VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 22 November 2014

Mahathir Marah: Bukit Besi, Terengganu Dirogol Oleh Syarikat China


Bukit Besi, Terengganu Dirogol Oleh Syarikat China.

1.Sepertimana semua tahu, China sekarang merupakan gergasi ekonomi dunia dengan pertumbuhan ekonomi 7-10% KDNK setiap tahun, negara tersebut memerlukan banyak bahan mentah untuk membangunkan negara itu terutamanya besi dalam sektor pembinaan. Dengan permintaan yang tinggi ,China sudah menjumpai sumber bijih besi yang banyak di Malaysia iaitu di Bukit Besi, Terengganu.

2. Sebuah syarikat China bernama CAA Resources dimiliki oleh taikun besi Li Yang sudah pun membeli seluruh Bukit Besi untuk dibotakkan dan digali agar bijih besi itu dihantar balik ke China demi pembangunan. Apabila China mampu membina bangunan pencakar langit yang tinggi, Terengganu akan kehilangan sebuah gunung dan mendapat kerosakkan alam sekitar yang teruk. Mungkin akan ada tanah runtuh atau bencana alam sepertimana di Cameron Highland, malangnya rakyat Malaysia mudah lupa, sudah 2 kali banjir lumpur baru ingin bersuara, kemungkinan besar tiada tindakan akan diambil kepada ladang haram itu dan banjir lumpur ke-3 atau ke-4 akan terjadi.

3.Mengikut CAA Resources, mereka akan menghasilkan 500,000 tan bijih besi setiap tahun daripada hasil bumi Terengganu dan dihantar balik ke Tanah Besar China demi pembangunan negara mereka. Tidak mustahil Malaysia yang kaya dengan bijih besi akan mengimport besi pada masa hadapan kerana telah menjual satu gunung kepada syarikat china ini.

4.Apa yang lebih menyedihkan lagi, Li Yang ketika temubual dengan The New York Times berkata secara terbuka telah merasuah pemimpin politik negara dan kerabat diRaja untuk beroperasi di Bukit Besi. :

“If you’ve got these two to support you, then you can do anything you want, because the natural resources are all controlled by them,” Mr. Li said.

Mr. Li, who owns 56 percent of CAA, said that he had paid for each of the ruling party politicians with indirect stakes in the mine to receive the royally granted title of “dato,” which roughly translates as “the honorable.” It costs about $100,000 to arrange each royal grant, he said.

Although anti-corruption groups have campaigned against such arrangements, particularly indirect stakes, Mr. Li said he was simply following common practices in Malaysia. (New York Times, 2014).

5. Selain itu Li Yang dengan terbuka berkata bahawa lombong besi itu terbengkalai disebabkan masalah persatuan pekerja (union) yang memberontak pada satu masa dahulu, jadi untuk menyelesaikan masalah ini semua pekerja atasan akan dibawa dari China dan pekerja lombong merupakan pendatang asing akan datang dari Cambodia,Myanmar dan Vietnam. Dalam kata lain, walaupun Terengganu akan mendapat pelaburan berjuta namun tidak ramai rakyat Malaysia akan mendapat hasil daripada bumi bertuah ini, semua bahan mentah akan dihantar ke China dan peluang pekerjaan akan dicipta bagi orang asing sahaja. Semua akan rugi selain daripada syarikat CAA Resources dan pemimpin politik yang korup dan rakus sehingga menjahanamkan tanah air sendiri.

6. Syarikat CAA Resources juga tidak menjalankan kajian terhadap alam sekitar sebelum beroperasi kerana Li Yang dengan pandai telah membuat sempadan tengah-tengah bukit itu supaya ia jadi 2 lombong kurang daripada 500 acres. Hanya lombong melebihi 500 acre perlu membuat kajian alam sekitar sebelum operasi melombong boleh bermula.

7. Saya fikir pentadbir yang meluluskan projek ini merupakan antara terbodoh dalam dunia. Tidak perlu lihat jauh kita boleh nampak Lombong Emas Grasberg di Indonesia, ia telah menghasilkan 2,025,000 ounces emas, tetapi kenapa rakyat Indonesia tidak mendapat keuntungan besar daripada bumi bertuah mereka? Kerana syarikat Amerika bernama Freeport mengambil emas itu lalu bawa balik ke Amerika, jadi Amerika dan China menjadi lebih kaya manakala penduduk Malaysia dan Indonesia menjadi semakin miskin.

