VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 22 March 2014

MH370: Sekatan Media, Wartawan di Halang Bertemu Waris Penumpang Pesawat


Hotel Bangi-Putrajaya di Bangi yang menempatkan kira-kira 20 anggota keluarga penumpang warga Cina pesawat MH370, diberi kawalan ketat, di pintu masuk utama dan pintu-pintu masuk lain ke hotel tersebut.

Pihak media dihalang memasuki hotel tersebut dengan papan tanda bertulis "NO MEDIA AFTER THIS PATH" diletakkan di pintu masuk utama hotel, serta di pintu masuk ke tandas, ke lif dan kawasan di sekitar hotel.

Beberapa pengawal keselamatan hotel dan pengawal keselamatan Malaysia Airlines (MAS) yang lengkap berpakaian seragam turut kelihatan mengawal sekitar hotel tersebut.

Menurut seorang wartawan akhbar Cina dari Malaysia yang enggan mendedahkan namanya, situasi itu (kawalan ketat) berbeza dengan situasi yang dialami pihak media semasa membuat liputan di Hotel The Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya di mana keluarga penumpang MH370 ditempatkan sebelum ini.

"Di kedua-dua hotel itu media boleh masuk, cuma tidak dapat mendekati keluarga penumpang," katannya.

"Berbeza di hotel ini (Bangi-Putrajaya) kerana pengawal mengawal keadaan sekeliling hotel dan saya juga disoal siasat sebaik kenderaan saya memasuki perkarangan hotel," katanya kepada Bernama hari ini.

Keluarga penumpang warga China MH370 semalam dipindahkan ke Hotel Bangi-Putrajaya daripada Hotel Cyberview kerana Hotel Cyberview ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix Formula One Petronas Malaysia yang akan berlangsung 28-30 Mac ini di Litar Sepang dekat sini.

Pesawat Mas, MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama, 22 Mac, 2014.

KISAH SEBENAR DISEBALIK FITNAH WAN AZIZAH HALAU PENIAGA UPTOWN BANDAR PERDA

Aku sebenaqnya malas nak masuk campoq hal PRK Kajang ni, nak lawan pun dak nak sokong pun dak, nak kempen pun dak. bagi aku PRK kajang hanyalah mainan barua barua politik (baca Anwar Berahim, Khalid Berahim dan Azmin Ali) dalam PKR yang nak menyusahkan rakyat.

Tapi bila timbul isu dua tiga hari ni kononnya ada peniaga yang kini berniaga di Kajang kerana kononnya dia telah di halau oleh Wan Azizan maka aku sebagai orang yang hdup mati susah senang tangis tawa dengan kawan kawan di uptown kenalah bercakap perkara yang benar.

Ok brader yang dalam video ni yang kata kerajaan Pulau Pinang halau dia sebenarnya adalah tidak benar sama sekali. Aku pun kenal agak rapat dengan brader ni.. dia berniaga Char Koew Tiau sebelum ni di Uptown bandar Perda..

Bila pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai menyusun semula tapak tapak di Uptown akibat aduan kesesakan oleh orang ramai maka semua peniaga makanan telah di pindahkan ke gerai gerai yang di sediakan.

Hanya peniaga barang barang yang bukan makanan saja di benarkan berniaga di tapak tapak uptown Perda.dan lagi satu antara sebab brader ini tidak boleh berniaga di situ kerana gerai pacaknya betul betul di belakang Stesen Minyak Petronas, ianya sudah tentu merbahayakan keselamatan orang ramai kerana perniagaannya mengunakan api dan gas masak.

Adalah tidak adil baginya bila beliau menyalahkan Wan Azizah yang tidak ada kena mengena lansung dengan Uptown bandar Perda.

Sepatutnya beliau menyalahkan pihak pengurusan Uptown kerana gagal untuk membela nasibnya yang telah lama berniaga di situ

Sepatutnya brader ni bersama sama dengan kami berjuang untuk hak perniaga di uptown tapi sayangnya beliau lebih sanggup bersama sama umno yang hanya mencari peluang keuntungan politik.

Sekarang apa jadi... kena merantau jauh untuk mencari rezeki... ada umno tolong kamu.....

Abu Nawas
Perjuang UPTOWN Perda


Posted via Blogaway

Gambar Kasih Sayang Suami Kepada Isteri Berkempen Hari Terakhir Untuk PRK DUN Kajang











Friday 21 March 2014

Siapa Yang Tampal Logo DAP Beberapa Masjid dan Surau di Kajang?


Siapa punya kerja tak perlu jadi tanda tanya..

Kita yang akal sudah tahu siapa suka mencari pasal dan mengamalkan politik perkauman di Malaysia..

Tujuan mereka buat kerja ini, dengan niat untuk menaikan kemarahan umat islam dan orang melayu membenci DAP dan masyarakat cina..

Adakah dengan tindakan mereka ini, mereka akan menang dan rakyat tidak boleh berfikir tindak tanduk mereka..

Beberapa masjid dan surau di kawasan pilihan raya kecil DUN Kajang hari ini didapati ditampal dengan logo DAP, iaitu lambang roket. Selain empat rumah ibadat itu, premis dermawan terkenal Datuk Ujang Bagong di Sungai Kantan, Saujana Impian dan Kajang Baru juga mengalami nasib sama.

Chef Wan Persenda Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370


Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Perlukah Chef wan perlu memohon maaf kepada rakyat malaysia dan MAS?

Orang UMNO Perlu TAHU, UMNO Kajang BOIKOT Calon MCA


Umno bincang : Jika Mca kalah besar Dun Kajang akan diberi pada Umno selepas ini

Politik perkauman akhirnya memerangkap Bn. Seperti biasa di kawasan Melayu Bn akan berkempen untuk menolak PR kononya PR ini liberal dan tidak mementingkan agama juga sering mengenepikan kepentingan Melayu untuk kepentingan orang bukan Melayu khususnya Cina. Sebaliknya di kawasan bukan Melayu khusus Cina Bn pula memainkan kompang berbunyi perlu undi Bn kerana PR ini ekstrimes agama Islam dan Melayu.

Di Kajang mereka terperangkap, dalam kelekaan mereka ingin mengepung undi orang Cina dengan berkempen secara terbuka 'orang Cina harus undi orang Cina' mereka kemungkinan akan hilang banyak undi orang Melayu.

