VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 6 October 2018

RAFIZI UCAP TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI KEADILAN PAHANG



TERIMA KASIH ANGGOTA KEADILAN PAHANG, MENANG MAJORITI UNDI DAN CABANG DI PAHANG

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu saya dan pasukan #Reformasi20Tahun menang di Pahang (sebelum mengira undi ragu).

Keputusan yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan saya mendapat 2,383 undi berbanding Sdr Azmin (2,298). Saya menang di 8 cabang (Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Rompin, Maran, Jerantut, Cameron Highlands dan Bera) dengan kelebihan 85 undi di seluruh negeri Pahang.

Jumlah undi keseluruhan setakat 5 buah negeri (Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang):

Rafizi – 16,226 undi atau 49.9% (menang di 44 dari 75 cabang)

Azmin – 16,318 undi atau 50.1% (menang di 31 dari 75 cabang)

Saya berharap sahabat-sahabat di Wilayah Persekutuan dan Labuan yang akan mengundi esok membantu saya untuk merapatkan jurang, yang kini hanya 92 undi sahaja.

Sebagai seorang “underdog” yang pernah digelar penganggur, saya yakin anggota parti tidak menilai seseorang berdasarkan pangkat dan kedudukan, sebaliknya komitmen kepada idealisme perjuangan dan reformasi.

Rafizi Ramli

Isu Khalwat: Mujahid Kata Kuasa Terletak Kepada Pengarah Hal Ehwal Islam Negeri


BERLAKU ADILLAH DALAM MENGHENTAM DATUK DR MUJAHID

Saya tidak pernah bersetuju dengan sebarang desakan atau pandangan yang mahu memberikan kebebasan untuk umat Islam melakukan dosa peribadi (‘private sin’) yang diutarakan oleh kumpulan seperti G25 dan IRF atau individu seperti Mustafa Akyol.

Sebab itulah saya amat terkejut bila akhbar The Star milik MCA, yang masih merupakan parti komponen BN, meletakkan “No more moral policing” (“Tiada lagi polis moral”), yang didakwa kata-kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, sebagai tajuk muka depannya hari ini.

Tajuk laporan sebenar akhbar ini juga tidak kurang mengejutkan, berbunyi “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims' private lives says Mujahid” (“Tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam kata Mujahid”).

Isi laporan sebenar akhbar ini juga bermula dengan ayat keras, berbunyi “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” (“Tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki”).

Tajuk dan laporan akhbar The Star ini pula terus sahaja dipetik dan disebarluaskan oleh akhbar-akhbar lain seperti Mstar yang mengeluarkannya semula di bawah tajuk “Tiada lagi operasi khalwat waktu malam - Dr Mujahid”, begitu juga dengan tajuk Sinar Harian dan Astro Awani yang berbunyi “Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat”, tajuk Malay Mail yang berbunyi “Islamic affairs minister vows end to moral policing” dan tajuk Malaysia Kini yang berbunyi “Mujahid sees end to khalwat raids – report”.

Hanya dengan membaca tajuk muka depan, tajuk laporan sebenar dan pembuka kata laporan sebenar akhbar The Star ini sahaja, begitu juga dengan tajuk-tajuk dan laporan-laporan akhbar-akhbar lain yang memetik tajuk dan laporan akhbar The Star ini, maka bolehlah difahami kemeriahan media sosial hari ini, khususnya laman-laman Facebook, yang diisi oleh kritikan dan hentaman keras terhadap Datuk Dr Mujahid di dalam isu ini.

Apatah lagi bila tajuk muka depan akhbar The Star ini sensasi sekali, iaitu “No more moral policing” (“Tiada lagi polis moral”), yang memberikan gambaran bahawa bukan setakat dosa peribadi (“private sin”) sahaja yang tidak akan dikawal, tetapi juga dosa umum (“public sin”).

