VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 20 September 2014

Tabung Haji Bina Rumah Untuk Rakyat Amerika Sedangkan Rakyat Malaysia Hidup Merempat


Ada ura-ura kerajaan berhasrat melaburkan beratus juta ringgit melalui Dana Tabung Haji untuk membina kawasan perumahan di Detroit, sebuah bandar usang di USA

Admin tidak nampak bagaimana pelaburan ini dapat memberi impak yang positif kepada ekonomi negara, sedang harga rumah di Malaysia sendiri terlampau tinggi dan rakyat kita pun tak mampu nak beli rumah

Apakah ini sejenis lagi pelaburan yang bakal meranapkan ekonomi negara seperti 1MDB yang pernah disuarakan oleh Tun Dr M?

Apa pula rasionalnya bina rumah untuk warga Amerika sedangkan warga Malaysia pun tak semua mampu miliki rumah

Fikir-fikirkan... Siapa dalang di sebalik semua projek yang merugikan ini..

Inilah hasilnya berbaik dengan Amerika

Friday 19 September 2014

[PANAS] UG Baca Doa Laknat Mat Sabu dan 2 Adun Dalam Muktamar PAS


Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL: KERAJAAN TERUS BERMUKA-MUKA


Kenyataan Media
19 September 2014

PERDAGANGAN MALAYSIA-ISRAEL: KERAJAAN TERUS BERMUKA-MUKA

Portal berita Times of Israel pada tarikh 14 September 2014 telah mengeluarkan satu artikel bertajuk Malaysia favors Palestinians But Buys From Israel. Artikel tersebut telah mengesahkan berlakunya hubungan perdagangan dalam diam antara Malaysia dan Israel walaupun Malaysia sering menunjukkan sikap kritikal terhadap Israel.

Malah, Times of Israel juga memetik angka dan statistik yang sama seperti yang didedahkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini iaitu peningkatan drastik jumlah perdagangan dengan Israel bagi tahun 2013 dan juga mengesahkan sumber maklumat yang diperolehi SAMM adalah benar dan tepat.

Kegagalan MITI dan Kerajaan Persekutuan untuk berlaku tegas dalam melaksana kempen Boycott, Divestment and Sanction dan menarik balik kelulusan kabinet tahun 1996 itu, telah menjadikan Perdana Menteri dan Malaysia ditonjolkan sebagai seorang yang bermuka-muka oleh media asing.

Turut didedahkan oleh portal berita tersebut bahawa statistik perdagangan dengan Israel telah dimasukkan ke dalam ruangan "Lain-lain Negara". Sifat munafik pemerintah cuba disorok dan rakyat negara ini disajikan dengan air mata pemimpin terhadap nasib Palestine.

Lebih mengejutkan, portal tersebut menyebut bahawa selain daripada perdagangan yang dinyatakan dalam statistik rasmi, sebenarnya terdapat banyak lagi perdagangan tersembunyi yang berlaku. Adakah MITI tahu mengenai transaksi perdagangan tersembunyi yang dilakukan oleh pedagang-pedagang kapitalis ini? Apakah tindakan MITI terhadap transaksi tersembunyi ini?

MITI dan Kerajaan Persekutuan terus angkuh dan mengingkari janji untuk menilai semula perdagangan dengan Israel. SAMM sebelum ini telah mendedahkan nilai perdagangan yang menjangkau USD 1.5 billion bagi tahun 2013 dan untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2014, nilai transaksi berjumlah USD 884.7 juta iaitu peningkatan 27% daripada tempoh yang sama tahun 2013.

Apalagi helah dan dolak-dalik yang akan dikemukakan oleh MITI dan Kerajaan Persekutuan kali ini? 

Kamu teruskan berbohong kepada rakyat Malaysia tetapi SAMM tidak akan berhenti membongkarkan transaksi perdagangan antara Malaysia-Israel terutamanya dalam transaksi yang melibatkan hasil pertanian negara yang dihantar ke Israel.

SAMM juga akan membongkar satu lagi pendedahan terbaru mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel dalam masa terdekat.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday 18 September 2014

Bakar Bendera Parti, Pemuda PKR Terima Surat Rasmi Pemecatan Keanggotaan


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menulis dalam surat, kepimpinan parti memutuskan untuk memecat Aidil Haryman Mat Mor selepas beliau memuat naik gambar membakar bendera PKR di laman Facebooknya.

Saifuddin berkata tindakan Aidil yang juga merupakan ketua Pemuda PKR Kuantan memaparkan gambarnya membakar bendera parti memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti itu kepada masyarakat umum.

Wednesday 17 September 2014

Banner Muka Mat Sabu di Conteng Cat Hitam Selepas Diboikot Oleh Pemuda PAS Yang Bertindak Keluar Dewan


Selepas Mat Sabu diboikot oleh sekumpulan pro presiden, kini gambar pula di hitamkan. Kenapa abang Mat seorang saja yang kena? Target abang Mat..

Siapa yang buat? Tak kan UMNO jugak kot? PKR? DAP? PSM? Pengedar pil kuda?

Sebelum ini insiden keluar Dewan Muktamar PAS. Pemuda yang tidak mencerminkan perjuangan suci pas !

Perwakilan yang angkat kaki keluar dari dewan ketika timbalan presiden pas berucap, tidak mencerminkan sebagai seorang pejuang.

Sekumpulan pemuda bertindak keluar dewan ketika timbalan presiden pas berucap. Tindakan tidak berakhlak itu dilihat dari golongan pro majlis syura dan haji hadi.

Kamu membawa perjuangan islamik dengan berjubah,berketayap, tetapi perangai kamu tidak menghormati timbalan presiden yang sah, adakah itu yang diajar oleh ketua kamu ?

Benarlah kata kata mat sabu. Jangan guna agama untuk menghalalkan keputusan. Maka puak puak ini amat terasa dengan kritikan tegas dari mat sabu sebelum ini, sehingga mereka merealisasikan kemarahan dengan bertindak keluar dewan.


Terbaik abg mat !!! Ada bantahan?

PENDEDAHAN UST AHMAD AWANG WUJUDNYA UG KETIKA PENUBUHAN KERAJAAN PAS PERAK


Oleh Teuku Zacharyah Iskandar

PENDEDAHAN UST AHMAD AWANG WUJUDNYA UG KETIKA PENUBUHAN KERAJAAN PAS PERAK.

Ustadz Ahmad Awang Bekas MSU PAS

Saya percaya InsyaAllah PAS akan terus kehadapan maju terutama sekali yg telah di tegas tadi, di ulang-ulang oleh pelbagai perwakilan tentang bagaimana kita tidak sepatutnya berfikir yg kita hendak berpakat dengan Umno..

Yang itu saya katakan itulah pendirian kita dan kita memperkasakan Pakatan Rakyat. Jadi dalam hal ini kerana ada pihak perwakilan yg ada mengatakan tadi bila cakap bab Umno, siapalah diantara kita ini yg mereka tu nak berunding nak pergi bersama dengan Umno...??

Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat, untuk bersama DAP dan PKR.

Saya di hubungi oleh pimpinan tertinggi.. "Tidak bolehkah kita mengkaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.."
Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah PAS semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu..( bergabung dgn UMNO ) sebenarnya memang Ada..!!

NOTE :

Menantu Presiden PAS Dapat ESOS hampir 500 ribu Unit (PATUTLAH.........)

Semak harga saham Kumpulan Perangsang ni RM1.80 seunit.
ESOS ni harga RM1 seunit.
Ertinya Din Ayam boleh buat untung atas angin 500k x 0.80 = RM400,000

Ni baru setahun. Tahun2 lain???

Patutlah bapak mertua pertahan Khalid Ibrahim habisan tak nak bagi lepas.

Sampai sanggup buat kerajaan perpaduan dgn UMNO hanya kerana hendak mempertahankan Khalid Ibrahim.

Langkah pertama putar belit serta tafsir semula Klausa dalam perlembagaan PAS supaya Presiden mempunyai kuasa VETO dalam membuat sebarang keputusan walaupun ianya bertentangan dengan keputusan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat..

Langkah kedua semaikan Doktrin Wala' ke dalam pemikiran Ahli PAS.

SIAPA YANG SOKONG KAK WAN SEBAGAI MB SELANGOR? 


Oleh Wfauzdin Ns

SIAPA YG SOKONG KAK WAN SEBAGAI MB SELANGOR? 

15 September 2014

KENYATAAN MEDIA

KAMI PEMIMPIN MASYARAKAT & PEMIMPIN NGO NEGERI SELANGOR MENYOKONG PENUH DATUK SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU

Kami pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO di Selangor merafak sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Sharaffudin Idris Shah Sultan Selangor Darul Ehsan, mohon perkenan Tuanku agar Tuanku Sultan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam Negeri Selangor berkaitan isu Perlantikan Menteri Besar yang Baharu dengan bijaksana.