Bukan satu yang perlu diselindungkan Umno akar berusaha untuk menghantar calon Umno dalam PRK kali ini. Kenyataan menghantar calon Umno ini turut disambut dan di utarakan oleh pemimpin bertaraf Menteri pada peringkat awal lagi. Tuntutan peringkat akar umbi ini dilihat cukup munasabah jika mengikut sifir politik pengasingan kaum yang diamalkan Bn kerana majoriti pengundi Kajang ialah Melayu sebanyak 49 % dan orang Cina hanya 40 % sahaja.

Malah jika dilihat pencapaian Bn dalam dua pilihanraya umum kebelakangan ini jelas MCA sudah hilang populariti khususnya kekalahan besar di Kajang. Malah dari segi Jentera MCA sendiri terpaksa bergantung banyak dengan Umno.

Namun Presiden Umno yang lemah (berdasarkan cakap - cakap kalangan Umno di bawah) gagal menempatkan Umno sebagai calon sebaliknya akur dengan MCA yang sedia lemah.

Bukan sedikit ketidak puasan hati dikalangan ahli Umno bawahan rupanya. Beberapa pertemuan telah dibuat ada yang mengikrarkan akan mengundi PKR, ada yang tidak mahu keluar mengundi, ada yang mahu melakukan undi rosak malah ada yang sehingga menjangkau kecewa dengan kelemahan Umno itu membela Melayu hingga memutuskan keluar dari Umno dan memasuki PKR.

Contohnya pada 14 Mac lepas di Pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Pejabat Exco Alam Sekitar, Pelancongan dan Kepenggunaan, sekumpulan yang selama ini dikenali sebagai tegar Umno telah mengikrarkan sokongan dengan menghantar borang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang mengisytiharkan kemasukan tersebut antaranya ialah

Timbalan Ketua Cawangan Sg. Kantan Peringkat 3,
Ketua Wanita Cawangan Sg. Kantan Peringkat 3,
Bekas Ketua Cawangan Bt. 9,
Ketua Beliau Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Ketua Belia Taman Sri Minang

juga beberapa aktivis Melayu yang selama ini tegar Umno seperti

Ayahanda Din (Sg. Jelok)
Ayahanda Dollah (Semenyih) Ayahanda Mohar Naib YDP Pemadam Kajang

dan kumpulan yang menyerahkan sekitar 87 borang keahlian diketuai sendiri oleh Tn Hj Omar selaku Presiden Gabungan Persatuan Melayu Selangor /Wilayah Persekutuan.

Menariknya selain kumpulan yang telah secara terang menyokong dengan memasuki PKR ini ada ramai ahli Umno termasuk beberapa Ketua Cawangan ketika dalam pertemuan tertutup menyatakan dengan jelas. Mereka dengan persetujuan pimpinan 'atasan' akan melakukan undi protes sama ada tidak keluar mengundi atau undi rosak atau terus mengundi PKR kerana hujah mereka jika Mca kalah besar kali ini pasti kerusi Dun Kajang akan diberikan kepada Umno selepas ini.

Perbincangan untuk mengalahkan Mca ini juga wujud dikalangan Umno yang memang membenci PKR kerana hujah mereka sama ada Bn Menang atau kalah tak mengubah apa, PR masih MB dan Bn masih PM.

Apa pun bagi SAMM melihat ini sebagai bukti politik perkauman itu sendiri yang selama ini menjadi kekuatan Bn akan memusnahkan Bn itu sendiri.

Dalam perkembangan hampir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurop dalam satu ucapan di depan masyarakat Cina telah membuat ucapan yang berbau perkauman melampau. Ucapan ini lebih parah dibuat dalam program penyampaian bantuan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sudahlah menggunakan dana rakyat untuk berkempen lebih malang lagi dalam peruntukkan yang sepatutnya memperkukuh perpaduan tetapi Menteri ini telah memecah belahkan rakyat lagi.

SAMM sendiri telah membuat satu laporan Polis mengenai kejadian tersebut.

Rakyat Kajang harus mengambil kesempatan untuk menunjukkan kematangan rakyat menolak politik adu domba perkauman jahat Bn.

Satu undi untuk Bn ia undi untuk memecah belah masyarakat, satu undi untuk PKR-PR ia undi untuk perpaduan nasional.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

MUSIM BAHARU KEJUARAAN CUB PRIX BERMULA DI BATU KAWAN, PULAU PINANG


Pemburuan gelaran juara Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 kini bermula apabila pusingan pertama daripada 10 pusingan keseluruhan akan membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 5 dan 6 April ini.

Saingan musim ini dijangka bertambah hangat dengan pengumuman Ahmad Fuad Baharudin, juara tiga kali kelas perdana yang tidak lagi bertanding pada musim ini di samping perubahan kelas juara CP115, Ahmad Afif Amran yang akan beraksi pada kelas perdana CP130.

Selain itu, beberapa pencabar utama turut berubah hala di mana Mohd Zamri Baba kini bersama pasukan SCK Racing dan Mohd Affendi Rosli pula beralih ke pasukan PETRONAS YamahaCKJ.

Selain itu, dengan semakin ramai pelumba muda kini mula melangkah ke perlumbaan antarabangsa, kekosongan tersebut bakal diisi oleh pelumba-pelumba generasi baharu yang tidak sabar untuk memulakan karier mereka di dalam perlumbaan profesional melalui saingan kelas satu pengeluar Honda dan Yamaha.

Pada sesi pelancaran di Kuala Lumpur baru-baru ini, kejuaraan turut mengumumkan berita baik di mana peminat-peminat dapat menyaksikan siaran langsung melalui dua saluran televisyen iaitu RTM dan Astro Arena 801.

Seperti kebiasaan, kejuaraan tidak hanya tertumpu kepada acara di litar, sebaliknya turut menyediakan aktiviti sesuai untuk semua termasuk seisi keluarga melalui jualan dan pameran-pameran menarik yang berlangsung di sekitar tapak promosi kejuaraan.

Saingan di Pulau Pinang menyaksikan tiga kategori utama dipertandingkan iaitu CP130, CP115 dan WIRA diikuti dua perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha serta perlumbaan yang baru diperkenalkan Piala Pro-Am bagi menggantikan kategori Persendirian sebelum ini.