Bagaimanapun, setelah mendengar sendiri rakaman video wawancara wartawan akhbar The Star, Zakiah Koya, dengan Datuk Dr Mujahid, rupa-rupanya ayat “No more moral policing” (“Tiada lagi polis moral”), ayat “No more night khalwat raids or intrusion into Muslims' private lives” (“Tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam”) dan ayat “No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings” (“Tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki”) bukanlah ayat-ayat yang keluar dari mulut Datuk Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah ayat-ayat yang dimasukkan oleh akhbar The Star.

Sepanjang yang menyentuh mengenai persoalan khalwat, jawapan penuh Datuk Dr Mujahid kepada soalan wartawan akhbar The Star ini hanyalah berbunyi: “This issue of enforcement of what we call khalwat has been misused, not all of it but there are issues or there are events where it has been exploited and misused, miscarry their justice to those who commit sin. That is why we are improving that situation today, and it is important that they first adopt this compassionate Islam as their policy, and in doing their duty I also have to be very careful and wary not to interfere into the individual spheres, which I think today has reduced in, I think, and there is another issue, for your information, when you talk about enforcement of this khalwat prohibition, you will find that it is within the state judiciary, not exactly under my judiciary, because we are bounded by the state legislation or authority and the federal authority, and most of the Islamic judiciary would come under the state authority, not on myself, but we can have a platform where we will meet all the state directors of Islamic affair where we can discuss and share the concerns of the federal government on all these issues.”

Terjemahan kepada jawapan penuh Datuk Dr Mujahid ini adalah berbunyi: “Isu perlaksanaan khalwat telah disalahguna, bukan semua tetapi ada isu-isu ada ada tempat-tempat di mana ia dieksploitasi dan disalahguna, tidak memberi keadilan kepada mereka yang melakukan dosa. Sebab itu kita sekarang sedang memperbaiki keadaan, dan adalah penting bahawa mereka menerimapakai Islam penyayang sebagai dasar mereka, dan dalam melaksanakan tugas mereka saya juga perlu sangat teliti dan berhati-hati untuk tidak mencerobohi hak-hak individu, yang saya fikir sekarang telah berkurang dalam, saya fikir, dan ada isu lain, untuk maklumat anda, bila anda bercakap mengenai perlaksanaan pencegahan khalwat, anda akan mendapati bahawa ia berada di dalam kehakiman negeri, bukan di bawah kehakiman saya, kerana kami terikat dengan undang-undang atau kuasa negeri dan kuasa persekutuan, dan kebanyakan daripada kehakiman Islam adalah berada di bawah kuasa negeri, bukan kuasa saya, tetapi kita boleh ada platform di mana kita akan berjumpa semua pengarah hal ehwal Islam negeri di mana kita boleh berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan mengenai semua isu ini.”

Berdasarkan kepada kefahaman saya kepada jawapan penuh Datuk Dr Mujahid ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa perkara-perkara ini adalah tidak tepat:
(1) Bahawa tiada lagi polis moral di Malaysia selepas ini.
(2) Bahawa tiada lagi tangkapan khalwat malam atau pencerobohan ke atas kehidupan peribadi orang Islam.
(3) Bahawa tiada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tiada lagi pemecahan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau lain-lain kesalahan yang disyaki.

Walau apa pun perbezaan pendapat antara kita dan Datuk Dr Mujahid, kita perlu ingat bahawa kata-kata ini bukanlah kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Dr Mujahid sendiri tetapi hanyalah kata-kata yang dimasukkan oleh akhbar The Star.

Malah, Datuk Dr Mujahid sendiri menyebut bahawa perkara-perkara ini adalah di bawah kuasa negeri, bukan di bawah kuasa beliau, di mana apa yang boleh beliau lakukan hanyalah “berbincang dan berkongsi pandangan-pandangan kerajaan persekutuan (dengan negeri) mengenai semua isu ini.”

Saya memilih untuk menunggu sehingga perjumpaan dengan “semua pengarah hal ehwal Islam negeri” ini berlaku dahulu sebelum membuat ulasan lanjut ke atas isu ini.

