VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 30 December 2016

Billboard Bebas Anwar Disabotaj


Salam Reformasi!

Saya telah menghadiri mesyuarat Biro Pengurusan Parti dan berikut adalah perkara yang penting untuk dilaksanakan oleh semua Cabang untuk mobilisasi ahli serta penyokong untuk kes DSAI dari Cabang Bukit Mertajam adalah seperti berikut:

1) Cabang diwajibkan menghantar minimum 300 ahli dan sebanyak 4 bas perlu disediakan oleh Cabang untuk mobilisasi ahli
2) Edaran Risalah, Pemasangan banner, poster serta billboard perlu dipasang di seluruh Bukit Mertajam

3) Susunan gerak kerja mobilisasi di Cabang dan perlu dilaporkan setiap hari bermula segera.

4) Memastikan semua AJK JKKK yang dilantik Cabang untuk hadir ke Mahkamah dan Ceramah

5) Hebahan Media, kereta siaraya dan penggunaan media sosial utk sebaran maklumat kepada semua untuk hadir.

6) Mobilisasi AMK, Wanita dan Ranting amat perlu untuk memastikan target untuk 300 ahli atau lebih berjaya.

Sila ambil maklum dengan serius tentang perkara diatas

Sila panjangkan mesej ini kepada semua yang berkenaan.

Sekian,

Terima kasih

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa
Setiausaha Cabang
Bukit Mertajam

Saturday 10 December 2016

Pemuda PAS Berminat Kerusi Parlimen Permatang Pauh


PERMATANG PAUH: Pemuda PAS berminat dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid mengulas 'minat' Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang.

Bahkan mungkin mempertimbangkan untuk mengganti kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini dan kerajaan BN yang sememangnya diketahui umum rosak teruk.

“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu dan kejayaannya tidak mustahil akan berulang kembali.

Peluang yang di idamkan oleh pemuda PAS memberi peluang kepada UMNO mengatur strategi yang bijak untuk mendapatkan Parlimen Permatang Pauh. Sekalung tahniah kepada minat pemuda PAS.

Thursday 1 December 2016

Jom! Ke Karnival Rakyat Machang Bubuk, Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda Pada 9 Hingga 11 Disember 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Karnival Rakyat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tempat : Tesco Alma & Jalan Persiaran Impian
Tarikh : 9,10 & 11/12/2016
Masa : 10 am- 10 PM

Antara program menarik yang disediakan adalah:

1. Food Street Festival
2. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
3. Kempen Derma Darah
4. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
5. Karnival Kerjaya
6. Senamrobik & ZUMBA
7. Kim Sir Story Telling
8. Hadiah Cabutan Bertuah.
9. Pameran Agensi Kerajaan
10. Persembahan Kebudayaan

Berbagai lagi aktiviti menarik akan ditampilkan dalam Karnival Rakyat Machang Bubuk!

*Untuk pembukaan pendaftaran jualan booth Food Street Festival akan bermula pada 5 Nov 2016. Nantikan update dari kami! Di facebook Karnival Rakyat

Share kepada semua rakan-rakan anda!


Food Street Festival akan dibawakan untuk anda di Karnival Rakyat Machang Bubuk. Pelbagai juadah menarik akan disediakan oleh vendor-vendor makanan terbaik kepada anda. Ayuh sertai Food Street Festival dan rasai kenikmatan makanan tempatan!


Berita baik untuk peniaga! Ayuh sertai Food Street Festival @ Karnival Rakyat Machang Bubuk yang akan membawakan pelbagai program menarik.


Highlight Program Karnival Rakyat Machang Bubuk. Kita jumpa di sana !


Sertai Karnival Rakyat Machang Bubuk dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Pelbagai hadiah misteri menanti anda! Bawa keluarga bersama untuk berpeluang memenangi lebih banyak hadiah. Jom ke Karnival Rakyat Machang Bubuk!


Depa dok tanya apa lagi ada dalam Karnival Rakyat. Kita bawakan Kem Kesihatan Tradisional dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma ke Karnival Rakyat. Lepas makan kita pakat pi check darah ramai - ramai! Kesihatan rakyat keutamaan kami!


Kempen Derma Darah akan berlansung di Karnival Rakyat Machang Bubuk. Jom kita menderma.


Kad Jemputan Kepada Anda Semua.

Wednesday 30 November 2016

Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan Terhadap Orang Asli Dikecam Oleh Rakyat Prihatin







TERKINI

KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP TANGKAPAN TERHADAP ORANG ASLI DI GUA MUSANG PADA 30 NOVEMBER 2016

Pakatan Harapan terkejut dan prihatin dengan laporan bahawa 41 Orang Asli yang terlibat dengan blockade balak di Gua Musang, Kelantan, telah ditangkap oleh pihak keselamatan negeri dalam satu operasi besar-besaran mereka semalam. Penangkapan aktivis Orang Asli Ini telah mendatangkan reaksi yang kuat daripada masyarakat umum dan masyarakat antarabangsa.

Kami ingin bertanya, apakah proses perundingan telah sampai ke penghujung sehinggakan tindakan sedemikian rupa diambil terhadap penduduk Orang Asli?

Kami difahamkan bahawa perjuangan Orang Asli daripada kaum Temiar di Kelantan membantah aktiviti pembalakan yang mengancam sistem kehidupan mereka sudah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan mereka telah menggunakan semua jalan demokrasi yang untuk berunding dengan Kerajaan Negeri namun tidak diendahkan.

Kemuncak daripada itu barulah baru-baru ini mereka melakukan blockade apabila melihat tiada penyelesaian konkrit dari pihak kerajaan negeri di samping ancaman makin teruk terhadap kehidupan mereka saban hari.

Beberapa NGO Alam Sekitar dan juga NGO Hak Asasi juga dilaporkan telah turun melawat kawasan terbabit dan telah mengesahkan wujud pelanggaran terhadap garis panduan pembalakan yang dibenarkan.

Tindakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa menangkap Orang Asli yang mempertahan hak mereka telah dan akan terus dikecam oleh rakyat prihatin. Kami berkeyakinan penuh bahawa masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian daripada bertindak sedemikian rupa demi mengelakkan kesan buruk kepada Orang Asli dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

Orang Asli adalah penduduk asal negara ini. Mereka adalah pribumi sebenar yang perlu diberi hak sepenuhnya, dan bukan ditindas oleh mana-mana pihak.

Kami menyeru Kerajaan Negeri supaya bertindak adil, tegas dan ikhlas dalam membela Orang Asli dengan meminta pihak berkuasa membebaskan semua mereka yang ditangkap. Selepas dibebaskan, semua yang terlibat perlu kembali semula ke meja rundingan bagi mencari kemenangan untuk kedua-dua pihak.

DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

MOHAMAD BIN SABU
Presiden AMANAH

LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

Friday 25 November 2016

KECAM TINDAKAN KACAU GANGGU PEMUDA UMNO DI PROGRAM ZUNAR @ PENANG



*KENYATAAN MEDIA YB DATO HJ ABDUL MALIK KASSIM*

*25HB NOVEMBER 2016*

*KECAM TINDAKAN KACAU GANGGU PEMUDA UMNO DI PROGRAM ZUNAR @ PENANG*

Tindakan kacau ganggu disertai oleh beberapa pemimpin pemuda Umno P. Pinang di Pameran Zunar @ Penang di Komtar menunjukkan sikap dan perangai jelik pemuda Umno Pulau Pinang.

Kehadiran mereka telah mengasari dan memaki dengan kata kesat dan turut merosakkan bahan pameran pada hari ini

Program yang dirancang telah mendapat kebenaran pihak PDC Setia Urus sebuah badan yang menguruskan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pameran kartun Zunar berkisar luahan hati suara rakyat, berdasarkan skandal pemerintah yang menindas mereka yang diterjemahkan melalui lakaran kartun secara sinis dan lucu.

Jika sekadar lukisan kartun pun pembangkang Umno Pulau Pinang ketakutan, maka itulah petanda Umno di hujung nyawa.

Sikap pemimpin Umno di luar, berbeza dengan pemimpin mereka di dalam dewan undangan negeri yang lebih berhemah ketika menegur dan mengkritik Kerajaan Negeri

Saya percaya, kepimpinan Umno Pulau Pinang akan merasa malu dengan tindakan tidak bertamadun segelintir ahli bawahan Umno yang bertindak samseng ala gangster

Zunar terkenal di peringkat antarabangsa. Justeru itu, tindakan ala samseng Umno makin mencalarkan imej Umno selepas terpalit dengan pelbagai skandal yang melanda Perdana Menteri

Pastinya media antarabangsa menjadikan isu ala Samseng Umno itu bukti bahawa PM Najib sedang takut dengan bayang-bayangnya sendiri

Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, sepatutnya tindakan kacau ganggu melampau ini seharusnya dilenyapkan supaya generasi yang akan datang lebih berdaya maju dan berfikiran lebih matang.

Sekian Terima kasih

Thursday 24 November 2016

Politik dan Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang FA?



POLITIK DAN BOLASEPAK

Ini artikel yang Admin ambil dari laman sembang Whatsapp. Sekadar satu perbincangan ilimah...

Ramai yg berkata politik kena dipisahkan dgn bolasepak. Yg tu persepsi ramai. Dlm bolasepak Malaysia yg rata2 pasukan langsung tak boleh jadi FC dan masih dalam kategori FA. Nak jadi FC kena ada stadium sendiri, dana sendiri, tempat training sendiri, sponsor kena cari sendiri. Dalam kes atau suasana bolasepak Malaysia, takdak langsung team yang boleh urus pasukan dengan semuanya urus sendiri melainkan pasukan JDT dan pasukan berstatus kelab yg ada dana sendiri seperti Sime Darby, Felda United, DRB Hicom dan Air Asia. Tapi tu semua takkan boleh bergerak tanpa penyokong.

