VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Wednesday, 19 March 2014

Apabila Ustaz Harun Din Bersuara Tentang Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370


Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal

4 comments:

  1. Ini bukan salah kerajaan sahaja. Yang lain pun ada salah. Kerajaan mmg banyak buat salah. Tapi kebaikan lebih banyak dari yang salah. Cuma kita malas nak fikir sebab terlalu taksub dengan ideologi politik. Yang si PAS siang malam asyik sibuk menunjukkan salah orang. Itu bagus demi menegur. Tapi salah sendiri pun kena tengok. Apa pasal tak tutup kilang arak kat Selangor? Apa pasal tak tutup berhala besar kat Kelantan? Apa pasal boleh sokong komunis? Apa pasal nama Allah pun terkial-kial nak jaga walhal tok nenek kita dulu tidak pernah menyoalkan perkara sedemikian? Sekarang ni negara dalam ancaman. Jadi, cukuplah dari asyik nak tengok kesalahan orang. Sepatutnya kita kena kuatkan ummah dan pertahankan negara. Kalau semua nak dipolitikkan, maka hancurlah iman segala manusia di muka bumi ini. Mohon maaf sekiranya saya terkasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn apa yg dikatakan oleh anda. Waktu skrg bkn lah waktu utk kita myalahkan satu sama lain. Allah bagi ujian bagi mguji org yg mampu dan sabar menanganinya.
      Allah swt cuba memberi kita peringatan bukan penghinaan. Sebagai yg bagama islam sharusnya kita sma2 membantu dan bersatu xkira parti politik mna kte pilih. Dan sbg rakyat malaysia kita harus mpjuangkan dan mlindunginya dr ancaman2 luar. Maafkan sy skira sy tsilap bicara kata. Yang baiknya dtgnya dr Allah swt dan yg buruknya dtg dr diri sy sendiri.

      Delete
  2. Ckp cm org x dk imn lgi...bila pas mnegur da ka kerajaan nk dgr..lrng bt konset pn bt jgk kn....dh 2 cm mn lgi nk tgur?

    ReplyDelete
  3. Apa mau tunggu kerajaan..........buatlah demonstrasi bangkang konsert kalau itu yang dimahukan..............kerajaan kan tak betul............tapi Bersih boleh buat pulak.........nak boiket konsert apasal tak buat.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.