Sesi Latihan Bebas akan berlangsung pada hari Sabtu (5 April) diikuti pusingan kelayakan pada hari Ahad (6 April) siikuti perlumbaan akhir yang bermula tengah hari.

For more info please contact Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) at 03-8733 8787 or log on to the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship official website, w[ww.malaysiancubprix.com]

Thursday 20 March 2014

SITUASI SEMASA KES DENGGI DI PULAU PINANG


(Bagi tempoh Januari hingga 15 Mac 2014)

Bagi negeri P.Pinang, bermula dari Januari hingga 15 Mac 2014 sebanyak 490 kes denggi telah dilaporkan berbanding dengan hanya 163 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2013, iaitu peningkatan sebanyak 327 kes (200.6%). Manakala tiga (3) kematian denggi dilaporkan tahun 2014 berbanding dengan tiada kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2013.

Pada ketika ini terdapat 5 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di P.Pinang iaitu di Gat Lebuh Macallum dan Kampung Bagan Jermal di daerah Timur Laut, Taman Desa Damai dan Taman Mutiara di daerah Seberang Perai Tengah dan Kampung Telok di daerah Seberang Perai Utara (rujuk Lampiran 1).

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ingin mengingatkan masyarakat supaya terus mengambil langkah pencegahan seperti berikut bagi menghentikan penularan penyakit denggi:-

Melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar masing-masing bagi mengenalpasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu. Ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk boleh diperolehi daripada klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Menjalankan gotong-royong di kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat-tempat berpotensi pembiakan Aedes.

Memberikan kerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah.

Mengurangkan risiko gigitan nyamuk dengan menggunakan repellan atau baju/seluar panjang semasa menjalankan aktiviti luar, melakukan semburan aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap.

Mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan/sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan.

Sekian, terima kasih.

YB Dr Afif bin Bahardin

Berapa jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara?

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin di lobi Parlimen

20 Mac 2014

Dalam soalan lisan saya kepada Perdana Menteri pada 19 Mac 2014, Saya tanya jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara.

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah menjawab pada hari. Sila rujuk jawapan.

Saya agak terkejut kerana ini pertama kali Kerajaan Barisan Nasional mengesahkan bahawa mereka telah memberi peruntukan kepada NGO extremis PERKASA. Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi, di belakang slogan yang manis, ia telah memberi sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar bible, yang ingin membuat demo di depan gereja, yang memberi sarung putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

Maka terbuktilah, selama ini, Perkasa adalah sayap kepada UMNO dan ia menjalankan segala kerja extremis demi UMNO. Perkasa juga selama ini mengakui 80% ahli Perkasa adalah ahli UMNO.

Dengan bukti-bukti yang kukuh ini, Saya ingin mencabar president MCA Dato Seri Liow Tiong Lai memberi pendirian MCA ke atas tindakan kerajaan memberi peruntukan menyokong program PERKASA. Adakah MCA setuju dengan tindakan kerajaan? Jika tidak, apakah tindakan MCA seterusnya? Saya cabar MCA tidak memasuk cabinet yang yang menyokong extremis perkauman.

Jawapan ini jelas menunjukkan bahawa MCA sekongkol dengan NGO extremis Perkasa. Dalam PRK Kajang, calon MCA Chew Mei Fun telah berceramah dengan Ketua Penerangan PERKASA. Ketua Bahagian MCA Perlabuhan Klang 郑敬保 juga pernah berdemo bersama-sama dengan PERKASA. Saya ingin membongkar hypocrisy MCA bahawa mereka boleh dipercayai 信得过,靠得住 , ini slogan MCA dalam PRK Kajang.Saya juga menyeru pengundi-pengundi di Kajang dapat melihat dengan diri sendiri hypocrisy UMNO-BN.

Akhir sekali, saya ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dari menteri JPM kerana tidak berterus terang menjawap berapa peruntukan yang diberi kepada Perkasa. Menteri elak menjawab menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi, kerana program tersebut dihadiri oleh 5000 peserta. Saya menyarankan menteri meningkatkan transparency dan bercakap benar kepada wakil rakyat yang menimbulkan soalan dewan. Jangan menyembunyikan sesuatu, ini seolah-olah menaungi PERKASA.

 

Sim Tze Tzin, MP

--

Sim Tze TzinMember of Parliament for Bayan Baru
[www.facebook.com/SimForMalaysia]
twitter: @simtzetzin
[www.simformalaysia.com]


Posted via Blogaway

SPR Harus Jawab! Keluarkan Pengundi Kajang Sesuka Hati


Wahai SPR, bagaimanakah pengundi di Jalan Reko Kajang boleh dipindahkan tanpa pengetahuan ke Serdang sedangkan beliau mengundi untuk DUN Kajang, Parlimen Hulu Langat pada PRU13 lalu..

Mangsa hadir sendiri berjumpa Jingga 13 dan mengadu tentang masalah ini. Mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis walaupun jelas disini, bukan sekali tapi sudah berkali2 terjadi dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan sejak dulu lagi.

SPR menyorok di sebalik Seksyen 9(a) bila perkara ini berlaku.Adakah SPR akan beri alasan yang sama "sedikit kesilapan telah berlaku, tetapi buat masa ini tidak boleh diubah semula ke asal kerana peruntukan Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958, melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan"??

Jelas sekali kekotoran telah berlaku dalam senarai pendaftaran pengundi pilihanraya kecil dun Kajang dan pihak SPR x pernah belajar dari kesilapan dan mengulanginya dengan sengaja!

Untuk menjadi pengundi seseorang itu perlu menandatangani borang pendaftaran SPR dan mempunyai salinan kad pengenalan.

Jika cina ini menipu, kita meminta pihak SPR Selangor untuk menunjukkan bukti dari borang pendaftaran pertukaran kawasan mengundi!

Kemunculan Komando ATM, Adakah Lokasi Kedudukan Pesawat MAS MH370 Sudah Jumpa?


Saya difahamkan sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara. Bagaimanapun, sumber tersebut lokasi dan jumlah anggota terbabit adalah menjadi rahsia.

Penghantaran pasukan ini sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara.

Sumber daripada Harian Metro juga menyebut perkara yang sama dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370.