Umum mengetahui yang bolasepak Malaysia masih dengan sentimen menyokong mengikut kenegerian. Ic 07 sokong Penang, 08 sokong Perak dan lain2. Jadi banyak pasukan yang tak ada fan base cuma bertahan hanya beberapa musim. Ini terbukti dengan penarikan pasukan dari menyertai liga seperti DRB Hicom FC, KL SPA Fc, USM FC dan satu masa dahulu MPPJ FC.

Untuk mengubah landskap bolasepak negara, mentaliti kenegeri perlu dikikis terlebih dahulu jika mahu dipisahkan dengan politik. Barulah pasukan dapat berdikari. Situasi sekarang, pasukan2 negeri mahu tak mahu terpaksa bergantung kepada Kerajaan Negeri masing2 untuk mendapatkan dana bagi membiayai pasukan. Inilah faktor yang menyebabkan jawatan2 utama dalam pasukan kebanyakannya disi oleh orang2 politik. Inilah risiko yang terpaksa ditelan oleh dunia bolasepak Malaysia. Jika di Selangor, kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR akan meletak orangnya di situ. Begitu juga halnya di Melaka, Ketua Menterinya sendiri yang mengepalainya. Di N.Sembilan juga MB sebagai Presiden. Di Kedah, di Perak juga begitu.

Adalah yang bernasib baik dapat kerajaan negeri yang ada ahli politik yang betul2 minat dengan bolasepak. Maka mereka akan lakukan perubahan. Tak dinafikan ada sesetengah antara mereka yang langsung tak ada background minat dengan bolasepak. Tapi disebabkan mempunyai barisan pemain dan jurulatih yang sempurna, maka pasukan itu dilihat berjaya. Namun malang bagi pasukan yang walaupun ada segalanya, minat terhadap bolasepak...sebagai contoh Kelantan yang diuruskan oleh Ahli Parlimen dari BN dan dibantu oleh Kerajaan Negeri dari Pas juga gagal dalam menangani beberapa isu seperti tunggakan gaji, mencari dana dan penaja. Akibatnya pemain2 mula angkat kaki. Itu faktor2 yang kita dapat lihat dan ini tidak dapat dielak selagi mentaliti yang saya katakan tadi masih membelenggu bolasepak Malaysia.

Di P.Pinang sekarang, Kerajaan Negeri ditadbir oleh DAP. Mahu tak mahu, itulah parti politik yang ada kuasa untuk menyalurkan dana kepada FAP. Tahun 2008, 2009, 2010 tanggungjawab itu sudah diberi kepada ahli politik dari PKR dan gagal disempurnakan sehingga pasukan jatuh ke Liga FAM. Dan transformasi menukar kepimpinan kepada mereka yang bukan ahli politik dilihat sedikit berjaya apabila pasukan bangkit dan layak ke Liga Super. Namum dana besar yang diberi oleh Kerajaan Negeri tidak diguna sebaiknya malah pembaziran dilihat berlaku dengan penukaran pemain import dan barisan jurulatih luar di tengah musim.

Dan sekali lagi, ahli politik dibawa masuk ke dalam persatuan. Ianya skrip yang diulang-ulang dalam mana2 persatuan bolasepak di negara ini. Sekali lagi saya ulang, ini adalah risiko yang terpaksa kita telan disebabkan bolasepak kita masih terikat dengan politik. Tiada politik tiadalah bolasepak selagimana pasukan tidak boleh berdikari. Jika risiko ini berjaya diatasi, ianya mungkin adalah disebabkan pemilihan pemain dan barisan jurulatih yang betul dan kredit turut diberi kepada ahli politik yang menaunginya.

Kesimpulannya, sebagai peminat...apa yang boleh anda lakukan? Teruskan menaip di Facebook dan belilah tiket untuk menonton di stadium atau berehatlah di rumah sambil menonton siaran langsung di TV anda. Majulah Sukan Untuk Negara!

Thursday 17 November 2016

Provokasi Baju Merah, Peserta BERSIH 5 Tidak Cukup Bas



BERSIH 5 : P. PINANG TAK CUKUP BAS

Kehadiran Bersih 5 dijangka mengatasi Bersih 4. Ini berdasarkan beberapa petunjuk, antaranya beberapa cabang PKR P.Pinang terpaksa bergelut mendapatkan bas-bas tambahan di saat-saat akhir.

Ini berikutan sambutan luar biasa, daripada peserta yang baru mendaftar. Difahamkan terdapat peserta yang tidak pernah menyertai demo Bersih akan turut serta kali ini, gara-gara provokasi berlebihan daripada geng Merah.

Wednesday 16 November 2016

Otai KeAdilan Tidak Berpuas Hati Dengan Adam Rosly



Luahan Jamil Bin Ismail (tanpa edit)

Aku berjuang dalam Pkr dari PKR atau PKN belom tubuh lagi. bermula dgn ngo ADIL kemudian gerakan reformasi, lepas tu penubuhan PKN lepas tu bergabung jadi PKR , Ke seluruh negara bersama anuar tahir menubuhkan bahagian, cabang , ranting, berceramah , menerang sana sini , semua duit sendiri. tiada peruntukan , termasuk anuar tahir.

Tetapi bila dah kuat banyak muka muka baru tiba tiba duduk atas , bangsat bangsat umno yg keluar di ambil di angkat jadi pemimpin, budak budak hingusan di lantik kerana orantg lama tidak pandai mengampu dna menjilat . tapi dah 18 tahun berjuang bersama PKR habok pun tiada , kosong , tak pernah parti , pimpinan cuba menolong .walaupun yg aku nak buat bukan untuk diri aku. tetapi demi haiwan. tak perlu cakap berjuang kena ikhlas. BAPAK KAU kami dah habis kosong tak ikhlas lagi. budaya mengampu dan menjilat tetap ada dalam PKR. Kritik je terus di ketepikan.

Taw taw budak hingusan baru masok jadi pimpinan bawahan dah kaya raya. bila tanya alasan sama mcm umno mak bapak kaya. habis kalau kaya yg ko dulu duduk rumah PPR apesal , pimpinan PKR dah setaraf UMNO.!!!!!

Monday 14 November 2016

NGO Guna Nama ALLAH Untuk Perangi Kumpulan Baju Kuning (BERSIH 5)



Dipetik dari group whatsapp PLG BERSATU.. Katanya Ayah Boss aka Brader Gun yang perintah untuk semua anak bai'ah dia agar turun support baju merah pada 19 November ni nanti.

Kahkahkah.. Jujur Admin cakap ni, kepada semua yang pernah berbai'ah, janganlah korang takut. Sumpah taat setia kau dulu tu dah terbatal dah pun. Sebab Ayahanda kau tu sendiri tak menepati ciri ciri seorang khalifah yang benar benar perjuangkan Islam. Depa ni perjuangkan duit!

Dalam hal ni korang tak wajib pun patuh perintah dia. Silap silap dia lah manusia yang patut kita perangi !!

- Joe Kacak (PMO)

Saturday 12 November 2016

BUKAN SEMUA ARTIS TEMPATAN BERPENDAPATAN TINGGI DAN HIDUP MEWAH UNTUK DIKENAKAN CUKAI YANG TINGGI OLEH KERAJAAN



Setiap rakyat malaysia semuanya dikenakan cukai pendapatan ,barangan ,perkhidmatan dan sebagainya.Kerajaan boleh mengenakan cukai tetapi jangan sampai rakyat terbeban dengan pendapatan/ekonomi mereka.Apabila rakyat merasai bebanan cukai yg dikena terlalu banyak,mereka akan bersuara dan menunggu masa untuk menghukum kerajaan BN pada PRU14.

Pihak kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah pendapatan rakyat bukan sahaja kalangan rakyat miskin tetapi juga dikalangan anak seni( artis )dengan memberi peluang pendapatan dalam kerjaya mereka dalam pelbagai bidang ,bukannya mengenakan cukai pendapatan yg tinggi sehinggakan menyekat sesetengah artis itu untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Artis malaysia bukan semuanya berpendapatan tinggi .Ada dikalangan mereka terpaksa mengikat perut apabila ketiadaan 'show' atau 'Job'.Ada artis yg mengikat kontrak dipotong 30% dari pendapatan mereka .Pendapatan mereka bukanlah selalu dalam sebulan.Adakalanya berbulan2 baru dapat tawaran dari pelbagai pihak.

Kerajaan hanya melihat kemewahan artis yg bernama besar dalam kerjaya dan pendapatan mereka ,bagaimana pula nasib pendapatan artis artis yg baru mencipta nama dan ingin mencari rezeki demi kehidupan mereka?
Seandainya cukai dipotong dan ditambah pula % yg dikenakan kepada syarikat produksi ,berapa baki yg tinggal untuk artis tempatan untuk berjaya dan membina 'personaliti' mereka?

Banyak kisah artis tempatan mencipta populariti tetapi diakhir hayat dan kehidupan mereka masih dalam keadaan yang sama.Mereka adalah insan seni yang menghidupkan budaya dan kesenian negara.
Sepatutnya kerajaan bertindak sebagai 'pro Marketing' sehingga ke luar Negara ,bukannya hanya tahu mengenakan cukai tanpa memahami kehidupan mereka yg sebenar.

