VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 8 February 2014

Program Penerangan Isu Semasa Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang


Ceramah isu semasa bersama Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang Bersama TKM1 Haji Rashid Hasnon, Yb Sim dan bersama pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang anjuran SAMM Pulau Pinang

Isu panas yang di ulas oleh rafizi bermula dengan isu PRK Kajang sampai lah isu masalah rakyat seperti GST, Kenaikan Harga Barang dan Pembaziran..

Isu GST secara ringkas iaitu ada dua mazhab.. GST (Gasak Sampai Tertongeng) GST (Geng Songkok Tinggi) Segala barangan di kenakan GST.. Kenakan cukai 6% kepada kerajaan.. Kecuali yang di kecualikan daripada cukai.. Selain yang tidak kecualikan akan di kenakan cukai.. Harga barang sudah tentu akan naik.. Elektrik akan di kenakan cukai..

Rafizi minta golongan muda kawin sebelum di kenakan cukai.. Kerana semua benda akan di cukaikan.. Akan membebankan rakyat..

Yang di serang malam nie oleh rafizi iaitu Kak Jat sampai Najib Razak..

Rafizi ada isu panas akan di bawa ke PRK Kajang.. Kita tunggu di PRK Kajang..

Rafizi mengikatkan kita tentang Ibnu Khaldun.. Jatuh bangun empayar Islam berpunca dari Cukai.. Bangun empayar islam dengan cukai yang rendah dan akhirnya jatuh empayar islam kerana cukai yang tinggi, boros untuk anak beranaknya..

Rafizi mengingatkan kita untuk lawan pembaziran dan rasuah untuk generasi akan datang..

KISAH BERDARAH Di Stadium Darul Makmur Antara Penyokong JDT dan Tok Gajah






Gambar di kirim penyokong tok gajah


Nampaknya penyokong bola sepak ni seperti pencetus masalah... Elok direhatkan team pencetus masalah ini dari liga malaysia musim ni untuk redakan ketegangan..

Kalau fam berdegil masalah lebih teruk akan terpapar didada media nanti. Jangan kerana bola penyokong berbunuhan pula nanti.

Harap semua pihak ambil berat akan hal ini.

Demostrasi TURUN Dataran Merdeka lebih aman dari tengok bola di Malaysia

Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi.

Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.

Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.

Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.

Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang ditempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.

"Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.

"Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui, di sini.

Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT3-2.Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan golkemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemaintengah, Azidan Sarudin.Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'HarimauSelatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72').

PANAS! PAS Kedah Kecam Penganjuran Program Maharaja Lawak Mega


"Kenyataan seorang Exco Negeri Kedah ( YB Tajuddin ADUN Belantik ) bahawa dengan menganjurkan program maharajalawak mega memberi faedah yg banyak kepada rakyat adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal.

RM200k mampu mengurangkan bebanan rakyat miskin dikawasan DUN Belantik itu lebih berfaedah. Astro adalah syarikat swasta yg besar dan mampu membuat programnya sendiri walaupon kerajaan negeri tidak menganjurkannya kerana mereka mempunyai penaja yg banyak dari segi pengiklanan dan sudah membuat banyak keuntungan.

Dalam perkara ini kerajaan negeri kedah boros membelanjakan wang rakyat diwaktu kenaikan kos sara hidup "

Sulaiman Ibrahim ( Leman Raja Lawak )
AJK Penerangan Pemuda PAS Negeri Kedah

Kronologi Insiden Berdarah Sembelih Ayam




Kronologi insiden Ayam Berdarah semalam. Rupanya-rupanya, kesemuanya penganut agama UMNO. Patutlah, tak mencerminkan Islam sebenar langsung.

INI adalah rentetan kejadian DEMO DARAH AYAM seperti diwarwarkan di alam maya. Talibarut / General dibelakang mereka adalah Tokey Udang, Tokey Ikan bakar. bersembunyi dibelakang DEMO DARAH AYAM - TERESA KOK. dan seperti biasa AYAHANDA kunun kununnya sentiasa mengepelai setiap tindankan begap, bebal dan bodo melayu Umno.