8. Kesilapan terbesar Li Yang dan CAA Resources ialah mereka dengan bongkak memberitahu satu dunia bahawa mereka telah merasuah untuk merosakkan tanah air kita, jadi saya akan mengusahakan agar semua rakyat sedar dengan isu perogolan Bukit Besi oleh warga kapitalis asing demi keuntungan peribadi. Lebih kajian akan dijalankan agar isu ini akan tersebar dan projek ini dihentikan serta merta!

(Gambar : Bukit Besi di Terengganu dan CEO CAA Resources Li Yang memegang bijih besi)

Golongan Petani Tidak Akan Maju Kehadapan Jika Masih Pedana Menteri Najib Razak


Rugi bagi petani subsidi minyak sebab hanya pakai 'kapchai'

SERDANG, 22 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi petrol tidak akan memberi kesan kepada golongan petani negara.

Najib berkata, hal itu disebabkan golongan petani negara terdiri daripada mereka bermotosikal enjin berkapasiti kecil yang beliau sebut sebagai 'kapchai' berbanding golongan kaya yang menggunakan kereta mewah.

"Rugi kita beri subsidi minyak sebab apa? Tuan-tuan semua bawak kapchai. Betul tak?

"Orang di sini (bandar) pakai kereta Mercedes, kereta besar. Sekali isi minyak 75 liter, kita isi minyak tujuh liter sebab motor kapchai," kata Najib dalam ucapan perasmian Expo MAHA 2014, di sini, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar terhadap sektor pertanian jika mekanisme baru ini berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Najib turut membandingkan kenaikan harga minyak di Indonesia 55 sen yang menurutnya lebih tinggi berbanding Malaysia.

-NFN-

Apa golongan petani, usahawan atau rakyat yang berada dalam sektor pertanian tidak boleh mendapatkan kemewahan? Dan masih dengan kapchai sampai bila-bila?

Friday 21 November 2014

TINDAKAN HAPUS SUBSIDI PETROL DAN DIESEL ADALAH TERKUTUK, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMANGSAKAN RAKYAT


TINDAKAN HAPUS SUBSIDI PETROL DAN DIESEL ADALAH TERKUTUK, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMANGSAKAN RAKYAT

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Najib Tun dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.

Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:

1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;

2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.

Kegagalan atau keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.

Apa pun alasan Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Khalid Perlu Tampil Berdepan Isu Pampasan Bekas Kakitangan



Kenyataan Media
22 November 2014

Khalid Perlu Tampil Berdepan Isu Pampasan Bekas Kakitangan

Isu pampasan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah isu yang besar dan perlu ditangani dengan telus. Saya telah menerima satu email yang menyatakan mengenai jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan kepada formula 30% daripada gaji yang didarabkan dengan jumlah tempoh bulan perkhidmatan. Media juga telah menyatakan bahawa terdapat juga bayaran ganti kepada notis tiga bulan.

Jumlah pampasan yang diterima menurut sumber email dan bayaran ganti kepada notis tiga bulan yang didedahkan media adalah seperti berikut :

Nama : Faekah Hussin
Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Eksekutif MBI
Pampasan 30% : RM 585,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 114,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 699,000

Nama : Rohani Dato' Talib
Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Operasi MBI
Pampasan 30% : RM 468,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 72,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 540,000

Nama : Arfa'eza Abd Aziz
Jawatan Akhir : Setiausaha Akhbar MB
Pampasan 30% : RM 358,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 55,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 413,000

Nama : Mustafa Talib
Jawatan Akhir : Setiausaha Politik MB
Pampasan 30% : RM 234,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 264,000

Nama : Rahimah Kamaruddin
Jawatan Akhir : Pegawai Koordinasi MB
Gaji Bulanan : RM 11,000
Tempoh Berkhidmat : 67 bulan
Pampasan 30% : RM 221,100
Ganti Notis 3 Bulan : RM 33,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 254,100

Nama : Dr. Sulaiman Masri
Jawatan Akhir : Pegawai Khas Komunikasi
Gaji Bulanan : RM 8,000
Tempoh Berkhidmat : 65 bulan
Pampasan 30% : RM 156,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 24,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 180,000

Nama : Abdul Halim Mohd Yusof
Jawatan Akhir : Pengurus Penyelidikan Ekonomi
Gaji Bulanan : RM 10,000
Tempoh Berkhidmat : 50 bulan
Pampasan 30% : RM 150,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 180,000