Kelemut isu perlantikan Menteri Besar ini sudah terlalu lama. Ia boleh mengakibat pentadbiran kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik. Banyak urusan kerajaan boleh terganggu dan boleh dicabar kesahihannnya. Penyelesaian perlantikan Menteri Besar ini akan dapat meredakan konflik politik di negeri Selangor. Rakyat Selangor harus bersatu bagi memastikan Selangor terus maju dan membangun.

Kami menjunjung setia konsep Raja Berpelembagaan dalam sistem demokrasi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Konsep konvensional dalam amalan demokrasi dalam membentuk sesebuah kerajaan harus dipatuhi, bahawa mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan majoriti dari ahli-ahli Dewan Negeri hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar dan mendapat perkenan dari Tuanku Sultan. Proses seumpama inilah telah berjalan dengan sempurna sejak dari kita mula membentuk kerajaan dari PRU yang pertama sampailah sekarang dan yang paling akhir sekali ialah perlantikan menteri besar Terengganu.

Pada pandangan Kami Para Pemimpin Masyarakat dan Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) ingin merujuk kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor berkaitan syarat dan kelayakan seseorang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

1. Fasal 53 (2) Seorang Ahli Dewan Negeri
2. Fasal 51 (2) Bangsa Melayu
3. Fasal 51 (2) Menganut Agama Islam
4. Fasal 53 (2) (a) Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan Majoriti Ahli Dewan Negeri

Berdasarkan kepada syarat serta kelayakan yang dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor maka kami tanpa sebarang keraguan menyokong penuh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana kelayakan yang jitu lagi padu, di mana beliau mencukupi segala syarat serta kelayakan;

1.Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang
2.Seorang yang Bangsa Melayu
3.Seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik
4.Sah mendapat sokongan majoriti 30 ADN Selangor melalui Akaun Bersumpah.

Kami penuh yakin YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ’ Wan Ismail akan menjadi seorang Menteri Besar Selangor yang mementingkan rakyat dengan mengamalkan corak kepimpinan secara masyuwarah melalui pembentukan majlis Syura' kerana latar belakang pendidikan, pengalaman dan rekod cemerlang beliau antaranya;

1. Berkhidmat sebagai Doktor Perubatan selama 14 tahun di Hospital Universiti.

2. Menjadi Pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

3. Mendapat Anugerah 'Gold Medal' Pingat Emas MacNaughton Jones untuk jurusan Obsterik dan Ginekologi, Royal College of Surgeon, Ireland.

4. Menerima Anugerah Medal Memorial David Gault daripada Royal College of Surgeon, Ireland.

5. Menubuhkan Parti Keadilan Rakyat pada 1999 dan menjadi Presiden selama 16 tahun hingga kini 2014.

6. Menjadi Pengerusi Barisan Alternatif pada 1999.

7. Menjadi Ahli Majlis Gerak 1999.

8. Dipilih dalam Pilihanraya Umum menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh 1999, 2004 & 2008.

9. Dilantik menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 2008.

10. Dipilih menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Kajang dalam Pilihanraya Raya Kecil 2014.

11. Dianugerahkan “Distinguished Pathfinders Award” oleh The Board of Trustees of Omar Ibn Al-Khattab Foundation – Los Angelas, California, USA.

12. Menerima Anugerah Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPSN) sempena hari jadi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri.

13. Anugerah Sayidatina Khadijah, bersempena Himpunan Helwa Kebangsaan ABIM. Lambang perjuangan menegakkan kebenaran

14. Mempunyai hubungan yang akrab dengan syarikat-syarikat dan pedagang Arab, Sheikh Saleh Kamal al-Barakah (Arab Saudi)

15. Hubungan baik dengan mantan, Presiden B J Habibie, Indonesia yang juga pengasas pertubuhan “The Habibie Centre” yang mengangkat rakyat yang demokrasi.

16. Hubungan baik dengan mantan Presiden Joseph Estrada, Filipina

Dengan rekod cemerlang serta pengalaman beliau serta yang amat membanggakan kami, beliau kini merupakan Presiden Parti Politik di Malaysia yang paling kanan dikalangan Presiden Parti-Parti Politik yang ada di Malaysia (sebagai contoh TGHH memangku Jawatan Presiden PAS jun 2002 dan pada 2003 Presiden, Dato’ Seri Najib November 2008, semua Presiden Parti Politik yang lain memegang jawatan selepas tahun 2000), jadi sangat sangat wajar dan tidak boleh diragui YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail adalah Wanita pertama menjadi Menteri Besar Selangor.

Maka kami dengan penuh hormat dan takzimnya menyeru supaya semua pihak yang berkaitan agar tidak lari atau keluar dari kaedah ini dalam menyelesaikan kemelut proses perlantikan Menteri Besar yang baharu.. Sekiranya semua pihak berlapang dada, berfikiran terbuka, berpolitik secara matang dan mengutamakan kepentingan rakyat serta menunjukkan kesepakatan yang padu, maka isu ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling hikmah, telus dan bijaksana dan Insha Allah akan diperkenankan oleh Tuanku Sultan. Muga Allah SWT akan memberkati dan merahmati kita semua.

Dibacakan oleh

Dato’ Hj Mat Ghazali bin Abdul Rakim

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor

Di Sokong Penuh oleh Pemimpin Masyarakat serta Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Selangor;

1. Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor)

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor

3. Persatuan Pelajar Islam Selangor

4. Wadah Selangor

5. Wirda Selangor

6. Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa Selangor)

7. Pusat Khidmat Islah Selangor

8. Pusat Kerohanian Selangor

9. Pusat Komuniti Wanita Tg.Karang Selangor

10. Anak Muda Bersatu Tg.Karang Selangor

11. Ikatan Masyarakat Prihatin Parlimen Tg.Karang Selangor

12. Persatuan Pekebun Kecil Daerah Kuala Langat Selangor

13. Pesatuan Pemaju Perumahan Bumiputera Selangor

14. Rakan Muafakat Bisnes Selangor

15. Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Ulu Langat Selangor

16. Kelab Sahabat Alam Kuala Selangor Selangor

17. Persatuan Darul Wardah Selangor

18. Persatuan Penduduk Rinching Selangor

19. Persatuan Komuniti Pulau Indah Selangor

20. Kelab Rakan Penduduk Puchong Selangor

21. Persatuan Kebajikan Penduduk Paya Jaras Selangor

22. Kelab Kebajikan Sg Kendi Sabak Bernam Selangor

23. Wakil Ketua-Ketua Kampung - 22 Kawasan Parlimen

24. Wakil Ketua-Ketua Kampung Baru - 22 Kawasan Parlimen

25. Wakil Ketua-Ketua Komuniti - 22 Kawasan Parlimen

26. Wakil Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk – 22 Kawasan Parlimen

Kenyataan Menteri Kerja Raya Berhubung Kadar Tol Tambak Johor Adalah Satu Wayang Opera



Kenyataan Umum
17 September 2014

Kenyataan Menteri Kerja Raya Berhubung Kadar Tol Tambak Johor Adalah Satu Wayang Opera

1. Susulan kepada kenyataan Menteri Kerja Raya, Dato' Fadillah Yusof bertarikh 13 September 2014 seperti yang disiar di laman BERNAMA bahawa langkah menaikkan kadar tol di Causeway adalah hak prerogatif negara Singapura. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor sangat maklum akan hak prerogatif sesebuah negara merdeka seperti Malaysia dan Singapura untuk menentukan kadar tol dalam negara masing-masing. 

2. Namun begitu, situasi di Tambak Johor ini sedikit unik. Penetapan kadar tol di pintu masuk antara negara ini adalah berkadar langsung antara satu sama lain. Ia bukanlah satu amalan asing, sebaliknya telah lama digunapakai. Kerana perjanjian ini maka sudah pastilah, Singapura akan turut menaikkan kadar tol Causeway sebaik sahaja Malaysia menaikkan kadar tol EDL-CIQ. Begitulah juga yang akan berlaku, jika Malaysia bersedia untuk memansuhkan tol di CIQ. 

3. BERNAMA juga menyatakan "Pada masa yang sama, beliau berkata kadar tol di Tambak Johor kekal RM2.90". SAMM Johor menuntut penjelasan daripada Menteri akan tol manakah yang dirujuk oleh beliau dalam kenyataan tersebut. 