- Jam 10.00 Berkumpul di IbuPejabat Umno selangor
- Jam 10.30 Meeting / Discusion bla bodo bla bodo bla bodo

Hasil dari perjumpaan itu

1- Dapat upah
2- Sembelih ayam lumur darah kat poster

Thanks Info - UnderGroundUnit@PR - Jumpa kita salam dan tanya motif bengap mereka

source: komeneh gopeng.

Friday 7 February 2014

Desak Putrajaya Tangani Isu Pencemaran Sungai dan Laut Pulau Pinang






Kementerian Teknologi, Tenaga Hijau dan Air didesak segera memulihkan kebersihan air Sungai Batu Feringghi walaupun Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) sebagai syarikat berkaitan kerajaan persekutuan tetap nafi sebagai punca pencemaran sungai tersebut.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah memulihara sungai itu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

“Yang perlu ditekankan, segera hentikan pencemaran sungai ini dulu. Kedua, kita anggap IWK puncanya, tetapi, mereka telah nafi serta tidak mahu menanggung kos (pemuliharaan sungai itu).

“Bolehkah dilihat kadar kemusnahan air semulajadi sungai ini. Bolehkah seseorang sahaja yang melakukannya. Ini adalah tindakan sebuah industri, bukan kerja perseorangan.

“Malangnya sebuah Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa yang lebih, melainkan (perlu) kuasa Kerajaan Persekutuan untuk (memulihara) sungai ini,” ujar Guan Eng kepada media, selepas mengadakan interaksi dua hala dengan IWK di sini, petang tadi.

IWK diwakili oleh Ketua Pengarah Eksekutifnya sendiri, Datuk Ir. Abdul Kadir Mohd. Din.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), barisan Exco Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyertai interaksi dua hala itu.

Hadir sama, wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sebelum itu, Abdul Kadir berkata, IWK ada melepaskan air kumbahan, tetapi, tidaklah sampai mencemar air sungai di negeri ini.

Justeru, menurut Abdul Kadir, IWK tidak wajar menanggung kos pemuliharaan sungai tersebut sebagaimana dicadangkan oleh Guan Eng memandangkan kerja-kerja tersebut bukan urusan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu.

Tuntas itu, Guan Eng berkata, pihaknya akan menulis surat serta meminta Putrajaya segera menangani isu pencemaran sungai tersebut demi masa depan Pulau Pinang.

Thursday 6 February 2014

PANAS! PENDEDAHAN DIARI JAMBU UMNO


NGO NEKAD DEDAH 'DIARI JAMBU' UMNO DI PRK KAJANG

6 FEBRUARI 2014 |Pasar Awam Permatang Pauh

9.362 ekar tanah milik 31 Melayu dekat Kampung Terang, Balik Pulau pada telah dibeli oleh Syarikat Maison Height Sdn. Bhd..

Pemilik asal hanya diberi bayaran 10 peratus sahaja pada 4 Oktober 2010, tetapi, Maison Height daftar sebagai pemilik tanah yang baru pada 31 Januari 2012 kononnya selepas pembayaran penuh RM8.5 juta dibuat kepada mereka.

Maison Height pada 16 Mei 2012 menjual pula tanah itu kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan nilai RM13.5 juta.

Ertinya, tak sampai empat bulan sudah untung atas angin kira-kira RM5 juta dengan tipu 31 Melayu di negeri ini.

Ini antara inti 'Diari Jambu' yang akan kami, beberapa NGO dedah sempena PRK Kajang nanti.

Sebagai pemulaan, kita akan turut mulakan dengan satu himpunan solidariti di Queensbay Mall pada Sabtu ini jam 4.00 petang untuk edar 'Diari Jambu' ini.

Umno Permatang Pauh, khususnya Ketua Bahagian tidak perlu berlagak suci untuk memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh, melainkan jawab isu pengkhianatan Umno ke atas Melayu Pulau Pinang juga.