Jika benar maklumat ini, banyak persoalan mungkin akan timbul. Siapa yang terbabit, kenapa dan seribu soal akan bermain di kepala. Isu MH370 akan menghantui kita sehingga habis PRK Kajang!


SUMBER: TEMPAYAN RETAK

Wednesday 19 March 2014

PELANCARAN JELAJAH #RAKYATBANGKIT REFORMASI 2.0 "KEMBALIKAN KEADILAN -HENTIKAN KEZALIMAN"


Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui pilihanraya umum ke13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya Rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.

Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU13, mereka telah menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji 'rakyat didahulukan' dicemari tanpa ehsan.

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui -#RakyatBangkit REFORMASI 2.0 "Kembalikan Keadilan - Hentikan Kezaliman".

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit REFORMASI 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjuk kekuatan.

SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit REFORMASI 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya - bersama himpunan gergasi 1 May di medan jalanraya.

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu "Bersama Srikandi Masa Depan Negara" yang bermula jam 5 petang. turut bersama dalam prog 5 petang ialah YB Nurul Izzah | YB Rodziah Ismail | YB Kashturi Pato | YB Elizabeth Wong | Aishah | Aiman Athirah | Cikgu Mala | YB Fuziah Salleh | YB Dr Siti Mariah | YB Hannah Yeoh |

Surat Jemputan Program Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0


Bersama-sama ini disertakan surat jemputan ke program di atas untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.

YB HJ MD ZUKI BIN YUSOF Setiausaha, Program Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0

VIDEO Warga Cina Serang Taklimat Harian Media Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370


Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian media mengenai perkembangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 selepas diserbu oleh sekumpulan warga China masuk beramai-ramai.

Kumpulan itu mendakwa mereka adalah waris penumpuang pesawat yang hilang itu dan mahu meluahkan kesedihan dan kemarahan kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi hanya mendapat sedikit maklumat mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.

Video: http://kinitv.com/video/4970O80

Kapten Zaharie Padam Maklumat Dalam Simulator, Kata Zahid Hamidi


Kebanyakan maklumat dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini masih dalam siasatan polis telah dipadamkan pemiliknya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini semua input dalam simulator itu sedang diuji dan dikaji.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kaedah forensik untuk memperoleh semua maklumat yang telah dipadamkan itu

."Harus diingat bahawa apa yang dilakukan pihak polis bukan untuk menuduh atau mahu menekan mana-mana anggota keluarga, tetapi dibuat untuk menjalankan siasatan paling teliti dan rapi supaya punca kejadian dapat diketahui.

"Kita kaji dan membuat siasatan jika terdapat beberapa kemungkinan untuk pihak polis mengkaji sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama para penjawat awam di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang itu untuk diperiksa oleh pakar dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari pesawat itu.

"Saya fikir polis sedang mengambil beberapa aspek terutamanya kita undang beberapa pakar yang terlibat dalam Boeing 777 dan pakar yang mengendalikan simulator latihan dan beberapa aspek teknologi maklumat (IT) kerana ia mempunyai kaitan dan pihak polis sedang minta kerjasama daripada pihak ini," kata Ahmad Zahid.

Menurutnya maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu belum dapat dimaklumkan memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya yakin oleh kerana perkara ini sesuatu yang dikatakan 'pengendalian', saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk memberikan maklumat apabila tiba masanya kepada media dan untuk diketahui masyarakat," katanya.

Ahmad Zahid berkata polis turut melakukan penyiasatan di rumah pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, namun tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai penglibatannya jika pesawat itu dilencongkan. -Bernama

Masyarakat Cina Tidak Dapat Maafkan Chew Mei Fun, Calon PRK DUN Kajang


Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.

Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat.

"Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.

"Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.

Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.

Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.

Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan.

Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan.

"Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin.

"Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya.

Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara.

"Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja," kata beliau.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, Penasihat SJKC Damansara asal iaitu Bock Kei Hee dan bekas Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin.

Apabila Ustaz Harun Din Bersuara Tentang Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370


Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal

Tuesday 18 March 2014

Apa Itu Skin Head?


Skin Head adalah “Working Class Struggle”. Subculture ini wujud pada tahun 1969 di Britain akibat penindasan golongan kapitalis terhadap kaum buruh (terutamanya pekerja pelabuhan dan industri).

Asal usul Skin Head adalah untuk membela kaum buruh,menentangdiskriminasi kelas pekerjaan dan menuntut hak pekerja yang lebih adil.

Ketika itu masyarakat Britain secara ringkasnya dikelaskan kepada 3 kelompok :
1) Upper Class
2) Middle Class
3) Working ClassSkin

Head berasal dari golongan Working Class. Mereka bekerja di pelabuhan, kilang, industri, perlombongan atau pembinaan.

Mereka sering menjadi mangsa penindasan dan diskriminasi golongan middle class dan upper class.

Golongan working class dipandang miskin, kotor, tidak berpelajaran dan bawahan. Mereka terpaksa bekerja sehinga 12 jam sehari, gaji tidak berpatutan, kebajikan tidak dijaga, tidak mempunyai skim persaraan dan menjadi mangsa buli kapitalis.

Skin Head memperjuangkan hak mereka yang ditindas dan dizalimi. Kelompok ini menggunakan nama Skin Head kerana berimej rambut botak, berkasut but, jaket, braces, jeans dan batch. 

Pada tahun 1960an, ramai orang Jamaica berhijrah ke Britain. Jamaica adalah salah sebuah negara jajahan kolonial British dan mereka yang membawa masuk muzik ska dan reggae serta budaya subculture Rude Boys ke Britain. Skin Head terpengaruh dengan muzik dan budaya ini.

Rude Boys berasal dari Kingston, Jamaica. Di Jamaica, mereka sangat terkenal kerana selalu lepak di jalanan, menunggang motosikal Vespa dan menggemari muzik ska dan reggae.

Pada tahun 1970an, muncul muzik keras yang dikenali sebagai Oi muzik. Muzik ini sangat popular kerana menggunakan gitar letrik dan lagu berdasarkan “resistance” (penentangan) terhadap kapitalis, diskriminasi, kezaliman dan working class struggle.