4. Umum telah mengetahui bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telahpun mengumumkan kadar caj tol baharu EDL-CIQ berkuatkuasa 1 Ogos 2014. Kenaikan pada kadar 470%. Jadi, adakah Menteri tidak mengetahui kenaikan ini atau Menteri sedang bercakap mengenai kadar tol yang lama?

5. Ataupun secara tidak langsung, Menteri memberikan pengesahan bahawa kenaikan tol EDL-CIQ 1 Ogos adalah untuk menampung pembiayaan pampasan pengambilalihan EDL. Di mana kadar tol yang sebenar adalah RM2.90 untuk kenderaan dari Singapura ke Malaysia. Dan lebihan RM 6.80 itu dibayar kepada MRCB. 

6. Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa kenaikan caj tol di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah untuk penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di BSI. Hasil carian maklumat SAMM Johor, BSI adalah dimiliki oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri dan Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti pula diuruskan oleh Advance Maintenance Precision Management. Sedangkan LLM menyebut kadar tol baharu CIQ BSI adalah untuk membolehkan pemegang konsesi EDL, untuk mengutip tol bagi menampung kos pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya tersebut. 

7. Sudah terang lagi bersuluh, kenaikan kadar caj tol EDL-CIQ ini adalah kerana untuk membayar pemegang konsesi tol, maka Menteri tidak harus menggunakan "trick" usang dengan mengeluarkan alasan untuk penyelenggaran BSI. Menteri tidak patut menjadikan rakyat untuk turut sama keliru dengan penjelasan-penjelasan begini. 

8. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pada tarikh 29 Julai 2014 telah menyatakan, "goverment to ensure local road users not burden with CIQ toll". Apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sehingga kini? 

9. Telah dua bulan kenaikan kadar tol CIQ ini dikuatkuasakan. Dan bulan Oktober 2014, Singapura pula akan mengikut jejak langkah Malaysia. Adakah ini salah satu usaha Kerajaan Persekutuan untuk tidak membebankan pengguna? 

10. Ini menunjukkan kenyataan TPM yang berasal dari Johor itu hanya satu wayang kulit untuk menyedapkan hati rakyat Johor sahaja. Mana mungkin orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak mengetahui akan perjanjian pakej tol Malaysia-Singapura dimana bayaran tol di Singapura adalah sama dengan bayaran tol yang dikenakan oleh Malaysia. 

11. Hakikatnya, Kerajaan Pemerintah seringkali tunduk kepada pelobi kapitalis besar dan kemudiannya mengeluarkan kenyataan wayang opera untuk menunjukkan bahawa mereka sedang melakukan usaha terbaik untuk rakyat Johor.

12. SAMM Johor dengan ini menyeru Kerajaan Persekutuan tidak lagi bermain wayang sebaliknya mula mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan beban pengguna dan kaum pekerja yang berulang-alik ke Singapura setiap hari. Perdana Menteri atau Menteri Luar harus segera mengadakan perundingan dengan Kerajaan Singapura dalam isu berkepentingan bersama termasuklah isu kenaikan kadar tol dan VEP. Kedua-dua Kerajaan Pemerintah haruslah memberikan justifikasi kenaikan kadar tol dan VEP dengan cara yang lebih munasabah dan penuh semangat kejiranan. 

13. Perlumbaan kedua-dua Kerajaan Pemerintah untuk menaikkan kadar tol dan VEP ini akhirnya memangsakan rakyat kedua-dua negara yang sering berulang-alik antara Malaysia-Singapura. Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan juga perlu memikirkan impak kenaikan tol ini kepada ekonomi domestik Johor termasuklah menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil dan sederhana di bandaraya Johor Bahru. 

SETIA BERSAMA JOHOR

ROSLEE MOHD SHARIFF
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor

Adakah Malaysia Telah Bersetuju Untuk Bersama Dalam Kerangka Asia Pivot Amerika Syarikat?


Tulisan Umum
17 September 2014

Adakah Malaysia Telah Bersetuju Untuk Bersama Dalam Kerangka Asia Pivot Amerika Syarikat?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun mengeluarkan satu kenyataan mendesak penjelasan dan respons daripada Perdana Menteri susulan kenyataan US Chief of Navy Operation berhubung penempatan pesawat risikan P8-A Poseidon di Sabah pada 12 September 2014.

Menteri Pertahanan telah menafikan kenyataan tersebut dan juga menafikan Malaysia telah memberikan kebenaran kepada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Lanjutan daripada itu, SAMM telah melakukan sedikit kajian dan mendapati kemasukan Tentera Amerika Syarikat ke negara ini adalah lebih kerap selepas kunjungan Presiden Obama pada bulan April lepas.

Bulan Jun 2014, satu eksais yang dinamakan Cope Taufan 2014 telah dilakukan di utara semenanjung di antara Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF). Eksais ini melibatkan pesawat tempur berteknologi tinggi milik USAF iaitu F-22 Raptor.

Eksais ini adalah merupakan kali pertama F-22 datang ke Asia Tenggara walaupun Amerika Syarikat mempunyai sekutu rapat di Singapura dan Filipina. Malah, Tentera Udara Singapura juga perlu membayar kos yang tinggi untuk menyertai latihan dengan F-22 dalam eksais Red Flag Alaska.

Jadi, mengapakah USAF memilih untuk menghantar F-22 Raptor dalam latihan ketenteraan bilateral bukannya multilateral dengan negara yang bukan sekutu Amerika Syarikat?

Dari 25 Ogos sehingga 2 September 2014, satu lagi siri latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dilakukan di Kampung Tanduo, Sabah. Latihan yang dinamakan MALUS AMPHEX 2014 menggunakan aset US Marine Assault Amphibious AAV-P7 ini disertai oleh pasukan US Marines dan pasukan tentera kita.

Dan bermula 13 September hingga 26 September 2014, latihan ketenteraan Keris Strike Siri 18/2014 pula menyaksikan kehadiran tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC) di Pantai Timur Semenanjung.

Adalah sesuatu yang agak pelik kerana secara tiba-tiba Malaysia kelihatan seperti sangat mesra dengan ketenteraan Amerika Syarikat. Dalam tempoh kurang daripada 6 bulan, nampaknya Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan latihan ketenteraan dengan Malaysia yang meliputi pertahanan darat, laut dan udara.

Apakah mungkin jika tiada apa-apa kelebihan atau perjanjian, Amerika Syarikat akan menawarkan peluang kepada negara bukan sekutu mereka secara bilateral untuk berlatih dengan aset-aset ketenteraan dan taktikal mereka yang serba canggih itu?

Adakah Malaysia telah mengambil peluang kehadiran Presiden Obama tempohari untuk menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dalam kerangka Asia Pivot tajaan Presiden Obama? Salah satu pilar Asia Pivot adalah hubungan perdagangan dan ketenteraan. Dan Malaysia sedang dalam rundingan TPPA, apakah mungkin juga kita akan memulakan hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat?

Walaupun Menteri Pertahanan telah membuat penafian, namun seharusnya tindakan yang lebih tegas dan affirmatif perlu diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam isu kenyataan oleh US Chief Of Naval Operation, Jonathan W. Greenert tersebut.

Dengan siri latihan ketenteraan bersama Tentera Amerika Syarikat yang meliputi darat, laut dan udara serta kenyataan tawaran Malaysia kepada Tentera Amerika Syarikat itu dikeluarkan oleh seorang Pegawai Tinggi Tentera Laut Amerika Syarikat dan juga merupakan penasihat operasi ketenteraan maritim kepada Presiden Amerika Syarikat, sudah pastilah ia akan memberikan isyarat yang tidak betul kepada dunia. Maka, ia tidak harus dinafikan dengan satu kenyataan di media massa sahaja oleh Menteri Pertahanan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri untuk segera mendesak rakan sejawatan mereka dari Amerika Syarikat agar meminta maaf dan menarik semula kenyataan yang dikeluarkan oleh US CNO tersebut.

Kegagalan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan dalam memberi maklum balas akan memberikan isyarat yang salah kepada dunia dan berpotensi mendatangkan impak negatif bukan sahaja kepada aspek negara berkecuali malah dibimbangi akan melarat hingga aspek keselamatan negara dan hubungan perdagangan yang besar dengan negara-negara dunia yang lain.

Sempena dengan semangat ulangtahun Kemerdekaan negara, SAMM menyeru agar Kerajaan Pemerintah memastikan kedaulatan negata tidak digadai kepada mana-mana kuasa besar. Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara NAM yang bebas tidak berpaksi kepada mana-mana kuasa besar.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Gerakan Terancang Batalkan AJK Pemuda PAS


Satu Perancangan Dirancang

Perlantikan AJK Pemuda PAS Pusat (PPP) sesi 2013-2015 adalah tidak sah mengikut perlembagaan disebabkan terdapat 5 kawasan yang pendaftarannya tidak sah. Maka dengan ini, usul supaya muktamar hari ini ditangguhkan kepada penyelesaian kes tersebut akan cuba dibawa sekali lagi pada hari ini.

