VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 21 November 2014

KUALA KRAI DAERAH PALING MUNDUR DI MALAYSIA : KAJIAN YANG PALING TIDAK MASUK AKAL



KUALA KRAI DAERAH PALING MUNDUR DI MALAYSIA : KAJIAN YANG PALING TIDAK MASUK AKAL.

Sering kita mendengar kalau hendak ke Kelantan anda hendaklah membawa beras dan lauk kerana negeri itu sangat mundur dan tidak mempunyai makanan. Di letakkan bersekali dengan kajian-kajian untuk menguatkan tohmahan-tohmahan tersebut.

Namun bila orang luar hadir ke Kelantan ternyata isi kajian yang sering diwar-warkan itu hanyalah sampah sarap yang sangat tidak tepat. Kajian-kajian ini jelas bertentangan dengan kenyataan.

Dua hari lepas sekali lagi Utusan Malaysia mengulangi retorik yang sukar untuk diterima akal bilamana kajian pada 2010 menunjukkan Kuala Krai daerah termundur di Malaysia. Rujuk : [www.utusan.com.my/berita/nasional/kuala-krai-paling-mundur-di-semenanjung-1.26467]

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negara ini hadir di saat rakyat terpinga-pinga dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan meningkat dengan begitu mendadak.

Saya melihat kajian tersebut sangat berat sebelah dan tidak tepat. Ia jelas mempunyai misi politik yang sangat jahat dan berterusan.

Kuala Krai sangat pesat membangun. Di sini terdapat 7 bank komersil utama, pasaraya Pantai Timur, Econjaya, PKT dan beberapa pasaraya yang lain. Di samping itu terdapat 5 buah 7-11 dan berpuluh-puluh hotel, KFC, Pizza Hut, Marry Brown dan Secret Recipe.

Penyenaraian ini bukanlah bertujuan untuk mendabik dada bahawa dengan adanya perkara di atas menunjukkan kita sudah maju, namun ia adalah sekadar menyangkal tohmahan sebagai daerah termundur di Malaysia. Adalah tidak lojik dengan kehadiran 7 bank utama di sini, Kuala Krai masih dilabelkan sedemikian.

Saya juga percaya ini adalah rentetan gambaran yang sama kepada Kelantan semenjak hampir 25 tahun lepas. Di saat segala isi bumi Kelantan di ratah dan disedut dengan penuh rakus tanpa diberikan hak walau 5%.

Usahlah beretorik. Janganlah lagi politik cara jahat di gunakan lagi. Zaman di mana teknologi maklumat menguasai dunia. Rakyat dapat melihat dan membandingkan kajian yang amat berat sebelah ini dengan mudah dan lebih tepat.

Jika kajian ini di buat adalah untuk bertujuan memajukan Kuala Krai saya tidak kisah. Namun lebuhraya yang dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia ke 5 di mana Kuala Krai merupakan antara laluan utamanya sehingga sekarang masih belum kelihatan. Ini sepatutnya yang perlu lebih dimalukan.

Seperti kata pujangga " bak ketam mengajar anaknya berjalan betul".

Sekali lagi saya menolak kajian dangkal dan tidak tepat ini dan saya mengajak anda ke Kuala Krai. Singgah dan berkatalah dengan betul tentang apa yang ada di sini. Kita sebenarnya bergerak seiring walaupun dengan jelas kita dinafikan hak.

Firman Allah SWT :

يـاَيـُّهَا الَّذِيـْنَ امَنُوا اتَّـقُوا اللهَ وَ قُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيـْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَ يَغْفِرْلَكُمْ ذُنـُوْبَكُمْ، وَ مَنْ يُّـطِعِ اللهَ وَ رَسُوْلَه فَـقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا. الاحزاب:70-71

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. [Al-Ahzab : 70 - 71]


Sekian.

Abdul Latiff Abdul Rahman
Yang DiPertua PAS
KAWASAN KUALA KRAI

28 Muharram 1436
21 November 2014

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.