VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 12 April 2014

MH370: Juruterbang Buat Panggilan Semasa Pesawat Berpatah Balik


Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pihak polis akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut.

TRANSFORMASI BERJAYA MEMISKINKAN RAKYAT DI NEGERI KAYA DENGAN HASIL BUMI


Transformasi berjaya memiskinkan rakyat di negara kaya. Statistik sekarang pun teruk apalagi setelah GST dilaksanakan. Hidup BN!

TAHNIAH KERAjaan UMNO/BN.. Transformasi-NAJIB berjaya memiskinkan rakyat di negeri2 yg kaya hasil bumi.

Statistik sekarang pun dah teruk apalagi SETELAH GST DILAKSANAKAN. 

Negeri2 di bawah BN, Sabah & Sarawak menduduki carta TERBAEK Kadar Kemiskinan

JUARA & NAIB JUARA HIDUP BN !! BIAR RAKYAT MISKIN JANJI NEGARA AMAN... KRONI KENYANG & SENANG!!!

Mawar Fareeda Menghina Golongan Rakyat Berpendapatan Rendah


Belumpun reda isu rampasan tudung tiruan Fareeda yang mendapat kecaman hebat di laman sosial, kini ia dihangatkan lagi dengan kenyataan pengarah urusannya yang dianggap angkuh dan menghina golongan berpendapatan rendah.

Pengguna laman sosial mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran Fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli.

Seorang peminat tudung Fareeda, Nurkamisah Sharil memuat naik satu komen di Facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan jenama berkenaan menghasilkan tudung lebih murah.

Bagaimanapun cadangannya itu dibidas oleh Pengarah Urusan Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim dengan berkata, ‘kalau mahu berfesyen, kena tengok pada kemampuan diri’.

Kenyataannya itu mendapat komen negatif daripada pengguna laman sosial yang menganggap Mawar tidak sensitif terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Mawar ni memang angkuh. Cuba letak diri anda di tempat orang yang berpendapatan rendah, baru awak rasa. Dahla tudung singkat, mahal pula itu. Memang patut diciplak kerana yang tidak original lebih labuh dan selesa,” (sic) komen salah seorang pengguna Facebook, Aina Fatimah Zaharah yang turut berkongsi kenyataan Mawar di laman sosial.

Namun, terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.

Friday, 11 April 2014

BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR?


Sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan khususnya setahun kebelakangan ini, rakyat telah digesa untuk akur menerima cukai baru ini yang dikhabarkan efisyen demi kelangsungan ekonomi negara.

Pelbagai usaha berbentuk promosi yang menelan belanja ratusan juta telah diperhabis demi memberi kefahaman kepada semua betapa GST itu kononnya tidak membebankan rakyat. Lagu GST dicipta dimainkan di televisyen dan corong radio, papan billboard diwarnai dengan kebaikan GST, pelbagai poster dilekat di bermacam tempat awam termasuk dalam LRT dan Tren, dan pelbagai lagi kaedah promosi dengan tujuan untuk menghasut rakyat menerima GST.

Namun rakyat pula saban hari didedahkan dengan pelbagai ketirisan, pembaziran, rasuah dan perilaku tidak amanah dalam pentadbiran kerajaan. Malah kerajaan sering menanggung kerugian dari setiap keputusan kurang bijak dalam memberi tender, akhirnya kos tambahan bernilai ratusan juta ringgit terpaksa dikeluarkan. Antaranya adalah akibat dari kelewatan kontraktor menyiapkan projek, bangunan tidak siap dan bangunan rosak atau runtuh, yang menyebabkan wang rakyat terus mengalir di saluran yang tidak sepatutnya.

Justeru, promosi GST besar-besaran itu tidak mampu mengambus rencana pentadbiran sebuah kerajaan yang sangat lemah dan menghabiskan wang rakyat.

Laporan audit setiap tahun juga tidak menampakkan perubahan positif. Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dengan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan.

Persoalannya, siapa yang berdepan tindakkan itu? Rakyat biasa atau menteri?

Perkembangan terbaru yang menggemparkan parlimen baru-baru ini menjelaskan konsep wasattiyyah yang dilaung oleh Perdana Menteri adalah songsang. Kita sering dengar pembaziran isteri PM, kali ini hasil pendedahan seorang cikgu, dapat diketahui bagaimana Timbalan Perdana Menteri dan keluarganya pula beraksi melampias wang rakyat di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Merujuk kepada jadual perjalanan TPM merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-13 April 2014, urusan rasmi hanya sekitar 3-4 jam sahaja iaitu pada 9 April 2014. Apakah baki empat hari lagi dihabiskan di atas padang golf di Dubai?