Nama : Tuan Nazuri Ismail
Jawatan Akhir : Pegawai Akhbar
Gaji Bulanan : RM 5,890
Tempoh Berkhidmat : 55 bulan
Pampasan 30% : RM 97,200
Ganti Notis 3 Bulan : RM 17,670
Jumlah Pampasan Diterima : RM 114,870

Jumlah Keseluruhan Pampasan : RM 2,644,970

Persoalan yang muncul apakah rasionalnya pentadbiran Khalid Ibrahim meluluskan pembayaran sejumlah pampasan setinggi RM 2.6 juta ini? Menurut penghantar email tersebut, dikatakan kesemua penerima ini tidak layak menerima bayaran pampasan tersebut kerana mereka adalah kakitangan kontrak yang memilih untuk berhenti kerja secara sukarela.

Sekiranya kontrak yang telah dimeterai sebelum ini membenarkan, pampasan yang diberikan ini tetap salah dari segi moralnya kerana terlalu tinggi. Ia juga menimbulkan persoalan yang lebih besar terhadap pentadbiran Khalid Ibrahim sebelum ini yang dikatakan telus dan berhemah. Mengapa kontrak sebegini rupa telah dibuat? Adakah di zaman Khir Toyo juga berlaku perkara sedemikian?

Sehubungan itu, saya sebagai anak jati negeri Selangor tampil untuk mendesak :-

1. Khalid Ibrahim perlu tampil memperjelaskan mengenai perkara ini dengan jujur, telus dan komprehensif. Jika perkara ini sememangnya telah dimeterai di dalam kontrak perjawatan, Khalid Ibrahim perlu menjelaskan apakah sebabnya kontrak sebegini dibuat? Adakah hanya kerana ianya melibatkan individu-individu yang rapat dan menjadi penyokong setia beliau?

2. Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baharu perlu segera mengarahkan satu pendengaran awam SELCAT dilakukan dan mengheret kesemua penerima pampasan termasuklah Khalid Ibrahim untuk dibicarakan secara terbuka. Pendengaran Awam SELCAT perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini akan terus dimanipulasi di media dan juga laman sosial. Kebenaran harus ditegakkan tanpa mengira siapa.

3. Jika perkara ini dibuktikan salah oleh SELCAT, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penerima dan pelaku kerana ia telah melibatkan penyalahgunaan kuasa dengan memberikan arahan supaya individu terbabit agar berhenti kerja secara sukarela di saat akhirnya secara sengaja bagi tujuan menggunakan wang rakyat untuk bayaran pampasan tersebut.

Ingin saya tegaskan, sebagai anak muda dan rakyat negeri Selangor, kami tidak akan boleh berkompromi dan bertoleransi dengan sebarang tindakan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh mana-mana pihak. Apatah lagi dilakukan oleh sepasukan pemimpin politik yang selama ini mengatakan mereka adalah pemimpin yang telus dan berhemah. Khalid Ibrahim dan sekutu perlu tampil bertanggungjawab.

Semua ini adalah duit rakyat negeri Selangor, rakyat yang juga selama ini mempertahankan kerajaan PR untuk penggal kedua berturut-turut. Jangan khianati sokongan yang telah diberi atau mungkin berdepan dengan 'penyingkiran' pada pilihanraya negeri akan datang.

Megat Khairul Anuar Razali
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor

KUALA KRAI DAERAH PALING MUNDUR DI MALAYSIA : KAJIAN YANG PALING TIDAK MASUK AKAL



KUALA KRAI DAERAH PALING MUNDUR DI MALAYSIA : KAJIAN YANG PALING TIDAK MASUK AKAL.

Sering kita mendengar kalau hendak ke Kelantan anda hendaklah membawa beras dan lauk kerana negeri itu sangat mundur dan tidak mempunyai makanan. Di letakkan bersekali dengan kajian-kajian untuk menguatkan tohmahan-tohmahan tersebut.

Namun bila orang luar hadir ke Kelantan ternyata isi kajian yang sering diwar-warkan itu hanyalah sampah sarap yang sangat tidak tepat. Kajian-kajian ini jelas bertentangan dengan kenyataan.

