VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 13 July 2015

Hentikan Pengeksportan Bauksit Bukan Setakat Hentikan Lesen Perlombongan


BAUKSIT
Kenyataan Media
Ahli Parlimen Kuantan
12 July 2015

Hentikan Pengeksportan Bauksit Bukan Setakat Hentikan Lesen Perlombongan.
................................................
Saya merujuk kepada Warta Kerajaan Negri Pahang bertarikh 12 July 2015 yang menyatakan bahawa Lesen Melombong Bijih yang di miliki oleh pelombong bauksit akan di tamatkan berkuatkuasa 31 hb July 2015.

Menteri Besar Pahang Dato Seri di Raja Adnan Yaakob didalam mengeluarkan arahan tersebut bertindak seolah2 beliau tidak memahami masalah sebenar didalam isu bauksit ini. Senyap sunyi MB sebelum ini didalam isu ini juga memperkukuhkan lagi ketidak percayaan rakyat terhadap kemampuan beliau menyelesaikan segala permasalahan berkaitan bauksit di sekitar kawasan Kuantan.

Tentu sekali MB sedar bahawa aktiviti menjual tanah mengandungi bauksit tidak memerlukan lesen perlombongan. Juga pengangkutan tanah mengangkut bauksit ke pelabuhan hanya memerlukan lesen mengangkut tanah merah (laterite).

Aktiviti mengangkut tanah mengandungi bauksit ke pelabuhan akan berterusan walaupun Lesen Perlombongan di hentikan. Ini adalah kerana masih ada 'demand' dari negara luar untuk kita mengeksport bauksit. Masih juga ada pembeli yg sanggup membeli tanah dari tuan punya tanah mengandungi bauksit dengan harga yang mahal. Ini semua tidak memerlukan lesen perlombongan. Masih ada lori yang punyai lesen untuk mengangkut tanah merah tersebut ke pelabuhan, untuk di eksport, kerana lori hanya perlu guna lesen mengangkut tanah merah untuk beroperasi.

Maka dengan itu saya gesa Kerajaan Negri Pahang sekiranya mereka benar2 prihatin untuk menyelesaikan masalah bauksit ini supaya menghentikan sementara pengeksportan bauksit sehingga satu penyelesaian optimum di capai.

Menghentikan pengeksportan bauksit, bermaksud tiada 'demand' atau permintaan dan secara automatik akan menghentikan 'supply chain'.

Bagi satu Kerajaan Negri yang prihatin, itu lah jalan penyelesaian yang wajib di ambil ketika ini. Hentikan buat sementara pengeksportan bauksit dan kemudian runding dengan semua pemegang taruh melibatkan orang ramai warga Kuantan.

Aktiviti hanya boleh diteruskan apabila ada jalan persetujuan di capai bersama dengan semua pemegang taruh dan semua yang terbabit bersetuju serta berjanji untuk mematuhi perjanjian bersama. Sekiranya tiada penyelesaian secara optimum dapat di capai, maka wajar di hentikan terus lesen pengeksportan bauksit.

Saya tidak menentang pembangunan ekonomi buat warga Kuantan akan tetapi segala aktiviti ekonomi tidak wajar merosakkan aktiviti ekonomi yg lain dan paling penting tidak wajar menggugat Alam Sekitar serta seluruh eko sistem melibatkan manusia , binatang dan tumbuh tumbuhan yang hidup di dalam nya.

Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Serang Low Yat: Kelewatan Penguasa Bertindak Undang Padah, SAMM Minta Semua Bertenang


Kenyataan Media
13 Julai 2015

Low Yat: Kelewatan Penguasa Bertindak Undang Padah, SAMM Minta Semua Bertenang

1. Seperti dijangka, pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat malam semalam kini sudah berlarutan dan melibatkan lebih banyak kasualti. Tidak mustahil rusuhan kaum akan berlaku jika isu ini sengaja dibiarkan dan tidak ditangani dengan serius oleh pihak berwajib.

