VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 16 March 2014

Umno-BN Tertekan, Heret Anwar Ibrahim Dalam Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370

Umno-BN habis modal, isu rampasan MH370 juga dituduh salah Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar laporan akhbar Britain, Daily Mail yang mendakwa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan berkenaan adalah khayalan luar biasa dan perkara terbabit mustahil berlaku kerana membabitkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah, selain satu teori konspirasi politik tidak masuk akal walaupun Zaharie ahli seumur hidup parti itu.

“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” katanya.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang membabitkan 239 penumpang termasuk anak kapal, pada 8 Mac lalu.

Dengan pelbagai spekulasi berkenaan kehilangan MH370, akhbar Daily Mail melaporkan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas kes membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar, pada 7 Mac lalu.

Ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata, tidak ada sebarang tindakan daripada parti itu buat masa ini.

“Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia berdoa supaya pesawat MH370 ditemui,” katanya yang dipetik daripada Malaysian Insider.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail turut melaporkan, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil daripada rumah Zaharie yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.