Skin Head secara ringkasnya dibahagikan kepada 4 kelompok :
1) Traditional Skin Head atau Trojan Skin Head … (Dikenali Spirit 69)
2) Neo Nazi Skin Head (White Power)
3) SHARP Skin Head (Skin Head Against Racial Prejudice)
4) RASH Skin Head (Red Anarchist Skin Head)

Traditional/TrojanSkin HeadTraditional Skin Head adalah kelompok terawal yang cipta subculture Skin Head. Diwujudkan pada tahun 1969 di kota London. Mereka adalah golongan yang memperjuangkan “working class struggle”. Spirit 69 adalah trade mark yang dipopularkan oleh kelompok ini. Mereka bercampur dengan semua bangsa dan tidak berminat pada politik. Traditional Skin Head sinonim dengan muzik ska dan reggae serta motor Vespa yang dipopularkan oleh orang Jamaica. 

Neo Nazi Skin HeadPada awal 1970an, ketika ramai imigran mencari pekerjaan di Britain maka wujud pecahan kelompok Skin Head yang racist. Mereka digelar sebagai Neo Nazi, White Nationalist National Front dan White Aryan Resistance. Kelompok ini sangat perkauman dan memperjuangkan Racism dan Fascism. Menggunakan lambang Swastika sebagai simbol serta “White Power” sebagai trade mark. Kelompok ini memusuhi siapa saja yang bukan berbangsa eropah dan selalu menyerang sesiapa yang tidak setuju dengan perjuangan mereka. Budaya Fascism dan Racism sinonim dengan Neo Nazi Skin Head.

SHARP Skin Head
SHARP Skin Head diwujudkan pada tahun 1987 di New York, USA. Golongan ini tidak setuju dengan fahaman Neo Nazi yang terlalu rasis dan taksub pada fascism. SHARP Skin head menentang perkauman dan kebencian agama. Kelompok ini lebih mudah diterima di asia dan benua lain. Mereka berpendapat, jika working class mahu memperjuangkan nasib mereka dalam masyarakat hendaklah bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap anggota juga harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran politik supaya dapat bergerak di seluruh dunia memperjuangkan working class struggle.

RASH (Red Anarchist Skin Head)
RASH Skin Head juga dikenali sebagai Red Skin, diwujudkan pada 1 January 1993 di New York. Kelompok ini berasal dari SHARP Skin Head, tetapi lebih utamakan golongan pekerja. Mereka memperjuangkan ideology Anarcho Syndicalist iaitu mengutamakan union(kesatuan) dan co-operative ekonomi. Seperti juga SHARP, RASH jga anti rasis dan fascist. Golongan ini mementingkan keterlibatan individu dalam kesatuan dan mobilisasi massa rakyat untuk perlawanan menentang kapitalis dan penindasan.

Persepsi negative masyarakat selalu mengaitkan Skin Head dengan rusuhan dan keganasan. Sedangkan golongan ini wujud adalah akibat penindasan upper class dan middle class terhadap working class. Semua grop Skin Head hanya akan bertindak jika diprovokasi, kecuali Neo Nazi.

Golongan Neo Nazi terlalu taksub dengan racism dan fascism dan bertindak menyerang siapa yang tak setuju dengan perjuangan mereka. Neo Nazi sangat memusuhi elemen Skin Head yang lain. Mereka tidak boleh bercampur dalam masyarakat dan selalu wujudkan perpecahan.

Selain Neo Nazi Skin Head, yang lain semua OK. Keterlibatan Skin Head dalam working class struggle diakui berjaya memperjuangkan nasib pekerja dan massa rakyat. Di eropah setiap sambutan Mayday, golongan Skin Head akan bersatu di bawah ANTIFA. 

Skin Head suka lepak di jalanan kerana disini lah komunity mereka bergerak. Selain pergi ke gig, mereka cipta batch dan creativity lain untuk solidarity sesama angota. Mereka sangat mengutamakan brotherhood(persaudaraan) dikalangan ahli.

Skin Head menentang keras penggunaan dadah. Skin Head benci polis. Mereka berpendapat polis dipergunakan oleh kapitalis dan kerajaan untuk melindungi orang kaya. Sebaliknya, working class yang selalu jadi mangsa penindasan langsung tidak mendapat pembelaan daripada polis.

By Rejimen Anarki
ANTIFA

Satu Lagi Pesta Liar, PAS Desak Kerajaan Ambil Tindakan


Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.

Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.

Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.

Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka." -Harakah

Waris Penumpang MH370 Ancam Mogok Lapar Jika MAS Tidak Beri Maklumat Sahih


Ahli keluarga dan waris penumpang MH370 dari China mengancam untuk melakukan tindakan mogok lapar kerana mahukan jawapan perkembangan yang sahih dari pegawai Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kami di sini tiada khabar berita dan semua orang juga sememangnya risau dan mereka akan pergi ke Kedutaan Malaysia untuk bertemu duta bagi berbincang tentang perkara ini," kata Wan Wancheng yang anaknya di dalam pesawat itu.

"Sepatutnya Duta Malaysia seharusnya berada di sini namun beliau tiada menunjukkan mukanya," kata Wen, memberitahu wartawan selepas pertemuan harian antara pegawai MAS dan keluarga dan waris penumpang di sebuah hotel di Beijing.

"Kebanyakkan mereka tidak berpuas hati dan anda akan melihat mereka semua 'mogok lapar'," kata lelaki berusia 63 tahun dari timur Wilayah Shandong di saat pencarian pesawat tersebut masuk hari ke 11.

Dua pertiga dari 239 penumpang dan krew pesawat tersebut adalah warganegara China.

Di luar bilik perjumpaan , seorang wanita dilihat memegang sepanduk yang tertera "Sila hormati hidup dam kembalikan keluarga kami" dan memberitahu pemberita bahawa ahli keluarga dan sanak saudara penumpang akan melakukan mogok lapar.

Beliau enggan mendedahkan namanya mahupun memberitahu seramai mana orang yang akan melibatkan diri dalam tindakan tersebut.

"Memandangkan mereka tidak meberitahu perkara sebenar mengenai nasib ahli keluarga dan saudara mara kami dalam pesawat itu, kami juga akan protes," kata wanita tersebut.

"Kebanyakan ahli keluarga dan sauara mara penumpang di sini kini menghadapi tekanan mental," katanya lagi.

Wen juga memberitahu ada saudara mara yang telah pun berhenti dari pergi ke pertemuan tersebut membayangkan bahawa mereka sudah terlalu lama menunggu informasi yang diberikan itu.