Perancangan hari ini 17.9.14 sebenarnya sudah lama dirancang oleh team yang menyokong Presiden dan MSU. Pengesahan kepada perancangan ini telah dibuat semasa hari penamaan calon di PRK Pengkalan Kubur N.01. Dengan kehadiran beberapa pimpinan tertinggi sesi lepas telah mengakui perancangan ini disahkan dan dibenarkan untuk digerakkan semasa Muktamar PPP.

Tiga hal yang menyokong kearah gerakan ini dirancang iaitu membatalkan AJK Pemuda sesi ini dan melantik semula dalam sesi muktamar khas

1. Sekteriat pemilihan dan Muktamar pemuda tahun 2013 menghantar laporan yang salah untuk dicadangkan supaya disahkan pada sesi ini tahun 2014. Namun, perbahasan yang dibuat mestilah kearah kelalaian SU PPP 2013-2015 dalam mengendalikan Muktamar ini

2. Jom keluar dewan dan menolak minit mesyuarat lepas bagi mewujudkan ketegangan dalam dewan. Terdapat beberapa individu yang telah berbaiah untuk melaksanakan hal tersebut. Ketegangan dalam dewan tidak akan terkawal dan menyebabkan Pengerusi Tetap sesak nafas bagi membolehkan Tim.Pengerusi Tetap Ustaz Dr Riduan Mohd Nor mengambil alih jawatan tersebut. Pengerusi tetap yang baru akan mengambil alih situasi dengan mewujudkan suasana dalam dewan yang tidak harmoni seperti mengangkat MSU dan Presiden setingginya DENGAN mengecam golongan yang dikatakan tidak bersama MSU dan Presiden. Isu Selangor akan dimainkan bagi mewujudkan kebencian terhadap Perjuangan PAS yang sebenarnya dipelopori oleh golongan ulama. Segala masalah hari ini akan dibawa kepada perbincangan tertinggi iaitu MSU dan akhirnya keputusan keluar ajk PPP sesi 2013-2015 tidak sah dan dibatalkan. Perbincangan akan difokuskan kepada perancangan KP PPP sesi 2013-2015 yang merancang untuk kemenangan dia dengan membenarkan 5 kawasan dari Johor menyertai muktamar pada sesi lepas.

3. Segala perbincangan yang dibuat akan dibawa usul khas kepada Muktamar Pas Pusat pada esok hari dengan menyatakan sokongan kepada Presiden dan MSU. Semakan kepada AJK Pas Pusat juga akan dibuat melalui usul tersebut dan kemenangan beberapa individu dipertikai melalui sistem pengundian yang meragukan. Perancangan inj sebenarnya sudah dibentangkan kepada beberapa individu di Ketereh, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa supaya dapat berjalan dengan lancar.

Banyak lagi cerita disebalik pengkalan kubur akan dibongkarkan.

Pro Hadi Keluar Dewan Tanda Protes Mat Sabu Yang Tidak Wala' Kepada Presiden


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tindakan sekumpulan Pemuda PAS meninggalkan dewan ketika beliau memulakan ucapan sebagai tanda protes.

Sebaliknya Mohamad berkata kumpulan tersebut meninggalkan dewan kerana mahu menunaikan solat asar.

"Kita mula dah lewat, masa saya nak berucap itu dah masuk waktu asar, jadi ada yang keluar untuk solat.

"Perkara macam itu saya tak anggap ia protes," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia di dewan Chon Moi, di sini, hari ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat sependapat dengan Mohamad dan menganggap ia bukan satu protes.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan sekumpulan 50 orang anggota Pemuda PAS Malaysia yang didakwa sebagai 'Pro Hadi' (kumpulan penyokong Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang) meninggalkan dewan muktamar sebaik saja Mohamad memulakan ucapan.

Kumpulan 50 orang penyokong Hadi itu dikatakan memakai vest yang bertulis "Kami menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama".

Tuesday 16 September 2014

Perutusan Hari Malaysia 2014


51 tahun yang lalu negara kita Malaysia telah ditubuhkan berteraskan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat yang majmuk, dan ditadbir sebagai sebuah persekutuan berlandaskan prinsip dan sistem demokrasi berparlimen. Perkara asas ini wajar diperingati setiap 16 September.

Namun apabila kita melihat di kalangan sanak saudara kita khusus di Sabah dan Sarawak, jelas masih banyak yang perlu dilakukan. Kita tidak mahu mana-mana ahli keluarga besar Malaysia ditinggal, dilupakan, dipinggir.

Bukan sahaja itu, keselamatan di sempadan-sempadan negara kita perlu diperketat. Insiden-insiden pencerobohan sempadan khusus di Sabah mutakhir ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila penceroboh terlibat dalam keganasan sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu keselamatan ini perlu ditangani dengan kadar segera demi menjamin kedaulatan negara.

Sempena Hari Malaysia, dalam usaha kita membina sebuah Malaysia yang lebih baik, kita perlu sedar dan ingat bahawa masih banyak undang-undang yang zalim dan menekan rakyat yang perlu dimansuhkan, termasuklah Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) antara lain. Selagi undang-undang kukubesi seperti ini wujud, selagi itu Malaysia belum benar-benar merdeka.

Oleh itu, KEADILAN memegang teguh pada semangat perjuangan untuk memastikan kesatuan dikalangan rakyat Malaysia kekal utuh bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. Sebarang usaha untuk melemah dan menghancurkan perpaduan ini mesti kita tentang demi masa depan negara.

Pertahankan perpaduan kita. Mansuhkan Akta Hasutan.

Selamat Hari Malaysia.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Isu ROYALTI : Sebaran PRK Pengkalan Kubor.


Isu ROYALTI : Sebaran PRK Pengkalan Kubor.

Dikeluarkan Oleh : Khairul Nizam Abd Ghani (Pengarah Pilihanraya ROYALTI)

Ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 31 Januari 1948 di antara wakil-wakil pemerintah Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, mungkin tiada siapa yang dapat mengagak perjanjian terbabit akan menjadi salah satu punca tercetusnya konflik royalti minyak pada tahun-tahun kemudiannya. Terdapat satu komponen yang memberi impak penting dalam perjanjian terbabit, yakni bidang kuasa negeri ditetapkan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri. Mana-mana tanah yang diliputi air, melebihi 3 batu nautika dari pesisiran pantai, diletak di bawah penguasaan kerajaan pusat. Seksyen 4 Ordinan Darurat 1969 turut mendefinisikan kawasan jajahan negeri sebagai hanya tiga batu nautika dari pesisiran pantai, tertakluk kepada beberapa pengecualian termasuklah negeri-negeri baru Sabah dan Sarawak.

Hal inilah yang kini menjadi hujah pembelaan kerajaan pusat membidas tuntutan royalti minyak oleh sebahagian kerajaan-kerajaan negeri. Mana-mana penemuan minyak di kawasan-kawasan melebihi sempadan negeri (tiga batu nautika dari pesisiran pantai) terletak di bawah hak milik kerajaan pusat, lantas tidak melayakkan tuntutan royalti daripada kerajaan negeri.

Dengan hanya hakikat ini, mungkin wajar kita menyimpulkan bahawa tuntutan royalty gas daripada kerajaan negeri Kelantan itu tidak wajar dilunaskan, malah termasuk juga bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Pahang.  Namun, isu ini tidak berakhir sebegitu mudah di sini.

Akta Pembangunan Petroleum 1974

Pada tahun 1973, dunia telah menyaksikan Krisis Minyak yang berpunca daripada sekatan bekalan minyak selama enam bulan oleh negara-negara Arab sebagai ahli Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC). Harga minyak mentah meningkat empat kali ganda dalam jangka masa satu malam, dan menjejaskan kelangsungan operasi banyak industri. Kebanyakan negara membangun yang mengeluarkan minyak, termasuklah Malaysia, ketika itu mula menyedari kepentingan mempunyai kuasa mengawal dan menyelia pengendalian sumber minyak negara dari sudut ekonomi dan strategik.

