VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 13 July 2015

Hentikan Pengeksportan Bauksit Bukan Setakat Hentikan Lesen Perlombongan


BAUKSIT
Kenyataan Media
Ahli Parlimen Kuantan
12 July 2015

Hentikan Pengeksportan Bauksit Bukan Setakat Hentikan Lesen Perlombongan.
................................................
Saya merujuk kepada Warta Kerajaan Negri Pahang bertarikh 12 July 2015 yang menyatakan bahawa Lesen Melombong Bijih yang di miliki oleh pelombong bauksit akan di tamatkan berkuatkuasa 31 hb July 2015.

Menteri Besar Pahang Dato Seri di Raja Adnan Yaakob didalam mengeluarkan arahan tersebut bertindak seolah2 beliau tidak memahami masalah sebenar didalam isu bauksit ini. Senyap sunyi MB sebelum ini didalam isu ini juga memperkukuhkan lagi ketidak percayaan rakyat terhadap kemampuan beliau menyelesaikan segala permasalahan berkaitan bauksit di sekitar kawasan Kuantan.

Tentu sekali MB sedar bahawa aktiviti menjual tanah mengandungi bauksit tidak memerlukan lesen perlombongan. Juga pengangkutan tanah mengangkut bauksit ke pelabuhan hanya memerlukan lesen mengangkut tanah merah (laterite).

Aktiviti mengangkut tanah mengandungi bauksit ke pelabuhan akan berterusan walaupun Lesen Perlombongan di hentikan. Ini adalah kerana masih ada 'demand' dari negara luar untuk kita mengeksport bauksit. Masih juga ada pembeli yg sanggup membeli tanah dari tuan punya tanah mengandungi bauksit dengan harga yang mahal. Ini semua tidak memerlukan lesen perlombongan. Masih ada lori yang punyai lesen untuk mengangkut tanah merah tersebut ke pelabuhan, untuk di eksport, kerana lori hanya perlu guna lesen mengangkut tanah merah untuk beroperasi.

Maka dengan itu saya gesa Kerajaan Negri Pahang sekiranya mereka benar2 prihatin untuk menyelesaikan masalah bauksit ini supaya menghentikan sementara pengeksportan bauksit sehingga satu penyelesaian optimum di capai.

Menghentikan pengeksportan bauksit, bermaksud tiada 'demand' atau permintaan dan secara automatik akan menghentikan 'supply chain'.

Bagi satu Kerajaan Negri yang prihatin, itu lah jalan penyelesaian yang wajib di ambil ketika ini. Hentikan buat sementara pengeksportan bauksit dan kemudian runding dengan semua pemegang taruh melibatkan orang ramai warga Kuantan.

Aktiviti hanya boleh diteruskan apabila ada jalan persetujuan di capai bersama dengan semua pemegang taruh dan semua yang terbabit bersetuju serta berjanji untuk mematuhi perjanjian bersama. Sekiranya tiada penyelesaian secara optimum dapat di capai, maka wajar di hentikan terus lesen pengeksportan bauksit.

Saya tidak menentang pembangunan ekonomi buat warga Kuantan akan tetapi segala aktiviti ekonomi tidak wajar merosakkan aktiviti ekonomi yg lain dan paling penting tidak wajar menggugat Alam Sekitar serta seluruh eko sistem melibatkan manusia , binatang dan tumbuh tumbuhan yang hidup di dalam nya.

Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

1 comment:

  1. mana boleh hentikan bisssnesss ekspot bauksit nih... tanah ladang dah kena pajak habis dah kena sodok.. duit jualan tanah tak abih dapat lagi... kena lebong lagi lag melayu dgn pemimpin melayu... lagipun BUKAN KECIK ANAK ORANG2 YG TERLIBAT DGN BISSNESSS BAUKSIT NI... SAPA PUN TAK BERANI NAK TEGOR... lagi satu bukti pemimpin melayu bunuh melayu, delu kini dan selamanya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.