"Namun, ianya bukanlah bermakna kami mengalah. Ini adalah proses normal di mana mereka kembali ke rumah seperi saya juga, saya telah berada di sini terlalu lama,".

Beijing sebelum ini agak lantang mengkritik Malaysia kerana kegagalan mereka dalam berkongsi maklumat mengenai perkembangan insiden tersebut dan ianya mencetuskan kemarahan terutama warga media sosial terhadap bagaimana Kuala Lumpur menangani insiden tersebut.

Politik Perkauman: Pungundi Cina Sokong Calon Cina di PRK DUN Kajang, Kata Menteri


Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina -Perkauman Sempit Bn Berterusan

1. Pilihanraya kecil Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman Bn yang memecah-belahkan rakyat. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah terus menjadi legasi pemerintahan hingga ke hari ini.

2. Strategi mereka melebelkan PKR dan PR sebagai liberal dan melebihkan orang bukan melayu khususnya cina di kalangan kelompok melayu namun di kelompok masyarakat bukan melayu melebelkan PR sebagai ekstrimis Islam dan menindas bukan melayu telah menjadi perkara rutin.

3. Terbaru, ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup kepada pengundi Cina dalam sebuah majlis di Kajang pada 16 Mac lepas, dengan jelas dan sedar dia mengatakan kepada orang cina supaya mengundi calon yang terdiri daripada kaum cina. Ucapan berbaur perkauman tersebut mendapat liputan beberapa media termasuk Malaysiakini. sila klik http://www.malaysiakini.com/news/257277

4. Ucapan penuh berbau perkauman ini juga berlaku ketika Bn menyalah-guna bantuan kerajaan bagi tujuan kempen pilihanraya. Bantuan berupa beras, kerusi roda, barangan keperluan asas serta baucar beli-belah telah diagihkan. Program yang dinamakan "Sayangi Komuniti" itu dianjurkan Rukun Tetangga, zon Kajang yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

5. SAMM turut persoalkan bagaimana seorang menteri JPM boleh menggunakan perbelanjaan dana rakyat di bawah peruntukkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional?

6. Jika menggunakan 'sifir' perkauman Bn orang cina patut sokong orang cina maka apakah ia juga bermaksud orang melayu harus sokong calon melayu di PRK N25 Kajang? Jika berasaskan sifir perkauman Bn, DUN Kajang majoriti komposisi pengundi Melayu lebih tinggi kenapa tidak dibenarkan Umno sahaja bertanding?

7. Mengenai serangan propaganda Bn yang menyatakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hilang kelayakan untuk dipilih kerana pernah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia sama sekali serangan dangkal cuba memperbodohkan rakyat. Peruntukkan undang-undang tidak menghalang mana-mana individu yang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen selepas tempoh 5 tahun dari tarikh jawatan dilepaskan.

8. Perlu ditegaskan perletakan jawatan pada tahun 2008 ialah kerana memberi ruang pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dunia maklum telah dihukum secara salah. Pada ketika itu juga Kak Wan menyebut dengan jelas ingin menumpukan kepada urusan keluarga dan menyambut tuntutan betapa Anwar Ibrahim harus segera ke Parlimen.

9. Namun pada ketika itu mungkin Kak Wan mungkin seperti yang lain, tidak menyangka regim sanggup menggunakan skrip konspirasi yang hampir sama untuk menghina Anwar dan keluarga. Maka Kak Wan sekali lagi muncul menggantikan Anwar Ibrahim menghadapi konsirasi kotor regim pemerintah.

10. Perlu diingat calon Bn juga pernah meletakkan jawatan hanya kerana dia tidak sebulu dengan pimpinan Mca. Apa hasilnya dia meletakkan jawatan kepada pengundinya pada ketika itu? Apa jaminan calon Bn di PRK N25 Kajang tidak meletak jawatan sebagai Adun ketika Mca dalam Bn masih bergolak dan tidak sebulu?

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit REFORMASI 2.0


Salam,

Mohon tindakan semua komrad untuk naikkan poster ini di FB dan Twitter. Naikkan sebagai DP pun terbaik juga.

Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit REFORMASI 2.0

VIDEO: Jangan Fitnah Kapten Zaharie Ahmad Shah Jika Tiada Bukti, Kata Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa agar orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri dan memfitnah juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya kerana teori pesawat itu dirampas kini berleluasa.

Katanya, perkara negatif itu cuba dikaitkan dengan dirinya kerana Zaharie adalah ahli PKR dan kenalan rapat menantunya.

Video: http://kinitv.com/video/4900O80 


Posted via Blogaway

Monday 17 March 2014

Solidariti Buat Kapten Zaharie - Jangan Cari Kambing Hitam Untuk Tutup Kelemahan Sendiri

Jika MAS tak mahu pertahan pilot sendiri, mari kita rakyat bersama-sama berdiri teguh membela dan memberi sokongan moral kepada Pilot Zaharie serta keluarga beliau.

Sila share dan sebar poster ini


Posted via Blogaway

Kapten Zaharie Ahmad Shah Jadi "Kambing Hitam" Dalam Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370?

Kenyataan bercangah!!!

Mula2 cakap kapten Zahari bercuti. Tiba2 dipanggil bertugas.

Hari ini PC cakap dia berkerja seperti biasa.

Nampak ada kearah nak jadi kambng hitam.

Ok.. ni isteri pilot yang sepatutnya suaminya bertugas hari tu. Baca apa dia kata. Bila dia pos?


Posted via Blogaway

Sunday 16 March 2014

Kapten Zaharie di Panggil Tergesa-gesa Untuk Menerbangkan Pesawat MAS MH370 Dari KL ke Bejing

BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.
Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. Lagi perkembangan lanjut menyusul.

Tulisan Zulimran Nasution Abdullah Omar


Posted via Blogaway

Umno-BN Tertekan, Heret Anwar Ibrahim Dalam Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370

Umno-BN habis modal, isu rampasan MH370 juga dituduh salah Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar laporan akhbar Britain, Daily Mail yang mendakwa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan berkenaan adalah khayalan luar biasa dan perkara terbabit mustahil berlaku kerana membabitkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah, selain satu teori konspirasi politik tidak masuk akal walaupun Zaharie ahli seumur hidup parti itu.