Lawan!

Yang berani,

SAMM
JINGGA 13
LANG-GAR 901!
HAPUS
BARA
PAHLAWAN
SKUAD

Kaki Fitnah UMNO Meninggal Dunia


Di akhir zaman ini, kita sedang lihat amalan fitnah menfitnah semakin menjadi-jadi. Merebak macam kudis buta.

Semakin dunia menjelang kiamat, perbuatan menfitnah sesama manusia telah menjadi penyakit sosial yang amat parah dan sukar dirawati. Entah berapa ramai manusia yang disumbat ke lubang lahad dalam keadaan dosa fitnahnya belum terampun dan entah berapa ramai pula mangsa fitnah yang telah bersemadi di alam Barzakh sana yang belum terbela haknya serta belum dibersihkan nama serta kehormatannya?

Sepakat menangkan Anwar di Kajang



Ceramah malam ini di Taman Hijrah, Kota Tinggi, Johor menampilkan Tuan Hj Mohamed Sabu, Steven Chong(Pen Su Agong PKR), YB Dr Boo Cheng Hau(Ketua Pembangkang Johor) sepakat memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat.

Ia akan dibuktikan menerusi Prk Kajang. Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mesti menang, tetapi dengan majoriti lebih besar, meskipun berdepan kesukaran.

Saya yakin strategi melaga2kan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya sama sekali.

Dari Kajang ke Putrajaya........

Mazlan Aliman

Wednesday 5 February 2014

Bas Pasukan JDT Menghala Ke Kuantan Terlibat Dengan Kemalangan


Bas yang membawa pasukan JDT terlibat dengan satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang.

Berita Gembira Yang di Tunggu Oleh Rakyat Malaysia, Kenaikan Tarif Premium Insurans Kenderaan


Dengan objektif mahu mengimbangi kerugian yang ditanggung oleh syarikat insurans, pihak kerajaan telah berusaha menyemak tarif insurans premium secara berkala bermula pada tahun 2012 lalu. Di mana tarif insurans premium ini telah meningkat secara berperingkat pada tahun 2012 sehingga 2015 akan datang.

Pihak kerajaan mensasarkan untuk mengeluarkan rangka kerja bagi pelan pentakrifan insurans premium kenderaan pada tahun 2016 iaitu kadar premium akan bergantung pada jenis kenderaan, pemilikan dan juga perbezaan potensi kadar di antara syarikat insurans. Oleh sebab itu, peningkatan kadar insurans premium saban tahun dari tahun 2012 adalah bagi mengelakkan kadar pelan pentakrifan 2016 tidak terlalu mendadak.

Tarif baharu bagi tarif insurans premium bagi tahun 2014 ini telah pun dikeluarkan baru-baru ini dan efektif bermula 15 Februari akan datang.

Berikutan kadar kenaikan tarif insurans premium ini, pastinya ia turut mempengaruhi peningkatan kos sara hidup pemilik kenderaan termasuklah jika terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda sekiranya kenderaan mengalami kerosakan atau pun kemalangan.

Mewahkah Gaji RM1,500 Hari Ini di Zaman Pemerintahan Najib Razak?


Cukupkah zaman sekarang gaji RM1500 dengan kos sara hidup hari ini?

Di atas ini hanyalah sekadar anggaran kasar sahaja. Mungkin berbeza mengikut lokasi, dan situasi kehidupan anda sekarang.

Bagaimana pula pendapatan yang anda perolehi dibandingkan dengan perbelanjaan bulanan anda sekarang ini?

UMNO Serang Teresa Kok, Jerut Diri Sendiri


Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik UMNO-BN. Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:

1) Tidak sebut tentang insiden Lahad Datu

Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah TANPA menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah TIADA apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.

Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.

Tuduhan Shafie Apdal terhadap saya menunjukkan beliau ingin memainkan isu perkauman dengan membangkitkan kemarahan tentera terhadap saya. Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa beliau tidak peduli masalah keselamatan yang dibimbangi oleh rakyat Sabah dan para pelancong dari seluruh dunia. Respons beliau adalah amat tidak bertanggungjawab bagi seorang Menteri Persekutuan yang berasal dari Sabah.