Dalam jadual yang sama, tertera perkataan 'private program' dan 'free program' pada tarikh 10, 11 dan 12 April sebelum kepulangan Muhyiddin ke Malaysia pada 13 April.

Apakah segala perbelanjaan, penginapan, tiket-tiket penerbangan delegasi TPM dan keluarganya selama 6 hari dan 5 malam di bumi bertuah UAE terpaksa ditanggung oleh duit rakyat?

Ini suatu pembaziran yang telah disusun dan dihalalkan. Modus operandi pergi ke luar negara untuk urusan rasmi, sambil bercuti sakan. Ini bukan hanya berlaku di kalangan PM dan TPM, tetapi ia berlaku di kalangan semua menteri, menjadi satu kemestian, menjadi satu acara wajib tahunan.

Di atas pembaziran yang melampau, di atas ketirisan yang tidak berkesudahan, bagaimana rakyat mahu menyerahkan wang baki poketnya untuk membayar cukai GST?

Ya benar, sememangnya GST adalah cukai yang telus dan efisyen, tetapi apa yang rakyat Malaysia perlukan hari ini ialah kerajaan yang telus dan efisyen.

Jika kerajaan tetap bertegas melaksanakan GST, maka rakyat juga perlu bertegas untuk menyambutnya di jalanraya, pada tanggal Hari Buruh 1 Mei 2014.

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

GST : Mengapa Hanya 81 Yang Menolak?




Rang Undang-Undang GST yang telah diluluskan pada tanggal 7 April 2014 merupakan antara rang undang-undang besar yang memberi kesan langsung kepada keadaan kehidupan rakyat apabila dilaksana kelak.

RUU ini telahpun menjadi bahan mulut ramai semenjak kempen PRU 13 lagi dan lebih kuat kedengaran apabila Perdana Menteri mengumumkan hasrat Kerajaan untuk melaksanakannya menjelang April 2015. Serentak itu juga, pelbagai kumpulan masyarakat sivil telahpun menjalankan kempen masing-masing sama ada menyokong atau membantah perlaksanaan GST ini.

Namun, SAMM Johor agak terkejut sewaktu RUU ini diluluskan dengan undian 118 menyokong dan 81 menolak. Mengapa hanya 81 yang menolak? Ke mana 8 orang Ahli Dewan Rakyat yang mewakili parti komponen Pakatan Rakyat menghilang sewaktu Rang Undang-Undang ini dibentang untuk pengundian? Walhal, Pakatan Rakyat secara jelas membantah RUU ini.

Ia memang pasti bahawa 89 tidak akan dapat mengatasi 133 namun, keikhlasan sebagai mengotakan janji bahawa merekalah merupakan pemimpin yang mendengar derita denyut nadi rakyat inilah yang ditagih. Hampir selalu pemimpin-pemimpin ini berdegar-degar sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di pentas ceramah menyatakan 51% rakyat Malaysia menyokong mereka, nah inilah masanya untuk menunjukkan kesungguhan anda dalam mempertahankan kehendak dan suara 51% itu.

Kehadiran penuh 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menggagalkan RUU GST diluluskan tetapi ia menjadi bukti kesungguhan dalam mengotakan janji tapi malangnya Pakatan Rakyat masih gagal dalam memastikan kehadiran setiap wakil mereka pada hari pengundian satu rang undang-undang yang memberikan kesan kepada kehidupan rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat secara jelas telah memberitahu pada hari Khamis sewaktu RUU ini mula dibahaskan bahawa perbahasan akan mengambil masa selama 2 hari. Begitu juga pada pagi Isnin yang lepas, Speaker telah sekali lagi menjelaskan bahawa perbahasan akan ditamatkan pada petang tersebut bagi membolehkan Menteri Kewangan menggulung dan kemudiannya sudah pastilah pengundian untuk meluluskan RUU ini akan dilakukan. Dimanakah kepekaan ketua-ketua Whip parti komponen Pakatan Rakyat dalam memastikan kehadiran kesemua ahli mereka pada hari tersebut?