“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” katanya.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang membabitkan 239 penumpang termasuk anak kapal, pada 8 Mac lalu.

Dengan pelbagai spekulasi berkenaan kehilangan MH370, akhbar Daily Mail melaporkan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas kes membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar, pada 7 Mac lalu.

Ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata, tidak ada sebarang tindakan daripada parti itu buat masa ini.

“Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia berdoa supaya pesawat MH370 ditemui,” katanya yang dipetik daripada Malaysian Insider.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail turut melaporkan, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil daripada rumah Zaharie yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing.


Posted via Blogaway

Pesta Muzik Tiga Hari Biadab, Kata Pemuda PAS

KENYATAAN AKHBAR
Muhammad Farkhan
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
 
“Pesta Muzik Tiga Hari Biadab”
15 Mac 2014
 
Penganjuran Future Music Fest 2014 Phase 2 yang dianjurkan selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil adalah satu tindakan biadap dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia. Bermula sejak hari Khamis (13 Mac) dengan menampilkan 70 persembahan artis dijangka menarik hampir 80,000 penonton. Pesta ini tidak dibenarkan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan dikatakan mesti mengenakan kod berpakaian yang ditentukan oleh pihak penganjur.  
 
Hari ini kita diuji oleh Allah dengan ketidaktentuan cuaca sehingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu hingga tahap yang membimbangkan dan kehilangan pesawat MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan untuk  menjahanamkan anak muda Malaysia. Pesta ini dianjurkan oleh Livescape Asia dan Future Entertainment Australia.
 
Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat istisqa’ memohon pertolongan Allah untuk menurunkan hujan, namun anak-anak muda terkinja-kinja berpesta dengan hampir 90% band antarabangsa di stadium. Jangan mencabar kuasa Allah dan kita bimbang pertolongan Allah tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini.
 
Rujuk :
 https://www.facebook.com/futuremusicasia 


Posted via Blogaway

Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370, Malaysia Perlu Belajar Daripada Kelemahan

Rasanya tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada peristiwa besar berlaku yang menyebabkan media antarabangsa membuat laporan tanpa henti dan bertubi-tubi sebagaimana yang mereka hidangkan dalam kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Pada Jumaat lalu, tiga agensi berita antarabangsa iaitu Reuters, Agence France Presse (AFP) dan Associated Press (AP) melaporkan lebih 70 item berita berkaitan Malaysia dan MH370 yang dikemaskinikan dari masa ke masa.

Stesen televisyen, akhbar, majalah dan portal berita dari seluruh dunia memberi fokus kepada kehilangan MH370, daripada pakar-pakar penerbangan di Amerika Syarikat, China, India, Australia hinggalah kepada begitu ramai orang biasa di negara-negara di benua Eropah dan Asia.

Berbilion manusia di seluruh dunia sedang menunggu berita apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370 laluan Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China menerusi akhbar, stesen televisyen, portal berita internet, Facebook dan Twitter. Hashtag #MH370 dalam Twitter menjadi antara trending paling popular sejak seminggu lalu.

Pada 2012, terjadi dua nahas pesawat iaitu nahas Dana Air di Lagos, Nigeria yang mengorbankan 150 orang dan juga kejadian pesawat Bhoja Airlines terhempas di Islamabad, Pakistan yang melibatkan kematian 127 orang.

Bagaimanapun, minat orang ramai di seluruh dunia terhadap kedua-dua nahas pesawat itu tidak seperti keghairahan mereka untuk mengetahui punca kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 153 orang rakyat China.

Oleh kerana kejadian kehilangan pesawat MH370 itu tidak dapat diterangkan secara logik dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab, ia menimbulkan misteri besar kerana situasi seumpama itu tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.

Mustahil sebuah kapal terbang yang begitu besar boleh dimatikan sistem komunikasinya begitu sahaja dan ia terbang tanpa dapat dikesan radar.

Selepas lapan hari berlalu, nasib 239 orang yang berada dalam pesawat itu masih tidak diketahui.

Tanpa mendapat jawapan kepada segala persoalan, khususnya yang berkait dengan motif dan juga bagaimana transponder pesawat yang begitu canggih boleh dimatikan dan ia kemudian dipercayai dilencongkan beribu-ribu kilometer ke barat semenanjung Malaysia berdasarkan data yang dihantar oleh enjin pesawat itu kepada satelit yang sebaliknya tetap gagal mengesan lokasi MH370, dunia pasti berada dalam suatu keadaan krisis.

Boeing, syarikat ikon Amerika Syarikat, yang mempunyai perolehan tahunan US$86 bilion (RM283 bilion) pada 2013 mempunyai alasan bisnes untuk mengetahui bagaimana pesawat itu boleh hilang tanpa dikesan. Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan mana-mana kerajaan di dunia, termasuk China dan Malaysia, perlu tahu apa yang terjadi kepada kapal terbang itu.

Ada isu keselamatan serius yang wajib ditangani oleh masyarakat antarabangsa.

Dunia sebelum ini menyaksikan bagaimana saintis memasang peranti GPS pada penyu dan jerung serta dapat mengesan pergerakan hidupan laut itu di serata dunia.

Begitu juga dengan sistem telekomunikasi telefon pintar yang boleh diakses di seluruh dunia. Bagaimanapun, dalam kes MH370, kita sekarang berdepann dengan satu situasi di luar jangka, iaitu pihak berkuasa antarabangsa (dengan teknologi dan sokongan Amerika Syarikat, China, India dan Australia) tidak dapat mengesan lokasi pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang begitu canggih dan besar.

Jika ia terhempas di lautan, di mana tempat dan sisa-sisa pesawatnya? Kalau ia dirampas, bagaimanakah pihak yang merampasnya boleh menerbangkan pesawat itu pada paras 36,000 kaki dengan cara yang begitu licik? Apakah pengetahuan teknologi mereka? Adakah mereka yang terlibat itu lanun atau konspirasi anak kapal?

Dalam tempoh lapan hari lepas, kita membaca dan mendengar sendiri pelbagai teori dan persoalan yang dikemukakan berhubung kehilangan pesawat MH370: Masalah mekanikal, berkecai dibom pada paras 36,000 kaki, kesilapan pemanduan juruterbang, keraguan terhadap karakter juruterbang, pesawat dirampas oleh kumpulan tertentu dan disembunyikan di lokasi rahsia, konspirasi antarabangsa, disedut lubang hitam dan super air pocket, tanda kemurkaan Tuhan serta pelbagai lagi hujah dan alasan.