Dua hari lepas sekali lagi Utusan Malaysia mengulangi retorik yang sukar untuk diterima akal bilamana kajian pada 2010 menunjukkan Kuala Krai daerah termundur di Malaysia. Rujuk : [www.utusan.com.my/berita/nasional/kuala-krai-paling-mundur-di-semenanjung-1.26467]

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negara ini hadir di saat rakyat terpinga-pinga dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan meningkat dengan begitu mendadak.

Saya melihat kajian tersebut sangat berat sebelah dan tidak tepat. Ia jelas mempunyai misi politik yang sangat jahat dan berterusan.

Kuala Krai sangat pesat membangun. Di sini terdapat 7 bank komersil utama, pasaraya Pantai Timur, Econjaya, PKT dan beberapa pasaraya yang lain. Di samping itu terdapat 5 buah 7-11 dan berpuluh-puluh hotel, KFC, Pizza Hut, Marry Brown dan Secret Recipe.

Penyenaraian ini bukanlah bertujuan untuk mendabik dada bahawa dengan adanya perkara di atas menunjukkan kita sudah maju, namun ia adalah sekadar menyangkal tohmahan sebagai daerah termundur di Malaysia. Adalah tidak lojik dengan kehadiran 7 bank utama di sini, Kuala Krai masih dilabelkan sedemikian.

Saya juga percaya ini adalah rentetan gambaran yang sama kepada Kelantan semenjak hampir 25 tahun lepas. Di saat segala isi bumi Kelantan di ratah dan disedut dengan penuh rakus tanpa diberikan hak walau 5%.

Usahlah beretorik. Janganlah lagi politik cara jahat di gunakan lagi. Zaman di mana teknologi maklumat menguasai dunia. Rakyat dapat melihat dan membandingkan kajian yang amat berat sebelah ini dengan mudah dan lebih tepat.

Jika kajian ini di buat adalah untuk bertujuan memajukan Kuala Krai saya tidak kisah. Namun lebuhraya yang dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia ke 5 di mana Kuala Krai merupakan antara laluan utamanya sehingga sekarang masih belum kelihatan. Ini sepatutnya yang perlu lebih dimalukan.

Seperti kata pujangga " bak ketam mengajar anaknya berjalan betul".

Sekali lagi saya menolak kajian dangkal dan tidak tepat ini dan saya mengajak anda ke Kuala Krai. Singgah dan berkatalah dengan betul tentang apa yang ada di sini. Kita sebenarnya bergerak seiring walaupun dengan jelas kita dinafikan hak.

Firman Allah SWT :

يـاَيـُّهَا الَّذِيـْنَ امَنُوا اتَّـقُوا اللهَ وَ قُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيـْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَ يَغْفِرْلَكُمْ ذُنـُوْبَكُمْ، وَ مَنْ يُّـطِعِ اللهَ وَ رَسُوْلَه فَـقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. الاحزاب:70-71

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. [Al-Ahzab : 70 - 71]


Sekian.

Abdul Latiff Abdul Rahman
Yang DiPertua PAS
KAWASAN KUALA KRAI

28 Muharram 1436
21 November 2014

Thursday 20 November 2014

PANGLIMA MALAYSIA Mendepani Isu Rakyat Apabila Parti PAS Mempunyai Masalah Dalaman


Diwaktu kemelut perbalahan didalam parti PAS ,ramai yang tertanya-tanya kemana hala tuju parti itu dengan kehilangan keyakinan ahli terhadap pimpinan tertinggi. Banyak kerja-kerja rakyat terabai dan PAS kurang memberi tumpuan kepada isu sehinggakan mereka lupa tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Diwaktu masalah dalaman berterusan, Allah telah menunjukkan sesuatu dimata rakyat, dengan timbulnya NGO PANGLIMA MALAYSIA ( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama ). Dipimpin oleh Sdr Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak yg merupakan ikon anak muda PAS. Beliau tak pernah pedulikan masalah dalaman yang tercetus.

Apa yang penulis nampak, NGO PANGLIMA ini berjaya mendepani isu-isu rakyat dari peringkat bawah hinggalah isu nasional seperti isu getah, tanah, pembaikan sistem negara dan sebagainya. Mereka berani dan mula mengharumkan nama parti dan menaikkan semangat dikalangan ahli PAS.