Di sinilah kewajaran pandangan SAMM Johor sebelum PRU lepas bahawa seharusnya setiap wakil rakyat hanya memegang satu kerusi sahaja, sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negeri. Bagaimana mungkin seorang manusia biasa akan mampu menggalas beban tugas sebagai Ahli Dewan Rakyat dalam ketika yang sama menjadi Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri? Malah, ada di kalangan yang tidak hadir itu, baru-baru ini mempunyai impian untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

Adakah berada di luar Negara itu lebih penting daripada berbahas menyuarakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia berkaitan GST? Jika pilihan berada di luar Negara itu lebih utama, maka bertandinglah di luar Negara.

SAMM Johor mengucapkan tahniah kepada 81 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah berjuang mempertahankan suara rakyat. Beberapa Ahli Parlimen PR yang telah berbahas dengan idea yang baik juga sememangnya layak mendapat penghargaan daripada segenap lapisan rakyat.

Bagi kumpulan 8 orang yang tidak hadir ini, anda semua berhutang satu penjelasan kepada penyokong dan 51% rakyat Malaysia. Jika anda tidak mahu memperjuangkan suara kami, berundurlah dan jangan menghina sokongan yang telah kami berikan dalam Pilihanraya Umum yang lepas. Dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku.

Kenyataan Ini Telah Disepakati Bersama Oleh

1. ROSLEE MOHD SHARIF

2. AZLAN ISHAK

3. MOHD AZROL AB. RAHANI

4. AHMAD ANWAR ASYRAF

5. MIRA SANI

Penyelaras-Penyelaras Bersama

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor

Memali: Akhirnya Mahathir Mengaku Berada di Malaysia


Bekas Perdana Menteri,Tun Dr MahathirMohamad akhirnya mengaku berada dalam negara ketika peristiwa berdarah Memali yang berlaku pada 19 November 1985.

“Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985,sehari sebelum saya terbang,”tulis Dr Mahathir dalam blognya,hari ini.

Namun,Dr Mahathir cuba meletakkan kesalahan ini kepada bekas Timbalannya,Tun Musa Hitam dengan menulis, “Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab.

Baru-baru ini,Musa mendedahkan di Kota Bharu, Dr Mahathirberada di Kuala Lumpurketika peristiwa Memali berlaku.

Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata,dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathirpada hari kejadian.

Musa menegaskan dalam kenyataan itu,dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.

Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihaktermasuk ensiklopedia bebas,Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Polis kemudiannya merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai mengakibatkan 14 penduduk kampung terbunuh.

Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.

Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

Pas menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Ekoran pendedahan Musa,PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini.

Wednesday, 9 April 2014

MH370: Surat Suami Kepada Penumpang Pesawat, Siapa Yang Harus Bertanggungjawab?


Terdapat kekaburan dari segi tanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian. Secara am, pihak mana yang seharusnya rasa bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian?

Secara spesifik, siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut?

1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan pesawat?

2. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan industri penerbangan negara?

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ruang udara negara?

Setakat ini kita dapat melihat tiada pihak yang bersungguh-sungguh menyatakan rasa tanggunjawab terhadap mana-mana perkara.

Yang ada hanyalah penafian.

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka tidak bertanggunjawab terhadap keselamatan pesawat awam yang terbang dalam ruang udara negara.

2. Tiada pihak rasa bertanggungjawab mengapa tiada kerjasama antara Pusat Kawalan Udara (ATC) penerbangan awam and ATM untuk mengesahkan status pesawat yang berpatah balik.

3. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila Panglima Angkatan Tentera menyatakan mereka menyedari pesawat dikesan radar melalui ulang tayang rakaman radar, hanya setelah empat hari kejadian berlaku.

4. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila dua penumpang menggunakan pasport palsu berjaya membolosi imigresen.

Menerusi sidang media yang kerap dikendalikan pada awal kejadian, rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas bahawa semangat yang ditunjukkan lebih kepada penafian tanggungjawab dan liabiliti, bukanlah perkongian maklumat ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Kerap kali kita dengar bahawa maklumat yang diminta adalah 'rahsia keselamatan negara' atau 'tidak boleh didedahkan kerana masih dalam siasatan dan boleh menjejaskan pendakwaan'.


Kebenaran yang hakiki

Di sebalik persoalan di manakah penumpang dan krew pesawat, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran yang mutlak terhadap perincian kepada apa yang telah terjadi. Walau berapa lama dan walau berapa kos, kita harus mendapatkan jawapan tersebut.

