VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 3 February 2014

PEMANDU TEKSI PULAU PINANG DAPAT DUIT LAGI DARI KERAJAAN NEGERI RM222,600.00


Pemandu teksi P.Pinang dapat insentif lagi, KM rayu Putrajaya beri permit langsung

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUTTERWORTH - Kerajaan Negeri merayu pada Putrajaya supaya memberi permit langsung kepada pembandu teksi sebenar di Pulau Pinang, sebagaimana dicadangkan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah itu lebih menguntungkan pemandu teksi berbanding syarikat-syarikat kroni tertentu.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membuat rayuan terbuka itu semasa majlis pemberian insentif kali kedua kepada pemandu teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa peringkat Seberang Perai, yang baginya turut memberi perkhidmatan pengangkutan terbaik di negeri ini.

"Ini (pemberian insentif) adalah janji Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengurangkan beban pemandu-pemandu teksi. Ini bukti janji dikotakan.

"Sumbangan itu terus kepada pemandu teksi yang sebenar kerana kita (Pakatan Rakyat) tiada kuasa untuk memberi permit secara langsung kepada pemandu teksi supaya pemandu-pemandu teksi yang sebenar boleh dapat untung lebih.

"Sudah sampai masanya untuk Putrajaya memberikan lesen teksi kepada pemandu yang sebenar, bukan kepada syarikat-syarikat kroni," ujar Guan Eng pagi tadi di Dewan Dato' Ahmad Badawi di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Abd. Malek Darus (Yang di-Pertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang) turut berucap pada sidang media tersebut.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihtan) dan Maktar Shapee (Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang).

Kali pertama RM300 sumbangan insentif serupa diberikan kepada semua pemandu pertama dan kedua bagi tiap-tiap teksi yang sah didaftar adalah pada bulan Julai tahun lepas, iaitu sejurus selepas PRU13.

Pagi ini, seramai 742 penerima dari bahagian Seberang Perai menerima sumbangan serupa untuk kali yang kedua.

Itu, tidak termasuk 1,556 pemandu lain dari bahagian pulau, yang menerima sumbangan serupa pada satu majlis berasingan, semalam.

"Jumlah keseluruhan insentif pada kali ini ialah hampir RM700,000 (RM869,400)," jelas Guan Eng sambil mengharapkan semua penerima terus memberikan perkhidmatan terbaik demi mereputasi imej Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut mengkritik Putrajaya kerana akan memberi RM650 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, walaupun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada berjanji untuk memberi RM1,200 sempena pilihan raya umum lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri turut mengabaikan syor Putrajaya supaya menaikan cukai tanah dan pintu pada awal tahun ini kerana tidak mahu menambah lagi beban kenaikan kos sara hidup rakyat.

"Walaupun semua (harga) barang naik, Kerajaan Negeri tetap tidak menaikkan (kadar) cukai perkhidmatan, (iaitu) cukai tanah dan cukai pintu pada tahun ini kerana Kerajaan Negeri tidak mahu menambah lagi beban rakyat," ujar beliau.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan sikap Kerajaan Negeri begitu sensitif terhadap kenaikan kos sara hidup yang sedang didepani rakyat.

[Kapsyen gambar: KETUA Menteri (depan, berbaju merah jambu) dan pemimpin Kerajaan Negeri lain bersama-sama pemandu teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa bergambar kenang-kenangan di sini, pagi tadi.]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.