2) Tiada nama pemimpin negara termasuk Najib disebut dalam klip video: Bagaimana pemimpin UMNO dan konco-konco mereka boleh mencipta perkara yang tak wujud?

Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya. Bagaimana orang-orang yang menuduh saya boleh menimbulkan dakwaan yang tak berasas ini? Apa yang sebenarnya mereka khayalkan dalam minda mereka?

3) Klip video tidak sentuh isu kaum atau merendahkan martabat Melayu

Ini satu lagi kegilaan segelintir golongan pro-UMNO yang rasis, iaitu apa saja kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan kepimpinan UMNO akan dituduh sebagai “menghina” Melayu, seolah-olah hanya UMNO yang mewakili SEMUA orang Melayu di negara ini.

Tuduhan bahawa saya merendahkan martabat Melayu dalam ucapan permulaan saya dalam klip video tersebut adalah TUDUHAN PALSU. Tajuk klip video tersebut adalah kombinasi Mandarin dan Kantonis. “Ma Lai” (马来) dalam Mandarin bermaksud “kuda datang”, “sai lei ah”(犀利啊)dalam Kantonis bermaksud “sangat hebat”. Tahun Baru kali ini adalah Tahun Kuda dalam kalendar budaya Cina. Ucapan saya sebagai pengacara dalam program video tersebut langsung tidak sebut tentang orang Melayu. Saya harap kumpulan pro-UMNO yang membuat tuduhan palsu itu agar segera bertaubat kerana ia boleh menimbulkan ketengangan kaum. Dan jika boleh, selidik dahulu Bahasa Mandarin dan Kantonis sebelum membuat tuduhan tak berasas yang akhirnya akan memalukan diri sendiri. Seperti kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, tentu kena muka sendiri.

Apakah UMNO cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?

Isi kandungan klip video ini telah membayangkan beberapa isu semasa di negara kita yang dibimbangi oleh rakyat. UMNO sebagai parti utama dalam Barisan Nasional haruslah bertanya diri sendiri samada isu-isu yang disebutkan dalam klip video itu benar ataupun tidak, dan bukan dengan memutarbelitkan isi kandungan klip video tersebut dengan memainkan isu perkauman.

Sanggupkah UMNO menafikan pandangan dan sentimen rakyat terhadap mesej yang dibangkitkan dalam klip video “Onederful Malaysia” tersebut? Ramai orang Melayu sendiri sudah sedar tentang pembohongan UMNO-BN. Kerana itulah lebih 50 peratus rakyat Malaysia termasuk orang Melayu telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap penulis blog dan pemimpin BN?

Isi kandungan klip video “Onederful Malaysia” adalah satira politik yang tidak perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak, dan dengan itu tidak bersifat hasutan.

Satira politik merupakan humour yang mengajak rakyat, terutamanya rakyat yang berani berfikir serta sanggup menggunakan akal fikiran untuk berfikir, untuk memikirkan keadaan semasa dan masa depan negara kita.

Sekiranya pihak polis dan pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan dan malah mengambil tindakan terhadap saya, saya ingin tanya kenapakah tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap golongan yang membuat tuduhan palsu terhadap saya dalam isu klip video ini?

Malah, lebih jauh dari itu, mengapa penulis blog UMNO yang membuat cerita palsu kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa dia mencabuli kehormatan seorang gadis bawah umur, tidak dikenakan tindakan?

Selain itu, kenapakah polis tidak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membuat kritikan yang amat tidak sensitif terhadap calon wanita PAS di pilihanraya kecil Tenang bahawa beliau tidak berjabat tangan dengan lelaki?

Penulisan dan kenyataan tersebut yang menyakiti hati pemimpin Pakatan Rakyat tidak disiasat tetapi sekarang pihak polis dan kerajaan ingin mengambil tindakan untuk menyiasat satu klip video lawak jenaka yang menyindir isu semasa, bukankah ini membayangkan “double standard” pihak kerajaan dan PDRM?