Sebagai contoh Negara india yg bangsanya terdiri dari pelbagai bahasa seperti Hindi ,telegu , punjab ,malayalam dan Tamil.Filem mereka berjaya menembusi pasaran luar Negara sehinggakan setaraf filem Hollywood.Bagaimana filem dimalaysia ?

Kerajaan harus membuka ruang dalam konsep kepelbagaian termasuk filem berkisarkan permasalahan politik yang berlaku dimalaysia dan mencontohi filem dari luar negara yang memberi impak lebih besar dimata dunia.

Ratusan Artis tempatan ini ramai yg berbakat besar dalam industri kesenian .Seharusnya membawa dan memberi peluang kepada mereka menembusi pasaran luar Negara.Alasan yang kerajaan berikan ialah peruntukan dan sebagainya.

Persatuan Seniman pula bukanlah satu badan yang memberikan kerjaya kepada semua golongan artis tetapi hanya bertindak sebagai pembawa suara artis jika apa apa isu yang berlaku.

Artis yang ada diMalaysia kebanyakannya tidak berpolitik tetapi tidak bermakna mereka tidak mengetahui isu2 semasa dengan apa yg berlaku dalam Negara.Mereka mendiamkan diri kerana tidak mahu dikaitkan dengan pihak pembangkang atau kerajaan .Meraka hanya mahu mencari rezeki yang halal dan ingin memperbaiki kehidupan mereka.
Kebanyakan artis tempatan bukanlah dari kalangan keluarga yang kaya ,rata2nya lahir dari industri media dan cuba mengeluarkan diri mereka dari masalah ekonomi dalam kehidupan seharian

Isu ini akan dibangkitkan dari masa kesemasa supaya rezeki artis tempatan tidak dikenakan cukai sewenang2nya tanpa memahami kehidupan dan perjalanan hidup mereka.Kerajaan harus menilai dan memgkaji semula sehingga peringkat bawahan.

Beri peluang dan membantu kepada Artis tempatan dan Syarikat Produksi industri perfileman ,nyanyian dan sebagainya dalam mengembangkan filem malaysia dengan cara terbuka tanpa sekatan politik melampau.

Kepada golongan artis tempatan,jangan sesekali takut untuk bersuara dalam mempertahankan hak anda sebagai rakyat ,pengundi dan pembayar cukai yang sememangnya telah tersedia dikenakan ketas kamu.


*Sulaiman Ibrahim@Leman Raja Lawak*
*'Mewakili suara Artis Tempatan dari pihak pembangkang'*
*Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik*

*12 Nov 2016*

Tuesday 1 November 2016

Apa Alasan Kerajaan Naikkan Harga Minyak di Malaysia?



Kerajaan mengeluh kononya minyak dunia harganya jatuh dan menyebabkan pendapatan negara jatuh akibatnya byk subsidi kepada rakyat terpaksa di tarik...

Minyak dunia jatuh harganya ttp kenapa pula minyak kepada rakyat Malaysia dinaikkan harganya ? Harga diesel yg menjadi bahan bakar utama kenderaan perdagangan sudah lebih mahal dr petrol...

Hidup Melayu !

Nota :

1. Bukan setakat minyak petrol tp minyak masak sekali naik harga (Pokok sawit dah Pupus di Malaysia?)
2. Ni hangpa bising 2 - 3 hari lepas tu hangpa diam je balik

Monday 26 September 2016

UMNO Bahagian Sik Akui Saingan Utama dikawasan Ini Ialah AMANAH Pada PRU14 Bukannya PAS


UMNO Bahagian Sik akui saingan utama dikawasan ini ialah AMANAH pada Pru14 bukannya PAS

Sik , 26 Sep 2016 , UMNO Sik mula bersuara apabila perkembangan parti amanah Sik mula berkembang dari peringkat bawahan dan ramai ahlinya mempersoalkan gerak kerja yg ditonjolkan oleh amanah Sik membawa kelainan dan diterima oleh rakyat Sik.

Bekas Ajk UMNO bahagian Sik ( nama dirahsiakan ) mengatakan bahawa ," _melihat situasi politik kawasan Sik sekarang ,yg jadi cabaran utama kami srkarang ialah parti amanah bukannya Pas kerana Pas kami dari umno sudah boleh mengjangka strategi mereka sebelum pilihanraya tetapi amanah sik ni membawa sedikit kelainan kerana pimpinan amanah sik bergerak ke akar umbi tanpa mengikut skala dan susah nak baca strategi depa ni ibarat membunuh kami hingga akar umbi_, ujar beliau.

Menurut beliau lg , Ketua Amanah Sik Sdr leman Raja Lawan membawa pendekatan politik yg berbeza dimana beliau tidak pernah menyerang peribadi lawan terutama 3 org Yb dari UMNO. Apa yg dilihat hanyalah membawa isu isu setempat dan menyelesaikan masalah rakyat melalui saluran yg betul. " _Kami dari UMNO juga tidak pernah menyerang Amanah Sik kerana pendekatan kebajikan dan sikap perihatin yg ditonjolkan oleh ketua Amanah Sik dan ajk mereka tidak menguriskan hati kami_.

_Yang kami risaukan ialah pengundi dan penyokong yg akan hilang keyakinan kepada UMNO .Kami terpaksa mencari peluang dan cara pendekatan yg lain bagi menawan hati pengundi terutamanya ahli kami sendiri.Buat masa ni kami terpaksa mengikut rentak amanah Sik supaya perlumbaan dalam menawan pengundi di daerah ini dijaga rapi dan mengekalkan kemenangan 3 kerusi yg kami menangi_, Ujarnya lagi.

Ditanya mengenai Parti BERSATU pula ,beliau berkata ,buat masa sekarang tiada lagi kelibat pemimpin mereka dikawasan tersebut.

posted from Bloggeroid

Tuesday 20 September 2016

RIBUAN PENOREH GETAH DAERAH SIK AKAN MENGUNDI AMANAH



*RIBUAN PENOREH GETAH DAERAH SIK AKAN MENGUNDI AMANAH*

Isu getah kembali hangat setelah disuarakan semula oleh Ketua Amanah Sik sdr Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawan dalam fbnya .Merupakan bekas artis realiti Tv astro raja lawak musim ke 5.

Secara umum struktur pengurusan GETAH Malaysia tersusun, hebat dan kelihatan efisyen. Tetapi mengapa penoreh masih terus melarat manakala pihak yang terlibat sebagai sektor sokongan Getah pula yang kaya raya.

Menurut dari kenyataan sdr Leman, mereka yg terlibat dalam industri getah kecil-kecilan ini ialah dari keluarga pekebun kecil - 590,000 orang (U. Malaysia 29 Dis 2013) (3.1 orang isi rumah x 590,000 = 1,829,000 orang. Jumlah keluasan tanah pekebun kecil getah 900,000 hektar manakala jumlah pekebun kecil mengikut kaum Melayu 77% Cina 20% India 1% Org Asli 0.4 % Lain2 0.9% seluruh malaysia .Daerah Sik saja melibatkan ribuan penoreh getah mengalami masalah keruncingan ekonomi dan pendapatan keluarga.

Menurut leman lagi ,Statistik kemiskinan tegar setelah kejatuhan harga getah diseluruh malaysia masih lagi dalam pencarian maklumat tepat

Hasil tinjauan penulis dikawasan pedalaman terutama daerah Sik ,rata rata penduduk yg menoreh getah sudah mula muak dengan sikap kerajaan BN dimana kebanyakan mereka dahulunya mengundi BARISAN NASIONAL.

Penulis sempat berjumpa dengan penduduk kg di Sik " Kali ni kami takmau dah pangkah BN,bg undi kat depa bukan depa nk jaga rakyat mcm kami, nasib baik ada parti baru yg bewarna oren tu mai dok jengok kami tanya khabaq.jaga kebajikan org yg motong macam kami walaupon depa tau kami org umno.Tapi pilihanraya yg kedepan kami takmau dah sokong depa,baik kami pangkah parti amanah yg dok jaga kami bila getah murah, depa kerajaan haram tak ambik tau pasai kami" .luahan perasan kak hasnah dari Kg Sungai Senang.

Menurut kak Hasnah ,Ribuan penoreh getah menunggu masa untuk menukar kerajaan pada PRI14.Mereka hanya menunggu masa walaupun mereka bukan ahli amanah tetapi akan membantu memenangkan parti Amanah terutama kawasan sik." Kali ni hangpa bagi la menatang apa pon dekat pilihanraya ,brim ka ,brom ka ,kain batik ka,hangpa bagi kami ambik tapi kami tak kelapaq dah undi BN!" Katanya lagi.

Penulis akan turun semula ke kawasan Sik untuk melihat perkembangan semasa.

posted from Bloggeroid

Saturday 20 August 2016

Surat Pemecatan che'Gu Bard Serta Merta dari Biro Politik PKR


Mendapat khabar....Biro Pol PKR ambil keputusan lulus usul pecat che'GuBard kerana tindakan ke SPRM. Kononnya perlu pecat segera sblm che'GuBard ke SPRM dan pergi lebih jauh.

Saya baru dihantar oleh kawan MPP yg "mereka" dh edar surat kutip sign persetujuan sokongan semua MPP.

Ajak semua khususnya pimpinan PKR berfikir dgn akal yg waras dalam kerangka semangat roh reformasi.....

Kita rai kononnya org Umno yg dedah korupsi atau salah laku pemimpin umno sebagai hero... bila umno ambil tindakan ke atas ahli umno yg dedah salah laku pemimpin umno kita kata Umno tak demokratik, selindung penjenayah...

Tp bila ada anggota PKR dedah salah laku pemimpin PKR kita tuduh anggota PKR itu pengkhianat...dan kita ambil tindakan gantung dan pecat...