Sehingga malam tadi, teori-teori itu terus diperdebatkan menerusi gosip-gosip internet, yang diburukkan lagi dengan penglibatan bomoh, ahli pukau dan pakar silap mata.

Bomoh di Malaysia dilabelkan mengamalkan syirik dan khurafat ketika pada masa yang sama ada bomoh di stesen televisyen di India memukau dua penonton yang mengilustrasikan semula "apa yang berlaku di atas pesawat MH370".

Antaranya, wanita India yang dipukau itu berkata dia mendengar seseorang menyebut kata-kata "terima kasih" di atas pesawat MH370. Pakar silap mata British-Israel, Uri Geller pula yang mempunyai kemampuan untuk membengkokkan sudu besi melalui kuasa mindanya turut mahu membantu mencari pesawat itu.

Cerita pelik Media, dalam kerancakan mencari kisah sebenar di sebalik misteri MH370, pun terlanjur melaporkan cerita-cerita pelik itu, yang menimbulkan keragaman antara tahyul dan fakta sains.

Tugas asas media adalah untuk mencari kebenaran atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 dan melaporkannya untuk kepentingan orang ramai, tetapi organisasi media daripada pelbagai negara melihat fakta, komen dan pendedahan tersebut berdasarkan kepentingan nasional masing-masing.

Sebagai contoh, apabila stesen televisyen Australia mendedahkan foto pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bergambar dengan dua gadis dari Afrika Selatan dalam kokpit sebuah pesawat MAS yang terbang dari Thailand ke Kuala Lumpur, ada pihak kurang senang dengan laporan yang tidak sensitif itu.

Terdapat pihak di Malaysia mengkritik etika media Australia, dan berlaku perang media mengenai kesesuaian menyiarkan gambar seumpama itu pada saat kesedihan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370.

Di Malaysia juga, ketika media Amerika dan British mempersoalkan hobi juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mempunyai simulator Boeing 777 di rumahnya, media dan polis Malaysia memilih untuk menjaga ketertiban.

Polis hanya memeriksa rumah Kapten Zaharie di Shah Alam selama dua jam petang semalam ketika siasatan polis memasuki fasa penyiasatan jenayah.

Akhbar-akhbar Barat secara bebas membuat spekulasi mengenai kononnya pesawat MH370 dirampas, berlaku sesuatu kepada perlakuan juruterbang dan sebagainya, tetapi media di Malaysia memilih untuk bersikap konservatif dengan menunggu pasukan penyiasat mengumumkan sendiri penemuan mereka.

Perbezaan mentaliti dan pendekatan media tergambar daripada liputan kehilangan MH370.

Namun, apa yang jelas daripada kehilangan pesawat MH370 ialah kita tidak boleh lagi memandang mudah isu-isu keselamatan di lapangan terbang dan dalam industri penerbangan yang kini wajib dipertingkatkan.

Pihak berkuasa Malaysia juga perlu menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk mendapatkan aset dan teknologi pasukan mencari dan menyelamat serta mempertingkatkan keselamatan ruang udara negara.

Pergantungan kepada negara-negara sahabat dalam operasi mencari MH370 yang ditunjukkan sejak 8 Mac lalu memang bagus untuk kerjasama bilateral dan serantau tetapi ada risiko tertentu kepada keselamatan Malaysia yang diakui sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Terdapat 14 negara terlibat dalam gerakan mencari membabitkan 57 kapal laut dan 58 pesawat. Ini belum lagi termasuk penggunaan satelit China, India dan Amerika Syarikat. Kos mencari MH370 amat tinggi.

Kehilangan MH370 turut membuka peluang kepada banyak pihak di Malaysia untuk menilai semula strategi nasional dalam pengendalian krisis serta bagaimana kerjasama di peringkat antarabangsa dapat dimanfaatkan.

Ada kritikan dibuat ekoran kontradiksi fakta pada hari-hari pertama kehilangan pesawat selain kecelaruan dalam gambar dua lelaki Iran yang naik pesawat menggunakan pasport curi dan penjelasan separuh masak sesetengah pegawai semasa sidang akhbar.

Sungguhpun begitu, jika diletakkan dalam konteks yang lebih luas dan untuk berlaku adil, kehilangan pesawat MH370 bukan isu Malaysia semata-mata dan ia tidak menggambarkan kelemahan, sebaliknya membuktikan tiada sesuatu yang dapat dipanggil sempurna semasa pengendalian krisis kerana pengerahan aset dan teknologi paling canggih oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China pun belum membuahkan apa-apa hasil.

Dinamik dalam pencarian dan penyiasatan kehilangan MH370 ini mungkin membuatkannya terpahat sebagai salah satu misteri besar dunia, bukan setakat kepada Malaysia. -Baharom


Posted via Blogaway

NGO PANGLIMA Desak Najib Batal Hukuman Kepada Anwar Ibrahim

NGO PANGLIMA MALAYSIA ( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama ) memohon Dato Seri Najib Razak membatalkan hukuman kpd Dato Seri Anwar ibrahim kerana dunia memerlukan idea beliau untuk mendamaikan peperangan yg berlaku di Crimea, Ukraine bg mengelakkan peletusan peperangan dunia yg akan melanda melibatkan banyak negara..mohon diketepikan soal politik buat sementara waktu bg pengeratan hubungan dengan kuasa kuasa dunia.

Memandangkan Dato Seri Anwar juga merupakan pengdiplomasi utama yg boleh memberikan negara negara bersatu termasuk US bg mengelakkan peperangan yg akan melanda.campurtangan dan suara dari malaysia amat perlu bagi mengimbangi ekonomi , pengaruh dan hubungan perdagangan yg baik diantara malaysia dan negara yg terlibat.

PANGLIMA juga bersedia untuk memberi surat rasmi rayuan khas kepada yang Dipertuan Agong bagi campurtangan kerajaan malaysia untuk membebaskan Dato Seri Anwar sepenuhnya.

SULAIMAN IBRAHIM@LEMAN RL
PRESIDEN PANGLIMA MALAYSIA
( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama )


Posted via Blogaway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.