Sekiranya saya diambil tindakan oleh pihak berkuasa, jadi saya akan menjadi producer klip video satira politik yang pertama diambil tindakan. Ini sudah tentunya merupakan “penindasan politik” dan “pendakwaan secara terpilih”.

Perjumpaan Bersama TKM1 Pulau Pinang dan NGO-NGO Pulau Pinang


TKM1, AKTIVIS NGO BINCANG LONJAKAN BARU POLITIK P.PINANG

BUKIT MERTAJAM - Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon malam ini mengadakan majlis interaksi dengan grup aktivis serta pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) ke arah membina lonjakan politik yang baru untuk Pulau Pinang.

Pertemuan bersejarah itu dilangsungkan di Galeri Pejuang dekat Ceruk Tok Kun.

Lang-Gar!, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jingga 13, Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Bantah Anugerah keRakyatan Asing (Bara), Pahlawan dan IKRAM antara pertubuhan yang menyertai majlis ringkas ini.

Hadir sama, wakil-wakil daripada PKR Cabang Bukit Mertajam, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Wanita PKR Pulau Pinang, Skuad Keadilan (SKUAD), Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Persiapan Rumah Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil Kajang antara perkara yang dibincangkan pada majlis sama.

Bermacam strategi dan isu di bincangkan dalam meeting kali ini.. Kekal kan momentem..

Tuesday 4 February 2014

Edisi Pedas! Siapakah Bangsawan Samseng Yang di Maksudkan Oleh Dr.Maza


Siapa yang makan cabai l, dia yang rasa pedasnya..

BANGSAWAN SAMSENG

Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati.

Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut.

Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam.

Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat.

Rasulullah s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bangsawan yang dihormat didepan dimaki dibelakang..

Bangsawan di doa setiap jumaat di sumpah seranah setiap hari..

KANTOI! Fitnah Adun Hutan Melintang Keluar Parti Bukti Kempen PRK Kajang Sudah Panas




Assalamualaikum dan salam hormat,

KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut.

Sekian, terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

PANAS ADUN PKR HUTAN MELINTANG KELUAR PARTI


Kesavan sekali lagi menang sebagai wakil rakyat Pilihan Raya Umum ke 13 ini di DUN N. 54 Hutan Melintang. Selain itu, beliau yang juga merupakan penyandang kerusi DUN tersebut akan berhadapan saingan 4 penjuru. Ini berikutan pencalonan seorang calon daripada BN, bebas dan daripada BERJASA menjadikan situasi tersebut berlaku.

Dalam pilihan raya kali itu calon-calon yang akan bertanding di DUN tersebut ialah S. Kesavan ( PKR ), Subramaniam Ramani ( BN ), Mat Shidi Hashi ( Bebas ) dan Azhar Abdullah ( BERJASA ).

Jika berita nie benar dan di sahkan maka tambah lagi satu senjata BN lawan Anwar Ibrahim di Kajang..

Aku tengok ramai dari media umno sedang up kan berita nie..

Apa2 apa pon aku hairan.. Letak jawatan 2hb Januari 2014.. Tapi tarikh cop 4hb Februari 2014.. Macam ada yang tak kena saja.. Kena tak heboh masa bulan lepas kenapa baru sekang.. Setalah sebulan berlalu..

Apa2 pon aku nak gelak dulu.. Hahahahahaha...

Betoi ka tak betoi kita tunggu berita selanjutnya..

Monday 3 February 2014

Berita Basi Menjelang PRK DUN KAJANG


Berita basi menjelang PRK Kajang..

Konsep berita yang sama akan berulang dgn skrip yang sama..

Mungkin kali nie lebih dasyat kerana apa.. Kerana anwar yang bertanding di dun kajang..

Akan timbul balik watak-watak lama.. Dan cerita lama anwar untuk memberi tekanan kepada anwar..