Tidak cukup dengan isu-isu yang dikeluarkan dan menganjurkan perhimpunan membantah GST ,kenaikan kos sara hidup ,harga getah dan pemotongan subsidi bahan api. PANGLIMA mengerakan ahli-ahlinya membuat kebajikan kepada rakyat seperti membantu gelendangan, bantuan khas kepada Bapa tunggal dan sekarang telah menjayakan program kepada anak-anak golongan yang berpendapatan rendah dengan memberikan bantuan pembayaran yuran kemasukan kolej dan universiti secara percuma kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTS yang dilantik.

Kehadiran PANGLIMA MALAYSIA sedikit sebanyak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat dimasa depan. Penulis berharap, masyarakat diluar sana mengikuti jejak langkah dan pergerakan mulia mereka jika betul-betul berjuang demi rakyat.

Bantulah NGO PANGLIMA MALAYSIA jika ada lebihan rezeki.

Gambar-gambar Team PANGLIMA MALAYSIA melakukan gerak kerja



LAPORAN PEGAWAI POLIS KEHILANGAN WANG KETIKA MELANGGAN PELACUR








YDH Datuk/Tuan,

LAPORAN POLIS KEHILANGAN WANG PEGAWAI POLIS KETIKA MELANGGAN PELACUR
--------------------------------

Pada 20 NOV 2014 jam 0623, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki pegawai Polis berhubung kehilangan wang sebanyak RM 1550.00 di Spa Green Elephant, B 2-6 Bastment Lever 2, Sungai Wang Plaza Jalan Sultan Ismail, KUALA LUMPUR dan dijadikan THSL/40116/14.

Butir-Butir Pengadu

2. Butir-butir pengadu adalah seperti berikut:-

Nama : ZAIRUL HISHAM bin HARON
No Kad Kuasa : G12460
Umur : 42 tahun
Pekerjaan : PDRM
Alamat : Pegawai Bertugas Team B KDNKA IPK KUALA LUMPUR

Ringkasan Laporan Polis

3. Ringkasan laporan Polis adalah seperti berikut :-

Pada 20 NOV 2014 jam lebih kurang 0300, pengadu INSP. ZAIRUL HISHAM G12460 telah masuk ke Spa Green Elephant, B 2-6 Bastment Level 2, Sungai Wang Plaza Jalan Sultan Ismail KUALA LUMPUR, bilik no. 23 telah melanggan seorang pelacur nama PUTERI SITI KHATIJAH binti ABU BAKAR (K/P 740209-10-5000) semasa pengadu ingin bersetubuh dengan perempuan ini, dia telah meminta RM100.00 agar tidak menggunakan kondom. Selepas itu, pengadu ingin mencuci kemaluan pengadu di bilik air dan lepas itu pengadu pakai pakaian pengadu dan keluar dari bilik lebih kurang 5 meter, pengadu sedari duit pengadu RM1550.00 (Satu Ribu Lima Ratus Dan Lima Puluh) telah hilang dari poket pengadu.

Tindakan Polis

4. Kes ini disiasat oleh INSP. SHAHRIR - Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi dan kes masih di dalam siasatan.

Ulasan

5. Laporan polis yang dibuat oleh pengadu kerana berasa tidak berpuashati kerana telah kehilangan wang semasa berada di Spa Green Elephant, B 2-6 Bastment Level 2, Sungai Wang Plaza Jalan Sultan Ismail KUALA LUMPUR dimana pengadu berada di tempat berkenaan bagi tujuan melanggan pelacur.

6. Pengadu berasal dari PERAK, kini bertugas sebagai pegawai bertugas team B, KDNKA IPK KL. Pengadu dipercayai mempunyai masalah mental disorder. Kes ini akan dirujuk kpd tatatertib & Jabatan Agama Islam. Tq.

Bajet Negeri Johor Faham Harapan Anak Muda Namun Perlu Perhalusi Beberapa Aspek



Kenyataan Umum
20 November 2014

Bajet Negeri Johor Faham Harapan Anak Muda Namun Perlu Perhalusi Beberapa Aspek

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor secara asasnya menyambut baik Bajet 2015 Negeri Johor yang telah dibentang oleh Menteri Besar pada hari Khamis lepas. Sedikit sebanyak Bajet ini turut selari dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh SAMM Johor dalam kertas cadangan Bajet 2015.

Antaranya adalah isu peluang pekerjaan untuk anak negeri perlu dititikberatkan berbanding pekerja asing, menarik lebih banyak pelabur berkompeten dalam industri strategik, usaha untuk mengatasi kesenjangan kaya-miskin, skim sewa-beli rumah dan juga dalam aspek seni budaya. SAMM Johor juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan pembangunan sukan dengan menyediakan lebih banyak projek pembangunan fasiliti sukan di negeri ini.

