Rafizi Ramli
YB Tony Pua
Dr Dzulkefly Ahmad

Kalau nak sokong GST.. Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan sekali pon jangan la buat fitnah macam nie.. Sah umno itu terok perangainya..

Ratu naga tu pencaci umnoq tegaq..

Nurkilan Dalam Tandas UiTM Menarik Perhatian Aku..



Ini lah antara produk UiTM yang telah berjaya mengajar erti syukur kepada pelajarnya..

Tulisan nie di tulis dalam tandas sebuah UiTM antara yang tertua di Malaysia..

Terkejut aku tadi masuk tandas tiba2 terbaca nurkilan seorang produk keluaran UiTM nie..

Ada la yang sesetengah yang universiti buat tak kena, bertentangan dan membebankan pelajar.. Tambah2 apa bila orang politik seperti Ibrahim Ali ada di dalam organisasi UiTM..

Bebaskan budak UiTM dan U lain daripada berpikiran sempit dan jumud.

Bebaskan Universiti dari ahli politik yang rasis.. Hipokrik..

Cadangan Gred AAA Terdedah.. "Kalau tak nak bayar tol guna jalan biasa.."

Angkuh

Tidak faham kesengsaraan rakyat.
Standard Menteri UMNO.. Ayam mahal dia kata jangan makan ayam.. 
Tol mahal pulak dia kata jangan guna leburaya...

Kadang kadang kita dah tahu menteri nak respon apa bila ada isu kenaikan harga. Bukan nak fitnah, tapi ini dah boleh dijangka. Menteri semakin bodoh belaka. Lagi baik dorang duduk hutan jadi ungka. - Johan

Alhamdulilah.. Mazidul Akmal di Beri Akal Gred AAA Untuk Berfikir dan Sedar Akan Kerajaan Telah Menekan Rakyat


Suatu ketika dulu kita hentam Mazidul kerana isu yang dia bawa dan yang dia sokong lebih kepada mengampu dan memuja pimpinan najib razak.. Tapi sekarang Alhamdulilah.. Mazidul telah tersedar dari lena.. Peka dengan permasalahan rakyat..

Terbaru.. Kemarahan Rakyat Kepada P1 Membuak-buak Kali Ini Kereta Serang Kedai.. Habis Hancur Kedai


Sudah menjadi pengetahuan umum heboh di laman sosial apabila banyak luahan tidak berpuas hati pengguna P1 Wimax yang mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan internet P1 Wimax yang dikatakan sering menipu pelanggan. Ramai pengguna yang dikatakan tertipu dengan “janji manis” yang disebut oleh jurujual mereka.

Antara Kebanggan Rakyat Malaysia Hidup Di Jerman.. Ulasan Gred Ori Kilang




Dari Rizq Fadzlin Mohd Ramli 
ye dan lebih bermakna hari bekerja empat hari seminggu.
kestabilan ekonomi jerman diasaskan selepas perang dunia kedua dimana setiap pimpinan negara itu hanya berkhidmat utk negara dan rakyat.jerman mempunyai kerajaan yg diurustadbir dgn cekap jujur telus dan yg paling utama setiap hasil kekayaan negara dikongsi bersama rakyat.even janitor(kerja angkut sampah) menikmati taraf hidup yg lebih sempurna dan lestari dr jurutera di negara kita.
sewajipnya kita sebuah negara yg mempunyai kepimpinan islam telah lebih terkehadapan dr jerman 

Monday 16 December 2013

Nurul Izzah Anwar Pulak Syiah.. Bukti Gred AAA Dari Macai umno Versi Orang Tua


"Hantar surat berkaitan agama kat pejabat DBKL".. Takkan la tak blh pikir kot.... simple logik..

Permohonan ajaran syiah masuk kat DBKL? nak bukak warung ke? hahahahhahaa tersangatlah bangangnya melayu umno ni..

