VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 17 September 2014

SIAPA YANG SOKONG KAK WAN SEBAGAI MB SELANGOR? 


Oleh Wfauzdin Ns

SIAPA YG SOKONG KAK WAN SEBAGAI MB SELANGOR? 

15 September 2014

KENYATAAN MEDIA

KAMI PEMIMPIN MASYARAKAT & PEMIMPIN NGO NEGERI SELANGOR MENYOKONG PENUH DATUK SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU

Kami pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO di Selangor merafak sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Sharaffudin Idris Shah Sultan Selangor Darul Ehsan, mohon perkenan Tuanku agar Tuanku Sultan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam Negeri Selangor berkaitan isu Perlantikan Menteri Besar yang Baharu dengan bijaksana.

Kelemut isu perlantikan Menteri Besar ini sudah terlalu lama. Ia boleh mengakibat pentadbiran kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik. Banyak urusan kerajaan boleh terganggu dan boleh dicabar kesahihannnya. Penyelesaian perlantikan Menteri Besar ini akan dapat meredakan konflik politik di negeri Selangor. Rakyat Selangor harus bersatu bagi memastikan Selangor terus maju dan membangun.

Kami menjunjung setia konsep Raja Berpelembagaan dalam sistem demokrasi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Konsep konvensional dalam amalan demokrasi dalam membentuk sesebuah kerajaan harus dipatuhi, bahawa mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan majoriti dari ahli-ahli Dewan Negeri hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar dan mendapat perkenan dari Tuanku Sultan. Proses seumpama inilah telah berjalan dengan sempurna sejak dari kita mula membentuk kerajaan dari PRU yang pertama sampailah sekarang dan yang paling akhir sekali ialah perlantikan menteri besar Terengganu.

Pada pandangan Kami Para Pemimpin Masyarakat dan Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) ingin merujuk kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor berkaitan syarat dan kelayakan seseorang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

1. Fasal 53 (2) Seorang Ahli Dewan Negeri
2. Fasal 51 (2) Bangsa Melayu
3. Fasal 51 (2) Menganut Agama Islam
4. Fasal 53 (2) (a) Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan Majoriti Ahli Dewan Negeri

Berdasarkan kepada syarat serta kelayakan yang dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor maka kami tanpa sebarang keraguan menyokong penuh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana kelayakan yang jitu lagi padu, di mana beliau mencukupi segala syarat serta kelayakan;

1.Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang
2.Seorang yang Bangsa Melayu
3.Seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik
4.Sah mendapat sokongan majoriti 30 ADN Selangor melalui Akaun Bersumpah.

Kami penuh yakin YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ’ Wan Ismail akan menjadi seorang Menteri Besar Selangor yang mementingkan rakyat dengan mengamalkan corak kepimpinan secara masyuwarah melalui pembentukan majlis Syura' kerana latar belakang pendidikan, pengalaman dan rekod cemerlang beliau antaranya;

1. Berkhidmat sebagai Doktor Perubatan selama 14 tahun di Hospital Universiti.

2. Menjadi Pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

3. Mendapat Anugerah 'Gold Medal' Pingat Emas MacNaughton Jones untuk jurusan Obsterik dan Ginekologi, Royal College of Surgeon, Ireland.

4. Menerima Anugerah Medal Memorial David Gault daripada Royal College of Surgeon, Ireland.

5. Menubuhkan Parti Keadilan Rakyat pada 1999 dan menjadi Presiden selama 16 tahun hingga kini 2014.

6. Menjadi Pengerusi Barisan Alternatif pada 1999.

7. Menjadi Ahli Majlis Gerak 1999.

8. Dipilih dalam Pilihanraya Umum menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh 1999, 2004 & 2008.

9. Dilantik menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 2008.

10. Dipilih menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Kajang dalam Pilihanraya Raya Kecil 2014.

11. Dianugerahkan “Distinguished Pathfinders Award” oleh The Board of Trustees of Omar Ibn Al-Khattab Foundation – Los Angelas, California, USA.

12. Menerima Anugerah Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPSN) sempena hari jadi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri.

13. Anugerah Sayidatina Khadijah, bersempena Himpunan Helwa Kebangsaan ABIM. Lambang perjuangan menegakkan kebenaran

14. Mempunyai hubungan yang akrab dengan syarikat-syarikat dan pedagang Arab, Sheikh Saleh Kamal al-Barakah (Arab Saudi)

15. Hubungan baik dengan mantan, Presiden B J Habibie, Indonesia yang juga pengasas pertubuhan “The Habibie Centre” yang mengangkat rakyat yang demokrasi.

16. Hubungan baik dengan mantan Presiden Joseph Estrada, Filipina

Dengan rekod cemerlang serta pengalaman beliau serta yang amat membanggakan kami, beliau kini merupakan Presiden Parti Politik di Malaysia yang paling kanan dikalangan Presiden Parti-Parti Politik yang ada di Malaysia (sebagai contoh TGHH memangku Jawatan Presiden PAS jun 2002 dan pada 2003 Presiden, Dato’ Seri Najib November 2008, semua Presiden Parti Politik yang lain memegang jawatan selepas tahun 2000), jadi sangat sangat wajar dan tidak boleh diragui YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail adalah Wanita pertama menjadi Menteri Besar Selangor.

Maka kami dengan penuh hormat dan takzimnya menyeru supaya semua pihak yang berkaitan agar tidak lari atau keluar dari kaedah ini dalam menyelesaikan kemelut proses perlantikan Menteri Besar yang baharu.. Sekiranya semua pihak berlapang dada, berfikiran terbuka, berpolitik secara matang dan mengutamakan kepentingan rakyat serta menunjukkan kesepakatan yang padu, maka isu ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling hikmah, telus dan bijaksana dan Insha Allah akan diperkenankan oleh Tuanku Sultan. Muga Allah SWT akan memberkati dan merahmati kita semua.

Dibacakan oleh

Dato’ Hj Mat Ghazali bin Abdul Rakim

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor

Di Sokong Penuh oleh Pemimpin Masyarakat serta Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Selangor;

1. Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor)

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor

3. Persatuan Pelajar Islam Selangor

4. Wadah Selangor

5. Wirda Selangor

6. Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa Selangor)

7. Pusat Khidmat Islah Selangor

8. Pusat Kerohanian Selangor

9. Pusat Komuniti Wanita Tg.Karang Selangor

10. Anak Muda Bersatu Tg.Karang Selangor

11. Ikatan Masyarakat Prihatin Parlimen Tg.Karang Selangor

12. Persatuan Pekebun Kecil Daerah Kuala Langat Selangor

13. Pesatuan Pemaju Perumahan Bumiputera Selangor

14. Rakan Muafakat Bisnes Selangor

15. Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Ulu Langat Selangor

16. Kelab Sahabat Alam Kuala Selangor Selangor

17. Persatuan Darul Wardah Selangor

18. Persatuan Penduduk Rinching Selangor

19. Persatuan Komuniti Pulau Indah Selangor

20. Kelab Rakan Penduduk Puchong Selangor

21. Persatuan Kebajikan Penduduk Paya Jaras Selangor

22. Kelab Kebajikan Sg Kendi Sabak Bernam Selangor

23. Wakil Ketua-Ketua Kampung - 22 Kawasan Parlimen

24. Wakil Ketua-Ketua Kampung Baru - 22 Kawasan Parlimen

25. Wakil Ketua-Ketua Komuniti - 22 Kawasan Parlimen

26. Wakil Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk – 22 Kawasan Parlimen

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.