Tindak balas Malaysia berupa penubuhan Petroliam Nasional Berhad, ataupun Petronas, pada 17hb Ogos 1974. Jaguh tempatan gergasi dunia itu berkembang pesat sehinggakan kebergantungan Malaysia kepadanya kian meningkat; secara puratanya 40% belanjawan kerajaan pusat merupakan sumbangan Petronas. Hasil minyak dan gaslah yang telah membiayai pembinaan Menara Berkembar Petronas bernilai RM6 billion itu, beserta pembandaran Putrajaya yang bernilai RM22 billion. Malah, keuntungan besar Petronas hasil peningkatan harga minyak mentah pada dekad lepas merupakan satu-satunya cara kita mampu menampung peningkatan perbelanjaan operasi kerajaan yang melambung meningkat sebanyak RM135 bilion pada tahun 2012 berbanding 2000.

Penubuhan Petronas sebenarnya membuka ruang kepada satu lagi peristiwa penting dalam sejarah industri petroleum Malaysia, iaitu pengenalan Akta Pembangunan Minyak 1974 (PDA). PDA menjadi ‘antagonis’ kepada Perlembagaan Persekutuan dalam tuntutan royalti minyak, yang digunakan oleh penyokong-penyokong pembayaran royalti kepada negeri berkenaan penerokaan minyak yang melibatkan kawasan melebihi tiga batu nautika dari pesisiran pantai. Dalam Seksyen 2 PDA 1974, Petronas diberikan mandat “pemilikan penuh ke atas petroleum yang terdapat di darat dan pesisir pantai Malaysia”, termasuklah hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan dalam meneroka, memanipulasi, memenangi dan memperolehi kawasan-kawasan ini. Di sini, istilah am ‘kawasan pesisiran pantai Malaysia’ menjadi punca pergelutan utama, kerana PDA tidak mengandungi sebarang perincian sejauh manakah ukuran “pesisiran pantai” sesebuah negeri yang dimaksudkan, mahupun sebarang rujukan kepada istilah ‘tiga batu nautika’ dalam perlembangan persekutuan.

Walaubagaimanapun, PDA merupakan kayu ukur penting dalam membuktikan kuasa kawalan dan kedaulatan Malaysia sebuah negara merdeka. PDA telah menyeragamkan semua perjanjian berasingan yang dibuat di antara peneroka minyak asing dan kerajaan-kerajaan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan sumber hidrokarbon di Malaysia. PDA menerbitkan tiga kesan utama; pertama, semua penemuan diletak di bawah jagaan Petronas; kedua, perjanjian konsesi yang asal digantikan dengan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), di mana pihak kerajaan melalui Petronas menanggung perbelanjaan penerokaan, dan; ketiga, royalti sebanyak lima peratus yang ketika itu telahpun dibayar kepada kerajaan negeri kemudiannya harus ditambah lima peratus untuk dibayar kepada kerajaan pusat. Kerajaan-kerajaan negeri sebelum PDA ada menerima bayaran di bawah perjanjian konsensi terdahulu, tetapi sejauh mana jumlah bayaran yang dikuatkuasakan tidak dapat dikenalpasti.

Bersama PDA 1974 ialah 13 perjanjian lagi yang dikenali sebagai Assignments Deeds dan Vesting Grants. Kedua-duanya ditandatangani secara berasingan di antara 13 kerajaan negeri dan kerajaan pusat sekitar tahun 1975 dan 1976. Kesemuanya memberikan hak kepada Petronas untuk ‘petroleum yang berada di darat atau pesisir pantai Malaysia’, dengan pulangan wang tunai secara tahunan bersamaan dengan nilai 5% petroleum yang dikeluarkan. Sekali lagi, tiada kayu ukuran yang diperincikan bersama definisi istilah ‘pesisiran pantai’. Maka perjanjian-perjanjian ini hanya menyemarakkan lagi kontroversi ini.

Sarawak dan Sabah

Selama 40 tahun sehingga 2010, Sabah menerima royalti minyak berjumlah kira-kira RM7.2 bilion. Sarawak pula dianggarkan menerima kira-kira RM600 juta setiap tahun. Malah, niat utama di sebalik penggubalan PDA 1974 adalah untuk memastikan penguasaan pusat ke atas hasil minyak Sabah dan Sarawak, lebih daripada usaha menangani krisis-krisis seperti Krisis Minyak 1973. Ketika itu, industri petroleum di Borneo sudah hampir kepada ulangtahun satu abadnya, dengan Shell dan Esso yang masing-masing giat menghasilkan minyak dari Sarawak (80,000b sehari) dan dari Sabah (5,000b sehari). Masalahnya, operasi-operasi terbabit tertakluk di bawah perjanjian konsensi legasi zaman British dengan kerajaan negeri, yang sifatnya berat sebelah kepada syarikat-syarikat pengeluar. Tidak mengejutkan bawa operator-operator minyak ketika itu tidak begitu terbuka dengan syarat baru yang dikenakan; iaitu untuk memberikan royalti minyak kepada sebuah kerajaan persekutuan baru pula.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas yang pertama, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dikenali di kalangan rakyat Malaysia dengan gelaran Ku Li, mengendong tanggungjawab sukar menyakinkan Sabah dan Sarawak supaya bersetuju dengan PDA. Tugasnya nampak mustahil memandangkan situasi asal yang sangat rumit. Pertama, perjanjian-perjanjian asal yang telah termaktub di antara syarikat pengeluar minyak dengan kerajaan negeri yang perlu dihormati. Kedua, Malaysia ialah sebuah negara yang terbentuk melalui persekutuan secara sukarela negeri-negeri yang pada asalnya mempunyai hak kedaulatan tersendiri, yang menyebabkan masalah dalam rundingan. Proses rundingan ini berlangsung selama dua tahun, sehinggakan mencapai satu tahap di mana Ku Li dikhabarkan ditahan oleh imigresen Sabah di lapangan terbang!

Kini, walaupun Petronas dan para kontraktornya beroperasi mengeluarkan minyak dan gas di kawasan-kawasan melebihi tiga batu nautika daripada pesisiran pantai Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri masih menerima royalti seperti yang dijanjikan dalam perlembagaan. Tambahan daripada itu, kedua-dua negeri ini juga, tidak seperti negara-negara lain, dijamin oleh perlembagaan untuk menerima duti eksport ‘minyak mineral’. Petroleum termasuk dalam kategori ‘minyak mineral’ tersebut. Royalti dan duti eksport ini berjumlah 10 peratus.

Terengganu

Petroleum telah pertama ditemui di pesisiran pantai Terengganu pada tahun 1973. Sejak itu, Terengganu telah menerima royalti berjumlah RM7.13 bilion menerusi PDA. Negeri pantai timur tersebut bukan sahaja menikmati pertumbuhan yang pesat hasil daripada royalti minyak dan peruntukan kerajaan pusat, malah juga telah menikmati manfaat daripada pembentukan bandar berasaskan industri petroleum. Rantau Petronas di Kerteh ialah salah satu pusat industri petroleum termaju dengan hub ekonominya yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, pembayaran royalti telah dihentikan pada tahun 2000 ketika PAS memegang tampuk kuasa kerajaan negeri. Di bawah klausa pembayaran atas dasar budi bicara di bawah perlembagaan, sebahagian kecil daripada jumlah sebenar wang royalti yang dikenali sebagai Wang Ehsan telah dibayar melalui agensi kerajaan. Royalti hanya disambung kembali pada tahun 2009 apabila Terengganu kembali dipegang oleh kerajaan Barisan, walaupun pengeluaran petroleum dilakukan dikawasan melebihi tiga batu nautika daripada pesisir pantai. Hal ini cukup mengelirukan; wajarkah Terengganu menerima royalti atas pengeluaran minyak melebihi tiga batu nautika dari pesisiran pantainya? Jika ya, mengapakah bayaran royalti tersebut serta merta terhenti sebaik sahaja parti pembangkang yang dilantik sebagai kerajaan negeri?

Kelantan

Petroleum hanya dijumpai di luar pesisir pantai Kelantan pada tahun 90-an ketika Kelantan sudah pun berada di bawah pimpinan PAS. PDA dan Vesting Grant serta Assignment Deed tidak pernah dipersoalkan sebelum itu. Kebetulan pula, penemuan-penemuan gas di pesisiran pantai Kelantan terletak 150km (81 batu nautika) dari Kota Bharu, dan dalam kawasan bebas-ekonomi, yang mana kerajaan pusat telah mempunya perjanjian pembangunan dengan Thailand dan Vietnam.