- Dr Kamarul Yusoff

Laporan dari The Star [Video Inside]
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/06/putting-compassion-into-practice-mujahid-aims-to-change-mindset-of-conservative-religious-civil-serv/?jwsource=cl

Kedah Umum Hentikan Pembalakkan Untuk Menjaga Sumber Air Kepada Rakyat


KENYATAAN
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

“KEDAH TINJAU SUMBER BAHARU GANTI HASIL PEMBALAKAN”

1.​ Umum mengetahui bahawa Kedah Darul Aman tidak mempunyai sumber asli yang menjana kekayaan seperti minyak dan gas. Hasil hutan, bahan mentah seperti bijih besi dan timah serta galian lain juga terhad. Semua ini bukan sumber pendapatan yang mampu menyumbang kepada kekayaan Negeri sehingga dapat memakmurkan seluruh Rakyatnya.

2.​ Jika Kedah Tua dahulu tersohor seantero dunia sebagai pembekal bijih besi yang paling bermutu tinggi, kini jumlahnya tidak lagi cukup untuk menjadikan industri pembuatan besi sebagai sektor pertumbuhan ekonomi yang signifikan. Begitu juga dengan galian yang lain, termasuk pasir.

3.​ Sektor pertanian pula tertumpu kepada padi yang tertakluk di bawah dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pelbagai bentuk subsidi disediakan, namun petani tetap tidak tergolong antara yang kaya.

4.​ Malah untuk memastikan bekalan air untuk tujuan penggunaan Rakyat serta untuk membekal kepada industri padi, sebahagian daripada hutan di Kedah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal atau Kawasan Tadahan Air. Walaupun begitu, Kedah masih menghadapi masalah dalam pembekalan air bagi kedua-dua tujuan itu, selain pembekalan air kepada negeri jiran Pulau Pinang dan Perlis.

5.​ Bagi memastikan agar sumber air tidak terjejas akibat daripada pembalakan, dan bagi menyahut desakan pelbagai pihak baik agensi Kerajaan mahupun Badan-Badan Bukan Kerajaan, maka saya telah memutuskan untuk menghentikan kerja-kerja pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.

6.​ Kawasan ini sangat kaya dengan flora dan fauna. Hutannya menjadi habitat kepada ribuan spesis hidupan liar dan tumbuhan, selain menjadi sumber air bagi sebahagian besar penduduk Kedah dan jiran-jirannya.

7.​ Semua permohonan baharu bagi konsesi pembalakan di kawasan-kawasan pengeluaran balak di Hutan Simpan Ulu Muda yang sememangnya dibenarkan di bawah pengurusan hutan telah ditolak. Konsesi-konsesi lama pula telah dihentikan. Kerajaan Negeri sedang meneliti kesan undang-undang yang mungkin timbul akibat daripada pembatalan konsesi-konsesi lama.

8.​ Ada beberapa perkara yang telah diambilkira ketika keputusan ini dibuat. Pertamanya ialah soal pembekalan air mentah kepada Pulau Pinang dan Perlis. Oleh kerana ini melibatkan rundingan dengan kedua-kedua negeri tersebut, maka saya tidak boleh mendedahkan apa strategi Kedah dalam menguruskan hal ini. Cukup sekadar saya menyatakan bahawa pendekatan menang-menang sedang dirangka.

9.​ Keduanya ialah usaha untuk mencari sumber yang baharu bagi mengganti hasil hutan yang konvensional. Untuk tujuan ini, saya telah memulakan perbincangan ringkas bersama pihak Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Kerjasama yang bakal dijalin dengan WWF sangat berpotensi.

10.​ Selain itu saya juga telah berhubung dengan pihak Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) yang menjadi penggerak utama Program Pengurangan Emisi akibat daripada Pembalakan dan Degradasi Hutan (Reducing Emissions from Deforestation and Degradation of the Forest - REDD).

11.​ Dari perbincangan dengan pengurus-pengurus REDD di Pejabat UNDP di New York pada 25 September yang lepas, jelas sekali mereka sangat teruja dengan pendirian Kerajaan Negeri Kedah, lantas terus mengajak saya menyertai sesi perbincangan mengenai Hutan dan Kewangan (Forest and Finance) di Pejabat Wakil Jerman ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keesokan malamnya.