YB izzah pi hantar bantahan cukai pintu naik la.. Apasal level pemikiran macai terlampau macam ni.. Tak paham aku..

Keadaan Sebenar

Alasan Gred AAA Anak Sarjan Mejar umno Batu Kawan Lepas Dari Kena Saman Dengan Polis


Aku baca respon dari Cik Erna anak kepada sarjan mejar umno batu kawan
"actually its depend pada budi bicara..sy xkesah pun if disaman..da mmg salah sy..tp dah dilepaskan..alhamdulillah...jadi apa masalah nye ye.."
Budi bicara dengan korap tidak sama.. kalau lepaskan pesalah sebab dia anak orang UMNO.. rasanya itu tiada dalam mana-mana aplikasi undang-undang di Malaysia.. Kalau ada boleh tunjukkan saya..

Saja nk buat isu ka ni... Anak polis, ok... ayah pangkat sarjan mejar, ok.. kerja umno btu kawan??.. UMNO Batu Kawan?????.. Bukan balai polis Btu Kawan ka??

Komen Gred AAA Dari Penjilat Umno Kepada Rakyat Yang Bodoh Tak Reti Nak Bersyukur

Dia ingat semua sekolah umno, klinik umno, sepital umno, mesjid umno tu umno buat pakai duit umno kot...

Malu lah sikit dengan orang ngaji Pondok.Mereka infak kan masa,tenaga dan umur untuk belajar ilmu Islam dengan Tuan-Tuan Guru yang mulia.

Jangan pandang lekeh benar dengan orang Pondok.Mereka belajar ilmu akhirat.Nampak memang mereka tak ada apa,hakikat sebenar,merekalah tempat lahirnya para alim ulama' dan para asatizah.

Moga wanita ni,diberikan petunjuk dari Maha Esa.

Insya Allah.

Siap Sedia.. Kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) akan SERANG SABAH!!!


Siap sedia 'flush out' ancaman timur Sabah

Pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
   
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.

Macai Umno Kata Menteri Serupa Pela*


La.. Sedar pon.. aku ingat dah tak dak otak dok menjilat saja apa yang kerajaan buat.. 

Bagus-bagus satu tindakkan awal melawan regim pemeras ugut rakyat..

Macam bodoh kan bila alasan menteri serupa budak-budak.. Kalau rasa dah penat jadi menteri baik turun saja.. Bagi la kat sapa-sapa yang layak.. Dari rakyat tertekan macam nie.. Akan merempat di bumi sendiri..

Rakyat umpama sudah jatuh di timpa palang TOL.. 

Sunday 15 December 2013

KDN Buat Lawak Lagi, 'Bukti Gred A Syiah' Mat Sabu tak akan didedah


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukti yang didakwa mengaitkan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah tidak akan didedahkan kepada umum.

Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

KESAN KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN WARGA KOTA

KESAN KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN

Sebagaimana kita maklum, kenaikan ini bersifat menyeluruh iaitu dikenakan kepada setiap kediaman dan premis perniagaan. Hal ini menyebabkan beberapa kesan berangkai yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat Wilayah Persekutuan.

1.      Inflasi. Jangkaan ini mendapat perhatian ramai ahli ekonomi di negara kita. Ia bukan hanya berkaitan kenaikan cukai taksiran semata-mata, ia juga berkaitan pemotongan subsidi gula, minyak dan kenaikan tarif letrik. Kenaikan tol juga dijangkakan berlaku juga pada tahun 2014 dan kita sedia maklum tol paling banyak adalah di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang. Maka, inflasi yang berlaku ini akan memberi tekanan ekonomi kepada warga kota yang rata-rata pendapatan bertambah 3-8 peratus sahaja setahun berbanding inflasi yang dijangka antara 12-15 peratus. Bayangkan kenaikan gaji yang tidak setara dengan peningkatan harga barang dan sebagainya, bagaimana pula pihak kementerian begitu tega melihat rakyat membayar cukai taksiran yang dinaikkan secara mendadak?

