VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 25 February 2015

Kerajaan Pusat (Putrajaya) Mansuhkan Diskaun 5% Bagi Lot Bumiputera & Kerajaan Negeri Bagi Diskaun RM50,000




Rupanya sudah lama Kerajaan Pusat mansuhkan diskaun 5% kepada Bumiputera. Ini yang nasib Melayu yang mereka pejuangkan? Fikir-fikirkan lah..

Tetapi atas keperihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh 3 buah parti (PKR, PAS & DAP) telah memberi diskaun sebanyak RM50,000 pembeli Rumah Kos Sederhana Rendah.

Sudah cerahkan sekarang.. Mohon Sebar..

Tuesday 24 February 2015

[SEDIH] Keluarga Anwar Ibrahim Hantar Petisyen Pengampunan Supaya Kembali di Samping Mereka


Dapat maklumat, Petisyen Pengampunan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat oleh keluarganya, bukan parti atau beliau sendiri.

Berita ini agak mengejutkan kerana sebelum ini KEADILAN telah menegaskan bahawa Anwar tidak akan memohon pengampunan.

Tapi kita tak boleh salahkan keluarga beliau.

Selain ia merupakan isu dalaman keluarga, kita juga harus faham, tiada siapa sanggup lihat ayah, suami, datuk dipenjara bertahun lamanya dalam keadaan umur hampir 70 tahun, ditambah kesihatannya yang terjejas.

Apa sahaja jalan yang ada pasti diambil oleh keluarga untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali berada di samping mereka.

Monday 23 February 2015

Retreat SAMM Kebangsaan & Pelancaran Koperasi SAMM Berhad



Retreat SAMM Kebangsaan & Pelancaran Koperasi SAMM Berhad..

Tarikh: 28 Feb 2015
Lokasi: Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali, Hulu Selngor.
Masa: 2.30 ptg - tertutup utk komrad SAMM shj
4.00 ptg - terbuka utk komrad SAMM & Sekutu

Semua dijemput hadir..
Mohon viralkan..

PELAN/ROUTE KE LOKASI RETREAT SAMM DEWAN DATO` ABDUL HAMID BATANG KALI..

Dari selatan melalui highway PLUS.
-Keluar susur sungai buaya/serendah seterusnya akan melalui kilang perodua,Smk sg choh,pekan serendah,sg gapi dan terus ke batang kali/ligamas.

Dari utara melalui highway PLUS.
-Keluar susur tanjung malim/kuala kubu bharu seterusnya akan melalui kalumpang,kuala kubu bharu,rasa dan terus ke batang kali/ligamass

Dengan pengakutan awam KTM komuter.
-Dari KL central ambik tiket untuk ke stesen batang kali.sampai stesen rawang turun tukar komuter ke platfom 2 dan terus ke batang kali.(sampi stesen btg kali call/whatapps,inshaallah nanti akan ada komrad datang ambil).. PIC incharge: Wan: 0129249297 @ Mazuan: 0199161699

Direction untuk emergency/sesat..boleh geogle maps atau tanya orang ramai di sekeliling untuk pergi ke ECONSAVE batang kali(jalan nak ke genting highland melalui batang kali).dewan tersebut hanya berhadapan dengan econsave sahaja(traffic light simpang 4,dewan sebelah kanan econsave sebelah kiri)

Sebarang kesulitan atau pertanyaan laluan untuk ke lokasi majlis boleh hubungi/whatapps:
Megat - 0175697966
Wan - 0129249297
Mazuan - 0199161699
Komrad Hulu Selangor

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin


Tulisan Santai

23 Februari 2015

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin

Di sebuah kampung yang banyak masaalah, telah berlaku satu pertembungan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya satu keputusan diambil, iaitu pengunduran yang sementara.

Muhyiddin berang, persiapan untuk melangsungkan perkahwinan gilang gemilang anaknya yang vogie the vogue itu kini tergendala.

“Anak aku ini bukan orang sembarangan, anak aku tersohor di seluruh kampong, juara karaoke daerah” getus hati Muhyiddin yang masih tidak berpuas hati.

Muhyiddin bagaimanapun terpaksa akur menangguhkan majlis perkahwinan anaknya yang vogie the vogue itu. Ini semua adalah angkara Najib yang sengaja memilih bukan sahaja tarikh yang sama iaitu 28 Mac 2015, malah lokasi yang hampir sama iaitu di sebuah hotel mahsyur sekitar KLCC untuk majlis perkahwinan ‘tiba-tiba’ anak Najib.