12.​ Perjumpaan dengan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan kelestarian hutan benar-benar mendedahkan saya kepada pelbagai pendekatan yang telah atau sedang diambil oleh banyak negara-negara lain yang menghadapi isu yang sama seperti Kedah. Kejayaan yang telah dicapai oleh Brazil dan Peru, contohnya boleh dijadikan asas untuk merangka strategi Kedah.

13.​ Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan perjumpaan dengan UNDP serta tokoh-tokoh lain yang mewakili negara-negara yang terlibat di bawah Program REDD, serta pengisian perbincangan yang telah kami kendalikan.

14.​ Saya juga yakin bahawa hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin dengan pelbagai pihak itu akan banyak membantu Kedah mengurus dan menjamin kelestarian khazanah hutan rimba sambil menerokai potensi aktiviti ekonomi seperti eko-pelancongan yang akan meningkatkan hasil pendapatan Negeri Kedah dan Rakyatnya, in shaa Allah.

Telahan PAS Meleset, Tun Mahathir Kempen Untuk Anwar Ibrahim


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan ke Port Dickson, 8 Oktober ini untuk berkempen untuk Calon Pakatan Harapan, Dato Seri Anwar Ibrahim di #PRKPortDickson.

Merayu supaya para pengundi di Parlimen Port Dickson turun mengundi beramai-ramai pada 13 Oktober ini.

BUKTI Anwar Ibrahim dan PM Mahathir Ok!
5 OKTOBER 2018

Friday 5 October 2018

TAHNIAH! RAFIZI MENANG DI KELANTAN DAN TERENGGANU



Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendapat tempat di hati anggota parti itu apabila mendahului pemilihan di Kelantan dan di Terengganu, hari ini.

Bekas anggota parlimen Pandan itu mendapat 5,211 undi berbanding calon penyandang jawatan itu, Mohamed Azmin Ali yang meraih 4,922 undi.

Keputusan itu menyaksikan Rafizi mendahului dengan majoriti kelebihan 289 undi, demikian keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN setakat ini.

Pemilihan KEADILAN Kelantan itu melibatkan 14 cabang yang berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Tips untuk menang Permilihan Keadilan 2018
*Punca boleh kalah di Pulau Pinang sebab calon2 dan wakil calon GAGAL turun ke Cabang tempat mengundi. Jangan tumpu satu Cabang saja. Kalau boleh buat rotation. Touch semua cabang. Baru boleh tambah banyak undi.

Pegawai Penjara Sungai Buloh Turun Port Dickson Beri Sokongan Kepada Anwar Ibrahim


Staf penjara Sungai Buloh ke Port Dickson berikan sokongan moral pada Anwar Ibrahim.

#AnwarIbrahimUpdates
#HarapanPDHarapanMalaysia
#Anwar4PD

Haji Hadi Perlu Faham, Pengampunan Diraja Kepada Anwar Ibrahim Bukan Sebagai Bekas Banduan


ADAKAH penerimaan pengampunan sepenuhnya daripada YDP Agong terhadap DSAI itu sama seperti banduan2 yg pernah menerima pengampunan YDP Agong sebelum ini ?

JAWAPAN: TIDAK, kerana..

1. DSAI diberi pengampunan sepenuhnya,

2. DSAI dianggap seperti tidak pernah melakukan kesalahan,

3. DSAI dibebaskan serta merta,

4. DSAI dibersihkan sama sekali dari segala pertuduhan & hukuman,

5. DSAI dibersihkan sama sekali dari semua rekod (disabit kesalahan/ dipenjara) sebelum ini,

6. DSAI tidak perlu berurusan/ menandatangani apa2 dokumen sebab DSAI tidak ada salah.

7. DSAI bebas sbg rakyat merdeka/ bukan bekas banduan.

Namun...
KENAPA.. masih ada lebai-lebai & puak-puak yang mempertikaikan kelayakan DSAI bertanding di Port Dickson ??!