Kita rakyat yang cerdik sudah boleh nilai dan boleh jangka akan berita seperti ini akan di siarkan oleh media umno..

Apa-apa pon kita tengok lah apa mainan depa lepas nie.. Mungkin lebih dasyat..

Program Anwar Ibrahim di Kajang Melimpah Sampai ke Jalan




Tak ramai pun yang datang program Anwar di Kajang, melimpah sampai jalan saja..

Malam ini akan bersama TS Khalid lancarkan Jentera PRK Kajang.

Pejuang parti, sukarelawan, turun untuk susun gerak kerja!

MB Kelantan Ziarah Anak-Anak Kepada Pasangan Yang ditahan di Sweden

YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan mengunjungi serta menyantuni anak-anak pasangan Puan Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin yang ditahan di Sweden ketika beliau mengunjungi ke kediaman keluarga mereka di Kg. Wakaf Tok Wali, Peringat tengahari tadi. Kedua-dua ibubapa mereka ditahan reman di Sweden hanya kerana memukul ringan salah seorang anak mereka yang lewat solat dan pada itu juga YAB Ustaz Dato MB akan memaklumkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan agar solat hajat dibuat di semua masjid pada hari Jumaat nanti selepas solat Jumaat di seluruh negeri Kelantan.Turut hadir sama YB Dato Che Abdullah Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri serta Pn Normala Sudirman (Cikgu Mala) pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Asal Usul Kajang


Kajang adalah antara kawasan di Selangor yang mempunyai sejarahnya yang unik, selain terkenal dengan makanan Satay, Penjara Kajang ( antara penghuninya yang popular ialah Mona Fendey, Suhaimi Mat Hassan (Pembunuh Noor Suzailly), Imam Hoslan Hussain (baling kasut ke hakim) serta Abdul Kahar Ahmad yang mengaku 'Rasul Melayu') dan kisah Leftenan Adnan (beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang dalam tahun 1915)

PEMANDU TEKSI PULAU PINANG DAPAT DUIT LAGI DARI KERAJAAN NEGERI RM222,600.00


Pemandu teksi P.Pinang dapat insentif lagi, KM rayu Putrajaya beri permit langsung

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUTTERWORTH - Kerajaan Negeri merayu pada Putrajaya supaya memberi permit langsung kepada pembandu teksi sebenar di Pulau Pinang, sebagaimana dicadangkan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah itu lebih menguntungkan pemandu teksi berbanding syarikat-syarikat kroni tertentu.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membuat rayuan terbuka itu semasa majlis pemberian insentif kali kedua kepada pemandu teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa peringkat Seberang Perai, yang baginya turut memberi perkhidmatan pengangkutan terbaik di negeri ini.

"Ini (pemberian insentif) adalah janji Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengurangkan beban pemandu-pemandu teksi. Ini bukti janji dikotakan.

"Sumbangan itu terus kepada pemandu teksi yang sebenar kerana kita (Pakatan Rakyat) tiada kuasa untuk memberi permit secara langsung kepada pemandu teksi supaya pemandu-pemandu teksi yang sebenar boleh dapat untung lebih.

"Sudah sampai masanya untuk Putrajaya memberikan lesen teksi kepada pemandu yang sebenar, bukan kepada syarikat-syarikat kroni," ujar Guan Eng pagi tadi di Dewan Dato' Ahmad Badawi di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Abd. Malek Darus (Yang di-Pertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang) turut berucap pada sidang media tersebut.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihtan) dan Maktar Shapee (Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang).

Kali pertama RM300 sumbangan insentif serupa diberikan kepada semua pemandu pertama dan kedua bagi tiap-tiap teksi yang sah didaftar adalah pada bulan Julai tahun lepas, iaitu sejurus selepas PRU13.

Pagi ini, seramai 742 penerima dari bahagian Seberang Perai menerima sumbangan serupa untuk kali yang kedua.

Itu, tidak termasuk 1,556 pemandu lain dari bahagian pulau, yang menerima sumbangan serupa pada satu majlis berasingan, semalam.