2.      Kos sara hidup yang meningkat. Apabila inflasi meningkat pastinya kos sara hidup sesebuah keluarga akan meningkat. Ini berlaku apabila pemotongan subsidi gula dan pengurangan subsidi beberapa keperluan asas seperti petrol, gas, tepung dan sebagainya menyebabkan pendapatan rakyat mengecil. Ini menyulitkan warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk meneruskan survival kehidupan.


3.      Ini sekaligus memberi tekanan psikologi kepada masyarakat ibu kota. Maka tidak pelik dan tidak hairan jika jenayah berleluasa dan masalah sosial semakin menjadi-jadi di kalangan remaja. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah rentetan masalah tekanan jiwa yang dialami apabila dihimpit kesusahan dan kemiskinan. Maka pihak kementerian wajar ambil serius kesan berangkai ini kepada pembinaan tamadun Malaysia.

TUNTUTAN DAN CADANGAN

Justeru, DPPWP ingin membuat beberapa tuntutan dan cadangan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk isu ini.

Tuntutan-tuntutan kami mewakili warga kota;

1.      Kenaikan cukai taksiran ini dibatalkan pelaksanaannya dengan pihak kementerian membuat kajian menyeluruh terhadap impak kenaikkan terutama kepada miskin bandar yang majoritinya berbangsa Melayu.

2.      Adakan dialog dan sesi perbincangan dua hala antara pihak kementerian mahupun DBKL dengan seluruh persatuan peniaga-peniaga dan persatuan penduduk di ibu kota bagi memahami masalah yang dialami oleh warga kota sebelum melaksanakan sesuatu dasar yang menjerut pendapatan rakyat.

3.      Kecekapan mengurus dan mentadbir kewangan DBKL perlulah ditingkatkan dan lebih efisien bagi memastikan setiap warga kota merasai dan memperoleh hak mereka sebagai rakyat dengan mengelakkan segala ketirisan, kebocoran dan penyelewengan dalam urus tadbir sumber kewangan yang kita maklum milik rakyat yang membayar cukai.

Selain itu, DPPWP mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi menangani isu ini;

1. Jangan ada sebarang kenaikan cukai taksiran kerana DBKL memperolehi lebihan keuntungan setiap tahun walaupun kenaikan yang minimum.

2. Jika DBKL terdesak untuk menaikkan cukai ini, kenaikkan hendaklah minimum iaitu lebih rendah daripada 6 peratus yang dicadangkan bersesuaian dengan kos sara hidup meningkat ekoran kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.

3. DPPWP mencadangkan jangka masa bantahan hendaklah dipanjangkan lebih lama bagi membolehkan orang awam memahami hak mereka sebagai pembayar cukai.

4. Meningkatkan mutu perkhidmatan dan infrastruktur awam di ibu kota supaya warga kota dapat menikmati kemudahan tersebut dengan lebih selesa bersesuaian dengan cukai yang dibayar setiap tahun.

5. Menaikkan cukai taksiran kepada golongan berpendapatan tinggi atau individu/syarikat yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi sahaja supaya kekayaan mereka dapat digunakan untuk meningkatkan infrastruktur awam.

PENUTUP

DPPWP berharap memorandum ini diterima dengan baik dengan mempertimbangkan segala cadangan dan tuntutan rasional yang dikemukakan. Ini penting bagi menjaga kebajikan dan kepentingan warga kota yang mempunyai pelbagai latar belakang pendapatan khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Khairil Nizam DPPWP

PENGURUSAN DBKL KURANG CEKAP BERBANDING SELANGOR PUNCA TEKANAN KOS SARA HIDUP WARGA KOTA

ULASAN Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan kenaikan cukai taksiran yang dipungut melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia diumumkan akan berkuatkuasa pada tahun 2014 dengan kenaikan sebanyak 100 peratus hingga 250 peratus setelah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan mahupun dikaji semula mengapa ia tidak dinaikkan.