KENAPA.. masih ada lagi pihak pembangkang yang bebal lagi degil yang mempersoalkan keputusan YDP Agong ??!

Kepada mereka yg masih berdegil pertikai keputusan pengampunan sepenuhnya DSAI, silalah buat demo beramai-ramai di hadapan Istana Negara.. Tak usah hanya berani 'menyalak on-line' semata-mata..

Wednesday 3 October 2018

PAS Cuba Pertikai Pengampunan Diraja Terhadap Anwar Ibrahim


PAS bantah & pertikai kerana pengampunan diraja terhadap Anwar tak sah, antaranya disebabkan tanpa penyertaan peguam negara ??!

ADAKAH PAS SUDAH BUTA UNDANG-UNDANG, BODOH TANPA NAK KAJI SELIDIK ??!

TAHUKAH ANDA, pengampunan sepenuhnya terhadap Anwar telah dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai Peguam Negara.

Pengampunan sepenuhnya tersebut bermakna Anwar bersih daripada mana-mana jenayah, sekali gus membenarkannya bertanding dalam pilihan raya.

Siapa disebalik Pencalonan Saiful Bukhari di Port Dickson?


Siapa disebalik pencalonan Saiful ?

Gambar 1 ialah gambar Dari 'base' Saiful sebelum keluar pada pagi penamaan calon

Siapa pencadang / penyokong Saiful

Pencadang Kamarul Zaman Mohamad no. IC 7207xx - 05 - 53xx

Seorang tentera alamat berdaftar Markas Tentera Darat, Kementah, KL
No.telefon 019-xxxx7487
(Rekod 4 Bulan lepas bukan pemilih)

Penyokong Zulhafizie Zainal no. IC : 8008xx - 05 - xx11
Pemilih sekolah Kebangsaan teluk kemang saluran 5
Ahli Umno cawangan Seri kemang
Daftar Ahli 029x8xx9 tetapi dikesan juga bergerak dengan parti baru
Alamat Rumah rakyat peringkat 3 , Port Dickson
Punya urusan Perniagaan kaitan pekerja Asing

Pergerakan Saiful dalam kawasan PRK sentiasa dengan 5 - 10 pengawal (kelihatan terlatih) bergerak bertemu pemimpin masyarakat secara agak tersusun dan senyap. Contohnya dua Hari Lepas muncul di Masjid teluk kemang diterima baik bertemu salam, solat Dan makan2 bersama jemaah...

Nota tapak kaki : team kami buat kerja defuse dan selongkar banyak benda tapi simpati pada Anwar yang dikelilingi pasukan bodoh sombong... 🤔😂😅 Kami juga susun team utk unit rapat Isa Samad dan calon - calon lain.

Team kami secara tersusun buat kerja perbagai yang orang pandai pandai tak buat
Jemput juga klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2674962789195890&id=100000465851843

Mohon Menteri Salahuddin Ayub Jenguk Sat Depa Ni...


MOHON MENTERI BERKAITAN JENGUK SAT DEPA NI..

Harga bagi setiap Kilo getah yang mereka toreh sekarang ini adalah RM1.80, RM0.80 yg ditunjukkan ini adalah upah yg mereka dapat dari pemilik ladang..

Dalam cuaca yang normal satu hari mereka mampu menoreh sehingga 30 Kilo..

Jadi pendapatan mereka lebih kurang .. RM1.80 × 30 Kilo × 30 Hari = RM1620.00

Itu kalau kebun sendiri.. kalau kebun orang pula hasilnya dibahagi dua, RM1620.00 ÷ 2 = RM810.00 sahaja sebulan..

RM810.00 sebulan, jauh dari sasaran gaji minima yang Kerajaan cuba nak laksanakan tu..

Dalam musim hujan ini pula mereka tidak dapat keluar menoreh setiap hari, dapat 15 hari menorehpun mereka bersyukur..

Jadi dalam musim hujan ini.. RM1.80 × 30 Kilo × 15 Hari = RM810.00

Dibahagi dua dengan pemilik kebun, tinggallah RM405.00 sebagai upah mereka..