Bagi pengeluaran minyak dan gas dari kawasan ini, yang dikenali dengan nama blok PM2, PM301, Perjanjian Perkongsian Pembangunan Malaysia-Thailand (MTJDA) dan PM3 CAA Malaysia-Vietnam, kerajaan pusat telah menerima bahagian royaltinya sebanyak 5 peratus, berjumlah RM4.59 bilion. Secara teorinya, jumlah yang sama juga wajar diterima oleh Kelantan (juga lima peratus peruntukan royalti). Malangnya, tidak sesen pun yang diterima oleh negeri terbabit. Lebih teruk lagi, Kelantan tidak langsung merasai limpahan manfaat daripada pembangunan ekonomi dalam bentuk aktiviti, tapak pengeluaran, pemprosesan dan pengangkutan hasil gas dan minyak. Hasil gas dari pesisiran pantai Kelantan semuanya dikeluarkan melalui MTJDA dan terus disalurkan ke Thailand tanpa melalui Kelantan. walaupun proses ini secara ekonomiknya lebih wajar dilakukan di Kelantan.

Kerajaan pusat mempertahankan haknya untuk tidak membayar royalti kepada Kelantan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyifatkan kawasan penemuan minyak bukan milik jajahan Kelantan. Sebaliknya, Kelantan mengemukakan tuntutannya terhadap royalti berdasarkan PDA, Assignments Deeds dan Vesting Grants yang menggunakan terma ‘darat dan luar pesisir pantai’ untuk kes petroleum berbanding dengan definisi tiga batu nautika yang terdapat dalam perlembagaan. Pakar-pakar perlembagaan telah menjelaskan bahawa perlembagaan mengatasi semua undang-undang lain, kerana statusnya sebagai satu undang-undang paling agung sebuah negara.

Pada Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Petronas di atas kegagalan syarikat terbabit membayar royalti kepada kerajaan negeri. Kerajaan Pusat bertindak balas dengan membentuk panel khas penyiasatan yang masih belum mengeluarkan keputusannya.

Nilai Seharusnya Mengatasi Isu Teknikal

Sampai tahap ini, kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa persengketaan ini menjadi rumit kerana melibatkan interpretasi undang-undang. Realitinya, Kelantan dan Terengganu dinafikan hak royalti sewaktu diperintah PAS; hal ini cukup jelas sekali. Maka, cukup sukar untuk kita tidak melihat isu ini sebagai isu yang dipolitikkan. Sebagai orang awam yang menyaksikan krisis berpanjangan ini, tentunya beberapa persoalan timbul dalam benak fikiran.

Pertama, komponen tiga batu nautika dalam Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan sempadan maritim negeri, tetapi bagaimana dengan hak pemilikan asset yang merujuk kepada petroleum? Pastinya apabila dokumen perjanjian ini diangkat menjadi undang-undang dan ditandatangani, niatnya adalah untuk mengasingkan isu petroleum dan gas sebagai isu yang penting dan berasingan dari hak-hak berkenaan kawasan jajahan yang lain. Maka, bolehkah minyak dan gas dilihat dalam ruang lingkup yang sama dengan isu sempadan perairan lain yang termaktub dalam perlembagaan? Sekiranya menandatangani dokumen ini dahulunya bermaksud untuk memindahkan kuasa dan kedaulatan sesebuah negeri ke atas hak milik minyak asal mereka kepada Petronas, bukankah penafian royalti kini merupakan kemungkiran janji yang sewenang-wenang?

Kedua, mengapakah aplikasi kriteria ‘tiga batu nautika’ tidak selaras kepada semua negeri di semenanjung Malaysia? Pakar undang-undang mendakwa bahawa Assignment Deed 1975 melanggar perlembagaan dan mengandungi kesilapan besar, kerana ia gagal untuk memperincikan bahawa Kelantan hanya berhak memberikan kawasan kepada Petronas yang dibawah jajahannya. Sekalipun begitu, kenapa hal ini tidak berlaku kepada Terengganu, dan sekarang, Pahang yang dijanjikan royalti sebanyak lima peratus daripada kawasan Bertam PM307 yang baru ditemui walaupun jaraknya ialah 160km (86.3 batu nautika) daripada pesisir pantai Kuantan? Terengganu dan Pahang juga sepatutnya tidak mempunyai hak ke atas penerokaan kawasan yang mengeluarkan hasil minyak yang melepasi sempadan negeri. Hal ini jelas bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang menggariskan kesama rataan hak tanpa diskriminasi.

Ketiga, apakah niat asal kepada janji memberi bayaran tunai kepada kerajaan negeri? Sekiranya janji-janji terbabit dimeteraikan untuk memujuk negeri yang asalnya berdaulat untuk berkongsi hasil bumi mereka dengan seluruh negara, adilkah kerajaan pusat kini untuk menafikan janji yang dibuat sebelum perjanjian ditandatangani? Sudahlah kerajaan negeri hanya diperuntukkan 8.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan pusat.

Tuntasnya, dapat kita simpulkan di sini bahawa terdapat dua pihak yang bertentangan dan menggunakan dua dokumen asing untuk menyokong dakwaan masing-masing; PDA dan Perlembagaan Persekutuan. Apapun, realitinya kita menyaksikan bahawa keempat-empat negeri pengeluar minyak ini merupakan antara negeri termiskin di Malaysia. Kelantan mempunyai isi rumah berpendapatan paling rendah sebanyak RM2,536, di bawah tahap purata kebangsaan iaitu RM4,025, manakala Sabah mempunyai kadar kemiskinan 19.2%, jauh lebih tinggi daripada tahap kebangsaan sebanyak 3.8%.

Pernahkah kita terfikir, sudikah negeri-negeri di bawah persekutuan menandatangani PDA 1974 dan perjanjian berikutnya berkaitan petroleum, jika mereka tidak diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat bahawa mereka akan menerima manfaat daripada penerokaan hasil bumi mereka?

Sumber asal : Anas Alam

Monday 15 September 2014

JPJ: Harga Siling Belajar Lesen Memandu


Oleh JPJ Malaysia

"Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat.

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan tidak berpatutan boleh laporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas."

Tertakluk Pada Terma & Syarat? Ada Hidden Cost?

Dimana BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA)?

PRK NO1 Pidato Bermotor, Peperangan Maruah Daulat Wilayah Laut Kelantan


15/09/14. Ahad. Tak mampu miliki van. Naik motor pun boleh. Janji lawan. Khianat daulat tidak sesekali.

Pidato bermotor. Speaker corner. Agihan risalah. PRK N01 adalah peperangan maruah kedaulatan wilayah laut Kelantan.

#N01R

Disini Lahirnya Sebuah Komplot


Oleh Al Husseyn

"Dulu kita bersangka baik saje bila tengok gambo yang Khalid sengaja paparkan kat facebooknya tu...tapi sekarang barulah kita sedari lahirnya sebuah komplot jijik yang dijangka akan membawa Selangor ke PRN ....tengoklah keputusan istana esok; akan terbukti benar jangkaan ini. insya'Allah"

Kalau tak setuju dengan tulis Al Husseyn sila komen...

PANAS KEMBALI, PRODUK ISRAEL DIKESAN DIJUAL DI TESCO


Seorang pengguna Facebook, Satria Wirang telah memuat naik sebuah gambar ‘panas’ yang menunjukkan pasar raya Tesco menjual mangga dari israel.

Tesco Malaysia perlu segera menjawab permasalahan ini. Jika benar, pihak bertanggungjawab perlu ambil tindakan segera.

Walaupun serangan di Gaza, Palestin sudah berhenti, kempen boikot barangan israel nampaknya semakin suam dan suram, kini tesco pula mengundang kemarahan umat islam dan rakyat malaysia amnya kerana israel telah membunuh ribuan umat Islam di sana.

Kalau Perdana Menteri najib razak umumkan Malaysia sebuah negara islam yang menjadi contoh kepada dunia Islam. Kami rakyat MALAYSIA mendesak kerajaan ambil tindakan segera demi menjaga sensitiviti umat Islam di MALAYSIA..

Perhatian semua umat Islam, jaga-jaga semasa membeli belah di Pasaraya. Yang ini dia beli di Tesco, mungkin tempat lain pon ada. Mohon sebarkan agar yang lain tidak terkena.

Adakah dengan berhentinya perang, Kempen BOIKOT barangan israel juga berhenti?

Berita Buat Rakyat MALAYSIA Gembira, Petrol & Diesel Akan Dikenakan Cukai GST


BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT M'SIA YANG MENYANJUNG GST !!!

Tahun 2015 nanti harga PETROL & DIESEL AKAN 'TURUN' kerana bakal dikenakan cukai GST YANG TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT... Macai kan dah kata cukai berkurang jadi 6% drpd yg asal 16%... Apalagi macai JILAT SAMPAI KERING, RAGUT SAMPAI MATI CUKAI GST KAMU ITU

Bila harga Petrol & Diesel Naik,
Harga barang akan Naik...