Tanpa jawapan tersebut, tiada jaminan peristiwa ini tidak akan berulang di masa depan. Jika harga 239 nyawa dan keluarga mereka tidak cukup, apakah jumlah nyawa yang cukup untuk kita mendapatkan jawapan tersebut?

Adakah setelah berulang sekali atau dua kali lagi peristiwa yang sama?

Atas harga 239 nyawa dan kesan terhadap keluarga yang terlibat, apakah pengajaran yang dapat kita ambil?

Saya pasti rakyat Malaysia tidak mahu 239 ini terkorban sia-sia tanpa sebarang pengajaran. Kita mahu kepastian bahawa peristiwa ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain.

1. Apakah pembaharuan yang perlu dari segi keselamatan pesawat dan penumpang?

2. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan industri penerbangan negara?

3. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan ruang udara negara untuk penerbangan awam? Apakah aset ketenteraan tidak dapat digunakan untuk menjamin keselamatan awam?

4. Apakah pembaharuan kepada pelan bertindak sekiranya peristiwa yang sama berulang?


Keperluan keluarga mangsa

Seringkali kenyataan yang rakyat Malaysia dengar adalah MAS akan menjaga kebajikan keluarga mangsa. Namun kebajikan yang MAS berikan adalah berbentuk memujuk dan menenangkan keluarga. Hakikatnya keluarga hanya inginkan dua perkara pada peringkat ini:

1. Keselamatan penumpang dan krew

2. Mengetahui kebenaran mutlak terhadap apa yang telah terjadi serta segala perinciannya.


_

Azrai Izet ialah suami kepada Fadzilah Abd. Rahim, penumpang penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Wan Azizah Jelas Satu Persatu Keluhan Hati Yang Selami Ini Dipendam Kepada ADUN BN


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan tindakan pembangkang Barisan Nasional (BN) yang sering menimbulkan isu mengenai Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam DUN Selangor.

Pertama kali diberi giliran untuk berucap, Wan Azizah bersikap defensif dan memberikan satu persatu hujah dan penjelasan tentang perkara yang terjadi kepada suaminya.

"Saya kurang faham obsesi (BN)...daripada dulu hingga sekarang dengan Anwar Ibrahim," katanya ketika membahaskan ucapan Titah Diraja Sultan Selangor hari ini.

Mengulas mengenai integriti sistem kehakiman mengendalikan kes Liwat II, Presiden PKR itu mempertikaikan cara panel hakim Mahkamah Rayuan mengendalikan kes.

16 tahun lamanya dicerca dan diaibkan di televisyen, beliau berkata hidupnya berubah dalam sejam ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap Anwar.

"Kalau didakwa suka sama suka kenapa budak (Saiful Bukhari Azlan) itu tidak dihukum? Itu adalah fitnah.

"Mana fekahnya wajib bersumpah dalam masjid kalau sistem kehakiman syariah sendiri tidak difahami?

"Jadi janganlah sewenangnya cakap," katanya.

Beberapa Adun BN kemudiannya bangkit cuba mencelah tetapi tidak dibenarkan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana tidak mendapat kebenaran Wan Azizah.

Tuesday, 8 April 2014

GST: Amaran Rakyat, Tangguh Atau Hadapi Himpunan Bantah 1 May






KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI

SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.

Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;

· Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.

· Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu

Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.

Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.

Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.

Sekian.

Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Sekretariat GST SAMM

Atas desakan dan kecaman daripada PAS Negeri Sabah, bendera haram Israel telah diturunkan!




Semalam PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran Sabah di premisnya.

Perkara ini sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum. Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini, Kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia. Pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara ini. Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut.

Dikhabarkan selepas kecaman ini.. Pihak premis terus menurunkan bendera israel.

Baru Satu Hari Jadi Adun Kajang Wan Azizah Kena Serang Bertubi-tubi Daripada Barisan Pembangkang


Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula menerima “serangan” daripada barisan pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini apabila menimbulkan isu moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kes Liwat II dan Langkah Kajang.

Adun BN sejak awal mempersoalkan Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf integriti institusi kehakiman apabila enggan menerima keputusan kes Liwat II, namun menyifatkan mahkamah sebagai adil apabila menolak pendengaran saman golongan ibu tunggal yang difailkan terhadap kerajaan Selangor.

Pencaturan Langkah Kajang juga turut diperlekehkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin negeri.