Maaf bagi saya PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA KATA... saya tidak akan kompromi...

Nota kaki : sehingga petang tadi katanya masih gagal mendapat persetujuan majoriti MPP

posted from Bloggeroid

Sunday 7 August 2016

LEMAN RAJA LAWAN MEMIMPIN AMANAH SIK DENGAN PENUH UJIAN


LEMAN RAJA LAWAN MEMIMPIN AMANAH SIK DENGAN PENUH UJIAN

Nama Leman Raja Lawan atau lebih dikenali Leman Raja Lawak sudah tidak asing dibibir pejuang rakyat tanah air.Bakat kepimpinan mula teserlah selepas beliau berada dalam politik PAS dan seterusnya memasuki Parti Amanah Negara setelah perpecahan besar didalam PAS.

Seorang yg sentiasa senyum dan ketawa dalam apa jua keadaan seperti tiada masalah disekelilingnya.Tetapi tahukah anda bahawa beliau memimpin Amanah Sik dengan penuh cabaran dan ujian.

Daerah Sik merupakan kawasan pedalaman yg merupakan kekuatan melayu UMNO dan PAS yg sememangnya sukar untuk ditembusi apa jua program Parti baru ( AMANAH ) yg ditubuhkan.Kawasan Sik ini juga merupakan kekuatan PAS dengan adanya Pondok Tuan Guru Haji Salleh yg begitu berpengaruh sokongan kpd Parti Pas.Tetapi Leman Raja Lawan ini telah menunjukkan sesuatu perkara yg diluar jangkaan kerana ramai merasai kawasan Sik amat sukar untuk Amanah membuat program dan publisiti Parti .

Amanah Sik yg dipimpin oleh Leman berjaya menunjukkan kekuatan dikawasan pedalaman Sik secara berperingkat walaupon semasa itu Arwah Tuan Guru Haji Salleh masih hidup.Beliau berjaya membawa Parti itu dengan menubuhkan sehingga 20 cawangan dalam masa 10 bulan selepas lahirnya parti Amanah Negara.

Tahukah anda , Leman Raja Lawan berada dalam zon pedalaman yg paling berisiko tinggi untuk mewujudkan parti Amanah disana memandangkan ramai lagi golongan extrim parti yg terdiri dari PAS dan UMNO .Leman berdepan dengan pelbagai karenah manusia terutama penyokong penyokong dari PAS dan UMNO yg tegar.

Hampir setiap hari beliau memasuki kampung memberikan bantuan , mengambil peduli rakyat miskin ,meneliti isu isu setempat ,bergaul dengan masyarakat seperti tiada apa yg berlaku .

Melihat dari pergerakan Amanah Sik seperti Gerila dalam hutan , Penulis mengangkat tangan 'Surender' seandainya diberi memimpin kawasan Sik.
A
All the best kpd Team Amanah Sik yg dipimpin oleh Leman Raja Lawan ( Raja Gerila )

Sumber FB Leman Raja Lawan

posted from Bloggeroid

Wednesday 13 July 2016

Lagi Kes Tembak , Mudah Memiliki Pistol, Adakah Malaysia Negara Koboi?


Kenyataan SAMM P.Pinang

*Lagi Kes Tembak , Mudah Memiliki Pistol, Adakah Malaysia Negara Koboi?*

13 Julai 2016

Berkaitan kes tembakan sekerluarga 4 beranak termasuk seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang berlaku pagi ini di Batu Maung Bayan Baru, Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang bersama Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru merakamkan ucapan takziah dan mengutuk keras perilakunya kerana bertindak membuta tuli tanpa mengira mangsa.

Persoalan semakin bermain di setiap fikiran rakyat bagaimana senjata api begitu mudah di miliki dan bagaimana pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan bagi menjamin keselamatan rakyat sedangkan pelbagai modul dan sistem yang kononya telah dinaiktaraf di hebahkan setiap hari di corong-corong radio dan televisyen.

Memetik kenyataan sebuah blog,Hasil carian dalam arkib laman-laman berita menyaksikan dalam tempoh enam bulan pertama 2016 ini terdapat 12 laporan kes tembak dicatatkan dengan bulan Jun 2016 mencatatkan kekerapan yang paling tinggi. Angka ini adalah berkadaran dengan statistik enam bulan terakhir 2015 seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Ditambah pula dengan satu kes melibatkan bahan letupan, dan enam berita pelbagai kes jenayah yang melibatkan senjata api, menjadikan jumlah insiden jenayah melibatkan penggunaan senjata api adalah sebanyak 19 kes dalam tempoh enam bulan pertama ini. (Rujuk Nota Kaki Untuk Senarai dan Pautan Berita Tersebut).

Trend jenayah menggunakan senjata api yang berlaku ini sememangnya menggusarkan masyarakat awam. Walaupun dalam kebanyakan kes, pembunuh hanya mensasarkan kepada individu tertentu sahaja dan bukan tembakan rambang, tetapi dalam kes letupan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Puchong pada 28 Jun 2016, ia juga melibatkan kecederaan terhadap pengunjung lain.

Sama ada kejadian terbaru ini berlaku disebabkan dendam khianat, pergaduhan antara geng ataupun tindakan pengganas, itu adalah tugas pasukan Polis untuk menyiasatnya. Cuma yang perlu kita fikir dan bahaskan adalah peningkatan kes atau insiden jenayah yang melibatkan senjata api dan bahan letupan ini.

Kes demi kes yang berlaku hari ini turut menimbulkan persoalan apakah benar kadar jenayah negara yang diumumkan setiap tahun turun? Ini tidak termasuk jenayah-jenayah lain seperti rompakan, ragut, pecah rumah, dan lain-lain. Apakah Malaysia sekarang ini sudah menjadi negara koboi?

Tidak kira apapun motif dan tujuan berlakunya kes tembak ini, orang awam tetap risau dengan keadaan keselamatan mereka. Bagaimana jika selepas ini berlaku lagi insiden letupan bom tangan atau tembakan rambang pula berlaku di kawasan tumpuan orang ramai?

Satu lagi perkara yang perlu dibincangkan adalah bagaimana penjenayah-penjenayah ini dapat memperoleh senjata api dengan begitu mudah. Bukan setakat pistol malah bom tangan juga kelihatan mudah didapati. Tidak seperti Amerika Syarikat dimana senjata api boleh dibeli di kedai-kedai terbuka, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang ketat dalam aspek pemilikan senjata api.

Tanpa menolak kemungkinan seorang penjenayah atau penembak upahan akan melakukan apa sahaja untuk mencari pistol atau senapang atau bom tangan. Akan tetapi, tiada siapa dapat menafikan kemungkinan senjata api ini diseludup masuk dari negara jiran. Lalu, ini menimbulkan persoalan lain pula. Bagaimanakah kawalan pintu sempadan negara kita ini?

Kawalan keselamatan di pintu sempadan adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan secara amnya. Kawalan keselamatan yang lemah memungkinkan kegiatan penyeludupan mudah dilakukan. Sama ada senjata api, dadah, pemerdagangan manusia dan barang keperluan bersubsidi serta lain-lain mudah dibawa keluar dan masuk ke negara ini.

Masih ingat lagi penemuan kubur besar mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian penghujung tahun 2015? Ini menunjukkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan masih lagi menjadi satu isu yang menggamit perhatian.

Pada tahun 2013, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) PDRM, Datuk Mazlan Mansor pernah dipetik sebagai berkata,

“analisis yang diperoleh PDRM baru-baru ini mendedahkan sebanyak 573 senjata api dirampas termasuk 212 pistol jenis semi-automatik, 134 pistol buatan sendiri, 80 revolver, 15 butir bom tangan, 15 pump-gun dan 71 pistol angin yang diseludup melalui negara jiran”.

Beliau juga menyatakan faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan menjadi punca kegiatan penyeludupan mudah dilakukan kumpulan penjenayah ini. Ini terjadi kerana di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, pemeriksaan hanya dijalankan secara rawak lantas membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup masuk senjata api dengan mudah, selain daripada faktor kewujudan banyak lorong-lorong tikus di kawasan tersebut.

Kerajaan Persekutuan sepatutnya menguatkuasakan polisi pemeriksaan kawalan keselamatan sempadan yang ketat. Kawasan sempadan adalah merupakan pintu keluar masuk pertama bagi sesebuah negara.

Akta Senjata Api

Di Malaysia, terdapat dua akta berkaitan pemilikan senjata secara haram iaitu Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Satu lagi akta adalah Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Jika dibuat perbandingan dengan lain-lain negara jiran di Asia Tenggara, hukuman terhadap pemilikan senjata api secara haram di Malaysia adalah antara yang paling ketat dan berat.

Hukuman bagi kesalahan yang sama di negara jiran lain adalah seperti berikut :

Singapura – Penjara sehingga 10 tahun dan 6 sebatan

Indonesia – Penjara 20 tahun hingga seumur hidup atau dihukum mati

Myanmar – Penjara 3 hingga 7 tahun

Filipina – Penjara 10 tahun

Brunei – Penjara 5 hingga 15 tahun dan 3 hingga 12 sebatan

Thailand – Penjara 1 hingga 10 tahun

Timor Leste – Penjara setahun dan/atau denda sebanyak USD 10,000

Berdasarkan kepada perbandingan ini, saya merasakan adalah jelas bahawa negara kita sememangnya mempunyai undang-undang yang ketat dan hukuman berat ke atas kesalahan memiliki senjata api secara haram. Apa yang penting adalah penguatkuasaan, pemeriksaan dan kawalan sempadan yang ketat perlu dilaksanakan untuk mengekang penyeludupan senjata api.