1 Soalan 1 Permintaan sebagai Susulan kepada Kenyataan YAB Tan Sri Muhyiddin & YB Datuk Sri Mustapha Mohamad


Kenyataan Media:

1 Soalan 1 Permintaan sebagai Susulan kepada Kenyataan YAB Tan Sri Muhyiddin & YB Datuk Sri Mustapha Mohamad.

 
Menjelang Pilihanraya Kecil N01 Pengkalan Kubor, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed membuat cabaran untuk membuktikan bahawa Kerajaan Pusat telah menafikan Royalti Petroleum Kelantan. Kami ingin memulakan respon dengan Amanat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 November 1974:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".

Allahyarham Tun Abdul Razak yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Negara dan antara Pengasas PETRONAS salah seorang individu yang merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani oleh kesemua negeri di persekutuan Malaysia. Perjanjian Akta ini direalisasikan oleh Pengerusi PETRONAS pada masa itu YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
 
Royalti berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Sukacita kami ingin mengingatkan bahawa, tuntutan Royalti adalah berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144) dan Surat Cara (vesting deeds) yang ditandatangani oleh Pengerusi PETRONAS YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan Dato Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.

Semua negeri di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah menandatangani perjanjian yang sama kerana semuanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang sama. Kenapa di saat dua tokoh UMNO ini melaungkan 1Malaysia tetapi mempunyai dua layanan yang berbeza terhadap negeri? Ianya satu amalan pecah amanah yang jelas.
 
Kenapa RM12 Billion?

Jumlah tunggakan anggaran RM12 Billion adalah berdasarkan pengiraan yang telah dibuat oleh salah satu Jabatan Kerajaan Negeri yang mempunyai autoriti, yang mendapat maklumat lengkap berdasarkan "Laporan Mengenai KDNK Megikut Negeri Yang Dianjurkan Oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Pada 16 Mac 2009"

Angka RM12 Billion tersebut adalah kiraan anggarfan sehingga akhir 2012 sahaja, kini pihak kami yakin jumlahnya mencecah melebihi RM13 Billion.

Di sini kami sertakan fakta-fakta bagi menjawap persoalan tuntutan royalti. Saya harap YAB Timbalan Perdana Menteri menelitinya demi hak rakyat Kelantan yang berada dalam Malaysia.

5 Blok Medan Petroleum dan 44 Telaga.

Di perut bumi perairan Kelantan amat kaya dengan hasil petroleum terutamanya gas asli, kondesat dan minyak. Terdapat Lima Blok utama Medan Petroleum yang melibatkan 44 buah telaga (setakat 2013), Antara blok-blok utama yang terlibat adalah:

1.         Blok PM3 Commercial Arrangement Area (CAA) - Pengeluaran pertama adalah pada tahun 1997 ianya terletak di sempadan Malaysia -Vietnam, medan ini kaya dengan Minyak. Medan ini mempunyai 7 telaga petroleum.

2.         Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) pengeluaran pertama  adalah pada tahun 2005 medan ini amat kaya dengan hasil Gas Asli Petroleum. Medan ini mempunyai lebih daripada 15 telaga petroleum.

3.         PM301 pengeluaran tahun 2011 medan ini adalah 100% di dalam perairan Kelantan yang hanya berjarak 109 KM dari Pantai Bachok. Medan ini mempunyai 5 telaga produksi dan   beberapa lagi telaga yang sedang dibangunkan.

4.         PM302 pengeluaran bermula tahun 2012 medan ini 100% di dalam perairan Kelantan.

5.         PM 303 pertindihan antara Kelatan - Terengganu sejak 1997 telah mengeluarkan    hasil petroleum.
 
Terengganu Menerima 5% Royalti dari 1978 hingga 1999.

Kami ingin membawa kedua-dua pemimpin UMNO ini melihat kembali sejarah negeri Terengganu yang dinafikan Hak Royalti pada tahun 1999, apabila rakyat memilih PAS sebagai Kerajaan Negeri.

Terengganu pada tahun 1978 sehingga 1999 menerima pembayaran tunai kenapa Kelantan tidak layak? Sedangkan jika dikirakan jarak Kelantan adalah sama atau lebih hampir ke medan pengeluaran.

Sebagai rakyat di bawah naugan YAB TPM, kami ingin bertanya 1 soalan dan memohon 1 permintaan, semuga mendapat respon yang baik dari seorang pemimpin negara, antaranya :-

1. YAB mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa sendiri untuk menjalankan siasatan ke atas kewangan Petronas. Untuk pengetahuan pihak YAB, pihak kami telahpun menghantar surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Parliamen Malaysia (PAC) pada sesi pembukaan Dewan yang lalu. Namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Jadi, di sini kami semua rakyat Kelantan memohon agar pihak YAB agar dapat kiranya mengeluarkan Surat Kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk membenarkan Jawatankuasa yang akan ditubuhkan nanti itu dapat menjalankan siasatan dengan bebas.

2. Kami ingin bertanya kepada YAB, undang-undang mana yang digunakan oleh YAB yang menyatakan Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak memperolehi Bayaran Tunai (Royalti) kerana kesemua talaga minyak melebihi jarak 3 Batu Nautika, setelah Ordinan Darurat 1969 yang menyatakan had 3 Batu Nautika tersebut telah dimansuhkan?


Penutup.

Kesimpulannya, jika itulah kata-kata pengasas PETRONAS, siapalah tokoh UMNO yang datang kemudian? biarlah kejujuran dan niat suci seorang negarawan tulen yang kebetulan adalah bapa kepada Perdana Menteri sekarang, tidak dinodai.

Al fatihah untuk Allahyarham Tun Abdul Razak, seorang negarawan yang pandangan jauhnya mengatasi kepentingan politik sempit kepartian.
 

Hj Nazri Deraman,
Presiden ROYALTI (R).
15 September 2014

S E B A R K A N ...

PANGLIMA MALAYSIA Mendesak Kerajaan Supaya Menyelesaikan Masalah dan Keruncingan Harga Getah di Malaysia Secepat Mungkin



KENYATAAN MEDIA
PANGLIMA MALAYSIA

PANGLIMA MALAYSIA mendesak kerajaan supaya menyelesaikan masalah dan keruncingan harga getah dimalaysia secepat mungkin.harga terbaru getah sekarang ialah diantara RM1.65-RM1.85.Apa yg dapat dilihat sekarang ialah kerajaan cuba menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat.dengan kenaikan kos taraf hidup maka ramai penoreh2 getah menghadapi masalah kewangan yg cukup krtikal.termasuk bebanan hutang dan kos sara hidup.

kita tahu dan faham keadaan harga getah dunia menjunam disebabkan oleh tiada pembelian getah malaysia dari negara seperti china dan lain2 negara dengan alasan lambakan getah dunia begitu banyak.

Malaysia adalah negara yg terlibat bersama ITRC dan IRC ( International Rubber consortium ) tapi tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat yg terdiri dari penoreh2 getah.maka PANGLIMA mendesak kerajaan malaysia supaya meletakkan harga lantai RM4.00 bg membantu rakyat buat sementara waktu sementara harga getah dunia melambung tinggi.penjelasan ini merangkumi dan kiraan tepat keuntungan kerajaan dan rakyat.

1. DRC (Dried Rubber Content) 50% yg dipotong daripada harga FOB adalah assumption (andaian) LGM dan pemain industri/pengilang besar seperti Lee Rubber. Harga ladang (farmgate price) selepas pemotongan sebesar ini hanya tinggal sekitar RM2.20-2.40/kg.

2. Mesin DRC (tolok pengukur dried rubber content) yang dicipta oleh LGM tidak dikomersilkan a.k.a disimpan!. Di pasaran, DRC ditentukan oleh peraih dan pengilang secara andaian mata kasar (assumption).

3. Di sesetengah negara lain, DRC ditentukan guna makmal...tetapi mengambil masa 4-5 hari. Bagi pekebun kecil di negara kita yang 'menoreh hari ini untuk makan esok'- yg perlukan duit harian- ia tidak dapat dilakukan.

4. LGM ada kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang kecil bagi menyelaraskan kos memproses getah natural rubber (NR) di kilang. Kerajaan ada hak untuk campurtangan. Persatuan pengilang dikuasai oleh taiko besar pengilang industri getah seperti Lee Rubber Selain itu ialah Fong Keong Rubber dan sime tyre.

5. Agensi agensi awam/GLC seperti Felcra, Risda dan Felda kalau bergabung dalam industri pengeluaran dan pemrosesan getah, mereka mampu mengatasi Lee Rubber, tetapi memilih untuk menyerah. Agensi pemasaran yang ditubuhkan kerajaan, MARDEC kini telah dijual kepada tokoh perniagaan Syed Mokhtar AlBukhary

6. Harga lantai RM4 perlu laksanakan dengan menstabilkan harga FOB. Ia tidak boleh kurang daripada RM10/ kg. Kerajaan perlu wujudkan dana atau apa saja kaedah lain untuk stabilkan FOB pada kadar ini.