Haria Penang: Pemberian Sumbangan RM1 Juta Kepada FAP




Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyantuni Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menyampaikan saguhati sebanyak RM1 juta berikutan prestasi cemerlang pasukan bola sepak Pulau Pinang dalam mengharungi Pusingan Pertama Liga Perdana Malaysia 2014.

Sumbangan merupakan dana dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Dengan sumbangan ini diharap pasukan Pulau Pinang akan lebih bersemangat untuk mengharungi pusingan kedua yang akan bermula 11 April ini menentang JDT II di Pasir Gudang. 

Skandal MB: Bekas Gundik Menteri Besar Tuntut Wang RM3Juta Kerana Mungkir Janji


Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000.00 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

Difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau.

Audit Negara: Program Transformasi (Najib) Kedai Runcit, Buat Lebih Ramai Perniaga Gulung Tikar


Sebanyak 26 peratus daripada 70 kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14 peratus lagi gulung tikar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, kedai-kedai yang mengalami kemerosotan nilai jualan antaranya berpunca dari persaingan dengan  pasar raya berdekatan.

Kedai yang menutup perniagaan mereka pula adalah kerana menghadapi masalah kekurangan modal dan kesukaran peserta mendapat bekalan barang jualan sebab tidak memaksimakan pulangan ke atas jualan stok sebagai pusingan untuk pembelian stok seterusnya.

Sebelum ini pada tahun 2013 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyifatkan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) khususnya yang membabitkan sektor peruncitan sebagai berjaya dan banyak membantu peningkatan operasi kedai runcit khususnya di bawah kendalian SKM.

Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata, pada tahun lalu kira-kira 161 kedai runcit di bawah SKM menyertai program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR).

Monday, 7 April 2014

MH370: Man Of Steel Kebetulan Atau Memang Perancangan?


Kebetulan Atau Memang Perancangan???

Filem "MAN OF STEEL" Menceritakan Kesah "Vehicles" MIA 6370 Dan Menyebut "If I Don't Stop That Machine Off In The Indian Ocean...."

Patut Kah Aku Terjemah Kan Kod MIA 6370 Seperti Di Bawah :

MIA - Malaysian International Airport
6 - code for country
370 - MH370

Bas atau Pesawat = Vehicles

Aku Melihat Ianya Seperti Satu Mesej Dari Zionist Dalam Merancangkan Keterlibatan Kehilangan MH370.. Allahu A'lam

Cuba Youtube kan : http://www.youtube.com/watch?v=RajmAvijHIE&app=desktop

Rakyat Kelantan Terlupa BN Janji Buat Lebuhraya Pada Tahun 1986


Banner ini bertebaran di negeri Kelantan hari ini.. saya ingin respon sikit, BN janjikan lebuhraya pada tahun 1986.

i. Berjanji pada RMK6 (1986-1990) nak bina lebuhraya, sampai sekarang masih belum dibina.

ii. Berjanji lagi pada RMK9 (2006-2010) janji lagi, sampai skrg masih belum dibina.

iii. Pada 20 Januari 2013 - Najib Razak UMNO/BN berjanji lagi, tapi bersyarat pulak, kn bagi UMNO menang?

JIKA BETUL UMNO/BN ingin berbakti kepada Kelantan sepatutnya sejak 1986 lagi BN buat lebuhraya di Kelantan, yang 96% majoriti Melayu Islam. Dimanakah perjuangan MELAYU UMNO? yang menganaktirikan Melayu Kelantan?

Pray4Rosmah: Amran Pekida Mahu Belasah Tok Imam Kerana Selak Rambut Rosmah


Dalam kenyataan Amaran memberi amaran kepada tok imam, dia nak saman, tangkap dan saman tok imam..

"Amran akan saman imam masjid ni 100 juta ataupun dia perlu dipindahkan ke masjid area Sabah pulak . Biar dia tanggung kesalahan yang dia lakukan iaitu memasang kipas masjid terlalu laju .
Lihatlah kekuatan angin kipas itu telah membuatkan tudung mama terselak sehingga menampakan aurat nya . Subhanallah . Seorang wanita solehah diperlakukan seperti ini ?? PDRM tangkap imam itu sekarang jugak . Kalau polis takut , biar kami budak-budak 3 Line yang tangkap dan belasah imam itu . ///"

Pray4Rosmah: Rosmah Nasihatkan "Pengedit" Supaya Kembali Ke Pangkal Jalan


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama, 6 April, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.