VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 8 June 2016

Kami Tolak Deklarasi Mahathir Dan Legasinya!


Kenyataan Media
8 Jun 2016

Kami Tolak Deklarasi Mahathir Dan Legasinya!

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini fokus membantu calon Pakatan Harapan dalam PRK Sg Besar dan K.Kangsar, mengambil sikap tidak peduli lagi terhadap Deklarasi Rakyat kerana deklarasi tersebut sudah tidak releven untuk dibincangkan.

2. Namun SAMM terpanggil untuk respon terhadap kenyataan Mahathir yang menganggap pihak yang menentang deklarasinya adalah penyokong tersembunyi Najib yang kononnya ingin menyelamatkan Najib.

3. Ingin ditegaskan bahawa SAMM bukan hanya menolak Deklarasi Mahathir, tetapi SAMM juga menolak legasi Mahathir termasuklah Najib yang telah diangkat oleh Mahathir. Malah SAMM kekal dengan momentum melawan regim Barisan Nasional tanpa kompromi samada melalui pilihanraya mahupun sebaliknya.

4. Mahathir juga lah yang menyokong Najib sebagai Perdana Menteri pada awalnya dan turut membantu Najib memenangi PRU13 yang akhirnya menyebabkan rakyat sengsara dengan kenaikan kos sara hidup dan polisi-polisi yang menjerut kehidupan.

5. Watak Mahathir ketika ini umpama musang berbulu ayam yang berjanji menjaga biri-biri, yang sebenarnya ialah penyokong Umno tersembunyi walaupun telah bertindak keluar Umno. Percayalah, bila Najib jatuh Mahathir akan kembali memperkuat Umno dan inilah hero mereka kelak yang akan meranapkan harapan rakyat membuat perubahan total.

6. SAMM percaya perubahan sistem tidak akan berlaku selagi BN masih memerintah. Perubahan sosok Perdana Menteri tidak menyelesaikan masalah negara hari ini. Ingat, Najib adalah simptom dan penyakitnya ialah Umno BN. Kita mahu ubati simptom atau buang penyakitnya?

7. Menyentuh respon terbaru Mahathir mengenai jumlah 300 ribu tandatangan deklarasi yang didapati bertindih/palsu, mengapa ia tidak dikesan ketika sekretariat deklarasi umum capai 1.2juta tandatangan untuk dibawa mengadap YDP Agong? Mengapa baru sekarang tiba-tiba akui ada pertindihan sedangkan deklarasi ini dikatakan telah diaudit? 

Apakah kerana desakkan kami supaya campurtangan forensik untuk kesan pemalsuan dan cubaan menipu YDP Agong?

8. SAMM sekali lagi menyeru kepada semua pimpinan Pakatan Harapan agar meninggalkan deklarasi penipu ini dan fokus bersedia menghadapi lap terakhir sebelum PRU-14. SAMM juga berharap pimpinan NGO bersatu, dan pimpinan Bersih tidak hilang fokus memperjuangkan pilihanraya yang adil.

"Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hang ni memang mangkuk la Edy. Masa Tun nak umumkan jumlah yg telah menandatangani deklarasi ari tu bukan kah Tun dah maklum berapa byk borang yang bertindih dah telah diasingkan. 

    Memang Tun boleh dianggap bersalah sbb naikkan Najib, tapi Tun tak berdiam diri bila nampak Najib bermasalah malah Tun sanggup terima apa cacian dan tohmahan orang kat dia dan dia skg bertindak dan berusaha untuk membetulkan kesilapan lepas. Ingatlah bahawa yg telah berlaku adalah atas kehendak dan petunjuk Allah.

    Bersatulah kita rakyat Malaysia semua untuk ranapkan najib dulu. BN memang dah busuk dimata dan hati kebanyakan rakyat. Dlm PRU nanti baru kita tumbangkan BN secara total. 

    Kalau la hang dok usaha sorang2 macam la ni, bolehkan hang tumbangkan BN. Melalak sana sini, tak nampak hasil pun. Gunalah kesempatan atas kecelaruan dalaman BN skrg.

    Minta maaf jika tersilap atau terkasar.

    ReplyDelete
  3. Sape kita nak lantik ganti najib nanti ????

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.