Mentang-mentanglah Najib itu ketua kampong, apakah tidak ada tarikh lain untuk majlis perkahwinan anaknya itu? Sedangkan Muhyiddin telah menempah segala macam onde-onde, tempahan tarian zapin, juga menempah kehadiran artis seperti Akim and the magic street, Stacy mewangi dan Jep sepahtah. Tempahan kad jemputan juga telah siap yang hanya menunggu masa untuk dihantar kepada dif kehormat seluruh negara.

Maka, terpaksalah dibatalkan semua tempahan yang mengakibatkan banyak ringgit deposit telah hangus. Kad jemputan berbentuk 3D itu juga terpaksa dibuang, apa kelas timbalan ketua kampong nak hantar kad yang ada pembetulan. Persiapan berbulan-bulan lamanya, menjadi sia-sia.

Sebagai timbalan ketua kampong, pastinya Muhyiddin terkesan dengan sikap Najib yang seolah-olah ingin berseteru dan cuba mengeruhkan lagi hubungan yang sememangnya retak menanti belah. Walaupun tauke besar kampong iaitu mamak bendahara teguh di belakang Muhyiddin, namun dalam soal majlis perkahwinan ini Muhyiddin mengambil jalan berundur setapak dan sedia untuk membalasnya jika berpeluang.

Masih terngiang-ngiang di fikiran Muhyiddin lantas tidak mampu melelapkan matanya apabila memikirkan apakah yang akan diperkata kepadanya kerana sanggup mengalah?

“Muhyiddin nak buat majlis kahwin anaknya hujung Mac… Najib mat monggol sailang tarikh sama hahahahaha…”

Barangkali begitulah ayat-ayat yang mungkin kedengaran di kalangan orang kebanyakkan. Muhyiddin tidak dapat membayangkan malu besar bakal dilalui oleh mereka sekeluarga. Orang kampong dah tau, majlis kawin tak jadi. Mereka bukan faham antara maksud tangguh dengan maksud tak jadi.

“Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas” mengetap-ngetap bibir Muhyiddin dengan muka yang sembab itu mengekspressikan kemarahan terhadap mat monggol. 

"Siaplah kau, sampai masa, silap-silap sebelum 28 Mac, aku sailang pulak jawatan yang kau sandang!" Kata Muhyiddin sebelum menyambung tidur petangnya.


EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
SAMM


(gambar sebagai hiasan)
 

Sunday 22 February 2015

Bantah Cadangan Kenaikan Tambang Feri Pulau Pinang


Kenyataan Umum

AMKPP Bantah Cadangan Kenaikan Tambang Feri Pulau Pinang.

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) membantah cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, (SPPP) untuk menaikkan tambang feri bagi pengguna perkhidmatan itu.

Kenaikan ini pastinya bakal membebankan lagi pengguna perkhidmatan tersebut,yang mana mereka sendiri sudah sedia dibebankan dengan perlaksanaan cukai GST yang akan dilaksanakan bermula April ini.

Hasil dari kaji selidik pengguna pada 17 Feb 2015 setakat jam 3.30 petang,pengguna mendapati kenaikan sehingga 75% itu sebagai tidak munasabah,sehingga memberi satu impak dan persepsi bahawa pemilik perkhidmatan feri itu sebagai rakus mengejar kekayaan dan ingin 'merompak' rakyat Pulau Pinang sendiri.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan ini rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,yang mana saban hari mereka terpaksa merentas laut dlm mencari sumber rezeki di sebelah pulau mahupun tanah besar dengan pendapatan yang cukup-cukup makan sahaja.

Kami meminta supaya pihak SPPP mendengar suara rakyat Pulau Pinang dan mempertimbangkan untuk menangguhkan cadangan kenaikan ini,sebaliknya pihak SPPP harus memperbaiki dahulu perkhidmatan feri yang mana sebelum ini agak kurang memuaskan.

AMKPP menyeru kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk menggunakan hak serta kuasa sebagai rakyat untuk membantah cadangan tersebut sehingga pihak SPPP menangguhkan atau membatalkan terus cadangan tersebut.

Sekian,

Nakshahbandi Sahar,
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan 
Pulau Pinang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.