"Jumlah keseluruhan insentif pada kali ini ialah hampir RM700,000 (RM869,400)," jelas Guan Eng sambil mengharapkan semua penerima terus memberikan perkhidmatan terbaik demi mereputasi imej Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut mengkritik Putrajaya kerana akan memberi RM650 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, walaupun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada berjanji untuk memberi RM1,200 sempena pilihan raya umum lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri turut mengabaikan syor Putrajaya supaya menaikan cukai tanah dan pintu pada awal tahun ini kerana tidak mahu menambah lagi beban kenaikan kos sara hidup rakyat.

"Walaupun semua (harga) barang naik, Kerajaan Negeri tetap tidak menaikkan (kadar) cukai perkhidmatan, (iaitu) cukai tanah dan cukai pintu pada tahun ini kerana Kerajaan Negeri tidak mahu menambah lagi beban rakyat," ujar beliau.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan sikap Kerajaan Negeri begitu sensitif terhadap kenaikan kos sara hidup yang sedang didepani rakyat.

[Kapsyen gambar: KETUA Menteri (depan, berbaju merah jambu) dan pemimpin Kerajaan Negeri lain bersama-sama pemandu teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa bergambar kenang-kenangan di sini, pagi tadi.]

Sunday 2 February 2014

PANAS ISU JDT! Komen Dari Revolusi FAM


Aku nak menyentuh sikit mengenai segelintir penyokong JDT ni.Aku terbaca beberapa komen dan status yang mengatakan sebelum JDT ini muncul

1.Stadium-stadium bola di Malaysia ini banyak kosong
2.Tanpa JDT ini bolasepak di Malaysia tak meriah
3.Kononnya pablo aimar dan figueroa tak seronok bermain bolasepak di Malaysia kerana liga kita bermain secara kasar.
4.Kebanyakkan pasukan negara kita bermain secara kuno dan sepak melambung. Dan menghalang JDT dari terus bermain secara moden dan cantik

Tolong la kepada penulis tersebut jadi waras sikit boleh tak.Kebanyakkan pemain di JDT itu jugalah permain berstatus kebangsaan.Apabila bermain untuk pasukan Harimau Malaya.Adakah corak mereka bermain secara tiki taka juga? Yang aku tengok ada mirip-mirip choki-choki sikit.Makin melambung-lambung lagi aku tengok bola tu pergi.
Tanpa JDT stadium di Malaysia tak meriah.Habis tu yang kedah treble,kelantan treble tu orang mana tengok?Orang bunian ke?ke warga bangladesh?

Insiden T-team boikot game.Terus korang kata sepatutnya ikut law FIFA.Kena beri kemenangan percuma kepada JDT.Itu aku setuju.Kalau ikut law memang kena beri kemenangan percuma.Tapi lupakah anda semua bahawa JDT pernah juga memboikot perlawanan di Stadium Darul Makmur tahun lepas. Jadi sekarang korang ikut law mana?

Menyentuh isu Aimar dan Figueroa tak seronok bermain di Malaysia kerana corak kasar ditunjukkan oleh pasukan-pasukan yang berentap di liga kita.Suka aku nyatakan disini.Korang boleh cakap kat dua import tu
"Hey dude,i think both of you can play guli or chess. It less pain and fun too.Futhermore if u have luck.U can win a lot of guli too". Macam la dua orang pemain ini tak pernah bermain di peringkat tertinggi. Aksi-aksi di liga luar lagi ganas.Kaki terpatah dua selamba je. Shawcross tu.sampai sekarang tak insaf-insaf lagi menebas kaki orang.

Tengok bola ni kena releks je.Makin korang duduk defend dan up pasukan makin orang duduk provoke. Aku bukan apa.Panas dengan kenyataan beberapa orang fans JDT ni yang acap kali mengatakan tanpa mereka(JDT) stadium banyak kosong dan tak meriah.Habis tu yang duk julang piala setiap tahun tu team mana.Afrika utara ke?