Kerajaan Persekutuan perlu melihat semula dimanakah kelemahan kita sehinggakan terdapat peningkatan dalam kes dan insiden jenayah yang melibatkan senjata api ini.

SITI NOR HAFIZA BINTI AZMI

*PENYELARAS WANITA MUDA SAMM PULAU PINANG*

Nota Kaki – Pautan Rujukan

1. 29 Jun 2016 – Berita Harian – Eksekutif parah kena 5 das tembakan
http://www.bharian.com.my/node/169507

2. 28 Jun 2016 – Berita Harian – Premis hiburan dibaling bahan letupan, pengunjung cedera
http://www.bharian.com.my/node/169072

3. 23 Jun 2016 – Utusan Malaysia – Lagi kes tembak di Sarawak
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lagi-kes-tembak-di-sarawak-1.346029

4. 21 Jun 2016 – Berita Harian – Lelaki parah ditembak
http://www.bharian.com.my/node/166817

5. 21 Jun 2016 – Berita Harian – Setiausaha PKR Miri ditembak mati
http://www.bharian.com.my/node/166737

6. 19 Jun 2016 – Astro Awani – Polis cari saksi kejadian anjing mati dipercayai ditembak
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-cari-saksi-kejadian-anjing-mati-dipercayai-ditembak-108636

7. 15 Jun 2016 – Berita Harian – Ahli perniagaan mati ditembak ketika memandu
http://www.bharian.com.my/node/164715

8. 15 Jun 2016 – Berita Harian – Polis tahan lelaki acu pistol pada pekerja hotel
http://www.bharian.com.my/node/164704

9. 25 Mei 2016 – Berita Harian – Kontraktor cedera peha kiri ditembak penjenayah
http://www.bharian.com.my/node/157415

10. 25 Mei 2016 – Berita Harian – Pekerja kedai aksesori didakwa miliki pistol, peluru
http://www.bharian.com.my/node/157237

11. 24 Mei 2016 – Berita Harian – Pengusaha pusat peranginan jumpa 114 peluru hidup
http://www.bharian.com.my/node/157064

12. 19 Mei 2016 – Berita Harian – Polis tahan 11 individu, rampas tiga pistol
http://www.bharian.com.my/node/155273

13. 10 Mei 2016 – Berita Harian – Penagih dadah simpan senapang patah
http://www.bharian.com.my/node/152204

14. 4 Mei 2016 – Berita Harian – 7 ditahan kes remaja dirogol, diugut senjata api
http://www.bharian.com.my/node/150236

15. 1 Mei 2016 – Berita Harian – Lelaki cedera terkena tembakan dalam pergaduhan
http://www.bharian.com.my/node/149329

16. 1 April 2016 – Astro Awani – Lelaki lepas 10 das tembakan di Penjara Alor Setar
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-lepas-10-das-tembakan-di-penjara-alor-setar-100663

17. 28 Mac 2016 – Utusan Malaysia – Tiga individu tembak pengawal peribadi ditahan
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-individu-8232-tembak-pengawal-8232-peribadi-ditahan-1.205471

18. 11 Feb 2016 – Utusan Malaysia – Kes bunuh Syed Amen viral di laman sosial
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kes-bunuh-syed-amen-viral-di-laman-sosial-1.189457

19. 10 Januari 2016 – Astro Awani – Tiga suspek ditahan kes tembak ahli perniagaan
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-suspek-ditahan-kes-tembak-ahli-perniagaan-88887

20. 5 November 2013 – Malaysiakini – Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan
https://www.malaysiakini.com/news/245804

21. 26 Mei 2015 – Utusan Malaysia – 139 kubur besar, kecil di Wang Kelian
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/139-kubur-besar-kecil-di-wang-kelian-1.95954

22. Penalty for Illicit Firearm Possession – Comparison
http://www.gunpolicy.org/firearms/compare/110/penalty_for_illicit_firearm_possession/162,83,121,1

posted from Bloggeroid

Monday 11 July 2016

Trajedi Raya: Masalah Kekurangan Bekalan Air SADA Semakin Kritikal


Katanya orang kot belah utara terutama Kedah beraya dengan ayaq paip tak dak? Bukan kata hari raya saja.. katanya ada kot belah pendang, pokok sena, kubang pasu, padang terap (Boleh kata satu Kedah la) bukan dah 2, 3 tahun (Boleh kata tiap2 tahun) tak dak ayaq?

Ada kawasan, ayaq paip xkeluaq, keluaq angin ja, tapi sebulan RM70 bil sampai. SADA meniaga angin ka, meniaga ayaq?

Ada kawasan air pkoi 3 pagi baru ada, tu pun slow yang amat.

Ada kawasan ayaq koi slow...kencing budak umuq sebulan lagi laju kata sorang brader kita dari Kedah..

Ada kawasan air warna air tebu

Depa kata kol SADA sampai ke sut xangkat

Aiii.. empangan banyak, sungai berselirat boleh tak dak ayaq? ibu pejabat kat Jalan Sultan Badlishah tu makin tinggi, makin besaq, tapi mutu pekhidmatan makin teruk..

posted from Bloggeroid

Sunday 3 July 2016

AMANAH SIK AKAN PERTINGKATKAN LAGI GERAK KERJA 3 KALI GANDA SELEPAS AIDILFITRI DENGAN KONSEP 'DEWAN MASYARAKAT MADANI'


AMANAH SIK AKAN PERTINGKATKAN LAGI GERAK KERJA 3 KALI GANDA SELEPAS AIDILFITRI DENGAN KONSEP 'DEWAN MASYARAKAT MADANI'

Amanah Parlimen Sik menjadi perhatian mahu pon individu atau kawasan2 lain kerana pergerakan mereka meliputi 80% gerak kerja dan hanya 20% ceramah2 politik.

Ketuanya sdr Leman Raja Lawan sentiasa mengeluarkan idea2 baru bagi menjalankan aktiviti dan program kebajikan bersesuaian dengan daerah tersebut.

Sik merupakan kawasan majoritinya melayu akan menjadi ukuran pada pru14 kelak.Melihat dari segi pergerakan Amanah Sik , jentera mereka tidaklah terlalu ramai tetapi berjaya membuat pendekatan dan pembaharuan jitu sehingga akar umbi.

Amanah Sik yg dihubungi mengatakan ,Konsep "Dewan masyarakat Madani' akan diperkenalkan selepas aidilfitri ini diseluruh 20 cawangan secara berperingkat dan akan pertingkatkan gerak kerja sehingga 3 kali ganda .Ini adalah kerana , masyarakat diperingkat pedalaman terutamanya org kampung khususnya org melayu memerlukan perubahan minda yg jelas dari segi seluruh konsep kemasyarakatan.

Gerak kerja yg dilakukan oleh Amanah Sik menyebabkan cawangan umno kota aur telah lumpuh dengan kemasukan beramai2 ahli mereka ke Amanah .

posted from Bloggeroid

Adakah Kempen Boikot Ucapan Raya Najib Razak Akan Berjaya?


BERHATI-HATI !!!..
Seorang munafik akan membuat ucapan Hari Raya pada malam Raya mahupun semasa Hari Raya melalui semua rangkaian TV di Malaysia..

Jika ia berlaku dan muncul di TV, anda sila tutup sebentar dari mendengar seorang yang munafik & kerap menipu rakyatnya.

Rating rangkaian TV akan turun ketika ucapan tanda protes rakyat terhadap seorang MUNAFIK..

Terima kasih kepada yg sama2 menyokong kempen protes ini..

posted from Bloggeroid

Muhyiddin Tidak Sesuai Di Angkat Sebagai Ketua Pembangkang


Kenyataan Umum

3 Julai 2016

Muhyiddin Tidak Sesuai Di Angkat Sebagai Ketua Pembangkang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) Mazlan Aliman yang mengakui ada perbincangan dalam parti Amanah mencadangkan pelantikan Muhyiddin Yasin sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

SAMM berpendirian ini adalah perkara yang tidak boleh dipertimbangkan.

Bagi SAMM, Muhyiddin semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menyokong Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak meluluskan beberapa dasar yang menindas rakyat.

Antaranya pelaksanaan GST, Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta MKN dan belanjawan Negara yang menindas rakyat.

Soalnya, Adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?

Najib adalah Perdana Menteri yang kerap bercuti. Muhyiddin semasa memangku jawatan Perdana Menteri boleh bertindak melakukan perubahan pada dasar jika beliau faham derita rakyat.

Imbau kembali tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim berbanding Muhyiddin Yasin. Anwar semasa memangku jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997 meminda Akta Rasuah. Akhirnya, kesan daripada tindakan tersebut telah menyebabkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan fitnah jijik jahat ke atas Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi 1998.

Atas semangat demokrasi Muhyiddin boleh sertai mana-mana parti politik yang menjadi pilihannya. Namun, Apa perlunya Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang?

Pasukan Mahathir dan Muhyiddin perlu ditinggalkan tidak dibawa masuk rumah perjuangan Pakatan Harapan. Pimpinan PH perlu terus fokus mengerakan kuatkan dan mencipta momentum rakyat yang kuat menjelang PRU 14.

Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai UMNO semula , Kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama.

Sekian,

Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

posted from Bloggeroid

Friday 1 July 2016

HANYA 21 JAM DAP KUTIP RM1.009 JUTA UNTUK TABUNG GUAN ENG


HANYA 21 JAM DAP KUTIP RM1.009 JUTA UNTUK TABUNG GUAN ENG.

