VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 14 June 2014

Macam mana Muhyiddin? Projek Maggi Segera PRK Kuala Besut


Selamat datang TPM ke Kuala Besut, mana janjimu pada PRK yang lalu..??

KENAPA Kuala Besut menjadi lokasi pilihan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dikunjungi dalam kesibukan jadual yang disusun sepanjang lawatan seharinya ke Terengganu?

Mungkinkah nak tengok sejauh mana kehebatan pembangunan yang telah berlaku hasil dari segala projek yang telah diluluskannya semasa kempen PRK Dun Kuala Besut yang berlangsung pada bulan Ramadhan tahun lepas.

Macam mana Tan Sri? Hebat kan pembangunan Kuala Besut !!!

p/s: Nak tanya saper2 kat sini org Kuala Besut.. Adakah janji PRK yg lalu telah ditunaikan setelah hampir setahun PRK yg lalu..

WorldCup: Minta Al-Quran Disediakan di Setiap Bilik Dianggap Pelik Oleh Akhbar Tempatan


Aku tak pasti ini keratan akhbar dari surat khabar mana.. Pengunaan ayat "permintaan pelik" dari pasukan Algeria seakan menghina Al-Quran.. Al-Quran bukan suatu benda yang pelik bagi umat Islam.. Harap ada pihak lebih sensitif dengan hal ini..

Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.

Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil.

Algeria berada dalam kumpulan H bersama Belgium, Russia dan Korea Selatan.

Beberapa pasukan bola membuat permintaan istimewa untuk bilik penginapan pemain mereka sepanjang Piala Dunia kali ini:

- Uruguay: Penghawa dingin senyap di dalam bilik

- Iran dan Algeria: Al-Quran disediakan di setiap bilik

- Jepun: Jakuzzi di setiap bilik

- Portugal: Sebuah komputer di setiap bilik

- Perancis: Sabun mandi cecair menggantikan sabun buku dan makan halal

- Ecuador: Pisang yang diimpot dari Ecuador di setiap bilik

Hidup Melayu! Swastakan UiTM Demi Kantong Kroni


TERBUKTI.. UMNO licik guna UiTM untuk mengkayakan kroni-kroni & pemimpin mereka dengan cara mewujudkan konsesi2 ini yang bernilai berbilion2 ringgit yg diberikan kepada pemimpin2 UMNO/BN & kroni2 mereka.. 

Bina 6 kampus hanya RM1.6 bilion tetapi bayar sewa kpd konsesi kroni menjadi RM8.6 bilion...

Inilah taktik2 licik merompak duit2 rakyat oleh pentadbiran Najib-BN utk memenuhkan kantong2 kroni mereka selagi BN memerintah... Dahlah tol dibuat konsesi tol inikan pula institusi pendidikan pula nak dibuat spt tol ada konsesi.. JAHANAM !!!

Pokok Kurma Berbuah di Kelantan Jadi Tumpuan Orang Ramai


TERKINI.. Penduduk bandar Kota Bharu, Kelantan pelik apabila beberapa batang pokok buah tamar yang ditanam pihak berkuasa tempatan tujuh tahun lalu, kini lebat berbuah.

“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat. Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah. “Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak. “Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” kata Setiausaha MPKB Rosnazli Amin

Thursday 12 June 2014

Ketulusan SPR Tercabar, Wakil Rakyat Kulim Bandar Baharu Muflis


Sama2 kita nantikan 'kemungkinan' keputusan 'DOLAK DALIH' SPR mengenai status Ahli Parlimen BN Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang terang-terang dah diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac 2014...

ADAKAH SPR AKAN TELUS PADA SITUASI BEGINI JIKA MELIBATKAN PUOK2 UMNO/BN !!!

Wednesday 11 June 2014

Edisi Rakyat Diutamakan, Sewa Tapak Bazar Ramadhan Cecah RM13,000.00


Sewa Bazaar Ramadhan 2014 di Melaka : Meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengkaji semula caj sewaan tapak bazaar Ramadhan di Melaka iaitu di sekitar Jalan Hang Tuah, dekat sini yang didakwa membebankan.

Sewa Bazaar Ramadhan 2014 di Melaka Tak Masuk Akal

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata caj antara RM11,400 hingga RM13,000 untuk setiap lot niaga beserta khemah Bazaar Ramadhan di Melaka dianggap tidak masuk akal kerana terlalu tinggi berbanding tempat lain yang mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM1,500.     

P/S : Jikalau RM13,000 sebulan sekurang-kurangnya perlu membuat jualan RM500 sehari selama sebulan (andaikan niaga cukup 30 hari) baru dapat menampung kos sewa bazaar ramadhan di Melaka. Patutkah?

Rumah Rakyat Miskin Dirobohkan, Rumah Panda RM25Juta Diutamakan


Kerajaan boleh buat apa saja yang mereka mahu dan rakyat takkan marah..

Bawaklah berapa puluh ekor Panda yang mereka suka dan buatlah Rumah Emas untuk binatang ini takda sapa peduli..

Nak ubah Tembuk Besar China letak kat Banjaran Titiwangsa pun rakyat tak marah..

TAPI RAKYAT MARAH BILA...
Orang Melayu Miskin Bandar warga SETINGGAN dilayan macam anjing.Rumah mereka diroboh.

Tanah setinggan yang asalnya didiami Melayu dibangunkan semula oleh DBKL melalui syarikat2 kroni yang orang Melayu tak mampu beli dan akhirnya dimiliki golongan kaya raya.

MELAYU JUAL MELAYU..
Ada bantahan?

Tuesday 10 June 2014

Rakyat Diperbodohkan, Najib dan Mahathir Gaduh Kerana Harga Kereta


Najib Razak - "Harga kereta turun secara beperingkat"
Mahathir - "PROTON mesti pertingkat harga kereta"

Pelik !!!... SIAPA sebenarnya PERDANA MENTERI M'SIA !!!

Tahu tak.. UMNO & Putar Belit Berpisah TIADA !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.