2. Seharusnya pihak polis mengambil langkah awal mengelak kejadian lebih besar berlaku. Adalah mustahil pihak polis tidak dapat memintas sebaran SMS dan media sosial yang bertebaran mengajak orang ramai serbu ke lokasi terbabit. Jika anggota ditempatkan lebih awal dalam jumlah yang sesuai, kekecohan mampu dikawal.

3. Malah jika maklumat pasukan risikan tepat, sepatutnya pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di lokasi panas sejak dari awal petang. Di sini gunanya FRU, bukan hanya menggunakan FRU di medan himpunan rakyat di jalanraya semata-mata. Malangnya FRU lewat tiba.

4. Dari pemerhatian Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapati di sebalik pelbagai ungkapan perkauman yang dilagukan sebelum ini, antaranya ketika perhimpunan agong parti berasaskan kaum, telah menjadi resepi yang melonjakkan kebencian antara kaum. Ia sebenarnya sebuah bom jangka yang mampu meletuskan rusuhan bila-bila masa.

5. Media sosial pula menjadi medan simbahan minyak tanah yang menyemarakkan lagi api kemarahan. Ini dapat dilihat dari blog pro-umno dan juga forum pro-Mahathir yang cukup terkenal dengan jolokan ultra-melayu.

6. Tanpa ketegasan penguatkuasa undang-undang terhadap mereka yang membuat kenyataan rasis, termasuklah pendakwaan 'terpilih' yang diamalkan selama ini, akhirnya menjadi lesen untuk pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan hingga mengakibatkan rusuhan. SAMM melihat tiada satu pun dakwaan dikenakan terhadap mereka yang mencucuh api perkauman hanya kerana mereka berada di pihak pemerintah.

7. Selain itu, sikap sambil lewa Kementerian Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melayani aduan-aduan terdahulu turut menjadi punca yang mengundang tindakkan persendirian oleh pengguna yang teraniaya.

8. Justeru, SAMM mengajak orang ramai bertenang dan tidak termakan sebarang khabar angin yang bertujuan melihat rusuhan antara kaum berlaku. Tunjukkan kepada pemerintah bahawa kita rakyat yang matang.

9. Amarah rakyat juga tidak harus dibazirkan demi pergaduhan sesama kaum yang jelas merugikan. Amarah itu lebih tepat dilepaskan kepada pemerintah zalim yang menindas rakyat.

10. Bagi SAMM, kita sebagai rakyat sebenarnya harus bersatu hati dan menerap kasih sayang merentasi kaum, kerana kita sudah lama ditindas oleh pemerintah yang merembat khazanah rakyat khususnya dalam kemelut 1MDB. Pergaduhan ini bukan sahaja berkesudahan dengan kerugian dari pelbagai sudut, malah menjadikan kita lupa segala skandal pengkhianatan sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

11. Jika pemerintah tidak mampu menghentikan pergaduhan ini dengan apa alasan sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab dan peranan setiap diri kita untuk hentikan segera pergolakan ini bermula dengan diri sendiri.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday 12 July 2015

Serang Low Yat, Ayuh Bersatu Lawan Penipuan










Kecoh pergaduhan yang menjadi besar di Plaza Low Yat yang terkenal dengan barangan elektronik dan telefon.

KEDAI DISERANG

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat telah mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan bermotifkan dendam.

Kejadian berlaku kira-kira 7.50 malam itu selepas berbuka, dikatakan 7 orang lelaki Melayu telah datang dan menyerang kedai berkenaan.

Mereka memukul dan merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang menanggung kerugian hampir sebanyak RM70,000.

PUNCA

Pergaduhan itu berpunca kerana rasa tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan kerana dikatakan telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemudian, suspek bersama 7 orang lelaki Melayu yang dikatakan rakannya telah datang semula dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

Tindakan itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka pula dibelasah sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

REAKSI NETIZEN

Terdapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial. Ada yang berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

Antara komen yang diberikan:

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!"

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut.

LAPORAN POLIS

Antara kenyataan polis:

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon,"

Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.