1. Bermula 6.00 petang semalam, sehingga 2.00 petang tadi, kutipan tabung untuk bayaran ikat jamin Ketua Menteri P.Pinang mencapai sasarannya RM1.009 juta.

2. Kutipan tabung itu diumum tutup sebentar tadi, oleh Pengerusi DAP Penang, Chow Kon Yeow.

"Dalam tempoh 21 jam, sasaran kutipan dicapai, menyamai RM51,000 bagi tiap-tiap jam," ujarnya.

3. Sementara itu, Guan Eng akan mengadakan "Road Show" sesi penerangan awam tentang kesnya pada, 3 Julai (Ahad) Jam 10.00 pagi di Dewan Sri Pinang, Georgetown.

Orang ramai dijemput hadir.....

Foto kredit : Zainulfaqar Yaacob

posted from Bloggeroid

Wednesday 29 June 2016

Pentaksub PAS Marah Bila Rakyat Menegur Kerajaan PAS Kelantan


SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (7)

Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.

Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.



Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.

Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?

Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.

Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.

Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.

Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.

Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.

***
Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.

Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.

Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini.

Selamat berbuka.

posted from Bloggeroid

Sunday 26 June 2016

Lapor Polis Pemalsuan Sokongan Deklarasi Mahathir


Kenyataan Media 25/6/2016

Hari ini kami Anggota akar umbi PKR Sg.Besar membuat laporan polis ekoran pendedahan baru – baru ini berkenaan pemalsuan tandatangan / akuan sokongan Deklarasi Mahathir. Perkara ini menjadi lebih serius apabila tertekan dengan pendedahan tersebut , Mahathir dan pihak seketeriat deklarasi Mahathir sndiri akhirnya mengakui memang wujud tandatangan / akuan sokongan palsu sehingga 300,000.

Ini amat memalukan, bagaimana mereka hendak menyelamatkan negara sedangkan baru nak kumpul tandatangan sokongan sudah menipu. Sebenarnya ini tidak pelik kerana Mahathir yang sememangnya terkenal sebagai pengikut machavelli dimana demi matlamat peribadinya dia sanggup menghalalkan apa jua cara. Ini yang kita semua kena perlu sedar dan jangan tertipu. Kita kena sedar kehadiran Mahathir dlm prk yg lepas juga antara punca beberapa kelompok pengundi menjauhkan diri dari pakatan harapan.

23 Jun lepas genap 500 hari Anwar dipenjara dalam Malaysia sedang berdepan dengan perbagai masalah. Semalam baru didedahkan melalui surat terbarunya kepada Najib menjelaskan tahap kesihatan Anwar begituteruk. Ya Anwar dibawa kehospital tetapi hanya untuk memenuhi syarat dan menunjukkan seolah dia diberi hak rawatan. Contohnya Isnin lepas Anwar dihantar ke penjara dari HKL dalam keadaan tekanan darah tidak stabil dan bacaan amat tinggi. Penghantaran tergesa gesa Anwar ke penjara selepas hanya 3 – 4 hari di hospital walaupun keadaan anwar masih sakit ialah menifestasi ketakutan berterusan dan kezaliman tanpa henti pada sosok anwar.
Bagi kami, kami tidak pernah berganjak Anwar terpenjara kerana melawan, sejak 1998 lagi pemecatan Anwar kerana menghalang rompakan oleh Mahathir dan kroninya. Begitu juga kini, pembebasan Anwar tanggungjawab kita semua. Semangat juang Anwar yang konsisten tetap kuat dijiwa kami semua. Kita sudah ada deklaras permatang pauh sejak 1998 kita tidak perlu deklarasi baru oleh mereka yang penuh dengan kepuraan.

Sekian. Azhar bin Achil Mantan Ketua AMK Cabang Sungai Besar

posted from Bloggeroid

Friday 17 June 2016

Impian PAS Ganti UMNO Semakin Jadi Kenyataan, Ustaz PAS Minta Maaf Kepada Kerajaan DAP


ISU AZAN : USTAZ MOHON MAAF ....

Ustaz Shaharuddin Ibrahim telah memohon maaf berhubung ceramah beliau yang mendakwa Pulang Pinang tidak membenarkan azan.

"Saya memohon maaf dan berjanji tidak akan ulangi lagi," katanya ketika saya menghubunginya tadi.

Ditanya sebab beliau membuat kenyataan itu, YDP PAS Padang Serai itu menjelaskan, beliau mendapat maklumat daripada anak khariah ketika berceramah di sebuah masjid di Pulau Pinang.

"Mereka memberitahu saya, di Pulau Pinang azan tidak boleh menggunakan pembesar suara di luar masjid, hanya boleh di dalam masjid," jelasnya.

Namun, setelah saya jelaskan kedudukan sebenar beliau akur dan memohon maaf.

Tulisan Zul Muhammad

posted from Bloggeroid

Thursday 16 June 2016

NAJIB BUAT RAKYAT TERUTAMA PENOREH GETAH SEPERTI IKAN TILAPIA DALAM SANGKAR.



NAJIB BUAT RAKYAT TERUTAMA PENOREH GETAH SEPERTI IKAN TILAPIA DALAM SANGKAR.

Kuala Kangsar - 16 Jun 2016 , Penceramah muda Sdr Leman Raja Lawak/Lawan menemplak Dato Seri Najib seperti menaburkan dedak ikan tilapia kpd rakyat terutama penoreh2 getah di Kuala Kangsar.Pemberian RM500 kpd penoreh secara one off itu hanyalah sebagai umpan pilihanraya Kuala Kangsar bg meraih undi.

Sedangkan permintaan harga lantai getah RM3.50 sekilo tidak diendahkan bg membantu penoreh2 getah yg sekarang terpaksa mencatu ekonomi mereka bg meneruskan kehidupan.

Katanya lagi , Najib berpolitik bukan kerana menjaga rakyat tetapi hanyalah sebagai menjaga kantung kroni.Kita harap rakyat golongan penoreh getah bijak berfikir supaya tidak memberikan undian kpd BN bg menunjukkan protes besar besaran dalam urus tadbir ekonomi negara.

posted from Bloggeroid

Istihar sokong BN oleh orang yang kecewa


Kenyataan umum
15 Jun 2016

Istihar sokong BN oleh orang yang kecewa

1. SAMM Selangor tidak pelik dengan perkembangan mengenai satu sidang media yang diadakan oleh sekumpulan yang kononnya ahli Amanah menyatakan sokongan kepada calon BN.

2. Mereka ini sebenarnya ialah bekas anggota PKR yang kecewa malah ada antara mereka sudahpun berpindah ke beberapa parti sebelum ini kerana kecewa tidak mendapat tempat.

3. Yahya Arbi yang hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas anggota PKR yang terlibat selaku "pegawai Jawatakuasa pemilihan parti 2014" yang penuh dengan penipuan yang mana beratus laporan penyelewengan telah dibakul-sampahkan. Malah laporan di kawasan dia bertugas terlibat penipuan juga banyak. Selepas pemilihan kononya dia kecewa kerana tidak mendapat habuan seperti dijanjikan telah masuk Amanah dan menjadi pengerusi penaja di Sungai Besar. Kemudian sekali lagi kecewa bila tidak mendapat tempat dalam Mesyuarat Agong Pemilihan yang pertama. Dia hanya berjaya menjadi pemeriksa kira - kira kawasan Sg Besar.

4. Begitu juga watak Sapigni Tulus yang menjadi jurucakap sidang media tersebut. Bukan pelik, Sapigni pernah terlibat menubuhkan sebuah NGO menjelang PRU ke 13 dan semasa kempen saat akhir NGO ini mengistiharkan diri menyokong BN dan angka 30 lebih itupun mereka hanya sebut yang mana jumlah sebenarnya mereka hanya ada seperti yang muncul di tv itu sahaja. Saya sangat kenal mereka ini kerana mereka sempat bergerak dalam PKR sungai besar yang mana saya antara pengasasnya.

5. Mood kempen bertambah baik, Amanah juga diterima baik. Memang banyak kekurangan khususnya berdepan dengan Umno yang punya kekuatan kerajaan pusat dan Pas yang punya exco, ahli majlis termasuk ketua-ketua kampung di bawah Kerajaan Selangor. Keadaan sebenarnya makin keliru apabila kehadiran MB Selangor dengan membawa sekali calon pas ke dalam kempen Amanah semalam cukup mengganggu mood kempen.

6. Kerana panik perkembangan Amanah mula diterima baik maka agen-agen perosak telah menggunakan taktik terdesak seperti kononnya ada ahli Amanah sokong calon BN dan kami juga menganggap usaha MB menjemput calon pas dalam program Amanah semalam ialah kerja sabotaj. Dalam ucapan calon pas semalam terang dikatakan dia hadir atas jemputan MB, malah MB secara sengaja memberitahu orang ramai dia sokong amanah namun doa calon Pas berjaya.

Inilah gambaran PRU akan datang jika semua masih tidak tegas membetulkan keadaan.

SAMM sejak dari sebelum penamaan sudah memulakan gerak kerja. Jentera kecil kami tanpa henti mendekati pengundi dalam perbagai cara. SAMM juga bekerja rapat dengan NGO tempatan seperti Per3 Sungai Besar dan lain lain dalam usaha mencari kemenangan bagi Amanah dan Pakatan Harapan. SAMM Sg Besar yang merupakan base utama SAMM Selangor sendiri punya jaringan aktivis pengundi parlimen Sg Besar yang cukup besar.