7. Kemeterian Perladangan Perindustrian & Komuditi (MPIC) ada LGM yang gubal dasar-dasar getah. Penyelidikan di LGM tidak membantu pekebun kecil, tetapi memberi kelebihan kepada pengeluar besar / estet.

8. Risda dan Felcra berubah sepenuhnya menjadi agensi perniagaan yang mengutamakan keuntungan syarikat-syarikat milik agensi itu.

9. Dasar kerajaan sekarang ialah kos untuk memproses getah mesti ditanggung oleh pengeluar ( pekebun kecil/penoreh). Dasar kerajaan ini mesti diubah, paling tidakpun ditanggung bersama oleh pengeluar, pengilang dan peniaga.

Kos sebenar untuk pengeluaran getah sekerap bg setiap kilo ialah RM3.20 meliputi kos:

A. Baja
B. Racun
C. Upah menebas/mencuci
D. Upah2 lain.


Rumusan kerugian ketara terkumpul pekebun kecil akibat ketirisan sistem tadbir urus industri getah negara seperti berikut:

A- Manipulasi harga di peringkatt kilang akibat kos proses/caj kilang = purata RM0.30/kg (katakan kos sebenar ialah RM0.60-1.10/kg, tetapi pemotongan dibuat RM1.40/kg
B- Manipulasi harga peringkat dealer akibat ketiadaan tolok DRC = RM0.30/kg
C- Manipulasi harga oleh rantaian dealer =RM0.20/kg

Jumlah kadar kerugian bg pekebun =RM0.80/kg

Kerugian/ kehilangan ini tidak termasuk kerugian operasi akibat kejatuhan harga getah dunia:- (harga jualan semasa/harga ladang -kos pengeluaran )
. RM2.45-RM3.20= -RM0.95/kg
jumlah setelah ditolak = -RM1.75/kg

Pandangan kami, kos proses patut ditanggung separuh separuh antara pengilang dan pengeluar. Kuasa utk tentukan kos proses ialah pengilang, pekebun tak tahu kos sebenar kerana mereka terlalu bergantung kpd keputusan kerajaan.

antara kerugian :
1. ketidakstabilan indeks harga pasaran dunia
2. manipulasi dacing
3. manipulasi drc
4. manipulasi susut air
5. alasan faktor turun-naik bahan api

Tuntutan rakyat yang tepat untuk kebaikan semua pihak

1. Harga lantai RM4/kg (tolak kos RM3.20, penoreh hanya dapat RM0.80/kg).

2. Penstabilan FOB pada kadar RM10/kg - dengan itu harga ladang akan berada pada kadar RM4/kg.

3. Kos memproses ditanggung bersama antara pengilang peniaga dan pengeluar, kos memproses maksima yang boleh diterima /munasabah ialah RM1.00/kg (kini antara RM1.40-2.30).

4. DRC ditentukan secara saintifik, LGM perlu mengkormersialkan tolok penyukat DRC yang telah dicipta daripada wang yg diambil atas alasan R&D drpd pekebun kecil (0.40 sen/kg).

5. Cukai ses yang dipotong daripada pekebun kecil perlu dikira semula berdasarkan pengeluaran semasa. Pemulangan patut dibuat dengan kiraan yg munasabah.

PANGLIMA MALAYSIA merayu dan mendesak kepada kerajaan malaysia supaya jangan bermain tarik tali terhadap rakyat miskin dan golongan marhaen.perjumpaan kami bersama LGM diperingkat tertinggi,hingga sekarang belum mendapat apa2 jawapan dan tiada tindakan dari pihak kerajaan untuk meletakkan harga lantai RM4.00.

Bantuan RM500 untuk penoreh sama sekali tidak membantu rakyat miskin untuk mereka keluar dari belenggu kos taraf hidup dan bebanan hutang yg ada.


SULAIMAN IBRAHIM ( LRL )
Presiden
PANGLIMA MALAYSIA

Khalid Ibrahim Macam MB Umno, Exco PAS Tukang Angguk


Oleh Misai Merah

1. Dah macam Menteri Besar UMNO gaya Khalid Ibrahim..
2. Banyak buat program libatkan UMNO
3. Exco-exco PAS jadi apa ja?
4. Tak kan pakat tolong jadi tukang angguk ja tak boleh buat apa?

Ini harganya untuk di bayar kepada Najib

Mat Sabu Tegur Pemimpin PAS Waspada Guna "Imej KeIslaman" Untuk Mendapat Sokongan


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.

Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.

Beliau yang juga dikenali Mat Sabu mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya, laporan Malaysiakini.

Mat Sabu berkata pimpinan ulama tidak boleh selesa memikirkan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan Majlis Syura diangkat sebagai badan tertinggi parti itu.

Teguran Mat Sabu itu dijangka menjadi topik panas pada Muktamar PAS minggu depan.

Parti itu sedang bergolak dengan perbalahan di antara golongan ulama dan golongan professional yang sering dituduh sebagai penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbalahan itu terserlah dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila Majlis Syura menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilihat membelakangkan keputusan JKP parti dalam isu pencalonan nama untuk jawatan MB itu.

Perbalahan itu makin meruncing dan ramai pihak tidak menolak kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Laporan berbahasa Inggeris itu memetik Mohamad Sabu sebagai berkata adalah penting untuk PAS dilihat bersama rakyat dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Mat Sabu menegaskan bahawa pemimpin PAS "harus berwaspada menggunakan Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan.”

“(Ini) kerana akan sampai masanya rakyat Malaysia akan melantik seorang “Jokowi” sebagai pemimpin mereka,” kata beliau.

Mat Sabu merujuk kepada Joko Widodo - seorang penggemar muzik rock - yang dipilih sebagai presiden Indonesia yang baru.

Widodo atau Jokowi digemari belia dan rakyat umumnya sungguhpun parti lawan cuba mengecam beliau sebagai tidak arif dalam Islam, kata beliau.

"Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka,” kata beliau.

"Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan,” kata Mat Sabu kepada portal itu.

Sunday 14 September 2014

GST Untuk Petrol dan Diesel: Bila Kerajaan Mahu Umum?



Kenyataan Media
14 September 2014

GST Untuk Petrol dan Diesel: Bila Kerajaan Mahu Umum?

Jaminan Kerajaan Barisan Nasional kononnya perlaksanaan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan melampau harga barang bakal menjadi satu mitos moden. Ia berikutan kegagalan kerajaan mengumumkan petrol dan diesel termasuk dalam senarai pengecualian GST.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat jangkaan awal bahawa GST menyebabkan kenaikan harga barang tidak mampu dikawal. Rakyat adalah mangsa kerana bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mengetahui betapa perbelanjaan mereka akan berganda khususnya selepas April 2015.

Apabila komoditi petrol dan diesel dikenakan cukai GST, kenaikan hampir 15sen seliter ini akan menjadi satu 'chain reaction' kenaikan harga barang yang merosakkan kuasa membeli rakyat Malaysia. 

Lebih malang ketika rakyat dikenakan GST, pelancong yang hadir ke negara ini dibenarkan 'refund' semula cukai GST yang dikenakan (setelah berbelanja hingga ke suatu angka) tetapi apakah akan ada mekanisma yang membolehkan pihak tertentu seperti penggunaan petrol/diesel kenderaan syarikat/perdagangan 'refund' GST? Ramai rakyat yang tidak tahu mengenai perkara ini, kerajaan wajar umum semua perkara GST.

Perlaksanaan GST versi Malaysia dilihat penuh dengan helah tersembunyi tidak seperti perlaksanaan GST negara barat yang telus dan pulangan perkhidmatan kerajaan yang cemerlang. Contohnya, kerajaan telah umum tiada GST untuk bayaran tol namun setiap kali pengisian semula kad pra-bayar Touch n Go akan dikenakan GST. Dalam masa sama, kerajaan secara berperingkat memperkenal tol tanpa laluan tunai yang memaksa pengguna memiliki kad pra-bayar (Touch n Go).

SAMM juga menggesa pihak kerajaan mengumumkan senarai 85 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai sebelum pembentangan bajet 2015. Senarai tersebut harus menjadi pengetahuan dan perbincangan umum sebelum ia digazetkan.

Bagi SAMM, rakyat selama ini bisa sahaja membayar apa jua cukai yang berpatutan, tetapi harus tidak rela ditipu atas nama cukai GST.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.