Copy dari Revolusi FAM

TERDESAK! Modal BN Lawan Anwar Ibrahim di DUN Kajang


Rayuan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupai beliau dijangka menjadi modal kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.

"Yang akan berlawan dengan kita ini ialah Anwar Ibrahim yang kes liwatnya belum selesai. Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang siapa-siapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah.

"Kes liwat dengan Saiful dan kes video itu. Jadi pengundi Kajang kena diberitahu tentang perkara ini dan tidak ada menyalahi apa-apa untuk kita bercerita tentang Anwar Ibrahim ini supaya pengundi Kajang memilih orang yang benar-benar sesuai menjadi ADUN mereka.

"Itu satu perkara yang saya sebut tadi dalam penjelasan untuk bercerita siapa sebenar Anwar Ibrahim," katanya di Kajang petang tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat tertutup pilihan raya kecil DUN Kajang anjuran Umno bahagian Hulu Langat.

Rayuan kes liwat itu diketuai pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini , depan tiga orang hakim.

Lipat ganda usaha

Berkaitan isu video, Ahmad dipercayai merujuk video yang didedahkan oleh Trio Datuk 'T' pada 21 Mac 2011 dan dipertontonkan kepada wakil media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Bagaimanapun Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata jentera pilihan raya Umno perlu melipatgandakan usaha bagi mendedah wajah sebenar ketua umum PKR itu supaya pengundi Kajang tidak tertipu seolah-olah kesnya itu sudah selesai.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, ho, dia ini dah lepas.

"Tak betul, tak betul. Dia ini belum lepas. Dia belum lepas kes liwat, dia belum lepas hakim di Mahkamah Rayuan. Saya sebut ini tentang fakta. Adakah apa yang saya sebut ini tak betul?

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar, bahawa Anwar Ibrahim belum lepas lagi kes liwat dia di Mahkamah Rayuan," kata Ahmad.

Sementara itu, beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata data-data setakat ini menunjukkan BN berpeluang memenangi pilihan raya kecil Kajang.

"Saya menaja program (taklimat tertutup) ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan menunjukkan data-data bahawa tak mustahil kita boleh menang di Kajang ini," katanya.

Kekosongan kerusi itu berlaku selepas penyandang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ - sekaligus mencetuskan spekulasi beliau bakal mengambil alih tugas menteri besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khairy Jamaluddin Kurang Cerdik Kutuk Anwar Ibrahim Pakai Jersi Selangor


Khairy Jamaluddin kutuk Anwar pakai baju jersi Selangor. Kata dia Anwar terdesak nak jadi orang Selangor. Kalau macam tu Najib siap buat jersi nombor Satu Kelantan, sebab Najib nak jadi orang Kelantan? hahaha..

Hang KJ Pakai Baju MU hang terdesak nak jadi orang apa pulak?

Anwar pakai Jersi Selangor sebab dia meraikan majlis Kelab Penyokong Pasukan Selangor petang tadi.

Itu pun Khairy nak kutuk? Takkan pergi majlis Kelab Penyokong Pasukan Selangor nak pakai jersi Penang?

Adakah kenyataan bodoh Ketua Pemuda Umno ini akan dihukum seperti kebodohan kenyataan Kangkung?

Gambar Sekitar Himpunan Tanda Tangan #Bantah Astro di Uptown Perda, Pulau Pinang
























Alhamdulilah program #Bantah Astro mendapat sambutan amat memberangsangkan oleh rakyat Pulau Pinang di UPTOWN Perda..

Tujuan program ini menggesa kerajaan supaya membenarkan lebih daripada satu siaran berbayar beroperasi di negara ini untuk memberi pilihan kepada pelanggan, selain menjana persaingan sihat.

Jika dibandingkan dengan negara lain, India mempunyai enam operator televisyen berbayar sama seperti di Indonesia, manakala Australia mempunyai tiga operator.

Harganya juga jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.

Monopoli ASTRO ternyata hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat, apatah lagi perkhidmatannya sangat tidak memuaskan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.