Dengan RM405.00 sebulan itu.. cukupkah untuk menyara kehidupan seharian keluarga mereka?

Cadangan aku... dalam hal meningkatkan dan menstabilkan harga getah ini.. Kerajaan sepatutnya belajar dari Kerajaan Thailand..

Menteri yang berkenaan tolong jengok sat depa ni, Ahli Parlimen depa ada dalam lokap SPRM la ni...

Tuesday 2 October 2018

DIA CADANG, DIA TUTUP ??!



SIAPAKAH.. yang terghairah nak jadi kerajaan balik dan tak sanggup lagi jadi pembangkang, lalu tawarkan diri untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan?

SIAPAKAH.. pula tiba-tiba mengatakan cadangan kerajaan perpaduan itu sudah ditutup?

Lawak dol... 27 September cadang, 30 September cadangan ditutup.

Dia yang cadang, kemudian dia juga yang tutup !!

HAR.. HAR.. HAR..

Taktik Kotor Pemilihan Keadilan 2018, Sabotaj Senarai Pasukan Reformasi Muda




[TAKTIK KOTOR]

Pasukan Reformasi Muda kesal dengan tindakan seorang bernama MU Raja yang terang-terangan mensabotaj senarai (cai) pasukan Reformasi Muda dengan secara sembunyi menampal no pasukan pihak lawan atas no pasuka Reformasi Muda di Pemilihan cabang Gelang Patah (Johor).

Ini merupakan sebuah taktik kotor dan jijik tanpa rasa hormat dalam persaingan kekeluargaan dalam Pemilihan kali ini.

Selain itu, kami juga mengesan penipuan ketara di cabang Labis (Johor) dimana pihak JPP bekerjasama dengan pasukan lawan dalam melakukan penipuan secara terang-terangan. Pasukan #Reformasi20Tahun telah mengambil tindakan atas perkara ini.

Monday 1 October 2018

Haji Hadi Kata Pendirian Anwar Tentang Islam Tak Konsiten



Pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Islam tidak konsisten jika mengambil kira beberapa tindakannya sebelum ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam mestilah menghormati agama lain tapi dalam masa sama konsisten terhadap agama Islam, agama kebangsaan.

“Pendirian Anwar tentang Islam tak konsisten. Contohnya di tempat seperti masjid, dia jadi imam. Tempat Sikh, dia pakai ikut cara mereka.

“Di tempat orang India pula, dia menari cara mereka. Kita ada budaya kita sendiri dan orang India hormat kita kalau ada pendirian sendiri, orang Cina pun tak marah.

“Tapi kita kena tunjuk konsisten kita dan jati diri kita sendiri,” katanya dalam sidang media selepas Ceramah Perdana Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan parti itu bersendirian menghadapi PRK Port Dickson selepas dua kali bekerjasama dengan Umno sebelum ini.

“Tiada (cadangan perjumpaan bersama Umno). Kita bersendiri,” jawabya ringkas.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu masih berharap ahli Umno di Port Dickson mengundi mereka pada 13 Oktober nanti.

“Umno telah keluarkan kenyataan tak benarkan ahli-ahli turun. Nak mengundi cerita lain tapi kami harap mereka undi kami,” ujarnya.

PAS Yang Bertanding, Kenapa UMNO Tabur Fitnah Terhadap Anwar Ibrahim?



Demi nak mengekang kemaraan Anwar Ibrahim (DSAI) ke parlimen, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tanpa rasa bersalah telah sebarkan viral berita palsu dan satu tuduhan tanpa bukti mengenai kononnya DSAI disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara itu.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan maklumat yang tersebar di media sosial itu setelah memeriksa dengan pihak Mediacorp di Singapura. Mereka mengesahkan tidak pernah menyiarkan berita berkenaan.

Kami harap Polis Selangor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat berbuat sesuatu untuk ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemimpin Umno tersebut.

UMNO dan Fitnah Berpisah Tiada !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.