Rentetan daripada pengumuman tersebut, banyak reaksi negatif dapat dilihat sama ada di media perdana mahupun media alternatif. Ini menunjukkan pengumuman tersebut dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sebarang kajian mendalam bagi impak kenaikan cukai taksiran tersebut.

KEWANGAN SEMASA DAN KEUNTUNGAN DBKL

Antara fakta perbandingan yang kita perlu akui bahawa,  Bajet Selangor ditujukan untuk menangani penduduk yang jumlahnya 3.2 kali lebih besar daripada penduduk Kuala Lumpur, dan perkhidmatannya menjangkaui daerah yang 33 kali lebih luas daripada ibu kota.

DBKL dijangka memperoleh pendapatan RM1.69 bilion iaitu lebih kurang sama dengan Selangor, RM1.63 bilion. Kenaikan pendapatan RM511 juta daripada tahun 2010. Namun, DBKL ingin membelanjakan RM2.19 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan, 34 peratus lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan hanya RM1.63 bilion. Ia membelanjakan RM1.406 bilion untuk perbelanjaan operasi, 41 peratus lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM996.68 juta. Emolumen dan perbelanjaan lebih masa mencecah RM442.1 juta bagi DBKL, 19 peratus lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM370.5 juta.

Mengenai asas perkapita, DBKL membelanjakan RM907 bagi perbelanjaan operasi bagi setiap penduduk, empat kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM201. Bagi perbelanjaan operasi untuk setiap kediaman, DBKL membelanjakan RM3,348, hampir lima kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM738.

Melihat kepada perbelanjaan operasi mengikut keluasan, Selangor membelanjakan RM122,986 bagi satu kilometer persegi berbanding DBKL RM5.79 juta. Dari sudut perbelanjaan pembangunan, Selangor membelanjakan RM633 juta berbanding DBKL RM782.6 juta. Selangor mempunyai bajet yang berimbang, malah dana dalam kantungnya meningkat daripada RM400 juta dalam 2008 kepada RM2.7 bilion.

Adalah jelas berdasarkan statistik di atas, DBKL kurang cekap berbanding Selangor. Daripada meminta lebih banyak wang, DBKL sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan kecekapannya, mengurangkan kos dan pembaziran. Dan ia juga perlu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menunjukkan bagaimanakah wang warga kota dibelanjakan.

Contoh kes projek sakit yang cukup menyedihkan pembayar cukai ialah sebagaimana dibentangkan oleh Laporan Audit Negara berkenaan projek Taman Dusun Bandar di Jalan Bellamy. Projek itu sepatutnya sudah siap sepenuhnya pada tahun 2007 bagi merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2007.

Namun, pelaburan lebih RM17 juta itu gagal memberikan hasil terbaik kepada industri pelancongan Kuala Lumpur apabila projek 'sakit' itu tidak membuahkan hasil apabila pokok-pokok buah yang ditanam tidak menjadi dan tidak banyak buah-buahan dan tumbuhan herba hidup subur di taman tersebut.

Projek 'sakit' ini telah didedahkan oleh mantan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan yang lepas menyatakan projek ini telah diberikan kepada sebuah firma dengan kontral runding terus yang sememangnya menyalahi amalan pemberian kontrak yang sepatutnya dilakukan melalui kontrak tender terbuka. Lebih malang lagi, firma yang memperoleh kontrak ini pula tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek berkaitan pertanian.

Inilah amalan pengurusan tidak cekap dan sambil lewa yang diamalkan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL. Hasil cukai sepatutnya diurus dengan lebih cermat, berdisiplin dan berhemah bagi menguntungkan warga kota. Namun, perkara sebaliknya berlaku.

Maka, adakah masih perlu atau wajar dibebankan warga kota dengan kenaikan cukai jika DBKL masih cuai mengurus sumber kewangan yang diperoleh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.