Sekian

Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia

posted from Bloggeroid

SAMM Seru Anak Perantau Sungai Besar dan Kuala Kangar, Balik Mengundi


Kenyataan Umum
16 Jun 2016

SAMM Seru Anak Perantau Sungai Besar dan Kuala Kangar, Balik Mengundi

Dua hari lagi adalah hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua anak perantau pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang tinggal diluar kawasan Parlimen tersebut agar pulang bagi membuang undi. Faktor pengundi yang tinggal diluar kawasan terutama sekali anak muda adalah faktor penting penentu kemenangan calon pada PRK kali ini.

SAMM tanpa berselindung menyokong penuh calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dalam pertandingan kali ini. Ini adalah PRK terakhir sebelum PRU 14 diadakan kerana sudah memasuki fasa matang dan Parlimen sudah boleh dibubarkan.

Sabtu lepas, SAMM berkesempatan turun sendiri ke Sungai Besar untuk membantu jentera Pakatan Harapan. Kehadiran SAMM dengan kekuatan beberapa komrad SAMM Kebangsaan sambil di bantu kekuatan SAMM Sungai Besar. SAMM sempat meninggalkan beberapa bahan kempen kepada jentera pilihanraya Pakatan Harapan. Antara bahan kempen yang ditinggalkan Booklet Skandal Rasuah Balak Kerajaan Negeri Kelantan, Risalah kisah Politik Najib dan beberapa lagi bahan kempen terbitan SAMM.

Walaupun PRK ini tidak mampu merubah kerajaan pemerintah sedia ada sama ada siapa menang atau kalah. Namun ia amat penting bagi Pakatan Harapan yang buat pertama kali menyertai Pilihanraya. Jika Pakatan Harapan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia akan mencipta momentum baru yang membuktikan tidak mustahil menang 3 penjuru menentang BN dan sekutunya PAS. Seterusnya, mampu menjadi pemangkin kemenangan PRU14 yang juga dijangka bakal bertembung 3 penjuru antara PH - BN dan PAS.

SAMM turut menberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia agar memastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan bersih tanpa ada unsur penipuan pilihanraya.

Kepada pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pilihlah wakil rakyat anda yang betul dan wakil rakyat yang mampu bawa suara anda ke Parlimen. Akhir sekali SAMM mengucapkan selamat memilih.

Sekian,

Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

posted from Bloggeroid

Wednesday 8 June 2016

Kami Tolak Deklarasi Mahathir Dan Legasinya!


Kenyataan Media
8 Jun 2016

Kami Tolak Deklarasi Mahathir Dan Legasinya!

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini fokus membantu calon Pakatan Harapan dalam PRK Sg Besar dan K.Kangsar, mengambil sikap tidak peduli lagi terhadap Deklarasi Rakyat kerana deklarasi tersebut sudah tidak releven untuk dibincangkan.

2. Namun SAMM terpanggil untuk respon terhadap kenyataan Mahathir yang menganggap pihak yang menentang deklarasinya adalah penyokong tersembunyi Najib yang kononnya ingin menyelamatkan Najib.

3. Ingin ditegaskan bahawa SAMM bukan hanya menolak Deklarasi Mahathir, tetapi SAMM juga menolak legasi Mahathir termasuklah Najib yang telah diangkat oleh Mahathir. Malah SAMM kekal dengan momentum melawan regim Barisan Nasional tanpa kompromi samada melalui pilihanraya mahupun sebaliknya.

4. Mahathir juga lah yang menyokong Najib sebagai Perdana Menteri pada awalnya dan turut membantu Najib memenangi PRU13 yang akhirnya menyebabkan rakyat sengsara dengan kenaikan kos sara hidup dan polisi-polisi yang menjerut kehidupan.

5. Watak Mahathir ketika ini umpama musang berbulu ayam yang berjanji menjaga biri-biri, yang sebenarnya ialah penyokong Umno tersembunyi walaupun telah bertindak keluar Umno. Percayalah, bila Najib jatuh Mahathir akan kembali memperkuat Umno dan inilah hero mereka kelak yang akan meranapkan harapan rakyat membuat perubahan total.

6. SAMM percaya perubahan sistem tidak akan berlaku selagi BN masih memerintah. Perubahan sosok Perdana Menteri tidak menyelesaikan masalah negara hari ini. Ingat, Najib adalah simptom dan penyakitnya ialah Umno BN. Kita mahu ubati simptom atau buang penyakitnya?

7. Menyentuh respon terbaru Mahathir mengenai jumlah 300 ribu tandatangan deklarasi yang didapati bertindih/palsu, mengapa ia tidak dikesan ketika sekretariat deklarasi umum capai 1.2juta tandatangan untuk dibawa mengadap YDP Agong? Mengapa baru sekarang tiba-tiba akui ada pertindihan sedangkan deklarasi ini dikatakan telah diaudit? 

Apakah kerana desakkan kami supaya campurtangan forensik untuk kesan pemalsuan dan cubaan menipu YDP Agong?

8. SAMM sekali lagi menyeru kepada semua pimpinan Pakatan Harapan agar meninggalkan deklarasi penipu ini dan fokus bersedia menghadapi lap terakhir sebelum PRU-14. SAMM juga berharap pimpinan NGO bersatu, dan pimpinan Bersih tidak hilang fokus memperjuangkan pilihanraya yang adil.

"Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

posted from Bloggeroid

Friday 27 May 2016

Timbalan Speaker Negeri Kedah Bertumbuk Dengan Pengguna Jalanraya di Hadapan Aman Central




Pada 15/5/2016 Ahad jam lebih kurang 5.45 petang semasa saya keluar dari Aman Central kemudian saya terus membawa kereta saya memasuki lorong tengah di lampu isyarat di hadapan Aman Central tersebut. Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20-An dan di dalam kereta tersebut juga terdapat 2 lelaki melayu berusia 20-An dan 50-An. Pemandu tersebut telah membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu,lampu isyarat berwarna merah. Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata 'Kenapa,kenapa..Hang tak kenal lagi aku siapa' berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan saya. Tetapi saya enggan turun. Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya. Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut. Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya. Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Tetapi teman wanita saya juga telah di tarik dan di tumbuk di bahagian dada,tangan kanan dan kiri. Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk. Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah. Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP). Sekian

Rakaman CCTV di Sini
https://www.facebook.com/adam.hoonigan.3/posts/128992187517361

Thursday 26 May 2016

TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’


Kenyataan media

26 Mei 2016

TANDATANGAN JUTAAN RAKYAT DIPALSUKAN OLEH ‘DEKLARASI MAHATHIR’

1. Deklarasi Rakyat adakah deklarasi Mahathir kerana diakui secara langsung mahupun tidak langsung oleh banyak pihak termasuk Dato Ambiga dalam Debat Perdana (16 Mei 2016) di K.Lumpur yang menyatakan dia sendiri diberi hanya 4 hari untuk bersetuju dengan teks deklarasi yang telah ditulis lebih awal yang diserahkan kepadanya. Jelas ia ditulis oleh Mahathir dan semua ‘terpaksa’ hanya diberi 4 hari bagi membuat pindaan minima sebelum tandatangan. Memandangkan dari aspek masa da nisi deklarasi yang disusun Mahathir maka ia layak dipanggil Deklarasi Mahathir.

2. Deklarasi ini sendiri hilang arah kerana memberikan persepsi kepada rakyat bahawa perlu kumpul tandatangan bagi diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyingkirkan Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidakkah mereka sedar Mahathir sendiri yang telah mencabut kuasa Raja –Raja Melayu dan bukan sahaja sejuta tandatangan malah 10 juta pun tidak akan mencapai matlamat tersebut.

3. Namun semua itu tidak dipedulikan oleh kumpulan pro Mahathir ini. Mereka mengumumkan akan kumpulkan 1 juta dan dalam pada masa yang singkat tiba – tiba diumumkan oleh anak Mahathir, Mukhriz bahawa dalam masa 2 minggu tandatangan sudah mencapai 1 juta. Beberapa hari kemudian dalam satu sidang media dibuat pula satu sidang media menyatakan sudah mencapai 1.2 juta tandatangan dan bersedia untuk ke Istana.

4. Tentu ramai pelik kerana ketika itu kebanyakan orang politik termasuk aktivis sedang sibuk memberikan perhatian untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dan Mahathir sendiri tidak mahu ke Sarawak kerana tidak mahu Bn kalah dalam PRN tersebut. Maka bagai mana boleh dalam masa sangat singkat begitu besar jumlah tandatangan terkumpul. Saya sudah bisikkan kenapa beberapa teman yang ghairah sangat dengan angka tersebut agar berhati – hati kerana mungkin mereka tertipu dengan pasukan Mahathir.

5. Akhirnya beberapa hari lepas muncul beberapa teman muda yang ada antaranya saya pernah kenal walaupun tidak rapat sebelum ini. Mereka menceritakan bagaimana mereka terlibat dalam membekalkan sejuta ‘data base’ dalam tujuan memalsukan tandatangan rakyat Malaysia dalam memorandum Deklarasi Mahathir itu. Mereka dijanjikan sejumlah wang untuk berbuat demikian namun setelah melengkapkan kerja mereka tidak dibayar seperti dijanjikan. Namun setelah beberapa hari meneliti beberapa perkembangan termasuk surat panjang Anwar maka mereka dengan kesedaran bertemu saya dan mahu muncul menyatakan kebenaran.

6. Saya meminta mereka membuktikan mereka serius dengan mencetak semua bukti dan membuat akuan bersumpah. Mereka lalukan semalam dan hari ini mereka hadir dalam sidang media. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.

7. Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.

8. Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.



cheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

** gambar ialah helaian pertama dari 10 helai kenyataan dgn lampiran bukti yang diikrarkan sebagai akuan bersumpah

posted from Bloggeroid

Sunday 22 May 2016

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PAKATAN HARAPAN HADAPI PRK SG.BESAR


Kenyataan Media
22 Mei 2016

SAMM SELANGOR SEDIA BANTU CALON PH HADAPI PRK SG.BESAR

Umum telah ketahui PRK Sg.Besar dan K.Kangsar akan diadakan serentak iaitu 5 Jun untuk penamaan calon dan 18 Jun hari mengundi, berikutan kematian dua ahli parlimen Barisan Nasional yang mewakili kawasan tersebut.

SAMM Selangor telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sg. Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sg Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

SAMM Selangor juga tanpa berselindung menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Md Sabu (presidenya) bagi bertanding di Parlimen Sg. Besar. Parti Amanah harus menghantar general perang terbaiknya dan sosok Md Sabu adalah pilihan tepat.

Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

Sg. Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sg Besar.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana ini PRK terkahir menjelang PRU akan datang. PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan PH di Sg. Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan PH pada PRU-14.

SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH. Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sg Besar.

Azhar Achil
Penyelaras SAMM Selangor
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Wednesday 18 May 2016

Warkah Anwar Gagal Jadi Pedoman Buat Kartel Azmin


Kenyataan Media
17 Mei 2016

Warkah Anwar Gagal Jadi Pedoman Buat Kartel Azmin

1. Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Rakyat akhirnya dijelaskan tanpa berselindung melaui warkah lapan muka surat yang ditulis oleh Anwar dari penjara. Jika surat tersebut dihayati, mesej yang paling jelas ialah semua pimpinan parti harus meninggalkan deklarasi 'dokumen Dr M' dan menumpukan sepenuhnya agenda reformasi.

2. Surat Anwar juga telah dibacakan sepenuhnya oleh YB Nurul Izzah dalam mesyuarat biro politik pada hari Rabu yang lalu (11 Mei 2016) , didengar dan disaksikan oleh semua pimpinan parti yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

3. Kedegilan dan sifat bongkak Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden parti berada di puncaknya apabila Azmin tetap meneruskan kerjasama dengan Mahathir tanpa mempedulikan pedoman yang diturunkan oleh Ketua Umum. Program Deklarasi Rakyat tetap berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, malah dengan jumlah dana yang besar dibelanjakan mobilisasi ahli parti bagi menyambut Mahahtir.

4. Jelas Azmin bukan lagi secara terangan melanggar presiden parti, kini secara terangan melanggar nasihat penting ketua umum. Sebelum ini juga pegawai Azmin dalam kerajaan Selangor sendiri iaitu Hasmi Hashim telah menghina Anwar kononnya Anwar lebih cenderung berbaik dengan DAP berbanding parti sendiri.

5. Malah Shamsul Iskandar selaku naib presiden parti juga telah menipu di media apabila menafikan surat Anwar. Apakah tujuan Shamsul itu untuk memastikan deklarasi elitis terus diberi nyawa oleh Parti Keadilan? Apakah Shamsul ingin menutup kebenaran bahawa Anwar tidak pernah menyokong deklarasi tersebut?

6. DS Anwar bertegas supaya pimpinan menetapkan jarak daripada awal dengan “kelompok Deklarasi Rakyat”. Anwar juga menyeru supaya agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi. Namun apa yang dilakukan oleh Azmin dan kartelnya begitu mencabar kewibawaan dan maruah parti.

7. Azmin terus menjadi punca masalah parti, dalaman dan luaran. Dalam pentadbiran negeri Selangor pula, Azmin terpalit pelbagai skandal demi skandal lantas merosakkan nama parti dan membantut agenda reformasi yang dilaungkan.

8. Saya juga pernah mengajukan laporan kepada jawatankuasa displin terhadap Azmin ketika dia menggunakan media termasuk TV3 dan Utusan untuk menyerang Presiden parti hanya kerana tidak terpilih menjadi MB ketika itu. Malah Azmin ketika itu mengumpul 13 ahli parlimen dan memanggil sidang media di de Palma Hotel, seolah-olah satu ugutan kepada parti dan kemudian bertindak lebih biadap mengadakan sidang media di ibu pejabat parti dengan terang terang menfitnah presiden mengamalkan nepotisma dan kronisma.

9. Sesuatu perlu dilakukan sebelum terlambat, Azmin harus diberi hukuman setimpalnya.

Sekian,

Faizal Ab Rahman
Anggota parti nombor P130001536
Mantan Ketua AMK Balik Pulau
Email: faizal9883@yahoo.com

posted from Bloggeroid

Saturday 14 May 2016

PRK: Pakatan Harapan Memberi Peluang Kepada PAS Untuk Bertanding Lawan BN



Kenyataan media Pakatan Harapan Negeri Perak.

Pakatan Harapan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat majlis pimpinan negeri semalam dan sebulat suara membuat keputusan seperti berikut : -

1. Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar demi memastikan kemenangan untuk rakyat.

2. Pakatan Harapan mengesyorkan antara 2 kerusi yang akan mengadakan pilihanraya kecil di Sungai Besar & Kuala Kangsar, Pakatan akan bertanding satu kerusi sahaja dan memberi peluang kepada PAS utk bertanding di kerusi yang lain. Cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan utk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut.

3. Semua komponen Pakatan Harapan berjanji akan menggerakkan semua jentera pilihanraya parti masing-masing utk memastikan kemenangan rakan dalam Pakatan seandainya wakil Pakatan diberi peluang untuk bertanding samada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

4. Sebagai persiapan menghadapi PRK pada 18/6/16, Pakatan Harapan Perak telah menubuhkan jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar yang dipengerusikan oleh Ketua pembangkang dewan undangan negeri Perak, YB Dato Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin dan anggota jawatankuasa tersebut termasuk Ahli parlimen Lumut, YB Laksamana Imran(PKR) dan ADUN Tronoh YB Yong Choo Kiong(DAP).

Sekian, terima kasih.

Pakatan Harapan Negeri Perak

Tarikh : 14/5/2016

Pendirian PH Perak amat menarik, bagi mempastikan pertandingan satu lawan satu. Apa pun, Mesyuarat Amanah Nasional pagi esok akan membuat pertimbangan secara mendalam.

posted from Bloggeroid

Friday 6 May 2016

DEBAT PERDANA 16 MEI - "DEKLARASI: MANA PERGI RAKYAT"


Kenyataan Media
7 Mei 2016

DEBAT PERDANA 16 MEI - "DEKLARASI: MANA PERGI RAKYAT"

Setelah lebih dua bulan Deklarasi Rakyat dilancarkan, dapat kita lihat pelbagai suara reaksi serta ekspresi ditunjukkan oleh banyak pihak. Ada yang menyokong tanpa syarat, ada yang menyokong dengan syarat dan ada juga yang menolak dengan hujah tertentu. 

Lantas mewujudkan dua kumpulan terbesar yang berbeza pendirian terhadap Deklarasi Rakyat, iaitu menyokong dan menolak deklarasi namun boleh dikatakan hampir semua pihak mempunyai tekad yang sama - menyelamatkan tanahair tercinta. 

Pelbagai pentas forum dan dialog juga telah disajikan kepada umum demi menyampaikan penerangan serta mendapatkan sokongan. Tidak kurang juga usaha di sebelah pihak lagi mementaskan forum kesedaran umum mengenai kelemahan deklarasi ini dan kemungkinan peluang emas untuk menyelamatkan negara terkubur.

Di atas permintaan yang memuncak, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan inisiatif teman aktivis, NGO dan mahasiswa, akhirnya berjaya merealisasikan sebuah pentas debat marathon yang kali pertama mempertemukan dua pihak antonim yang pro dan kontra kepada penubuhan Deklarasi Rakyat.

Debat Perdana bertajuk “Deklarasi – Mana Pergi Rakyat?” bakal merungkai persoalan apakah faedah dan keuntungan rakyat daripada Deklarasi Rakyat, akan dilangsungkan pada 16 Mei 2016 jam 8 malam, bertempat di dewan KLSCAH. 

Aksi debat diperhebat dengan penampilan trio Dato’ Ambiga Sreenevasan, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan dan YB Khalid Samad di pihak pro-deklarasi manakala di pihak pro-reformasi total pula diwakili oleh cheGuBard (PKR), Arutchelvan (PSM) dan juga sdr Haris Ibrahim (ABU). Moderator diserahkan kepada Pengerusi Kesatuan Mahasiswa, sdr Azzan Aznan.

SAMM melihat pembentangan hujah secara matang melalui kaedah dua hala mampu menghasilkan percambahan idea dalam mencari jalan terbaik menyelamatkan negara, berbanding forum sehala yang bias dan tepu kepada satu sudut pandangan semata-mata. Pertembungan ini juga harus diraikan sebagai satu medan buat rakyat menilai secara langsung, malah persoalan yang saling dijawab oleh kedua pihak mampu menjadi pedoman buat rakyat dalam menentukan bagaimana seharusnya tanahair gersang ini diselamatkan.

Ini merupakan peluang terpenting bagi kedua belah pihak memberi ungkapan yang terbaik bagi mengolah persetujuan umum terhadap pendirian masing-masing. Harapan SAMM agar rakyat di luar sana melihat debat ini dengan deria positif dan memupuk iltizam tinggi dalam mencari penyelesaian optimum, betapa negara masih perlu diselamatkan.

Kehadiran adalah terbuka buat semua tanpa mengira fahaman kepartian. Pengamal media adalah dialukan untuk membuat liputan penuh secara langsung.

Edy Noor Reduan
Pengarah Program Debat Perdana
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.