VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 28 May 2014

KJ Punca Malaysia Terlepas Piala Thomas Kata Raja Bomoh Satu Malaysia



Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

Tuesday 27 May 2014

FELDA Ada Saham Dalam Cadbury Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia Gesa Boikot!




Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa para pengguna dan umat Islam seluruh negara serta negara serantau memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Malaysia sebagai memberi pengajaran kepada syarikat itu.

Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ia sebagai amaran tegas kepada syarikat-syarikat lain yang tidak mematuhi proses pengeluaran produk halal.

Katanya, PUM berasa sangat kesal dengan penemuan DNA khinzir di dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat Cadbury ini dengan mengenakan denda yang berat serta menggantung lesen pensijilan halal kepada syarikat itu sebagai langkah penguatkuasaan halal dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhi pengeluaran produk yang telah diberi sijil halal tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan sehingga syarikat itu memberi jaminan yang boleh dipercayai serta diyakini agar perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Katanya, pihak berkuasa juga disaran memantau dengan lebih dekat proses pengeluaran produk itu untuk satu tempoh 1 hingga 3 bulan sebelum pensijilan halal diberikan semula kepada syarikat tersebut.

PUM juga, ujar beliau mengalu-alukan masyarakat Islam yang prihatin agar meningkatkan kesedaran halal dengan menjemput mana-mana makmal kimia untuk membuat ujian terhadap sesuatu produk, dan memohon pengesahan daripada Jabatan Makmal Malaysia atau sekiranya terdapat keraguan pada mana-mana produk yang mempunyai sijil halal.

Tambahnya, PUM menasihatkan agar syarikat-syarikat besar tidak mempermain atau mempersenda mengenai perkara halal dalam produk yang dikeluarkan.

Beliau menegaskan, para pengguna dan umat Islam tidak teragak-agak untuk memboikot mana-mana produk yang didapati mencemari halal dengan memasukkan unsur tidak halal sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
 
PUM juga, kata beliau sangat kesal kerana syarikat Cadbury tidak langsung menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

“PUM menggesa supaya mereka memohon maaf kepada para pengguna terhadap perkara ini,” ujarnya.

Menruutnya, sekadar menarik balik produk tanpa permohonan maaf menunjukkan keangkuhan syarikat tersebut.

“PUM turut mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa yang telah menemui kes produk yang mengandungi DNA khinzir ini,” ujar beliau. - HARAKAHDAILY 25/5/2014

Monday 26 May 2014

Anggota Polis (URB) Maut Dirempuh Penyamun Van Rokok






BANTUAN untuk mengesan penjenayah yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Wish warna emas no pendaftaran WRU 5308 kerana penjenayah tersebut telah merompak sebuah van syarikat rokok di Parit Buntar.

Dalam kejadian lain juga,kereta tersebut telah merempuh seorang anggota polis di jalan Alor Pongsu.

Menurut sumber,mangsa merupakan anggota dari Balai Kuala Kurau dan bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan maut ditempat kejadian.

Kepada anda yang ternampak atau mempunyai maklumat sila hubungi pihak polis dengan segera.Terima kasih.

Makluman mpv kerian kes samun van rokok di pusat bandar pt bntr oleh 3(L) guna m/ kar wish kerugian 40 k. Dalam kejadian anggota URB telah mengejar saspek dijln alor pongsu dan anggota URB konst azwan Balai kuala kurau telah dilanggar dan berita terkini anggota dilanggar telah meninggal. Alfatihah amin.

Sunday 25 May 2014

Macai Menjerit-jerit Suruh Cina Balik China, Menteri Umno Sibuk Selfie Dengan Duta China


Menteri UMNO dok selfie dengan Duta China tatkala macai UMNO menjerit-menjerit minta Cina pulang

4 Gambar Bas Persiaran Jatuh Bukit Wang Kelian, Perlis








Perlis : Bas Persiaran dari pulau pinang. jatuh bukit wang klian perlis. Bilangan mangsa cedera 6 orang. Wanita dewasa 33 orang, lelaki dewasa 6 orang dan kanak-kanak 5 orang. Jumlah 44 orang. Kedalaman jatuh 10 meter. Doakan semuanya selamat.

Pengkhianatan Dalam PKR Punca Seorang Ahli Disumbat Dalam Lokap SPRM




Siapa AMK yg kena tangkap ni di Selangor daerah Gombak?

Alhamdulillah saya baru sahaja dibebaskan daripada lokap SPRM sebentar tadi.. Saya ditangkap petang semalam secara tiba2 atas tuduhan terima rasuah .. Ini dilakukan oleh orang dalam AMK kita dan adanya pengkhianatan untuk aibkan parti & YB Azmin..

YB shamsul iskandar akan bantu lawan SPRM minggu depan .. Pengalaman 2 hari dalam lokap cukup menginsafkan ..

Saya akan adakan perjumpaan tertutup dgn exco AMK dlm tempoh terdekat ..

Saya tidak punya nombor lg sebab sim kad dirampas .. Saya akan segera dapatkn semula

Zainol Abidin Mohamed

1 Jun 2014: Jemputan Majlis Kenduri Kesyukuran Dan Keraian Perkahwinan Anakanda Anwar Ibrahim di Cherok To'kun




1 Jun 2014 akan berlangsung majlis kenduri kesyukuran dan keraian perkahwinan anak perempuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Iman yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Feirdhauz.

Nurul Iman merupakan anak kelima Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis kesyukuran dan keraian ini akan berlangsung di perkarangan rumah Dato Seri Anwar Ibrahim, Cherok To'kun, Bukit Mertajam. Bermula jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.