Walaubagaimanapun, cadangan untuk mewujudkan semula contract farming untuk memenuhi aspirasi bio-ekonomi perlulah diperhalusi dengan teliti. Sebelum ini juga telah wujud perniagaan berasaskan contract farming ini namun begitu kebanyakkannya menemui kegagalan. Hingga menyebabkan ramai peserta khususnya kelompok anak muda terpaksa menanggung hutang pinjaman modal untuk memulakan perniagaan.

SAMM Johor amatlah berharap agar Kerajaan Negeri dapat turut mendesak agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan seperti FAMA dan sebagainya dapat memainkan peranan membantu pemain-pemain contract farming ini untuk memasarkan produk mereka. Malah, MATRADE dan lain-lain GLC milik Kerajaan Negeri juga boleh turut membantu memasarkan produk hasil tani ini ke pasaran antarabangsa. Bukannya sekadar membiarkan syarikat swasta yang mengambilalih semua urus tadbir contract farming ini. Hal ini sekurang-kurangnya akan membantu peserta untuk menjana keuntungan dan mengelakkan berulangnya kegagalan seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Selain itu, SAMM Johor juga memandang berat rancangan untuk menubuhkan 25 pusat perubatan termasuklah pusat perubatan swasta. SAMM Johor memahami bahawa industri hospi-tourism akan membantu menjana pulangan kepada ekonomi.

Namun ia juga seharusnya turut memudahkan akses rakyat tempatan khususnya anak negeri Johor ke pusat perubatan swasta. SAMM Johor menyeru agar KPJ dapat menawarkan insentif kos rawatan yang lebih rendah kepada anak-anak negeri ini.

SAMM Johor juga menegaskan penolakan kami terhadap rancangan loji tenaga nuklear daripada didirikan di negeri ini. Walaupun ia merupakan rancangan Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri diharap dapat mempamerkan ketegasan Johor dalam menolak rancangan yang berisiko tinggi ini.

SAMM Johor berharap agar Johor akan muncul sebagai sebuah negeri yang maju dan berpendapatan tinggi dengan amalan sebuah pentadbiran yang baik, ekonomi yang mapan dan melestarikan alam. SAMM Johor juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Johor turut mendengar cadangan dan pandangan kelompok anak muda Johor

Hadzril Ridzal
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor

Monday 17 November 2014

Program Gelandangan Bersama NGO PANGLIMA Malaysia



















KENYATAAN MEDIA

NGO PANGLIMA MALAYSIA telah menjalankan program Gelandangan pada 15/11/2014. Program ini memberi bantuan baju dan mengedarkan makanan kpd golongan tersebut. PANGLIMA MALAYSIA telah berjaya mengesan permasalahan seorang gadis berasal Pantai Remis, Perak yang terkandas di Kuala Lumpur selama beberapa hari, berhadapan dengan menara Maybank.

Maklumat yang diperolehi, gadis tersebut telah melarikan diri dari rumah sudah beberapa bulan bersama teman lelaki. Beliau kemudiannya ditipu oleh Rakan Lelaki yang baru dikenali. Kesungguhan PANGLIMA MALAYSIA terus membantu gadis tersebut membuat report Polis di Balai Dang Wangi.

Setelah itu PANGLIMA MALAYSIA cuba mencari tempat tinggal asal gadis tersebut dengan dibantu oleh Pemuda PAS Perak, di wakili oleh Tim/Pemuda PAS Perak Ust Akmal Kamaruddin untuk menjejaki alamat dan berjaya menemui keluarga Gadis itu. Keluarga gadis tersebut datang ke Kedah dan membawa pulang dengan selamat.

Bersama dengan Program PANGLIMA MALAYSIA ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat sdr Nassaie bg mewakili Pemuda PAS Pusat bagi membantu menjayakan program tersebut. Pada malam itu juga PANGLIMA MALAYSIA dibantu oleh PDRM Dang Wangi untuk menjaga keselamatan selama program berlangsung.

Terima Kasih juga kepada yang turut hadir bersama menjayakan program :

Team Anak muda Bangkit
SAMM diwakili Oleh Sdr Makio
Muslim Dakwah Backpacker (MDB)
Faizal Malek
Ketua Unit Operasi
PANGLIMA MALAYSIA

17 November 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.